Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all 2112 articles
Browse latest View live

Rendang Kacang Dengan Hati Ayam Sedap

0
0
Rendang Kacang Dengan Hati Ayam

Saya hendak menghabiskan baki hati dan mempedal serta kacang panjang yang saya beli di Pasar Taman Tun. Boleh baca entri entri Kacang Panjang dengan Hati Ayam Goreng yang sedap giler itu di SINI. Hahaha. Saya memasak sebaik tiba di rumah, jadi masih tak sempat tukar baju. Masih dengan baju pejabat gitew. Di pejabat pula kerja tengah menimbun, jadi saya agak kepenatan. Last last selepas jer masak, saya jadi tak lalu makan kerana terlalu kepenatan. Rasa seperti nak pengsan. Malam tu, langsung tak makan walaupun semua dah siap terhidang. 

Oleh kerana siap memasak, hari dah malam jadi gambar yang diambil memang tak cantik langsung, Tapi saya tetap juga snap kerana walaupun gambar tak cantik, rendang ini sangat sedap. Saya sempat merasa dengan meratah sebaik ianya masak. Lauk seumpama ini kalau di Kelantan adalah Teresek Kacang Panjang di SINI, kalau di Negeri Sembilan, boleh tengok di SINI. Kira lauk kaum kerabat kacang panjang seperti resepi rendang di atas. 

Saya rebus dan tos dulu hati dan mempedal kerana tak mahu ianya hancur semasa dikacau. Saya juga tambah sedikit isi ayam kerana Nana dan Boy tak makan bahagian organ dalaman. Dua orang anak saya ni makan agak memilih. Jika tak suka, mereka akan ambil apa apa jer yang depa suka seperti kicap dan digaul dengan nasi. 

Sebetulnya sekarang saya dah tak lalu lagi nak makan banyak banyak. Kalau nasi, minta separuh pun rasa seperti tak habis. Berbeza dengan waktu dulu, boleh makan KFC 3 ketul. Sekarang makan seketul pun dah terasa kenyang. Bila dah berduit, selera makan yang dah hilang. Zaman dulu, bukan boleh makan itu ini kerana gaji pun tak sebesar mana. Hmm kena redha dengan perubahan masa. 

Teringat semasa saya kecil dulu, saya makan dengan pinggan khas. Pinggan besi yang hanya untuk saya. Orang lain memang tak akan guna pinggan tersebut. Saya pun tak tahu kenapa saya ada pinggan khas. Agaknya nak mengelakkan dari pinggan pecah kot. Hahaha saya pun tak ingat sehingga bila saya menggunakannya. Rasanya sehingga saya berpindah dari rumah asal kami. Makan ketika itu, duduk di lantai. Sedikit catatan nostalgia...

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Kena pandai mengagak bila masa perlu dimasukkan kacang panjang supaya ianya tidak terlalu masak. Saya suka yang sedang sedang sahaja. 

Rendang Kacang Dengan Hati Ayam

Rendang Kacang Panjang dan Hati Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ikat kacang panjang - potong serong
Hati dan mempedal ayam - rebus dan tos
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit 
1 senduk cili kisar
Kerisik
Serbuk perasa
Garam
Gula
Asam keping
1 1/2 kotak santan kotak

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2-3 hirisan lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan hati dan pedal ayam. Kacau rata.

Masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan juga asam keping, serai dan daun kunyit. Kacau rata sehingga pecah minyak dan hampir pekat.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Setelah hampir kering, masukkan kacang panjang dan kacau rata sehingga kacang panjang lembut. Bolehlah ditutup api.

Nota:
Saya tambah sedikit bahagian tulang ayam kerana ada anak saya yang tak makan organ ayam.



Persiapan Majlis Pertunangan

0
0

Persiapan untuk majlis pertunangan Hafez dibuat dengan berdikit dikit kerana kami menpunyai masa yang agak panjang. Tambahan pula persediaan majlis untuk anak perempuan dengan anak lelaki sangat jauh berbeza. Jika anak perempuan, semua persediaan perlu dibuat. Tetapi untuk majlis anak lelaki, saya cuma membuat persediaan dari segi pakaian dan barang barang untuk hantaran sahaja. 

Kain untuk majlis pertunangan, kami beli di Pasar Mayestik semasa ke Jakarta baru baru ini. Boleh klik di SINI. Saya memanggil tailor untuk pakaian Hubby dan anak menantu ke rumah. Manakala untuk rekaan pakaian saya dan anak anak perempuan, saya masih setia dengan Simon.  Bila selesai bab pakaian, kira selesai sebahagian besar persiapan untuk majlis pertunangan. 

Berkenaan barang hantaran juga, kami telah lama memilih cincin tunang. Puas juga merayap dari satu kedai ke satu kedai. Akhirnya saya memilih Diamond and Platinum. Kalau cincin emas semasa merisik dulu, kami memilih Habib Jewel. 

Saya memang suka barang kemas di Diamond and Platinum kerana berlian yang digunakan sangat cantik dan harga juga berpatutan. Malahan rantai tangan berlian saya yang dibeli 13 tahun yang lalu masih cantik walaupun dipakai setiap hari siang dan malam. Saya hanya menanggalkannya ketika mengerjakan umrah. Memang saya tidak memakai apa apa barang kemas sepanjang di sana. 

Di samping itu, saya juga mula membuat persiapan untuk majlis perkahwinan. Juga secara berdikit dikit kerana masih menpunyai masa. Malahan trip ke London akhir tahun juga, adalah kerana ingin mencari sebahagian dari barang persiapan perkahwinan. 

Adui rupanya sangat jauh berbeza majlis anak perempuan dengan majlis anak lelaki. Apa apa pun ianya memberi pengalaman yang berbeza. Bak kata Dato Salehuddin, sahabat dan bakal besan kami, stress menyediakan majlis perkahwinan anak anak adalah stress yang menyeronokkan. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. Aameen.


Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

0
0
Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

Sejak kecil, saya telah biasa dihidangkan dengan masakan Masak Lemak Putih pelbagai jenis sayuran seperti petola, petola ular, terung, timun, kacang panjang. Hampir semua sayuran dimasak Lemak Putih. Selain dapat dijadikan sayur sebagai lauk, juga kuahnya untuk digaul dengan nasi. Kiranya seperti lauk 2 dalam 1 juga. Semua sayuran adalah hasil tanaman kedua ibubapa saya sendiri. Mereka sangat rajin bercucuk tanam untuk memberi makan kami adik beradik. 

Adakala saya turut membantu memetik sayuran yang telah masak seperti terung dan kacang panjang. Apa yang tidak dapat dilupakan adalah memetik kacang panjang muda dan dimakan begitu sahaja. Ala ala kudapan anak kampung. 

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan


Tapi yang tak bestnya, tempat mereka berkebun terdapat banyak pacat. Memang menjerit jerit lah bila pacat melekat di kaki dan betis. Ya lah kawasan lembap, mestilah ada pacat. Ada telaga kecil tempat kami menceduk air untuk menyiram pokok pokok sayur. Semuanya menggunakan tenaga dan tulang 4 kerat.

Maklum ibubapa saya hanya lah orang kampung sahaja. Jadi boleh dikatakan semua kerja kampung, mereka akan buat. Mereka memang tidak reti duduk diam atau melepak lepak di kedai kopi. Malahan saya tidak pernah melihat arwah bapa saya singgah minum di kedai kopi.

