Are you the publisher? Claim or contact us about this channel


Embed this content in your HTML

Search

Report adult content:

click to rate:

Account: (login)

More Channels


Channel Catalog


(Page 1) | 2 | 3 | .... | 38 | newer

    0 0
  • 05/28/13--03:12: Pemandangan Dari Bilik Saya




  • Sewaktu merekabentuk rumah ini dulu, saya inginkan tempat mandi yang terbuka, tiada atap cuma diletakkan dengan jaringan kayu ala ala atap pergola. Saya suka mandi dengan berbumbungkan langit biru  ala ala zaman kanak kanak di kampung dulu. Tetapi selepas difikirkan kembali yang saya ni seorang yang penakut terutama di waktu malam, rancangan itu terpaksa dibatalkan. Saya menyediakan ruang mandian yang akan diletakkan jacuzi yang tinggi di mana sambil berendam, saya boleh melihat pemandangan dari tingkap. 

    Namun hasrat itu juga terpaksa dibatalkan kerana saya sekarang bukan muda lagi, tidak sesuai untuk berendam lama lama. Jadi saya hanya membuat tempat mandian yang lebih praktikal yang bukan hanya cantik dipandang mata. Saya sediakan shower rain yang besar dan juga hand shower untuk memberi pilihan jika rasa ingin mengulangi keseronokan bermandian dengan air hujan. Haaa yang bestnya saya boleh menikmati pemandangan bukit bukau menghijau dan air tasik di hadapan bilik saya. Kalau diikutkan tasik itu akan diperelokkan lagi dan dijadikan jogging track. Buat masa sekarang, hanya cukup dengan apa yang ada. Lagi pun, cantik juga melihat tasik dalam keadaan asal. 

    Namun begitu, ianya hanya boleh dinikmati di siang hari apabila saya bercuti atau pada hari minggu. Kalau malam hari pun cantik juga bila simbahan lampu jalan menyinar di permukaan tasik. Haa inilah rupanya pemandangan dari bilik saya bila dilihat di waktu malam. Hahaha gambar gate kedua jer sebab kamera tak canggih nak ambil gambar tasik tu malam malam.







    0 0
  • 05/28/13--22:14: Sabar Menanti





  • Macam tajuk drama pulak ya. Itulah umpamanya penantian saya untuk melihat pokok pokok bunga kantan saya berbunga. Malahan inilah pertama kali saya menanam pokok kantan kerana arwah ayah tidak pernah menanamnya. Maklumlah bunga kantan ni memang jarang sekali digunakan dalam masakan Kelantan, yang pasti di rumah saya lah. Cuma sejak akhir akhir ini ianya banyak digunakan sebagai ulam nasi kerabu yang mungkin disebabkan ulam ulam tradisional telah sukar dicari seperti pucuk ketereh, daun ppenna dsb.  



    Ada cerita yang tidak menyeronokkan sebenarnya di sebalik pokok kantan ini. Itu yang menyebabkan saya ingin menulis sedikit berkenaan kehadiran bungan kantan yang ditunggu sekian lama. Pernah lah seorang menawarkan benih pokok kantan di rumahnya selepas saya memberitahu yang usaha saya mencari benih pokok kantan di nurseri di belakang rumah tidak berhasil. Tapi yang menyedihkan bila diberitahu beliau mengata ngata di belakang saya kekononnya saya kedekut sehingga pokok kantan pun mahu dapat percuma. Aduhaai orang macam ni pun ada juga di dunia ini ya. Selepas bercerita dengan Datin Ros, kawan baik saya lantas menawarkan benih pokok kantan di rumahnya yang dibawa balik dari kampungnya di Perak. 






    Anak pokok kantan kecil yang diambil ini dijaga dan disiram dengan baik dari sebelum saya berpindah lagi. Bayangkan setelah lebih dari 2 tahun, barulah ianya mula berbunga. Wah gembiranya hati saya yang turut berbunga dengan senyuman menguntum dibibir melihat bunga warna pink mulai muncul di celah celah batangnya. 




    Hasil tuaian pertama telah digunakan untuk memasak Asam Pedas Melaka di SINI. Puashati kerana akhirnya saya berjaya menanam Pokok Kantan dan berjaya menuai hasilnya. Maklumlah saya diberitahu yang ada pokok Kantan yang tak berbunga bunga walaupun dah bertahun usianya. Ada kawan saya yang mencadangkan supaya ditaburkan baja bunga untuk menggalakkan pokok kantan berbunga.








    0 0
  • 05/29/13--06:58: Haaai Uji Rashid





  • Uji Rashid adalah nama yang pernah menjadi sebahagian dari sejarah hidup saya kerana sejak di bangku sekolah rendah, saya amat amat meminati beliau. Setiap kali ada majlis dan jamuan, saya pasti diminta menyanyikan lagu Uji Rashid. Hmmm apa lagi, mestilah lagu Semakin Hari Semakin Sayang. Saya juga gila membuat koleksi gambar gambar Uji Rashid yang dikumpul dan ditampal di dalam buku buku.

    Selain itu, saya juga pernah menyimpan gambar gambar dan poster Uji yang diambil dari majalah. Semasa masih di sekolah rendah, saya menampal poster ini di sekeliling dinding papan di bilik tidur saya. Masih ingat lagi, arwah ayah telah membakar sekeping poster gambar Uji yang memakai baju mandi di kolam renang. Saya sungguh sedih kerana jika beliau tidak suka saya menampalnya di dinding, saya boleh juga menyimpannya. Maklumlah bukan mudah untuk saya mendapatkan gambar itu. Saya terpaksa membodek dan minta bayar kerana saya ketinggalan membeli majalah berkenaan. Itu dulu tapi kini, saya dapat merasakan keputusan yang dibuat arwah ayah adalah keputusan yang paling tepat. Setelah berpindah ke rumah baru, saya dapati poster poster dan majalah semua telah hilang. Rasanya hubby dah terbuang bersama majalah lama yang telah saya asingkan. Ianya timbul berikutan salah faham semasa mengemas bilik tidur guest. Namun saya tidak mahu lagi menyesali sebaliknya saya ingin redha sahaja. Bersama poster Uji Rashid, juga terdapat majalah yang memaparkan gambar gambar perkahwinan Mazuin Hamzah dan gambar gambar anak beliau selepas berkahwin dengan Pengiran Sufri. Hmm tapi saya malas lagi untuk merasa terkilan.

    Berbalik pada cerita Uji Rashid, saya juga membuat koleksi piring hitam nyanyian beliau. Setiap kali hari raya, saya akan menghantar kad hari raya kepada Uji. Ada 2 sebenarnya tetapi satu lagi, tidak dapat ditemui. Ianya meruapakan gambar Uji, Hail, D J Dave dan Sharifah Aini. 




    Poskad ini akan terus disimpan bersama surat surat cinta saya selama lamanya. Klik di SINI untuk entri berkenaan surat cinta saya. 



    0 0






    Assalamualaikum semua. Hari ini, saya bersiaran dari MS Garden Hotel Kuantan. Hubby mengajak saya ke sini di samping membawa Juita dan Aween yang sekarang bercuti sekolah untuk berehat di Kuantan dalam semalam dua. Tentulah saya seronok bukan kepalang, dapat berada di luar dari pejabat, dapat rehat dan guling guling atas katil sambil membaca buku serta melayan ipad. Pendek kata, asal cuti, semuanya best lah tak kira samada dalam atau luar negara.

