Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all 2129 articles
Browse latest View live

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

$
0
0
Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Semasa bersembang dengan Syed rakan sekerja di pejabat, dia bercerita yang semasa dulu dulu, dia suka menemani Bondanya memasak di dapur sambil beliau menghisap rokok. Sehinggalah berkahwin, beliau memasak sendiri dek selalu memerhatikan Bondanya menyediakan masakan. 

Bila dia bercerita cara bondanya memasak masak lemak cili padi ayam menyebabkan saya menelan nelan air liur. Dari penceritaan akan teknik memasak, saya boleh bayangkan keenakannya. 

Saya pulak pantang mendengar cerita resepi dan teknik yang menarik, pasti tidak mahu melepaskan peluang. Saya tanya satu persatu tips hingga jelas. Siap tanya melalui mesej lagi. Ya lah semua orang pandai memasak masak lemak cili api ni tapi tak semua orang tahu teknik untuk menghasilkan masakan yang enak terutama mereka yang bukan berasal dari Nogori. Hahaha seperti saya.

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Kalau bab masakan, saya tidak pernah jemu untuk belajar hatta untuk masakan simple seperti sambal tumis sekali pun. Sebetulnya memasak resepi yang sama, belum tentu menghasilkan masakan yang sama. Ini yang dikatakan orang orang tua dahulu, sebagai air tangan. Maknanya teknik dan kreativiti.

Tak pernah pernah lagi saya terasa tak sabar untuk balik memasak. Sampai jer di KD, terus ke kedai runcit mencari bahan bahan yang diperlukan. Serius memang sangat sedap masak lemak cara yang diajar oleh Syed kali ini. Terasa sangat keenakannya berbeza dengan memasak masak lemak cara biasa. Hahaha. Wajib cuba tau. 

Menurut Syed lagi, Bonda beliau menggunakan 3 jenis cili iaitu cili padi kampung warna hijau, cili merah Pakistan dan cili kering. Cili kering dikatakan akan menyebabkan lemak cili padi lebih berlemak. Kata Syed lagi, kalau guna ayam tua lagi sedap. Cuma masa ayam direbus dengan santan cair lebih lama sehingga ianya empuk. Macam mana nak tahu ianya telah empuk ialah dengan dicucuk sedikit dengan pisau. Ini petua untuk makluman adik adik yang baru belajar memasak lah. 

Lagi satu, jika ingin memasukkan serai, hanya diketuk ketuk dan dimasukkan seketika sahaja setelah kuah mendidih dan kemudiannya diceduk keluar. Kata beliau, jangan dibiarkan serai berenang renang dalam periuk. 

Jom kita layan resepi yang saya salin di bawah ini. Haa jangan pulak ada yang nak komen, masak lemak cili padi nogori, tak guna bawang. Itu pun saya tahu tapi tekak masing masing kan, kalau nak letak sebiji dua bawang, bukan masak lemak bertukar jadi masak kari. Kalau nak ikut resepi ini, memang masukkan seulas bawang merah. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tips dan Rahsianya
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair 
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung hijau 
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan 
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara cara:
Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat. 

Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.

Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. 

Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya. 




Lawatan Ke Bath Yang Menpunyai Pemandangan Cantik

$
0
0

Hari ini sempena cuti hari wilayah, saya bercuti kerana pejabat saya memang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Bandar yang sejak kecil ingin saya kunjungi, bekerja dan menetap di dalamnya. Sementara bercuti, saya dan Hubby keluar menonton selepas memasak dan makan tengahari. Ceritanya ialah Cinta Makrifat tentang kesusahan hidup di tengah bandar Kuala Lumpur. Mencari rezeki dengan menjual jam menyebabkan mereka hidup dalam kedaifan. 