Saya sangat berpuashati kerana berpeluang hidup dalam 2 keadaan yang berbeza sebagai anak kampung yang serba sederhana dan hidup di bandar. Menpunyai tangan yang membantu ibubapa membuat kerja kerja kampung yang lasak dan tangan sama yang hanya memegang pen di pejabat.

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

Berbalik pada resepi hari ini, saya rindu untuk menikmati masak lemak putih cara keluarga saya yang menggunakan isi ikan rebus atau ikan bakar. Setelah berpindah ke Kuala Lumpur, saya mengubahsuai sedikit masak lemak dengan menggunakan ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tetapi rasanya tak sama dengan keenakan masak lemak putih yang menggunakan isi ikan rebus. 

Untuk menambah keenakan masakan, jangan lupa masukkan Maggi Cukup Rasa. Seperti namanya, ia memang menjadikan masakan kita secukup rasa.

Jom layan resepi Masak Lemak Putih Petola saya hari ini. Juga jangan lupa menonton video di Azie Kitchen youtube channel. Ooh ya kepada yang belum lagi follow Instagram Azie Kitchen, jangan lupa follow Azie Kitchen kerana ramai yang menulis memberitahu mereka baru menemui IG Azie Kitchen. Selamat mencuba...


Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kotak santan kotak
1 batang petola 
1-2 tangkai cili hijau solok
1/2 tangkai cili merah
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Garam - jika perlu

Bahan Tumbuk:
1 ekor ikan rebus - ambik isi
1-2 ulas bawang merah
1/2 sudu besar lada hitam

Cara cara:
Masukkan santan ke dalam periuk bersama 1 1/2 kotak air  atau secukupnya bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai. Jerang di atas dapur sambil terus dikacau di atas api yang sederhana besarnya. 

Apabila hampir mendidih, masukkan bahan tumbuk dan kacau lagi sehingga ianya mendidih. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul.

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan


Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan


Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

Masukkan petola dan kacau rata. Bila agak separuh lembut, baru dimasukkan cili hijau dan cili merah. 

Tujuan saya memasukkan cili merah adalah untuk menambah warna pada masak lemak putih ini. Tidaklah putih dan hijau sahaja. 

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa. Taraaa siaaap

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan
 
Bolehlah tutup api dan terus dikacau lagi selama beberapa minit supaya kuah cantik dan tidak berketul. 


Nota:
Jangan biarkan petola terlalu lembut kerana ketika kuah sejuk, ia akan menjadi terlebih masak. Saya suka yang agak rangup. 


Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

0
0
Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Selamat Pengantin Baru buat Ain dan pasangan. Semalam kami menghadiri majlis resepsi perkahwinan Ain, anak sulung Dato Mohd Alias Hamzah dan Datin Khasani yang merupakan antara sahabat kami sejak di zaman kampus lagi. 

Majlis ini juga dihadiri oleh ramai lagi rakan dari alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya (ETHICA). Majlis sederhana tetapi meriah diadakan di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Tetamu rata rata berbaju Melayu yang menampakkan kebudayaan orang Melayu. Majlis juga diserikan dengan tarian dari anak anak kesenian. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dengan soto sebagai hidangan pembuka selera.

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC


Bila bertemu dengan rakan rakan ETHICA, majlis akan menjadi sangat meriah dengan masing masing sibuk bertanya khabar dan bergambar sebagai kenang kenangan. Oleh kerana malam itu adalah malam hari jadi Haji Kamaruddin Mokhtar, kami beramai ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada beliau. 

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Keakraban persahabatan melebihi 30 tahun memang tidak dapat dinafikan lagi. Malahan saya sendiri akan berbesan dengan Dato Salehuddin dan Datin Nursinah. Datin Nursinah memang saya kenali sejak di hari pertama minggu haluan siswa di Kolej Ketiga lagi. Persahabatan yang akrab menyebabkan kami saling menyokong antara satu sama lain. 

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Rakan rakan datang dari segenap pelusuk tempat dan negeri semata mata untuk meraikan majlis perkahwinan anakanda sahabat ETHICA. Dato Wan Nazari dari Terengganu, Dato Ibrahim dari Melaka, Encik Khairy dari Johor, Dr Mohad Anizu dari Kelantan dan Encik Kamalullail dari Pulau Pinang. Haa betapa kuatnya jalinan persahabatan antara kami.  Semoga terus kekal dan utuh selamanya.  

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Akhir sekali tahniah kepada Dato Alias sekeluarga dan juga kepada pasangan pengantin. Hebat hebat Tok Lias. Hahaha itulah trademark Tok Lias yang menjadi gurauan antara kami dalam group WhatsApp. 

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC


Hari Jadi Hafez Yang Teristimewa

0
0
Hari Jadi Hafez Yang Teristimewa

Selamat Hari Jadi Hafez. Begitu cepat masa berlalu. Hari jadi Hafez atau kami memanggil beliau dengan panggilan Boy kali ini lebih istimewa kerana ianya adalah tahun terakhir menyambut hari lahir sebagai orang bujang. Saya sebenarnya di dalam diam, sangat sedih dan dalam masa yang sama merasa gembira kerana tidak lama lagi Hafez akan menamatkan zaman bujang. 

Sedih kerana saya sendiri tidak menyangka secepat ini,  dia akan menamatkan zaman bujang. Ketika menulis entri ini pun, airmata saya bergenang. Tapi bila difikirkan, buat apa ditunggu bila mereka telah menemui pasangan yang mereka sukai. 

Saya sendiri menemui cinta hati saya sewaktu saya berumur 20 tahun. Ketika itu, saya sangat pasti yang saya sangat menyintainya dan ingin hidup di sampingnya. Mungkin begitu juga perasaan Bonda saya suatu ketika dahulu. Masih ingat lagi, ketika saya menelefon Bonda memberitahu hasrat ingin menamatkan perhubungan dengan cinta hati dengan ikatan perkahwinan, Bonda meminta supaya saya mengambil masa untuk berfikir semasak masaknya.  

Hari Jadi Hafez Yang Teristimewa

Berbalik pada makan malam kali ini, Mira juga turut sama meraikan harijadi Hafez. Makan malam sempena harijadi Hafez dilewatkan satu malam kerana Hubby mahukan semua anak anak turut serta. Kecuali Juita yang berada di Manchester. 

Restoran pilihan adalah Tony Romas di e-Curve yang dicadangkan oleh Nana. Selepas makan malam, seperti biasa pihak Tony Romas telah menyediakan dessert untuk Birthday Boy sambil menyanyi secara beramai ramai. 

Hari Jadi Hafez Yang Teristimewa

Selepas makan, kami beredar ke The Curve kerana Hafez dan Mira ingin mengambil cincin pertunangan mereka yang telah siap di Diamond and Platinum. Kami sangat gembira melihat keserasian mereka. Sama samalah kita doakan agar mereka diberikan kemudahan dalam apa jua yang dilakukan dan diberi kebahagiaan dalam berumahtangga sehingga ke Jannah. Aameen. 


Daging Goreng Sos Tiram

0
0
Daging Goreng Sos Tiram Azie Kitchen

Nama pun daging goreng sos tiram, pastilah bahan utamanya adalah sos tiram. Kalau menggunakan daging batang pinang, goreng sekejap jer pun dah lembut dagingnya. 

Memasak sangat cepat, cuma lagi lama daging diperap dengan sos tiram, lagi lah sedap dan mesra. Kalau nak sedap lagi, bolehlah tambah bahan lain seperti batang leek yang dihiris nipis. 