    Lanjutan dari entri berkenaan surat kad raya yang diterima dari Uji Rashid di SINI, sekarang saya ingin berkongsi pula, koleksi gambar gambar Uji Rashid yang telah saya kumpul sejak saya berumur 11 tahun lagi. Setiap kali terjumpa gambar Uji dari mana mana majalah atau surat khabar, saya pasti mengguntingnya. Teringat lagi masa ikut arwah my aunty berjalan ke rumah saudara maranya di Jerteh, kalau tak silap, saya turut menebalkan muka meminta gambar Uji di dalam majalah di rumah mereka.

    Kawan baik saya, Noor Mahnun juga sangat sporting. Dia juga akan membuat keratan gambar gambar Uji dari surat khabar yang dilanggan ayahnya. Sehingga satu hari Nun dah terambil gambar gambar Uji yang disimpan oleh sepupunya untuk diberi kepada saya sehingga bergaduh dan bermasam muka lah juga seketika. Aduhaai itu cerita lama tapi tetap kekal abadi di ingatan. 

    Saya sanggup berbasikal seorang diri sejauh 4 batu untuk ke bandar Bachok bagi membeli majalah. Kadang kadang bila sampai di sana, tak ada pun gambar Uji dalam majalah tu. Jadi balik lah dengan tangan kosong. Bila terjumpa sesuatu yang saya minati, saya sanggup membayar. Pernah membeli surat khabar juga sebab untuk melihat lihat kot ada gambar Uji. 




    Selain gambar yang digunting dan ditampal dalam buku, saya juga mempunyai berpuluh puluh koleksi poster Uji yang telah terbuang semasa berpindah ke sini. Memang sangat sedih dengan kejadian itu tapi saya bertekad tidak mahu lagi menyesalinya. Saya mahu dengan yakin seyakinnya bahawa pasti ada hikmah di sebalik semua itu. Poster poster itu juga disimpan sejak saya berumur 11 tahun lagi juga. Bayangkan betapa lamanya ia disimpan sebagai koleksi kesayangan.




    Saya juga mempunyai koleksi piring hitam, koleksi kaset dan CD nyanyian Uji, namun kini semua telah tiada lagi dalam simpanan apabila kami berpindah rumah dan rakaman  pemain piring hitam diambil abang sulung saya. Saya sangat menggemari lagu dari EP pertama beliau yang sangat lunak merdu suaranya. Lagu yang sangat saya gemari sehingga kini ialah Ku Ingin Selalu Disamping Mu dan Di Manakah Dia. EP ini hanya mengandungi 4 lagu sahaja sebelum Uji mengeluarkan lagu lagu lain seterusnya. Sehingga kini pun, saya akan menguatkan radio sebaik mendengar lagu lagu itu diputarkan dan ikut menyanyi bersama sama.

    Semasa Uji mengadakan pertunjukan pentas di Bachok bersama DJ Dave, bonda telah meminta sepupu saya membawa saya. Teringat lagi sebaik turun dari motor, saya terus masuk dengan tak memberitahu apa apa. Jenuh dia mencari saya dan bertemu hanya selepas show tamat di depan pintu masuk. Hahaha teruk betul saya masa itu kerana telah membuatkan sepupu kerisauan dan tercari cari saya. Saya juga tidak pernah melepaskan peluang menonton wayang semua filem lakonan Uji. Kadang kadang terpaksa meminta jiran sekampung untuk menemani. Kami pergi ke Jelawat dengan hanya berbasikal di malam hari untuk menonton filem lakonan Uji. Begitulah minat saya pada Uji Rashid. Namun begitu, saya tidak pernah pulak berpeluang bertemu muka dari jarak dekat dengan Uji sehingga kini. Yang paling seronok, hanya setelah berkawin saya akhirnya dapat melihat rumah Uji Rashid di 54 Jalan 2, Ampang Jaya walaupun beliau tidak lagi tinggal di situ. Itu pun secara kebetulan apabila kami ke rumah abang ipar yang terletak di jalan yang sama. Begitulah catatan perjalanan hidup saya semasa remaja. 




    0 0





    Hubby menanya jika saya ingin mengikut beliau ke Kuantan sambil membawa Juita dan Aween bercuti. Lagi pulak, kami tidak bercuti ke mana mana. Kami bertolak selepas solat Subuh kerana hubby ingin sampai di Kuantan sebelum pukul 10 pagi. Seronok juga menikmati pemandangan berkabus sepanjang Lebuhraya Karak yang masih menghijau. Saya mencadangkan supaya singgah bersarapan di Kedai Restoran Zaman yang terkenal dengan nasi lemak.

    Kami sampai di Restoran Zaman dalam pukul 8 lebih. Kelihatan orang ramai sedang bersarapan. Saya pun hairan mana pulak hubby menghilang. Hahaha geram pulak rasanya bila kami duduk dengan hanya memandang orang yang sibuk lalu lalang. Akhirnya saya bangun dan menuju ke kaunter makanan. Ternampak nasi dagang yang telah dihidangkan. Nampak nasi dagangnya kosong sangat, lauk pun macam ala ala kari jer. Tapi sebab tak nampak kelibat hubby, saya pun ambik lah sepinggan nasi dagang dan 3 ketul ayam goreng.




    Bila saya menoleh ke belakang, baru ternampak hubby sedang beratur di bahagian belakang restoran. Aduh rasa  bersalahlah pulak. Saya ni memang dari dulu, cepat jer naik darah. Ish ish ish panas baran betul. Saya kembali ke meja dan makan nasi dagang. Wow sedap lah pulak. Walaupun nasi dagangnya putih melepak, tapi sangat berasa rempah dan halbanya. Bila saya dok ulang cakap sedap, Aween pun minta diambilkan juga sepinggan. Kerana dah kenyang, saya hanya makan separuh jer dari nasi lemak. Hubby pulak memborong macamlah ramai yang nak makan nasi lemak tu. 





    Sesampai di hotel, hubby terus ke pejabat. Sementara tunggu hubby, saya dan Aween ke Pusat Membeli Belah di belakang hotel untuk memborong bekalan makanan untuk anak anak. Sambil tu, saya sempatlah juga singgah ke Parkson melihat lihat harga Pyrex.




    Masa makan, hubby bertanya kalau ingin keluar makan di Gerai Warung Ikan Patin yang pernah saya tulis di SINIdulu. Walaupun kekenyangan, kami semua nak ikut. Ramainya orang sedang makan tengahari di sini. Lauk yang kami pesan ialah Masak Tempoyak Ikan Patin, Anak Ikan Sungai goreng dan ulam serta sayuran. Pencuci mulutnya pulak, jeli kelapa yang sangat sedap. Tambahan pulak, dimakan sejuk sejuk. Sangat menyamankan. 








    Balik hotel, depa terus sambung tidur sedang saya menulis entri ini. OK cukup dulu di sini, nanti kita sambung lagi untuk aktiviti saya seterusnya di Kuantan.






    0 0






    Selepas bangun dari tidur, hubby terus bersiap siap untuk menghadiri mesyuarat di pejabat lagi. Saya dan anak anak menyambung projek bergayut kat hp, kat ipad dan kat lap top. Haaa keluarga moden gitu lah cara beramah mesra semasa cuti. hahaha. Dalam pukul 6.00 petang hubby menelefon bertanya kalau kami ingin ke mana mana. Mula mulanya jawab tak mahu, tetapi cepat cepat bertukar fikiran bila teringatkan keropok lekor dan sata. Apalagi cepat cepat bangun bersiap dan turun menunggu hubby di lobi hotel.