Kos dan sara hidup tinggi menyebabkan ada yang terjebak dengan along. Menitis juga airmata saya. Mungkin ada di antara kita yang hidupnya begitu susah, sehingga di dalam wallet hanya ada RM11. Dalam masa yang sama, ada yang hidup bermewahan sehingga satu pinggan steak berharga RM1000 pun mampu dibayar. Saya melihat anak kecil seorang menteri dipakaikan kasut Gucci yang harganya ribuan ringgit. Saya tidak dengki tapi saya menjadi insaf melihat kekayaan berlebihan. 

Anak anak saya selalu berpesan pada saya supaya jangan dikatakan sebagai riak. Setiap orang minat barangan berjenama termasuklah saya. Tapi adakala saya terasa bersalah bila satu barang yang dibeli, mungkin menyamai satu atau dua bulan gaji mereka yang susah dan berpendapatan rendah. Cukuplah setakat ini dahulu. Jika ada masa pergi lah menonton. Tenangkan jiwa sebelum mula bekerja esok hari. 

Dah lama memberi laluan pada masakan, kali ini saya ingin menyambung catatan perjalanan kami pada 2 januari 2018. Klik di SINI untuk catatan sebelumnya. Kami keluar apartment agak lambat dari biasa kerana akan ke apartment Dato Salehuddin terlebih dahulu untuk konvoi bersama sama ke Bath. 

Oleh kerana keluar agak lewat, kereta kami juga telah disaman kerana parking kereta di tempat yang tidak dibenarkan selepas waktu tertentu. Saya pun tidak perasan yang ianya hanya dibenarkan sehingga pukul 7.00 pagi sahaja. Bukan main lagi samannya sampai £130 dan dikurangkan separuh jika ianya dibayar dalam masa 2 minggu.  Hmm melayang juga beberapa ratus ringgit di situ. 

Perjalanan ke Bath mengambil masa 2 jam. Oleh kerana Boy naik kereta dengan Dato Salehuddin, perjalanan kami lebih santai. Siap boleh melunjukan kaki di dalam kereta. Seperti biasa, terleka dan ralit melihat pemandangan cantik di sepanjang perjalanan samada dengan bangunan yang indah, juga padang rumput menghijau bak padang golf di Malaysia. 

Ketika sampai di sana, hujan mulai turun. Kami tidak masuk ke Roman Bath yang tiket nya agak mahal kalau kami dalam jumlah yang ramai. Saya mengajak masuk tetapi anak anak tak mahu masuk. Lagi pulak, saya sendiri tidak begitu meminati tempat begitu. 


Saya lebih suka bergambar dengan bangunan dan scenery yang cantik. Bak kata kawan baik saya, dia kalau bercuti di negara negara Eropah akan hanya pergi ke tempat yang tidak berbayar kerana semua tempat adalah cantik dan menarik untuk dinikmati. Memang ada yang meminati dan gemar menghayati kesan peninggalan sejarah. Hmm tapi tidak pada saya dan famili. 


Oleh kerana tidak masuk ke Roman Bath, kami hanya berjalan jalan dan singgah di kedai kedai sekitar Bath. Akhir sekali singgah di Mc Donald membeli sedikit makanan sebelum bertolak balik. Bercuti pada saya ialah bila saya tidak perlu berada di pejabat dan satu bonus bila saya semasa bercuti dikelilingi oleh orang orang yang saya sayangi. Telah cukup memberikan keseronokan yang akan dikenang sampai bila bila. 


Dari Bath, kami menuju ke Stonehenge tetapi dalam perjalanan, kami menukar fikiran melihatkan hari telah gelap. Kalau sampai di sana, pasti hari seumpama malam. Jadi apa yang dapat dilihat dalam keadaan seperti itu. Jadi tukar plan, terus balik ke London. 


Pemandangan Di Seven Sisters Cliff Yang Menakjubkan

$
0
0

Antara lawatan luar dari London yang dirancang ialah ke Seven Sisters Cliff pada 3 Januari 2018. Klik di SINI untuk lawatan ke Bath sehari sebelumnya. Hari ini sebetulnya kami dan keuarga Dato Salehuddin menuju destinasi yang sama. Tetapi kami bertolak lebih awal kerana tidak mahu lagi kereta disaman. Entah macamana, kami tidak singgah di tempat yang sama semasa di Seven Sisters Clif.  Kami berhenti di tepi dan mereka berhenti di atas cliff. 