Daging Goreng Sos Tiram Azie Kitchen

Sos tiram bukan sahaja digunakan sebagai bahan penyedap semasa memasak tetapi juga boleh diguna sebagai bahan perapan. Kalau dah guna sos tiram, tak perlu lagi dimasukkan garam. Saya cuma menabur sedikit Maggi Cukup Rasa. Macam tak lengkap jika tidak ditabur. Saya juga tidak meletak gula, kerana kita telah pun meletakkan kicap manis semasa memerap daging. 

Jom sama sama mencuba masakan yang sangat ringkas, mudah dan paling utama, rasanya sedap. Anak anak memang penggemar kicap. Jadi dengan lauk ni, mereka makan dengan menggaul kuah kicap dengan nasi putih yang panas panas. 

Jom layan resepi mudah di bawah ini. Selamat mencuba. Jangan lupa video di youtube Azie Kitchen channel dan instagram. 

Daging Goreng Sos Tiram Azie Kitchen

Daging Goreng Sos Tiram
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
700 gram daging batang pinang
1 biji bawang besar Holland - hiris 
7 tangkai cili padi - dipotong
1 biji cili Benggala Hijau - saya guna cili merah hiris
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 biji limau nipis 
Minyak masak

Bahan perap:
3 sudu besar sos tiram Maggi
2 sudu besar sos ikan
1/2 senduk kicap manis
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara cara:
Daging dihiris sederhana tebal. Jangan nipis sangat. Perap daging dengan bahan perap selama 30 minit. 

Daging Goreng Sos Tiram Azie Kitchen

Daging Goreng Sos Tiram Azie Kitchen

Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan daging yang telah diperap tadi. Goreng dengan api sederhana dengan sentiasa dikacau kacau. 

Bila daging masak, masukkan bawang besar hiris, cili padi, dan Maggi Cukup Rasa. Bolehlah ditutup api. Nota: jangan digoreng garing nanti daging akan liat. 

Daging Goreng Sos Tiram Azie Kitchen

Masukkan perahan asam limau nipis. Kacau seketika. Semasa dihidangkan, bolehlah tabur dengan daun bawang. 

Daging Goreng Sos Tiram Azie Kitchen

Nota:
Jika suka, boleh juga tambah batang leek. 


Nutella Hazelnut Cake Sedap Dari Resepi Kek Kafe

0
0
Nutella Hazelnut Cake

Setiap kali birthday, mesti dalam kepala kita adalah kek harijadi kan. Tak sah kalau tak ada kek bila menyambut atau meraikan birthday. Boleh beli di kedai, atau boleh buat sendiri. Nak beli di kedai, takut rasanya tak kena dengan selera kita pula. Lagipun, kan lagi special kalau kita buat sendiri kek birthday untuk orang tersayang. Ianya lebih bermakna dan dihargai.

Tapi, nak belajar buat sendiri, tak tahu pula nak pergi kelas kat mana kan? Macam saya memang tak pernah pergi kelas. Sebab saya tidak ada masa untuk ke kelas walaupun sangat teringin untuk belajar kaedah yang sebetulnya. 

Resipi kek macam yang dijual di kafe-kafe hipster ni bukan semua orang nak ajar. Resepi dan cara penyediaannya dirahsiakan. Di bawah ini adalah Kek Pandan Gula Melaka yang sangat sedap. Anak saya Dr Nana pernah menyediakannya di SINI selepas beliau menghadiri kelas membuat kek. 

Kek Pandan Gula Melaka

Baru-baru ni saya dapat resipi kek istimewa ni, namanya Nutella Hazelnut Cake. Selalu juga nampak kek ni di kafe-kafe terkenal. Kek ni memang unik dan rasanya lain dari yang lain. Memang sedap rasanya, tak manis sangat. Kalau dapat sebelum birthday Hafez hari tu mesti saya dah buatkan untuk birthday dia. 

Resepi ini dikongsikan oleh sahabat alam maya saya Encik Khalid Hamid dan isterinya Puan Aja. Bertahun tahun juga berhubung dengan Encik Khalid di alam maya kerana saya tertarik dengan usaha pencarian perabut murah di China. 

Seperti mana kita tahu agak susah untuk membeli di China kerana masalah komunikasi. Jika ingin tahu bagaimana untuk membeli perabut yang sangat murah, boleh dapatkan buku Perabut Murah China, siap ada dengan video yang memberi secara detail semua proses bermula dari KLIA sehingga di sana. 

Berbalik pada resepi, memandangkan saya pun dah lama tak kongsikan resipi dessert, hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua resipi kek ni. Sangat istimewa. Jika anda ingin menghasilkan kek seperti mana yang dijual di cafe cafe, kena belajar step by step yang dikongsikan oleh Puan Aja.


Nutella Hazelnut Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan kek:
1 ½ cawan gula kastor
2 biji telur gred A
¾ cawan natural yogurt
¼ cawan + 1 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
¾ cawan air

Bahan-bahan diayak:
1 ½ cawan tepung gandum - saya guna Bakers’ Choice
1 ½ cawan serbuk koko
½ sudu besar baking soda
¾ sudu kecil baking powder
¾ sudu kecil garam

Bahan-bahan Frosting:
½ cawan whip cream (non-dairy) – optional
170 gram butter - saya guna SCS unsalted butter
½ cawan serbuk koko
1 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar susu
½ cawan whip cream - saya guna Anchor
1/3 cawan serbuk Milo
1/3 cawan Nutella
1 sudu besar hazelnut paste
Secubit serbuk Nescafe

UNTUK CARA-CARANYA, SILA TONTON VIDEO PENDEK NI: 


Ada 5 lagi resipi kek kafe lain yang terdapat dalam video. Kalau anda nak belajar melalui video tutorial seperti di atas. Ada kek Pandan Gula Melaka, Pecan Butterscotch, Classic Red Velvet, Victoria Sandwich dan juga Brownies. Memang gerenti, boleh buat business meletop letop dengan kek seperti ini.

Special Brownies

Boleh layari www.resipikekkafe.com untuk belajar. Terima kasih kepada puan Aja yang sudi kongsikan resipi Nutella Hazelnut tersebut. Jangan lupa like dan share.... 


Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Buncis

0
0
Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Buncis

Saya terima komen menyuruh saya menggunakan kuali steel wok kerana dikatakan kuali aluminium boleh membawa aluminium poisoning. Saya tak pasti kalau apa yang dikatakan menpunyai bukti saintifik. 

Tapi sejak kecil, keluarga saya menggunakan kuali dan periuk cap buaya yang dibeli dari Kelantan. Malahan tak keterlaluan kalau dikata semua orang kampung saya menggunakan periuk dan kuali jenis ini. 

Berbalik pada saranan menggunakan steel wok, saya terima dengan hati terbuka. Saya sebenarnya suka membuat koleksi pinggan mangkuk dan peralatan memasak. Ada yang dibeli di London, Australia dan juga dari US. Ada banyak koleksi periuk kuali tersimpan sehingga anak anak pun menegur kerana suka membeli tapi sayang untuk digunakan. 

Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Buncis

Mungkin kerana saya memasak bukan untuk dirakam dan tayangan semata. Saya tak ada masa jika sekadar memasak untuk blog semata. Saya memasak untuk hidangan keluarga. Saya memasak sebaik balik dari pejabat atau curi curi waktu terluang pada hari minggu. Jadi saya suka guna kuali buruk saya kerana saya boleh mengacau menggunakan senduk besi. 