    Destinasi kami petang ini ialah ke Tanjung Lumpur untuk menikmati makanan laut celup tepung. Tanjung Lumpur memang terkenal dengan restoran dan gerai gerai yang menjual makanan laut. Macam macam ada dijual, cuma sotong dan ketam celup tepung sahaja yang telah kehabisan. Maklumlah kami tiba pun sudah agak lewat dan memang ramai pelanggan sedang menikmati makanan laut di situ. Kami memesan udang celup tepung, ikan celup tepung, keropok lekor dan pelbagai gorengan lagi. Tidak lupa sata yang dari dulu tak dapat makan, gara gara dah terlepas Bukit Geliga. Boleh klik di SINI. Bagai membalas dendam, kami pesan 20 biji sata. Harga makanan di sini pun sangat berpatutan. Udang goreng celup tepung itu, hanyalah RM4 untuk satu cucuk dan sata pula, 5 ketul hanya RM2.  







    Biasanya percutian pada kami adalah percutian sambil shopping atau percutian sambil makan makan. Ya ampuun esok tak nak lagi makan makan sebab saya dah slim sikit sejak banyak makan buah buah. Tiap hari pasti saya akan makan sebiji buah orange. Bila badan kita slim, keyakinan kita lebih bertambah. Tolong tolong jangan bagi kita makan banyak lagi tau....Tengoklah baru hari pertama, agendanya makan makan dan makan jer ni. Klik di SINI untuk entri sebelum ini.




        

    0 0
  • 06/01/13--01:26: Kuantan Yang Santai - Part 3





  • Hari kedua di Kuantan, pagi ini kami sepatutnya berpindah hotel kerana semua bilik di Hotel MS Garden telah penuh. Selepas bersarapan, hubby ke kaunter bertanya jika ada bilik yang kosong. Manalah tahu kot last minute, ada yang cancel booking. Hmm nasib baik kerana ada bilik yang kosong, jadi kami boleh terus menginap di bilik yang sama. Saya sebenarnya malas nak berpindah pindah hotel ni.

    Sewaktu bilik dibersihkan kami keluar ke East Coast Mall sambil sambil shopping barang anak anak. Lepas tu singgah makan ais cream di Fong Pak Fu. Lepas makan ais krim, terus balik hotel. Huhuhu tak ada maknanya nak window shop kat sini. Balik lepak kat bilik sebelum keluar cari makan petang nanti. 






    Tapi tengok hubby terus jer drive melepasi hotel kami. Bila ditanya, katanya mahu mencari keropok dalam plastik. Kami terus ke Tanjung Lumpur. Bila lalui kawasan gerai Mak Su dan Pak Su yang kami makan makanan laut celup tepung tu, kelihatan orang sangat ramai. Hubby terus berhenti dan kami semua turun. Aduh ramainya orang, hingga kena menunggu makanan digoreng kerana setiap kali diangkat dari kuali, pasti sekejap jer habis. Kali ini selain udang, kami juga mengambil sotong celup tepung dan ikan pari celup tepung yang sangat sedap. Memang sedap kerana ikannya terasa sangat segar lagi.







      

    Ok hingga kita jumpa lagi di entri berikutnya....



    0 0





    Sebelah malam kami keluar lagi untuk makan malam walaupun perut masih lagi kekenyangan. Seperti yang dicadangkan oleh seorang sahabat dalam komen di blog saya berkenaan ikan bakar di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, maka gerai ini lah yang menjadi pilihan kami. Kebiasaannya, saya agak cerewet makan ikan bakar terutama di gerai orang Melayu yang tidak berapa menjadi masakannya. Namun kini, saya harus lebih bersikap memilih, makan hanya di restoran orang Melayu. Kebetulan Juita memang sangat menggemari petai, jadi hati tertanya kenapa nama gerai ini diletakkan nama petai sekali. Mesti lauk istimewanya berasaskan petai, teka saya di dalam hati. Selepas maghrib, kami bertolak dari hotel ke Tanjung Lumpur yang hanya dipisahkan oleh sungai sahaja. Lagi pulak hubby nak balik cepat untuk tengok perlawanan bola antara Johor dengan Pahang di Stadium Bukit Jalil. 

    Sesampai di sana, di dapati orang begitu ramai yang sedang makan makan. Memang ramai terutamanya sekarang ini musim cuti sekolah. Kami memesan lauk Ikan Aji aji dan Ikan Pari Bakar, Udang sweet sour, Sotong celup tepung, Sayur Kailan ikan masin dan Telur Dadar. Sotong celup tepung dan udang yang dihantar dulu. Memang sedap sangat sotong celup tepung ini. Selain rangup, tepungnya bersalut dengan sotong. Bukan macam setengah sotong celup tepung yang bak cekodok sotong jer. Saya memang tak suka sangat dengan sotong yang digoreng macam ni. 






    Ikan bakarnya pulak sangat besar dan ianya dibakar bersama sama dengan sambal petai. Itulah gerai ini dinamakan Ikan Bakar Petai. Ikannya memang fresh dan terasa manisnya isi ikan Aji Aji ni. 





    Sewaktu hampir sampai di hotel, kami berdoa supaya mudah mendapat parking kerana sekarang terdapat kumpulan berbasikal menginap di hotel ini. Jadi parking pun memang penuh. Alhamdulillah, berkat doa, kami telah mendapat parking dengan mudah. Naik ke bilik terus update blog sementara hubby menonton perlawanan bola. Aduhaai kenyang sangat sangat walaupun saya hanya makan beberapa sudu nasi jer dan selebihnya meratah lauk pauk. Inilah masalah yang sukar ditangani setiap kali bercuti, iaitu masalah kenaikan berat badan ler.






    OK lah esok dah nak balik ke KL, bolehlah kembali dengan diet buah buahan saya. Hmmm sekarang ni memang tengah berazam untuk mengurangkan sedikit berat badan supaya lebih cergas. Selamat malam semoga kita berjumpa lagi esok dengan entri hari terakhir percutian makan makan kami di Kuantan...  



    0 0





    Pagi ini kami tidak mengambil sarapan di hotel sebaliknya mahu mencari makanan tradisional di sini sebagai hidangan sarapan. Lagi pulak terlalu ramai orang di hotel ini kerana ada kumpulan berbasikal yang menginap di sini. Hubby menjangkakan mesti ramai orang semasa bersarapan. Jadi adalah baik kalau kami makan di luar sahaja. Terus brunch gitu.

    Selepas check out, kami sekali lagi ke Warong Pak Su dan Mak Su di Tanjung Lumpur untuk mencari sata Peramu dan lain lain makanan laut untuk dibawa balik. Maklumlah Nana sangat suka makan sata. Tapi nasib tak menyebelahi kami kerana sata belum lagi dibakar walaupun sudah dihantar ke situ. Kami hanya bersarapan dengan nasi dagang, laksa dan nasi minyak di samping lain lain kuih muih. Tapi terus teranglah nasi dagangnya tak berapa sedap, tak sedap seperti di Restoran Zaman. Kuih muih pulak banyak yang berintikan sambal ikan hinggakan karipap dan kuih bulat tu juga berintikan sambal ikan. Saya memang gemar sekali kuih muih yang berintikan sambal ikan. Yang sedap ialah kuih tepung pelita, memang sedap terutama bau daun pisang.