Perjalanan ke Seven Sisters Cliff di East Sussex mengambil masa 2 jam. Ianya terdiri dari 280 hektar cliff batu kapur dalam Seven Sisters Country Park. Sesampai di sana, sebaik turun dari kereta angin sangat kuat serasa hampir melayang dibawa angin. Bila melihat keadaan rumput yang terbaring ditiup angin, ada juga rasa ngeri. Boleh dilihat betapa kuatnya angin ketika itu. 


Memang ada kes pelajar yang berposing dengan aksi melompat, hilang kawalan dek tiupan angin yang kuat dan akhirnya jatuh. Terdapat banyak papan tanda keselamatan yang mengingatkan supaya berada jauh dari tepi cliff kerana batu kapur yang secara semulajadi tidak stabil. 

Kami berjalan agak jauh menuruni bukit untuk menghampiri laut yang sangat cantik. Sepanjang perjalanan turun, kita juga dapat melihat padang rumput menghijau dengan biri biri besar yang sedang meragut rumput. 

Terpegun melihat keindahan cliff, lautannya dengan ombak yang agak kuat membadai dengan dikelilingi padang rumput hijau menjadikannya ia cukup menarik untuk diabadikan di dalam sekeping potret. 


Oleh kerana kami menpunyai satu lagi destinasi selepas itu, jadi kami juga tidak lama di sini. Selepas bergambar gambar kenangan, kami beredar. Cabaran adalah untuk mendaki menuju ke kereta dalam keadaan sejuk dan angin yang kuat. 

Sangat memenatkan dan memakan masa untuk sampai ke atas. Terpaksalah Juita memimpin saya naik dengan perlahan lahan. Tunggukan destinasi kami yang seterusnya dalam entri akan datang.

Fish and Chips Sangat Sedap Di Brighton

$
0
0

Masih lagi catatan perjalanan pada 3 Januari 2018, di mana selepas bergambar di Seven Sisters Cliff yang sangat sangat cantik di SINI, kami beredar untuk ke destinasi seterusnya iaitu Brighton. 

Mendengar sahaja Brighton, perut dah terasa lapar. Tekak dah mula mengidam Fish and Chips yang pastinya segar dan sangat murah jika dibandingkan dengan tempat kita. 


Saya membaca berkenaan Restoran Regency yang dikatakan menyediakan hidangan fish and chips serta Prawn Spaghetti yang sedap. 

Nana mencadangkan restoran Bankers. Dari Brighton Pier agak jauh, jadi kami terpaksa menaiki kereta. Sepanjang Brighton Pier juga banyak kedai dan gerai yang menjual fish and chips. Tapi alang alang telah di sana, carilah restoran. 


Ingatkan di Seven Sisters Cliff jer angin kuat, rupanya di sini lagi kuat, sehingga terasa badan seakan melayang dengan ombak besar yang menempiaskan airnya hingga ke muka ketika berjalan ke Brighton Pier. 

Cuaca memang dah sejuk tambah pula dengan angin, menjadikan sejuk memang tidak boleh nak cakaplah. Aduh memang mencabar sungguh ketika di sini. Jadi selepas bertemu dengan Dato Salehuddin dan keluarganya, kami cepat cepat beredar untuk mencari makan.   


Kami memesan Cod fish and chips medium size yang hanya £10.90 seorang. Hidangannya sangat besar sehingga saya sendiri tak dapat pun menghabiskannya. Dah kekenyangan, hanya menyentuh beberapa ketul sahaja chips kentang. 

Bayangkan harga Cod fish di sini, kalau tidak beratus memang tidak merasalah. Itupun ikan cod yang frozen. Jadi memang puashati dapat merasa ikan Cod segar sedap dan harganya sangat murah. 