Kalau menggunakan steel wok, kena guna senduk dari palstik tahan haba. Hahaha saya lupa apa term nya. Rasa tak puas memasak menggunakan senduk jenis ini. Ianya juga seperti melambatkan kerja sedikit kerana perlu lebih berlemah lembut. hahaha itu pendapat saya lah.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi feveret saya iaitu masak lemak cili padi udang dengan kacang buncis. Kebelakangan ini, saya mengalami alergi yang agak teruk, jadi saya tak makan udang. Sekadar makan kacang buncis dan kuah masak lemak digaul dengan nasi putih. 

Saya sebenarnya saya jarang membeli kacang buncis. Saya tak pernah makan kacang ini ketika di Kelantan. Hanya makan kacang panjang kerana saya rasa kacang panjang lebih sedap. 

Serious sedap. Saya memang suka memasak udang atau makanan laut lain secara yang paling mudah bagi mengekalkan rasa manis semulajadi. Kalau memasak makanan laut, saya diajar supaya tidak meletak asam keping. Jadi kemanisan dari santan, jika menggunakan santan asli akan lebih terasa.

Jom layan resepi di bawah ini.

Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Buncis

Masak Lemak Cili Padi Udang Dengan Kacang Buncis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Udang secukupnya
Kacang buncis - hiris nipis serong
1 kotak santan kotak
1/2 helai daun kunyit
Garam

Bahan tumbuk:
1 -2 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi

Cara cara:
Masak bahan tumbuk dengan sedikit air sehingga agak agak cili masak. 

Masukkan santan dan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang disukai. Sentiasa dikacau rata supaya kuah tidak berketul. 

Apabila hampir mendidih, masukkan daun kunyit dan garam. 

Masukkan kacang buncis dan kacau sehingga ianya separuh lembut baru dimasukkan udang. Kacau rata sehingga kacang lembut. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 

Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Buncis




Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

0
0
Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Siapa kenal ikan Sebelah? Warna di kedua permukaan badan adalah berbeza. Satu warna gelap dan satu warna putih. Saya sebenarnya baru beberapa kali makan ikan sebelah yang besar dan gemuk. 

Memang sedap dan lain rasanya dengan ikan sebelah yang kecil. Tapi harganya memang mahal. Siap ada telur. Ikan ini dimasak apa pun sedap. Hatta digoreng garam kunyit sahaja pun sedap. Memang susah nak describe rasa isi ikannya yang memang sedap dan manis. Jadi apa ditunggu lagi, cubalah sekali beli ikan sebelah yang bersaiz besar seperti ini. Seeedaaap... 

Saya nak mulakan dengan petikan dari kuliah zohor oleh Ustazah Dr Aishah berkenaan nilai. Analogi nilai adalah seperti kisah seorang anak diminta oleh bapanya agar membawa batu ke pasar untuk dijual, tapi dengan syarat bila ditanya harga, tak payah jawab tapi hanya tunjuk sahaja harganya dengan 2 jari. Orang di pasar menyebut RM2 bila melihat budak itu menunjukkan 2 jari. 

Beliau balik dan diminta pula oleh bapanya agar membawa batu tadi ke museum, bila ditanya harga, juga hanya ditunjuk dengan 2 jari sahaja. Orang museum menyebut RM200. Kemudian bapa beliau meminta dibawa pula batu tadi ke kedai batu permata, ditanya yang sama. Ditunjuk dengan jari 2. Orang permata menyebut harga RM200 ribu kerana katanya dia memang telah lama mencari batu ini. Maknanya nilai sesuatu adalah tidak sama di tempat berbeza. Jika di tempat batu permata, harga naik. 

Begitu juga dengan majlis ilmu, ianya tidak menpunyai nilai bagi orang yang tidak beriman. Tapi bagi orang beriman, majlis ilmu sangat tinggi nilainya. Begitu lah umpama analogi di atas tadi. Museum perlu batu tersebut tapi hanya untuk dijadikan koleksi tapi harga tak sama dengan kedai batu permata yang memang mencari batu tersebut. 

Terpulang pada kita untuk meletak diri kita di mana. Allah telah bagi peluang. Kenapa tak berlaku demikian. Contoh, sehelai kertas jika tidak diletak tempat yang perlu, kertas akan terbang tempat yang tak menentu. Tapi jika di tempat kertas pada sasaran tertentu mata hati dan mata kepala, semua akan jadi blurr. Tapi jika sehelai kertas diletak di tempatnya, ia akan jadi sangat berguna. 

Dengan ilmu semua jadi mudah, dengan iman hidup lebih terarah. Tapi kalau dengar di video youtube, akan beri banyak kejutan. Bila hadir majlis ilmu secara bersemuka dengan ustazah tak akan ada culture shock kerana ianya majlis rahmat dan tak terasa ada beban. 

Bila belajar ilmu tasauf yang penting adalah akhlak kita dengan Allah. Allah bagi masa, kita tak guna untuk ibadah. Diberi sihat tak guna untuk aktiviti yang beri faedah. Tasauf adalah bincang bab hati.

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Sedikit berkenaan resepi ini, saya memang suka masakan berlado ala ala masakan Padang yang mana cilinya dikisar kasar kasar. Lagi pulak ianya tidak lah terlalu pedas. Masakan berlado adalah masakan versatile yang sentiasa sesuai dihidangkan samada sebagai hidangan tengahari atau malam. 

Kalau diperhatikan memang saya banyak menggunakan produk Maggi di dapur saya. Namun, saya ada juga menguna produk lain tapi kalau sos sos seperti sos cili, sos tomato, sos tiram memang semua produk Maggi. Sedikit bab penggunaan serbuk perasa, bila kita menggunakan Maggi Cukup Rasa, kita tidak perlu lagi menggunakan garam. Kiranya Maggi Cukup Rasa bukan sahaja menggantikan garam tapi juga lain lain perasa yang biasa dimasukkan dalam masakan seperti pati ayam atau pati ikan bilis. 

Semasa menghadiri satu majlis Maggi, saya berkesempatan bertemu dengan chef yang membuat demonstrasi menggunakan Maggi produk. Dari situ, saya diberitahu yang Maggi Cukup Rasa bukan taste enhancer tapi mengandungi rempah ratus yang menambah keenakan pada masakan. Tapi kalau ingin menabur secubit dua garam, terpulanglah pada selera masing masing. 

Jom layan resepi yang sedap dan mudah ini. Jangan lupa video di Instagram Azie Kitchen dan youtube Channel Azie Kitchen. Layaan...


Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Ikan Sebelah Goreng Berlado 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan lain:
2 keping ikan sebelah - lumur garam kunyit & goreng
2 sudu besar cili kisar
1-2 sudu besar sos tiram Maggi
1-2 sudu besar sos cili Maggi
Sedikit air asam jawa - atau asam keping
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Gula merah
Garam - jika perlu

Bahan kisar:
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
8 tangkai cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Bahan kisar dikisar kasar tanpa air. Atau boleh juga ditumbuk. Saya guna blender secara "pulse".


Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili masak. 

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Masukkan semua bahan sos, gula, garam, air asam dan masak sehingga ianya agak pekat. Akhir sekali, masukkan serbuk perasa. 

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Bolehlah masukkan ikan yang digoreng tadi. Gaul rata. 

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap


Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

0
0
Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Selepas balik dari Kelantan malam sebelumnya, saya masih kepenatan. Jadi tidak ada rancangan pun untuk keluar makan makan. Tapi bila Nana menghantar mesej mengajak kami keluar, saya turutkan sahaja. 

Saya merasa sangat terharu kerana anak anak bersepakat meraikan ulang tahun perkahwinan kami dengan jamuan makan malam di Meat Point di Taman Tun Dr Ismail. 