    Kami bertolak balik ke KL dalam pukul 12.00 dan ketika itu, kereta masih belum banyak di jalanraya. Saya sebenarnya lebih suka melakukan perjalanan dengan menaiki Alphard sebab ketinggiannya membolehkan saya menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dan anak anak juga lebih selesa berbanding dengan menaiki kereta. Tapi hubby telah memimjamkannya kepada kawan beliau.  Pukul 3.00 petang, kami telah tiba di Villa Nur Qaseh yang sentiasa di hati. 

    Dengan ini, berakhirlah sudah percutian makan makan kami di Kuantan untuk cuti persekolahan ini. Sebenarnya asal bercuti jer pasti menyeronokkkan tak kiralah di mana sekali pun. Dalam negeri ke atau luar negara ke, pasti semuanya best. Insya Allah, jika ada rezeki kami akan merancang percutian ke luar negara untuk semua anak anak. Hmm masalahnya untuk mencari masa yang sesuai untuk semua anak anak, terutama Nana yang hanya mempunyai beberapa hari sahaja cuti tahunan dan Juita yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.



    0 0
  • 06/02/13--20:55: Serious... Sangat Cemas


  • Cemas dan pucat lesi. Itulah gambaran muka saya ketika itu. Peristiwa cemas apabila melihat 2 diamond bracelet dan earings saya tiada di dalam purse memang tidak mampu saya lupakan seumur hidup. Satu bracelet yang dihadiahkan hubby dan satu lagi saya tempah menggunakan batu blue sapphire yang saya beli dari Sri Lanka. 




    Peristiwa terjadi sewaktu saya dimasukkan ke ward pada awal bulan April yang lalu. Sebelum ke bilik OT, saya membuka semua barang perhiasan dan meminta Juita menyimpannya di dalam purse. Kebiasaannya hubby yang akan pegang handbag tapi hari itu, dia kena keluar mengambil anak di sekolah. Pintu bilik ward pulak tak dapat dikunci kerana rosak tapi oleh kerana saya perlu ditolak dengan segera, maka dengan berat hati meminta nurse menyimpan. Ya lah, tempat tu kan ramai nurse yang keluar masuk. Bag saya bukannya berkunci. 

    Memang berubah warna muka saya, dah jadi macam rainbow cake, jantung pulak bagai jatuh berdentum. Selepas dicari berkali kali, akhirnya jumpa terselit di dalam poket kecil dalam handbag. Aduhaai, babe kenapalah simpan begitu sahaja. Mereka ini memang tak tahu menilai kalau sesuatu barang itu mahal dan amat bernilai. Serik, lain kali tak mau lagi bagi depa. Ya lah dalam ward, bukan mudah untuk bergerak dengan wire dan jarum di tangan. Itu sebab saya minta tolong anak anak memasukkannya ke dalam purse. 

    Sejak dibeli terutamanya diamond bracelet, memang saya tak pernah menanggalkannya kecuali masuk ke bilik OT. Yang rantai blue sapphire ni, saya memakainya bila mahu disesuaikan dengan cincin yang juga dari blue sapphire. Cukuplah sekali, tak sanggup lagi mengingati detik cemas itu... Syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi saya memilikinya.



    0 0
  • 06/04/13--04:03: Istimewanya Makanan Kelantan





  • Saya dan Kelantan memang tidak dapat dipisahkan sampai bila bila kerana Kelantan adalah negeri kelahiranku. Negeri di mana saya dibesarkan, negeri di mana kedua ibu bapa ku tinggal, tempat saya mendapat pendidikan awal dan negeri di mana saya mengenali erti kehidupan. Saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur semasa menyambung pengajian di peringkat universiti tahun 1984 dan bekerja sehingga kini terus menetap di sini. Terus terang yang saya tidak punya niat untuk kembali menetap di Kelantan. Walaupun dulu dulu, saya pernah berhajat untuk menghabiskan hari tua saya di sana dengan belajar ilmu agama. Namun kini tidak lagi kerana di sini segalanya tersedia, terpulang kepada diri sendiri. Apa apa pun, ianya tidak sedikit pun menggugat diri saya sebagai anak Kelantan yang berjiwa wanita Kelantan yang kental dan tabah.


    Kadang kadang saya pun merasa hairan bagaimana loghat Kelantan masih tebal dan selera Kelantan yang sangat kuat. Sedangkan saya tinggal di Kelantan, hanya 19 tahun dan selebihnya di sini. Setiap hari percakapan di rumah, tidak langsung menggunakan loghat Kelantan kerana hubby dan anak anak memang tidak tahu bercakap loghat Kelantan. 19 tahun di sana, jika ditolak pula semasa saya masih kecil, mungkin hanya tinggal 14 tahun sahaja. Tapi Kelantan begitu sebati dengan saya dalam apa jua kehidupan saya.

    Bercakap mengenai makanan Kelantan yang pelbagai dan sangat murah pula, saya kadang kadang kecewa melihatkan makanan Kelantan yang dijual oleh orang Kelantan di sini tidak sama dengan makanan Kelantan di Kelantan. Kecewa kerana ianya telah merosakkan keenakan dan keaslian masakan Kelantan yang sebenarnya. Atas sebab itu, saya berusaha untuk menyediakan sendiri makanan Kelantan dengan menanyakan dan belajar resepi dari keluarga di Kelantan. Bukan dengan membuat rujukan di blog yang kebanyakan resepinya tidak berapa menepati masakan asli dari Kelantan kecuali penulisnya memang berasal dari Kelantan. Hahaha seperti saya... Janganlah marah, ada juga resepi di blog yang memang ori resepi Kelantan walaupun penulis tidak berasal dari Kelantan. Contoh yang paling ketara ialah Ayam Percik yang memang sukar untuk dicari ayam percik Kelantan yang sedap di sini. Saya memang boleh merasai jika makanan itu, menepati rasa masakan Kelantan sebenarnya. Lidah saya ni seperti dah direkodkan dengan rasa rasa makanan di sana.

    Kalau mahu melihat makanan dan masakan Kelantan yang telah saya sediakan boleh klik di SINI atau klik label Masakan Kelantan. Link masakan Kelantan dimuat di satu page khas untuk memudahkan saya dan anak anak membuat rujukan di masa hadapan. Banyak resepi adalah dipelajari dari kakak kakak dan saudara mara saya sendiri.  Betapa uniknya makanan Kelantan dan kekal istimewa di hati saya... Kelantan sokmo sokmo giteww. Anak saya Dr Nana juga kerap kali ditanya oleh pesakit hospital di mana dia bekerja tentang dari mana ia berasal. Bila diberitahu berasal dari Kuala Lumpur, mereka akan mengatakan "Ohh ingat Doktor asal dari Kelantan". Walhalnya Nana tidak pandai langsung bercakap bahasa Kelantan namum raut wajahnya yang mirip gadis Kelantan yang memang unik dan tersendiri. Alahaaaii... 




    0 0




    Hari ini saya nak kongsikan salah satu daripada makanan kegemaran saya. Apa dia tu? haa sabar sabar, kita buat mukaddimah dulu. Saya mula mengunjungi Restoran Pelita selepas Fariza Che Long, rakan sepejabat memberitahu yang dia kemaruk sotong bertelur yang dijual di situ. Dari  situ, saya mula mengunjungi Restoran Pelita di Kelana Jaya sehinggalah cawangan Subang Jaya dibuka. Memang susah nak cari sotong bertelur di tempat lain tapi setakat ini, kalau ke sana memang akan ada sotong yang bertelur. Tapi hari ini macam kurang bernasib baik sebab sotong yang tinggal hanya mempunyai telur yang kecik sahaja.