Mereka tahu kebelakangan ini saya selalu memesan steak bila keluar makan. Saya memilih Grass Ribeye yang memang sangat sedap.

Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Selepas makan, satu lagi kejutan bila kami dihadiahkan dengan sebiji kek. Ianya memang tidak disangka sangka kerana saya tidak menjangkanya sama sekali. Mereka biasanya akan membelikan kek jika kami meraikannya di rumah. 

Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Apa apa pun, saya merasa sangat terharu dengan ingatan anak anak. Terima kasih atas jamuan makan malam ini. 

Nostalgia Musim Banjir di Kelantan

0
0
Nostalgia Musim Banjir di Kelantan

Telah agak lama saya tidak balik kampung pada musim tengkujuh atau dipanggil musim banjir. Kami  balik kali ini  dari 24 hingga 27 November 2017 pun kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan anak bongsu kakak saya. 

Sejak kami sampai, hujan turun dengan tak berhenti henti. Cuaca agak gelap gelita dengan jalanraya yang tidak berlampu menjadikan saya terasa sangat stress, lebih lebih lagi bila ada motor yang tidak menyalakan lampu belakang.

Kami menginap di Villa Danialla milik Dato Siti Hamidah, bonda Datin Seri Haflin isteri kepada Dato Seri Nazri Aziz. Hari pertama kami bersarapan di cafe resort. Sewaktu bersarapan, hujan turun dengan lebat tidak berhenti henti dengan angin kuat sehingga menempiaskan air hujan ke dalam cafe. 

Bunyi air hujan mengingatkan masa kecil dulu, inilah waktunya dapur berasap untuk mengeringkan baju yang basah. Inilah ketikanya saya dan arwah Ayah akan berdiri di tepi jendela untuk memanaskan badan dengan api dapur kayu. 

Pemandangan ombak tinggi mengganas juga menggamit rindu dan nostalgia pada zaman remaja saya. Inilah ombak dan lautan yang saya saksikan sejak kecil, bukan lautan dengan ombak tenang seperti di Pantai Port Dickson atau di pantai Pangkor. 

Nostalgia Musim Banjir di Kelantan

Jika dahulu, inilah ketikanya saya bermain air hujan di musim bah. Saya sanggup berhujan untuk mengail ikan puyu di longkang atau paya sekeliling rumah.   
Hidangan ubi gadung kukus, ubi kayu rebus hatta pelbagai jenis ubi akan keluar seperti ubi Badak, ubi Stello, ubi keling dan banyak lagi. Makan pula dengan secawan kopi O. Oooh sungguh nostalgia. 

Dan yang paling tidak dilupakan adalah pesta mengharung air bah. Yang ini memang sumpah, saya tak akan buat lagi kalau sekadar suka suka. Air separas pinggang dengan arus laju dan deras sepanjang mungkin 1/2 kilometer. Memang membahayakan nyawa hatta pada mereka yang boleh berenang sekali pun. Kiri kanan adalah tanah sawah yang dipenuhi air sehingga ke sungai. 

Nostalgia Musim Banjir di Kelantan

Namun itu semua tinggal kenangan. Kebanyakan jalanraya kini telah ditinggikan. Jadi tidak banyak jalan yang dilimpahi air banjir. Lagi pun anak anak sekarang menpunyai banyak hiburan lain seperti TV yang ada di setiap rumah, masing masing juga menpunyai handphone dll. Berbanding masa saya yang ketika itu mencari hiburan dan permainan dengan alam semulajadi seperti paya, sungai, lautan dan hutan rimba. 

Ya Allah terima kasih kerana memberikan warna warni kehidupan buat saya. Pengalaman masa lalu menyebabkan saya tidak pernah lupakan asal usul saya. 

Majlis Pernikahan Anak Buah

0
0
Majlis Pernikahan

Hari ini sempena cuti Maulidur Rasul, saya ingin menyambung entri percutian saya ke Kelantan. Entri sebelum ini, boleh klik di SINI. Seperti yang ditulis sebelum ini, kami balik kampung kali ini adalah untuk menghadiri majlis pernikahan Rahimi, anak bongsu kakak sulung saya. Kami balik dengan mengambil penerbangan Firefly dari Subang. Saya memang suka mengambil flight dari Subang. Jimat masa dan jimat kos berbanding KLIA kerana ianya dekat dengan rumah kami. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pukul 6.15 petang. 

Selepas menunaikan solat di surau airport, kami bergegas untuk check in di Villa Danialla. Selepas check in, kami menukar pakaian dan terus keluar untuk majlis pernikahan. Rombongan berkumpul di stesyen Petronas di Kg Rusa. 

Majlis Pernikahan

Majlis Pernikahan

Majlis Pernikahan

Alhamdulillah hujan hanya rintik rintik sahaja sepanjang perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Akad nikah juga disempurnakan dengan ringkas disaksikan kaum keluarga terdekat kedua belah pihak. 

Selepas majlis pernikahan, kami dijamu dengan masakan Kelantan yang sangat sedap termasuklah gulai kambing biri biri dengan mumban nyor. Saya hanya makan lauk ini sahaja kerana lauk ayam boleh dicari di tempat lain. Tapi tidak dengan lauk kenduri seperti ini.

Majlis Pernikahan

Majlis Pernikahan

Selepas makan, kami bergambar dengan pengantin dan sesama kami sebagai kenang kenangan. Alhamdulillah majlis pernikahan selesai dan waktu kami balik juga dipermudahkan kerana hujan hanya rintik rintik manja sahaja. 


Rindu Dengan Makanan Kelantan Akhirnya Terlerai

0
0

Jika hari kami sampai hujan turun tidak berhenti henti. Hari kedua, juga sama di mana hujan turun dengan lebatnya sepanjang hari. Hajat hati untuk ke Kota Bharu terpaksa ditangguhkan sehingga agak tengahari. 

Selepas membeli sarapan nasi kerabu berlauk itik serati untuk Aween di kedai bawah pokok teraje, kami balik ke bilik. Saya tak makan di situ kerana kami bersarapan di cafe resort. Saya makan nasi kerabu dengan pelbagai jenis ulaman yang semuanya kesukaan saya seperti petai, bunga kantan, serai, daun kesum, kacang panjang, taugeh dan pelbagai lagi. Disediakan sekali daging bakar. Saya mengambil sedikit sahaja nasi tapi kekenyangan sampai ke petang.

Selepas rakan sekolah saya, Rugaya Murni balik dari menghantar madu kelulut, kami terus bersiap untuk ke Kota Bharu. Rugaya atau dipanggil sebagai Kak Long ada berniaga madu kelulut yang diusahakan oleh suami beliau. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan madu kelulut asli, bolehlah hubungi beliau.  


Perjalanan ke Kota Bharu juga menempuhi kesesakan lalu lintas. Sebaik sampai, kami terus ke Pasar Siti Khadijah. Terlebih dahulu, kami singgah di kedai makan yang kebanyakannya sedang dalam persiapan untuk ditutup. 

Kami memesan sup perut campur yang sedap sedap, pedas pedas ala ala Thai. Maklumlah dalam cuaca sejuk seperti ini, memang nyaman sekali dapat menghirup sup panas panas. Tengok gambar di bawah, terdapat pelbagai jenis perut seperti perut muda dan perut biasa.



Selepas makan kami naik ke tingkat atas untuk mencari songket. Oleh kerana masa yang terhad, kami sempat membeli 3 helai sampin. Itu pun dalam keadaan tergesa gesa dan tidak sempat membuat pilihan. Sebetulnya harga yang dibayar agak mahal. Nantikan entri saya membeli songket lagi di Bazar Buluh Kubu. 