    Telur sotong di sini lain dari telur sotong yang dijual di Restoran Nasi Kandar di Penang di SINI. Kalau di Penang, telurnya bulat bulat kecil. Di Restoran Pelita, ianya memang dijual bersama sotong. Rasanya pun lain, mungkin dihasilkan oleh jenis sotong berbeza kot. Tapi inilah telur sotong yang saya gemari. Perghh kalau dibuat ketupat sotong menggunakan sotong bertelur, lagi lah meletop. Tengok entri ketupat sotong bertelur saya di SINI. Huhuhu kalau setiap hari dapat makan satu ketupat sotong selama sebulan pun, hatta setahun, saya tidak akan pernah jemu, apalagi jika ianya menggunakan sotong bertelur...






    0 0





    Kejadian hari ini pasti tidak akan saya lupakan seumur hidup saya. Hari ini adalah hari yang sangat mendukacitakan saya apabila diberitahu Rizky tidak balik sejak petang semalam. Sebaik diberitahu, saya terus naik ke bilik tanpa bersarapan dan terus menangis sebelum mengerjakan solat Dhuha dan solat Hajat. Saya berdoa sambil menangis meminta Allah menemukan kami dengan Rizky. Kebiasaannya Rizky hanya bermain di dalam rumah dan sekali sekala mengambil angin di laman rumah dan adalah beberapa kali keluar dari pagar rumah. Macam mana sekali pun, dia akan balik dan menunggu kami di atas pagar, sekiranya kami mengunci pintu semasa keluar makan. Tapi bila diberitahu Rizky tak balik semalaman, saya mula bimbang keselamatan dia. Ini kerana kawasan ini terdapat ramai budak budak jahat yang berkeliaran sehingga awal pagi. Banyak kes kecurian dan kehilangan. Saya kuatir jika Rizky menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

    Saya langsung tidak lalu untuk makan dan mengajak hubby dan Boy untuk mencari Rizky termasuk ke kedai kedai kucing yang berdekatan. Selepas Boy balik ke Segamat, saya dengan hubby terpaksa ke PKNS untuk menukar saiz jubah yang dibeli dengan Nelly pada hari sabtu. Sepanjang perjalanan, saya hanya berdoa ke hadrat Illahi. Balik dari Shah Alam mengajak hubby singgah di kedai pet di Seksyen 6 pula. Sesampai di rumah, saya naik ke bilik dan menangis teresak esak sambil berdoa. Seingat saya, saya hanya menangis seperti ini sewaktu Nana bertolak ke Egypt dulu sehingga mata saya bengkak. Kemudian selepas solat, saya meminta hubby rewind tape CCTV untuk melihat jika ada pergerakan Rizky di dalamnya. Sedang saya meneliti rakaman, tiba tiba terdengar hubby masuk ke bilik.

    Fikir saya hubby datang untuk meneliti rakaman CCTV selepas menerima whatsApp saya. Apabila menoleh, saya bagai tidak percaya melihat Rizky dalam pangkuan hubby. Secara spontan saya menangis sekuat kuatnya. Lantas terus mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Saya juga akan berpuasa kerana telah bernazar jika Rizky ditemui. Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Doa saya dimakbulkan. Rizky ditemui selepas dia menyahut panggilan hubby.  Bila terdengar suara hubby memanggil, dia terus keluar dari tempat persembunyian. Rupanya Rizky terjatuh dari pagar ke kawasan kebun jiran yang dipenuhi pelbagai haiwan seperti ayam Belanda, Rusa dsb. Ketika ditemui, Rizky dalam keadaan ketakutan. Alhamdulillah. Inilah kejadian kedua kehilangan Rizky. Yang pertama sewaktu baru baru berpindah. Rizky hilang dari pagi hari sehingga pukul 9 malam. Balik dalam keadaan kotor di bahagian perutnya. 

    Selain Rizky, saya pernah kehilangan Rozy kucing Persian yang saya import dari Rusia yang keluar rumah dari pagi sehingga malam hari ketika kami masih tinggal di USJ. Hari itu, saya baru tiba dari London. Bayangkan perasaan saya ketika itu, apabila terpaksa keluar rumah berbekalkan lampu suluh. Saya menemuinya di bawah pokok bunga yang berdaun seperti daun lidah buaya besar dalam pukul 10 malam. Oleh kerana ketakutan, pembantu rumah saya telah melarikan diri pada malam itu juga sewaktu saya keluar. Takut bila diberitahu yang Rozy dibeli dengan harga yang mahal di mana setahun gaji dia pun tak dapat membeli Rozy. Kehilangan haiwan kesayangan adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Boleh klik di SINI untuk melihat kucing kesayangan kami. 

    Rizky mula dibela sejak umurnya 3 bulan sebagai hadiah harijadi Aween pada bulan Februari 2007 sebaik kami balik dari mengerjakan Fardhu Haji. Ianya sangat manja dan tidur bersama Juita dan setia menemani Juita belajar juga. Pagi Sabtu, Rizky dan Demy masuk ke bilik saya dan melihat ke arah kami sewaktu saya bercakap dengan hubby berkenaan mereka sehingga hubby memberitahu, tengok tu dia tahu kita bercakap pasal dia. Itulah kali terakhir saya melihat dia terlentang berbaring di lanai bilik saya pagi Sabtu sebelum kehilangan. Mana lah saya tak menangis bila mendengar kehilangannya. Di rumah ini, sayalah yang paling garang dengan kucing terutama bila mereka lepak di atas sofa. Tapi saya sayang mereka seperti anak anak sendiri, cuma mahu mendisiplinkan mereka sahaja. Tiada apa yang mampu saya ucapkan melainkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga.



    0 0




    Oleh kerana semalam saya berada dalam keadaan cemas dan berdukacita dengan kehilangan Rizky, klik di SINI, maka saya langsung tidak berbuat apa apa selain hanya bersolat, berdoa dan mengintai ngintai Rizky di tingkap tingkap rumah dengan harapan untuk melihat kelibatnya. Hanya selepas solat Asar, barulah Rizky ditemui. Setelah itu, barulah saya mempunyai selera untuk makan sebagai persediaan berpuasa pada hari ini. Kami keluar makan di Giant sambil anak anak membeli barang barang keperluan masing masing.





    Malam tadi, sewaktu saya sedang membaca berkenaan dengan peristiwa Israk Mikraj, hubby tiba tiba masuk ke bilik dengan membawa akhbar Mingguan Malaysia yang memang saya langsung tidak sempat membacanya. Haaa ada gambar gambar Villa Nur Qaseh di dalam ruangan Fotografi Dalaman rupanya. Itu pun selepas hubby menerima mesej dari kawan kawannya dalam facebook. Kalau ada yang membeli Mingguan Malaysia semalam, bolehlah membeleknya hari ini. Sebenarnya kami pun tidak diberitahu mengenai perkara ini. Jadi memang tak tahu langsung, jika tidak diberitahu oleh kawan kawan hubby.






    Sebenarnya rumah kami ini biasa biasa sahaja, tiadalah sesuatu yang sangat istimewa. Kalau ada pun yang istimewanya kerana ianya dibina oleh saya dan hubby sendiri tanpa kontraktor, tanpa arkitek. Jadi kalau ada yang beranggapan rumah kami sangat mewah sehingga masuk majalah dan surat khabar adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya kami hanya lah orang biasa yang hidup dalam keadaan yang serba sederhana.



    0 0
  • 06/11/13--00:57: Rezeki Kita




  • Hari ini saya ingin berkongsi tazkirah mengenai rezeki yang dikongsikan oleh sahabat saya, Tuan Haji Asmaddin yang dipelajari dari kuliah subuh di surau beliau. Rezeki kita sebenarnya ditentukan Allah seperti yang disebut dalam surah surah: Az Zariyat 22, Al Israa 30, An Nahli 72, Ar Rum 40 dan Yunus 31. Namun begitu rezeki itu mempunyai kuncinya. Kunci rezeki ialah:


    1.  Taqwa ( Al A'raf 96);

    2.  Tawakkal (at Talaq 2-3) dikenali sebagai ayat seribu dinar;

    3.  Syukur ( Ibrahim ayat 7);

    4.  Sedekah dan buat baik pada fakir miskin;

    5.  Sentiasa nafkah untuk keluarga (As Saba ayat 39);

    6.  Menyebarkan ilmu dan berilah khidmat pada ahli ilmu.


    Amalkanlah ke enam perkara di atas. Bila Allah kurniakan rezeki janganlah lupa untuk menunaikan zakat dan infak. Ingatlah matematik dalam Islam bukannya 10 tolak 1= 9 tetapi 10 tolak 1= 19 (RM10 kita sedekah RM1 maka ganjaran Allah beri minima 10 maksima 700+++= 19). Oleh itu jangan takut harta berkurang dengan infak pada jalan Allah.



    0 0




    Ada seorang Anonymous menulis komen mengatakan saya seorang yang riak dan menunjukkan menayang perkara keduniaan. Saya mengambil teguran ini secara positif. Tetapi dalam masa yang sama, saya ingin memberi komen saya pada anda supaya tidak mudah berburuk sangka dan berprejudis kerana anda tidak mengenali saya. Apa apa pun, saya bukan seorang yang hipokrit. Siapa pun saya, biarlah Allah yang menilainya. Sebagai manusia, pasti kita tidak mampu menilai manusia lain dengan begitu mudah.

    Saya juga boleh mengatakan yang anda juga mempunyai penuh perasaan hasad dan kedengkian. Tentu sakit, jika saya mengatakan begitu pada anda, bukan? Jadi jalan yang terbaik adalah saya mengambil maklum tentang apa yang ditegur dan akan memperbaiki kekurangan diri dan ada baiknya juga anda tidak membaca apa yang saya tulis, atau dengan kata lain jangan singgah di sini. Kelak hati anda akan lebih sakit. Lagi pulak, kalau ikhlas, tentunya anda boleh memperkenalkan siapa diri anda dan cuba mengenali saya. 

    Itu yang saya buat, apabila saya tidak menyenangi dengan apa yang dikongsikan di mana mana blog yang saya singgah. Jauh sekali ingin menyakiti mereka dengan meninggalkan komen sebegini kerana saya tidak mampu membuat permohonan maaf atas kesalahan saya yang telah menyakiti hati orang lain. Islam tidak menghalang umatnya memcari kekayaan. Malah sekiranya ke masjid, kita digalakkan memakai perhiasan dan membawa kereta besar dan mewah. Bukan untuk berbangga sesama manusia tetapi ingin menunjukkan kepada orang bukan Islam akan kejayaan umat Islam. Islam penuh dengan kecantikan dan kekayaan.



    0 0






    Gambar diambil dari Google. Sempena hari ini hari Jumaat di mana saya berada di rumah, saya ingin berkongsi berkenaan adab adab menyambut hari jumaat yang saya olah berdasarkan 5 siri ceramah 30 minit Ustaz  Don di TV Al Hijrah yang saya dengar di youtube pagi ini. Hari jumaat adalah hari yang mulia dan merupakan hari raya kepada umat Islam. Hari jumaat adalah hari yang dipilih oleh Allah sebagai hari Allah. Kita sebagai umat Islam sungguh beruntung kerana setiap minggu kita akan menyambut hari raya. Seharusnya kita merasa seronok dengan ketibaan hari jumaat dengan membuat pelbagai persediaan untuk menyambutnya. 


    Oleh kerana ianya adalah olahan semula berdasarkan fahaman saya, maka saya memohon maaf jika ada yang tersilap di mana mana, harap dapat diperbetulkan. 

    Antara adab adabnya ialah:
    1. Petang hari khamis sudah mula membuat persediaan dengan membasuh baju. Membasuh baju untuk dipakai pada keesokannya.

    2. Mulai petang khamis itu perbanyakkan lah membaca surah yang antara lainnya ialah Yassin, Kahfi, Sajadah. Sesiapa membaca surah Kahfi, akan diberi Nur sehingga jumaat akan datang. Begitu juga surah Yassin yang merupakan hati Al Quran. Atau kalau semua pun tak boleh, bacalah surah Al Ikhlas sebanyak 50 kali. 

    3. Sebelah malamnya menghadiri majlis ilmu di masjid masjid, perbanyakkan bertasbih dan berdoa. Sesungguhnya Malaikat akan turun bersama sama menaungi semua orang yang ada dalam majlis ilmu. Allah akan memberkati dan memberi keampunan kepada semua yang ada dalam majlis ilmu termasuklah orang yang mempunyai banyak dosa, orang yang datang sekali sekala ke majlis ilmu dan orang yang datang ke majlis ilmu dengan niat untuk menunjuk nunjuk pakaian baru dsb.

    4. Berpuasa pada hari jumaat. Namun jika berpuasa, seeloknya diapitkan bersama sama dengan hari Khamis atau hari Sabtu, bagi membezakan dengan puasa orang orang Yahudi.

    5. Mandi sunat hari jumaat yang lebih afdal dibuat sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan solat jumaat. Bagi yang tidak berkesempatan, bolehlah mandi pagi hari jumaat sebelum ke pejabat. Boleh dibuat bersekali dengan mandi sunat wajib.

    6. Menyucikan diri. Secara fitrah ada 5 perkara yang perlu dibersihkan sepanjang masa. Jadi jika boleh ambillah kesempatan membersihkannya pada hari jumaat sebelum masuk waktu solat jumaat untuk mendapatkan pahala sunat membersihkan diri pada hari jummat. Jika selepas itu? Masih juga mendapat pahala tapi hanya pahala membersihkan diri kerana Islam amat mementingkan kebersihan diri. Apa dia yang 5 itu?
    • Kena cuci bahagian berkatan bagi lelaki dan perempuan;
    • Memotong kuku;
    • Menipiskan misai  dan trim janggut bagi membezakan dengan kaum Yahudi dan Majusi;
    • Buang bulu ketiak, kalau boleh dicabut tapi kalau tak boleh, dicukur sahaja. Jangan disimpan bulu ketiak melebihi 40 hari;
    • Akhir sekali membuang bulu ari ari. Buang atau cukur kerana ianya adalah tempat sensitif, iaitu tempat untuk membantu mendapatkan zuriat.

    7. Memakai baju baharu terutama baju berwarna putih iaitu warna kesukaan Rasulullah. Orang perempuan yang membantu menyiapkan keperluan suami juga mendapat pahala walaupun tidak menunaikan solat jumaat.

    Adab adab ke masjid juga banyak. Rebut benda benda kecil untuk mendapat pahala yang banyak. Apabila diikuti akan mendapat pahala. Antaranya;

    1. Datang awal ke masjid dan duduk di saf hadapan. Disebutkan dalam kitab Iman Al Ghazali sekiranya manusia tahu keberkatan datang awal dan duduk di saf hadapan, pasti manusia akan berebut rebut. Jadi  kenapa bila Nabi menyebut begini, kita tidak mahu mengambil peluang mendapat keberkatan dan pahala? Itu sebab diperhatikan kebanyakan ulamak akan mengambil tempat duduk di saf hadapan kerana mereka tahu kelebihannya.