Kami juga beli sedikit kuih muih untuk di bawa balik. Ketika itu hanya ada satu atau dua buah sahaja kedai yang masih dibuka. Itu pun mereka sedang menyusun barang jualan untuk menutup kedai. Pasar Siti Khadijah sepatutnya tutup pukul 7.00 malam tapi jika tiada pelanggan, mereka akan menutupnya lebih awal.


Majlis Perkahwinan Anak Buah Di Kampung

0
0
Majlis Perkahwinan Anak Buah Di Kampung

Inilah adalah catatan sambungan kami membeli kain sampin di Bazar Buluh Kubu di SINI. Hubby terpaksa memandu dengan mencelah celah untuk sampai ke hotel. Kami berselisih dengan rombongan pengantin semasa dalam perjalanan ke hotel. 

Sebaik sampai di hotel, saya hanya menyalin pakaian dan terus keluar. Kami sampai di masjid tempat berkumpul betul betul ngam dengan masa ketika rombongan ingin berangkat ke rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah cuaca juga baik dan tidak hujan walaupun mendung. 

Majlis Perkahwinan Anak Buah Di Kampung

Majlis Perkahwinan Anak Buah Di Kampung

Semasa majlis bersanding, kedengaran hujan mulai turun. Sementara menunggu hujan teduh, kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama pengantin dan ahli keluarga. 

Majlis Perkahwinan Anak Buah Di Kampung

Majlis Perkahwinan Anak Buah Di Kampung

Seperti memahami, hujan berhenti ketika kami berjalan balik ke tempat parking kereta. Sebelum tiba ke tempat kereta hujan mulai turun dengan lebat secara mendadak menyebabkan kami semua berlari lari marathon ke kereta. Hahaha kelakar melihat gaya larian masing masing...

Ayam Golek Pengantin

Balik dari majlis kenduri, kami singgah rumah Kak Nah seketika bagi menghantar kain untuk adik dan kakak kakak yang dibeli di Jakarta.


Membeli Sampin Songket Di Bazar Buluh Kubu

0
0
Membeli Sampin Songket Di Bazar Buluh Kubu

Pagi hari Ahad, kami berjanji untuk keluar bersarapan nasi dagang di Tok Bali dengan Prof Dr Mohad Anizu yang merupakan rakan sepersekolahan saya sejak dari Darjah satu hingga ke universiti, kami tinggal di kolej yang sama. Prof juga adalah bekas Pengarah MSD London. 

Prof datang dengan memakai blazer kerana cuaca yang sejuk. Lagi pula dia baru sahaja menghadiri majlis perjumpaan dengan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Bachok sebelum datang menjemput kami. Prof memberitahu yang Datuk Dr Awang bertanya kenapa saya tidak join mereka pagi ini bila diberitahu yang beliau ingin menjemput kami untuk bersarapan. 

Memang sedap nasi dagang di Tok Bali. Terdapat banyak lauk pauk yang semuanya memang kesukaan saya. Ada ayam kampung, ada gulai kuning, ada gulai ikan Tongkol Terengganu dan banyak lagi. 

Seperti biasa, saya memilih lauk itik serati. Ketika sampai di sini, hujan turun dengan lebat sehingga tempias ke dalam kedai. Kami makan dalam keadaan cuaca sejuk seolah sedang berada di luar negara pulak. 

Nasi dagang Tok Bali

Nasi dagang Tok Bali

Selepas bersarapan, kami dihantar ke bilik. Saya mengajak Boy ke Kota Bharu sekali lagi bagi mencari sampin songket untuk majlis pertunangan selepas melihat sampin yang dipakai Fattah Amin yang sangat cantik di hari pertunangan bersama Nur Fazura. 

Kali ini kami menuju ke Bazar Buluh Kubu pula. Seperti biasa perjalanan mengambil masa lebih dari satu jam dek kesesakan lalu lintas. Oleh kerana masa yang terhad, kami memilih juga dalam keadaan tergesa gesa. Ini adalah kerana kami mahu menghadiri majlis perkahwinan Rahimie yang akan bertolak pada pukul 2.30 petang. 

Kedai pilihan kami adalah Herry Jewelery yang hanya menjual kain sampin. Jadi semua jenis kain sampin ada dijual di kedai mereka. Ada yang berharga ribu riban dan ada juga yang serendah RM250 untuk kain sampin yang ditenun menggunakan mesin. Saya percaya kepada pembelian barangan yang berkualiti kerana sampin boleh dipakai sepanjang masa. Tak luput ditelan zaman. 

Membeli Sampin Songket Di Bazar Buluh Kubu

Membeli Sampin Songket Di Bazar Buluh Kubu

Saya membeli lagi 5 pasang sampin termasuk kain sampin yang Boy beli untuk dihadiahkan pada bakal mertua beliau. Kami bekejar balik kerana kami mahu ikut serta bersama rombongan pengantin. 



Makan Makan Di Villa Danialla

0
0
Makan Makan Di Villa Danialla

Malam selepas majlis perkahwinan di SINI, kami hanya lepak lepak di bilik. Terasa malas nak keluar kerana hujan turun mencurah curah dan suasana pula sejuk dan gelap gelita.

Bila malam terasa pula lapar, maklum dalam cuaca sejuk kita menjadi cepat sahaja rasa lapar. Malam sebelumnya Hubby memesan minuman panas dan sebiji nenas Siam yang sangat manis dihantar ke bilik. Rangup dan sangat manis. 

Saya makan nenas hampir sebiji sehingga saya melolong kesakitan di tengah malam. Tak tahu samada ianya sebab gastrik atau sebab batu karang. Saya menelefon kawan kawan kerana ketika itu, yang ada hanyalah madu kelulut. Saya lupa membawa ubat ubatan seperti selalunya...

Makan Makan Di Villa Danialla

Kali ini kami turun ke cafe resort untuk memesan makanan panas. Kebetulan Dato Siti juga sedang makan malam bersama suaminya, lalu kami diajak join bersama sama di meja mereka. 

Dato Siti telah sudi belanja kami makan pisang dan tapai goreng. Sungguh special dan rasanya sangat sedap. Hmm setelah Dato bercerita, barulah tahu yang Dato telah memesan tepung celup yang siap di bancuh dari seorang penjual pisang goreng di Thailand yang jualannya sangat laris. Tepungnya tetap rangup walaupun setelah sejuk. Siapa hendak merasai keenakannya kenalah berkunjung ke Villa Danialla. Ada pelbagai jenis gorengan seperti tapai, ubi, pisang dsb.

Bersama Dato SIti pemilik Villa Danialla

Terima kasih atas layanan mesra Dato Siti yang memang sangat ramah orangnya. 


Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

0
0
Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah membuat daging bakar yang dicicah dengan air asam. Daging yang digunakan ialah daging batang pinang. Jadi ianya lebih lembut dan lebih cepat dimasak. 

Kalau di Kelantan, ada dua jenis daging bakar. Satu yang diletak sedikit rempah sebagai bahan perap dan biasanya dimakan dengan nasi kerabu. Boleh klik di SINI

Satu lagi pulak, yang dibakar kosong. Hanya dilumur garam dan kunyit. Tapi hari ini, saya melumurkan sekali daging dengan MAGGI Cukup Rasa. Dilumur dan digosok gosok pada daging dan biarkan seketika sehingga ianya meresap dan mesra. 

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap



Kalau makan ikan bakar atau daging bakar, bagai tidak lengkap jika tidak dicicah dengan air asam. Air asam sangat mudah disediakan namun tidak semua orang mampu menghasilkan air asam yang sedap. Ada ketika, air asamnya cair dan tidak secukup rasa. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Mungkin sama sahaja dengan yang disediakan oleh orang lain. Namun bagi melengkapkan entri hari ini, saya kongsikanlah resepinya di bawah ini. Jangan lupa singgah di Instagram Azie Kitchen untuk video dan juga Azie Kitchen Channel di youtube...


Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Daging Bakar Cicah Air Asam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan perap:
1 kg daging batang pinang - potong 2 atau 3
2 inci kunyit hidup - atau 2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu

Cara-cara;
Daging diperap dengan kunyit dan Maggi Cukup Rasa. Biarkan seketika.

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Bakar dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Dibalik balikkan sehingga masak. Jangan terlebih masak, nanti daging dah tak 'juicy'. 

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap


Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Hiris nipis dan sedia untuk dihidangkan bersama air asam. 

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Sementara daging dibakar, bolehlah sediakan air asam.  

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Cara untuk menghasilkan air asam yang sedap pekat dan melekat ialah dengan mengisar sebahagian bahan bahan dan sebahagian lagi dipotong dadu atau dihiris halus. Selain dari sedap, air asam mestilah cantik dengan menpunyai warna merah dan hijau. 

Ada juga orang yang meletakkan daun kesum yang dihiris hiris, pun sedap juga. Tapi tak semua orang sukakan bau daun kesum kan, jadi saya buat air asam biasa sahaja. Untuk menambah keenakan air asam, saya meletakkan sedikit sos cili Maggi dan Maggi Cukup Rasa.

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Air Asam Pencicah Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kisar Halus:
2-3 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi - merah dan hijau
2-3 tangkai cili merah besar 
2 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan - dibakar dahulu - opsyenal
3 sudu besar gula

Bahan lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
2 tangkai cili padi hijau - hiris halus untuk tambah warna
Sedikit perahan air limau nipis
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa - atau secukupnya
Sedikit sos cili Maggi
Garam - jika perlu

Cara-cara;
Kisar semua bahan kisar secara "pulse on off" supaya tidak terlalu halus. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk. Jangan letakkan air ya.

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Masukkan buah tomato, bawang besar yang telah dipotong dadu dan cili padi hijau.

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Perahkan jus limau nipis. Kacau, kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air masak. Masukkan sedikit Maggi Cukup Rasa. 

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Untuk menambah keenakan air asam, masukkan sedikit sos cili. Sesuaikan rasa supaya ada rasa masin, manis dan masam. Lebihkan rasa manis berbanding masin. 

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan daging bakar atau ikan bakar.

Nota:
Boleh juga dipotong-potong sahaja cili dan semua bahan kemudian digaul/ramaskan dengan tangan semua bahan hingga sebati. 

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Selamat mencuba....



Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas dan Bab Politik Manusia

0
0
Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas Sedap

Goreng Kunyit Pedas. Haaa itu lah resepi yang saya akan kongsikan hari ini. Hati ni penting. Kalau elok, maka elok lah perwatakan seseorang. Meh baca tentang ragam dan karenah manusia yang saya temui. 

Saya telah lama berazam untuk tidak beremosi di dalam social media. Tetapi kali ini, saya ingin meluahkannya di sini bab politik pejabat. Sekadar buat renungan dan peringatan semua kerana apa yang berlaku hari ini, tidak terhenti di sini. 

Sebaliknya ada pertanggungjawaban di hadapan Allah kelak. Hatta sebesar zarah tiada rekod yang akan tertinggal. Jangan kita menyesal dan terkejut ketika itu bila semuanya dibentangkan. Apalagi yang melibatkan hak dan penganiayaan pada orang lain. 

Saya memang tidak sempurna. Jauh dari sempurna. Apa yang saya cuba lakukan adalah yang terbaik di dalam keadaan serba kekurangan. Begitu juga dengan alam pekerjaan. Tiada yang sempurna dari pekerja bawahan sehingga orang nombor satu dalam organisasi. 

Saya berpegang dalam hal ini supaya saya redha dan ikhlas dalam apa yang saya lakukan. Namun sebagai manusia biasa saya sangat kecewa bila dipalitkan dengan sesuatu yang di luar dari tugas dan tanggungjawaban yang diamanah. Begitu mudah menuding jari mencari salah orang lain. Itulah politik pejabat yang sangat menjelikkan. 

Saya mahu menjadi seorang pekerja yang beriman. Pegangan saya ialah yang penting Allah Maha Mengetahui. Jadi saya tidak perlu kuatir dengan persepsi dan tohmahan manusia baik siapa pun mereka. Hatta setinggi mana pun pangkat dan kedudukan mereka. Kerana hakikatnya mereka juga amat lemah, punya pengetahuan yang terbatas dan pemikiran yang sangat sedikit. 

Apa yang saya mampu lakukan untuk mengubat hati yang sakit ialah dengan perbanyakkan istighfar. Insya Allah, hati dan mulut mereka akan dibekukan. Apa yang ada pada orang teraniaya? Hanya tawakkal dan doa. Doa adalah senjata. Senjata untuk mempertahankan diri dari serangan lidah tidak bertulang. Biarkan mereka. Biarkan. Biarkan. Lagi pun bak nasihat sahabat saya, bukan semua battles kita kena menang. Ya tepat sekali. 


Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas Sedap


Sekarang saya ingin masuk sedikit bab resepi. Resepi hati lembu goreng kunyit pedas. Hati adalah segalanya. Bila bersih, akan bersih lah segalanya. Hahaha. Tapi hati adalah organ dalaman yang tidak boleh selalu diambil. 

Hati lembu adalah antara lauk kesukaan saya sejak kecil. Kini ianya juga turut disukai oleh Aween dan Nelly. Yang lain memang tak suka. Apalagi si doktor. Katanya tak bagus makan hati. 

Kalau tengok pada nama pun, boleh dibayangkan tak betapa mudahnya. Hanya digoreng garam kunyit dan ditambah cili untuk kasi pedas. Haa jadilah Hati Goreng Kunyit Pedas. Serious sedap. Sebab bila masak hati kena ada berempah atau rasa pedas, baru tak terasa hanyir atau bau. 

Jom kita layan resepi sedap dan mudah ini sebelum saya berehat untuk bercuti ke UK dua minggu lagi. Mesti cuba tau.

Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas Sedap

Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg hati lembu 
1 biji bawang besar ~ hiris
2 tangkai cili hijau ~ dibelah 2
Asam jawa - campur sedikit air
1 sudu kecil serbuk kunyit
Maggi Cukup Rasa 
Garam 
2 batang serai - ketuk

Bahan tumbuk
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
5 tangkai cili api - ikut pedas disukai

Cara cara:
Potong hati saiz agak tebal dan taburkan garam, serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa. Jangan potong hati terlalu nipis, kurang sedap. 

Panaskan minyak dan goreng hati sehingga agak agak masak sahaja. Jika terlebih masak, hati akan jadi keras. Angkat dan ketepikan. 

Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas Sedap

Dalam kuali yang sama, tumis bahan bahan tumbuk dan serai sehingga nampak wangi dan garing. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata.

Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas Sedap

Masukkan hati, bawang hiris dan cili  hijau.  Masukkan Maggi Cukup Rasa. Kacau sehingga bawang layu dan sambal kering serta bersalut dengan hati.  Angkat  dan sedia untuk dihidangkan. 

Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas Sedap


Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas Sedap

 Selamat mencuba. 