    2. Melangkah masuk masjid dengan kaki kanan dan membaca doa masuk  masjid. 

    3. Niat beriktikaf dan solat tahiyyatul masjid 2 rakaat. Jika sewaktu masuk ke masjid, azan sedang berkemundang, dengar dan jawab azan dulu dan selepas itu baru solat tahiyyatul masjid. Solat dengan ringkas jika kutbah hampir dimulakan. Ustaz Don kata baca Al Fatihah sahaja pun tak apa kerana mendengar kutbah itu adalah wajib sekurang kurangnya 40 jemaah. Solat Tahiyyatul masjid adalah sebagai tanda menghormati masjid sepertimana kita tawaf apabila masuk ke Masjidil Haram. Jangan berkata kata sewaktu kutbah sedang dibacakan.

    4. Berjalan dengan tertib dan beradab di dalam masjid, jangan melangkah jika ingin ke hadapan. Sebaliknya minta izin untuk lalu dicelah celah jemaah yang ada. 

    Banyak kelebihan hari jumaat iaitu hari yang dipilih Allah sebagai hariNya. Dikatakan sesiapa yang meninggal pada hari jumaat adalah salah satu dari tanda tanda kematian yang baik, iaitu dari hari khamis malam jumaat sehingga masuk waktu maghrib hari jumaat. Teringat pada arwah abang saya yang sulung, Cikgu Hashim yang menghembuskan nafas terakhir tat kala azan solat jumaat. Al fatihah untuk arwah abang yang sangat saya kasihi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. 

    Dikongsikan juga bahawa terdapat satu detik pada hari jumaat di mana doa kita tidak akan ditolak. Jadi perbanyakkan lah berdoa dan membaca Al Quran jika ingin Allah menjaga kita selama 24 jam. Sesiapa sahaja yang melalui hari jumaat adalah berpeluang untuk berdoa yang dimakbulkan Allah. Bila waktunya tidak dapat dipastikan, jadi kita hanya perbanyakkan berdoa sebelum masuknya waktu maghrib pada hari itu. Insya Allah semoga kita menjadi hamba Allah yang bertakwa dan dikurniakan ganjaran syurga Firdaus yang dibawahnya mengalir anak sungai yang airnya putih seperti susu dan manis seperti madu. Yang ini saya tambah berdasarkan apa yang saya dengar sebelum ini, ya. Masya Allah, terimalah amalan ku Ya Allah. Apa dia orang bertakwa? Orang yang bertakwa ialah orang yang takutkan Allah dengan mengikut segala yang diperintahkan dan meninggal segala apa yang dilarang. 

    Hingga di sini dulu, salam Jumaat dari saya dan terima kasih kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang merupakan antara ustaz kegemaran saya. Masih terdengar dengar suara Ustaz Don yang bercakap di telefon dengan saya tempohari. Saya sungguh merasa bertuah.



    0 0
  • 06/13/13--06:07: Celakalah Si Pemakan Riba




  • Celakalah manusia yang memakan riba, apalagi ianya dilakukan secara paksaan dan samseng. Di dunia ini, jika kita rasa diri sangat berkuasa untuk menggunakan kekasaran, silakan lah kerana kita akan diperlihatkan balasannya sementara nyawa masih di kerongkong di saat sakaratul maut. Berapa lama lagi masa kita akan menghadapi detik itu? Kiralah sendiri, kerana baki usia yang semakin singkat setiap hari. Bila rumah menghalau pergi dan kubur pula melambai lambai ke mari.

    Hukum Riba Nasiah yakni pertambahan yang diperolehi oleh orang yang memberi hutang akibat penangguhan bayaran semula. Dengan kata lain pembayaran lebih yang disyaratkan oleh orang yang meminjamkan adalah sangat jelas sekali hukumnya. Al-Qur’an menjelaskan tentang riba, pada surat Al-baqarah:275 dan ayat inilah yang menjadi hukum mengenai status riba

    الَّذِينَ يَأْكُلوُنَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَآءَهُ مَوْعِظَةُُ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

    Orang-orang yang makan (mengambil) riba[174] tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila[175]. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu[176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.(Al-Baqarah:275)


    Kalau petikan di atas adalah syarat riba yang dikenakan semasa pinjaman dibuat dan dipersetujui, bagaimana pula dengan kes orang yang menggandakan bayaran hutang atas alasan lambat dibayar dari tempoh yang diberi dan sebagainya? Pasti lagi dasyat kerana ianya adalah jelas haram kerana melibatkan kezaliman, penganiayaan dan penindasan walau apapun sekali alasannya, hukum di sisi Allah adalah jelas menanti si pemakan riba.

    Sebenarnya pemberian pinjaman adalah berupa satu pertolongan kepada yang memerlukan dan ganjaran pahala yang dijanjikan adalah sangat besar. Jika seseorang di dapati tidak mampu membayar dan si pemberi hutang menangguhkan atau menghalalkan pembayarannya, lagi besar ganjaran yang menanti jika ianya dibuat secara redha kerana Allah Taala. Tapi sayang sekali kerana dari sepatutnya mendapat pahala kerana menolong, akhirnya bertukar menjadi dosa sehingga kekal di dalam neraka kerana mengenakan riba.

    Ianya adalah berbeza dengan hukum berjual beli di mana menjual barang secara ansuran dengan harga lebih mahal berbanding dengan bayaran tunai yang diharuskan (dibolehkan) dan tidak dikira sebagai riba. Syaratnya mestilah diketahui kadar dan tempuh bayaran dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli sebelum pembelian bermula.




    0 0
  • 06/14/13--03:46: Riak Dalam Menegur





  • Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kawan kawan berkenaan dengan komen yang diterima dari seorang Anonymous yang pada saya sangat tidak berhemah dalam menegur. Sungguh terharu kerana kawan kawan memyokong dan memberi galakan untuk saya supaya meneruskan perjuangan. Di saat beginilah, kita boleh menilai kalau kita mempunyai kawan kawan dalam erti kata yang sebenarnya. Walaupun belum pernah bersua, tapi hubungan persahabatan terutama sesama blogger terasa sangat erat dan seolah satu keluarga yang besar kerana kita saling belajar antara satu sama lain.


    Sebenarnya bila kita berkongsi cerita tentang pengalaman hidup, pasti tidak sedikit banyak akan dikongsikan berkenaan dengan detik mengembirakan dan detik kejayaan. Tapi semua yang saya miliki bukan jalan mudah kerana saya tidak dilahirkan dalam dulang emas. Saya hanyalah anak petani. Namun kesusahan banyak mengajar saya supaya menggandakan usaha dalam menrealisasikan sesuatu impian supaya menjadi kenyataan. Kalau anda berfikiran positif, tengokkan macam mana saya menyiapkan rumah yang mengambil masa sehingga 4 tahun dan dengan cara  bersusah payah serta sumber kewangan yang terbatas. Hatta sehingga sekarang, saya masih  mengusahakan permohonan CF rumah saya sendiri. Jika saya ingin menyombong, pasti tidak saya ceritakan semua yang pahit itu. Semua ini adalah berkat doa siang malam kepada Allah. Sebelum memulakan pembinaan juga, saya berdoa dan memohon petunjuk Allah di Masjidil Haram walaupun ramai yang tidak yakin dengan kebolehan saya. 

    Saya bukan seorang wanita yang bila mahu apa apa, minta jer dari hubby dan terus dapat. Saya juga tidak berkahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya. Saya hanya berkahwin dengan lelaki yang sangat saya cintai. Kami juga tidak pernah mendapat durian runtuh atau apa apa projek. Semuanya menggunakan duit gaji bulanan. Berbekalkan keinginan yang membara dan kesabaran saya untuk menunggu bagi mendapatkan sesuatu juga perlu dilihat secara positif. Sebagai contoh, untuk membeli sebentuk cincin idaman, saya mengambil masa bertahun tahun dan berpuluh puluh kedai saya lawati, berapa banyak website saya kunjungi  dan pelajari berkenaan cara menilai sebiji berlian. Saya seorang yang percaya alah membeli menang memakai. Jika anda bukan seperti saya, pasti anda mengatakan saya riak. Tapi jika anda adalah sejiwa dengan saya, pasti anda akan melihatnya dari sudut yang positif. Kepada yang tidak menyenangi apa yang saya tulis, anda punya pilihan. 

    Juga saya ingin kongsikan sedikit intipati kuliah Jumaat Ustazah Suraya yang saya hadiri hari ini berkenaan riak dan sombong. Kuliah hari ini membincangkan salah satu dari Asmaul Husna iaitu Ar Rafi’ yang bermakna Maha Meninggikan. Allah meninggikan darjat orang yang sepatutnya ditinggikan kedudukannya. Allah akan mengangkat siapa yang Allah kehendaki. Jadi jangan bangga dengan apa yg kita usahakan. Iblis sangat rajin beribadat. Masa tu, iblis yang dinama Azazil adalah makhluk yang terbaik dari segi ketaatan dan ibadatnya kepada Allah. Tapi kerana rasa dirinya hebat dan diciptakan dari api, maka blis tak mahu tunduk pada Nabi Adam yang dicipta dari tanah. Bila ada rasa bangga kerana merasa dirinya lebih baik dari Adam, maka iblis telah menderhaka. Iblis tidak pernah merasakan dirinya lebih baik dari Allah kerana iblis tahu keagungan Allah yang mencipta mereka.

    Jadi secara kesimpulannya, seseorang yang menegur orang lain dengan secara tidak berhemah adalah orang yang sombong dan merasakan dirinya lebih baik dari orang yang ditegur. Contoh yang diberi oleh Ustazah adalah hatta cara kita menegur anak kita bersolat. Sebagai contoh, anak kita bersolat dengan sangat cepat dan kita menegur, "cepatnya habis solat, kena baca biar betul betul". Walaupun kita sebagai ibu mempunyai niat yang baik tapi cara kita menegur ini juga dikira sombong dan riak kerana kita telah merendahkan anak kita yang pasti lebih muda dan kurang ilmu dari kita. Disebutkan sesiapa yang merendahkan orang lain, nescaya Allah tidak akan mengangkat darjat kita. Berapa banyak orang yang berilmu tetapi sombong dengan ilmu yang dimiliki kerana merendahkan orang lain. Sekadar renungan...





    0 0
  • 06/15/13--21:04: Moist Muffin Pandan





  • As salam dan selamat berhari minggu buat semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Hari Bapa kepada semua bapa bapa terutama my laling Hubby yang sangat saya sayangi dan yang juga sangat menyayangi saya. Setelah sekian lama, saya berehat dari masak memasak, hari ini saya tiba tiba terasa ingin nak membuat Muffin Pandan yang saya ambik resepinya di blog Inahar. Sebenarnya saya dah lama nak membuat muffin tapi yang dirancang adalah muffin pisang. Namun hari ini, bertukar ke muffin pandan setelah terbaca yang muffin ini sangat gebu dan lembab. Saya memang sukakan kek, cupcake atau muffin yang lembab lembab.

    Sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit intipati kuliah Surau Ad Dhuha malam tadi berkenaan dengan orang orang bangsa Yahudi dan Nasrani yang suka mengubah, menukar dan memesong kandungan kitab suci mereka iaitu Taurat dan Injil. Agama sejak Nabi Adam adalah agama Islam yang mengajak manusia kepada perkara yang sama, cuma syariat yang sedikit berbeza. Kesemua kitab kitab yang diturunkan mengajak manusia berubah dari kezaliman kepada keadilan, kejahilan kepada pencerahan ilmu, penyembahan berhala kepada penyembahan Allah. Yang berbeza hanyalah nama Rasul dan nama kitab.

    Al Quran adalah kitab yang kandungannya mengandungi  kebenaran. Al Quran juga mengesahkan isi kitab suci yg diturunkan sebelumnya iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Al Quran tidak bertentangan dengan kitab kitab ini, tetapi orang Yahudi yang telah memesongkan  kandungannya. Seperti sabda Nabi, ada antara Yahudi yang sikapnya mengubah, menukarganti dan memesong kitab Taurat dan Injil. Yahudi sangat bijak pandai kerana  bukan mudah untuk menukar dan menyusun atur dan menulis semula kitab yang telah diubah. Antara yang disembunyikan ialah sifat sifat Nabi Muhamad dan kedatangannya yang memang disebut dalam kitab mereka. Yahudi sepatut boleh menggunakan kitab mereka sendiri sebagai penentu sesuatu isu tentang Islam dan kebenarannya seperti kerasulan Nabi Muhamad, hukuman rejam ke atas penzina yang telah berkahwin, isu keperluan 4 saksi dsb. Ini adalah satu mukjizat Nabi yang buta huruf. Ianya bukan suatu kelemahan kerana ianya menunjukkan Nabi dibantu Allah kerana bagaimana baginda yang tak boleh membaca dan menulis boleh mencari sumber dokumentasi dan membawa sesuatu isu yang terkandung dalam Taurat dan Injil yang disahkan kandungannya dalam Al Quran. Orang Yahudi menolak perdebatan di Al Madaris dengan menggunakan kitab mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka tahu kebenarannya tetapi enggan menerima Nabi Muhamad yang bukan dari kalangan Yahudi, tetapi berbangsa Arab.





    Berbalik kepada muffin yang sangat mudah dan cepat disediakan ini, memang benar apa yang ditulis oleh kawan kawan yang telah mencubanya. Muffin ini naik dengan cantik, rasanya pulak memang gebu dan moist serta berbau sangat harum. Saya menggunakan cup kecil dan rasanya dibakar dalam 25 minit sudah mencukupi. Tadi saya membakar selama 30 minit dan leka untuk check selepas 25 minit. Resepi ini menghasilkan 14 biji muffin yang comel saiznya. Kalau ada yang mahu menyediakan hidangan petang dengan cepat dan sedap, saya cadangkan supaya mencuba resepi ini. Jom kita tengok resepinya....




    Moist Muffin Pandan

    Bahan bahan:
    200gm tepung gandum
    1 1/2 sk baking powder 
    1/2 sk bicarbonate soda 
    1/2 sk garam
    120gm gula kaster
    200ml santan - guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
    100ml minyak jagung
    2 biji telur
    1 sk pandan paste 
    1/2 sk pandan essence - tak letak
    Sedikit pewarna hijau - tak letak
    Badam hiris atau apa yg disukai - tabur 

    Cara cara:
    1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
    2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata. 
    3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
    4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati. 
    5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
    6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.






      

(Page 1) | 2 | 3 | .... | 38 | newer