Majlis Kenduri Kawin Di Dalam Banjir

0
0
Majlis Kenduri Kawin Di Dalam Banjir

Setelah memberi laluan kepada beberapa entri masakan sebelum ini, sekarang saya ingin menyambung catatan  hari  terakhir percutian saya di kampung halaman. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari Isnin 27 November adalah hari kenduri menyambut menantu di rumah kakak saya pulak. 

Hujan turun tidak berhenti henti dari pagi menyebabkan air bertakung dan sedikit becak. Tapi penyediaan meja untuk tetamu tetap juga diteruskan. Terharu melihat ahli keluarga saya membasuh meja dengan sabun untuk menyiapkan meja hidangan di dalam hujan. Tengok dalam gambar di bawah, air mulai naik di depan rumah kakak saya.

Majlis Kenduri Kawin Di Dalam Banjir

Hujan berhenti beberapa minit dan hujan lagi dengan lebat. Begitulah keadaan berterusan sepanjang hari menyebabkan air mulai bertambah. 

Majlis Kenduri Kawin Di Dalam Banjir

Saya amat kagum dengan semangat kejiranan masyarakat kampung yang tetap hadir berduyun duyun. Hujan lebat dengan angin kuat sehingga ada masa terpaksa memegang khemah untuk mengelakkan ianya diterbangkan angin. 

Menjelang tengahari, air naik sehingga melebihi paras buku lali dengan tanah becak bukan penghalang untuk tetamu datang berkunjung memenuhi jemputan hadir ke majlis kenduri kawin. Rombongan pengantin perempuan tiba di kala air tengah naik sehingga pengantin terpaksa membuka kasut dan meredah air.  

Majlis Kenduri Kawin Di Dalam Banjir

Tetamu makan dalam keadaan pakaian lembab, basah dan selipar yang kotor. Masih adakah semangat seperti ini dibandar? Semangat keakuan yang mungkin bila hujan sahaja sudah tidak dapat hadir walaupun tak perlu melalui air yang kotor dan tanah yang becak. 

Tidak hadir pun, masih berdalih memberi pelbagai alasan mungkin sebab rasa malu. Sedang kehadiran ke majlis perkahwinan adalah wajib apalagi ketidakhadiran yang menyebabkan pembaziran pada tuan rumah bagi kes yang telah memberi pengesahan kehadiran. Lainlah kalau betul betul menpunyai sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Berbalik pada majlis ini, walaupun dalam serba kekurangan, tiada nampak kegelisahan atau terdengar rungutan di kalangan masyarakat kampung yang sangat humble. Maklum hujan panas dan sebagainya adalah dari Allah. Bukan kita yang boleh mengawalnya. 

Semangat kerjasama sangat padu di dalam kesukaran. Anak anak buah dan cucu saudara saya semua nya sama sama membantu mengangkat hidangan, membancuh minuman dsb di dalam keadaan basah kuyup. 

Majlis Kenduri Kawin Di Dalam Banjir

Belum dikira jiran jiran yang memasak di dalam keadaan air bertakung. Semuanya dimasak secara bergotong royong. Sukar untuk mengawal api kerana tiupan angin yang kuat. 

Majlis Kenduri Kawin Di Dalam Banjir

Sejak hari pertama menjejakkan kaki ke bumi negeri Che Siti Wan Kembang hujan dan cuaca gelap sepanjang hari. Tidak langsung ternampak matahari. Telah lama saya tidak berada dalam suasana seperti ini yang sebenarnya sangat nostalgia dan saya rindui. 

Inilah pengalaman pertama saya melihat kenduri di dalam keadaan banjir di dalam musim tengkujuh. Pengalaman yang mengajar saya erti kejiranan, erti persahabatan. Sungguh saya amat kagum dan bersyukur dengan apa yang dilihat di kampung halaman saya. Saya bangga kerana saya lahir dan dibesarkan di sini, dalam masyarakat seperti ini.

Majlis Kenduri Kawin Di Dalam Banjir




Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Versi Yang Lebih Sedap

0
0
Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Sekejap jer kita dah sampai ke penghujung tahun. Pejam celik pejam celik, jika dipanjangkan umur kita akan tiba di bulan Ramadhan lagi. Insya Allah. Jadi kita simpan siap siap resepi istimewa yang cukup popular di kalangan follower blog Azie Kitchen untuk disediakan ketika musim perayaan. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. 

Jadi hari ini saya ingin kongsikan sekali lagi resepi kegemaran kami sekeluarga yang bukan sahaja dimakan di musim perayaan tapi juga di hari hari biasa juga. Kalu di Kelantan, nasi impit dan sate akan dihidangkan sebagai menu sarapan pagi. Jadi resepi ini adalah ala ala sate juga cuma ayam nya dimasukkan sekali dengan kuah. Klik di SINI dan di SINI untuk daging.

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Kali ini saya buat lagi penambahbaikan yang saya belajar dari Kak Soraini. Kali ini tak diletakkan air asam jawa pun. Kata Kak Su kalau masuk air asam, dah jadi macam lauk pulak. Selain itu, serai dikisar dan diambil airnya untuk menumis. Ayam juga dicelur seketika untuk membuang hanyir serta bagi menjadikan ianya tahan lama dan tak cepat basi. 

Yang best dengan masakan ini, ialah kerana ianya boleh disimpan lama di dalam freezer. Buat banyak banyak dan simpan dalam bekas kecil untuk dimakan di masa masa depan. 

Setiap kali saya mengerjakan umrah di akhir bulan Ramadhan, saya akan sediakan banyak banyak untuk hidangan Hubby dan anak anak di pagi raya. Menyediakannya pun agak remeh tapi sangat berbaloi baloi, seolah setiap hari adalah Hari Raya bila dapat makan kuah kacang ini. Hehehe tak caya? Cubalah sendiri di rumah... Macam skrip saya dalam iklan Maggi.

Jom layan resepi yang saya salin dan olah semula untuk penambahbaikan yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa follow azie kitchen Instagram dan juga subscribe youtube Azie Kitchen channel.

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Kuah Kacang dengan Ayam Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1 kg bahagian kepak ayam - saya guna 1.7 kg kepak dan paha ayam 
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kering kisar 
3/4 cawan gula pasir perang
1-2 sudu besar gula pasir - atau secukup rasa
1 keping gula Melaka
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Garam - jika perlu
1 cawan minyak jagung
6 batang serai - kisar dan ambik air sahaja
2 batang serai - ketuk

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara cara:
Kacang tanah digoreng dalam minyak yang panas. Perlahankan api dan terus digoreng sehingga kekuningan dan kacang masak. 

Masukkan dalam plastik dan dihentak hentak. Kemudian tampi kacang tersebut untuk membuang kulit sebelum dikisar. Jika kacang telah masak, kulitnya pasti akan terbang bila ditampi. Nota: Saya hanya membakar kacang menggunakan oven sahaja.

Masukkan kacang yang dikisar atau ditumbuk ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan ayam seketika. Kemudian angkat dan toskan air. Ketepikan.

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Panaskan minyak jagung dan tumis bahan kisar dan serai yang diketuk sehingga wangi. Setelah garing, masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan garing. 

Setelah cili garing, masukkan air serai, kacang yang direbus, gula perang dan gula Melaka. Kemudian masukkan ayam dan 4 cawan air. 

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Masak dengan api perlahan dan merenih sehingga ayam masak dan kuah pekat.

Masukkan Maggi Cukup Rasa dan sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit. 

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Hidangkan bersama nasi impit. Selamat mencuba...

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap




Viewing all 2112 articles
Browse latest View live