Balik dari Brighton, hubby dan Alain terus menghantar kereta kerana tak mahu lagi membayar saman parking. Hari kami ke Bath, kami kena saman kerana keluar agak lambat dari hari lain. Hmm tak ada rezeki, £65 juga yang melayang. Hampir RM400. Alain kemudiannya keluar menonton perlawanan bola sepak dan Hubby hanya berehat di rumah. 

Sebaik sahaja sampai di apartment, saya dan anak anak kecuali Aween mengambil bas untuk ke Butik LV di New Bond Streets. Selain mencari handbag, saya juga melihat lihat handbag untuk Nana dan Nelly. 


Oleh kerana tiada stock design yang dicari, kami mengambil bas untuk ke Harrods lagi. Alang alang dah ada di sana, Juita meminta saya terus beli handbag Dior untuk saya sendiri. 


Kami mengumpul semua resit pembelian di Harrods sebelum membuat urusan tax secara sekali gus. Cara ini lebih menguntungkan kerana fees yang dikenakan oleh pihak Global Blue juga agak tinggi untuk setiap transaksi.


Shopping Handbag Louis Vuitton

$
0
0

Balik dari Bath di SINI, saya dan Juita ke Harods untuk membeli handbag LV yang dipesan kawan kawan serta untuk Juita. Agak kelam kabut kerana ada design yang menpunyai stock di tingkat bawah dan bag Juita pula ada di tingkat 5. Walaupun sama sama dalam Harods, tapi kena bayar di tingkat yang berbeza. 


Sekarang baru saya tahu, rupanya susah untuk membeli handbag LV. Setiap kali pergi, baru tahu ada stock atau tidak. Bila disemak, ada stock di tempat lain, tiada booking dibenarkan. Terpaksa pula bergegas ke outlet seterusnya. Sebaik sampai, stock dah sold out. Stock hanya sampai satu atau dua sahaja setiap hari. Bila stock sampai juga tidak dapat ditentukan. 


Memang penat, bayangkan kita terpaksa gamble untuk ke butik mana terlebih dahulu. Ini sebenarnya pengalaman pertama saya kerana saya tidak pernah beli handbag LV di UK sebelum ini. 


Sangat penat berulang alik. Bayangkan bukan dekat berjalan kaki dari Selfridges Oxford Street ke LV New Bond Street dan naik bas ke LV Harrods. Ada stock yang langsung tidak ada walaupun setiap hari berulang alik selama seminggu di sana. 


Berbalik pada cerita di atas, selepas selesai urusan pembelian handbag Juita di tingkat 5, kami turun ke food hall membeli macaroon dan minuman. Seorang staf Harods yang saya bertanya arah ke Laduree macaroon, mengesyorkan saya mencuba macaroon Pierre Herme yang dikatakan lebih sedap dari Laduree. 

Tapi harga macaroon ni tersangat mahal jika di convert pada duit kita. Jadi beli sedikit sahaja pun hampir seratus juga. Yang penting semua orang dapat merasa. 

Balik bilik, tengok yang Nelly juga rupanya ada membeli macaroon Laduree. Kami makan beramai ramai di dalam bilik saya, siap dengan buat Instastory lagi. Hmm seronok seronok sangat waktu yang pasti akan kekal dalam kenangan seumur hidup. 


Percutian adalah waktu untuk mengeratkan hubungan dengan suami dan anak anak kerana waktu sebegitu adalah waktu kita bergembira tanpa perlukan memikirkan masalah kerja dsb.



Sightseeing di London Yang Sangat Menyeronokkan

$
0
0

Hari ini saya ingin coretkan catatan aktiviti kami pada 6 Januari 2018 di London. Telah selesai lawatan luar kota London, sekarang kami hanya pergi ke tempat tempat menarik di London. Tempat menarik yang pasti ingin dikunjungi tanpa mengira berapa kali kita ke London.

Pagi pagi kami mengambil bas dari Bayswater untuk ke Picadilly Circus untuk bertemu Dato Salehuddin untuk sightseeing. Kemudian kami naik bas menuju ke Tower Bridge. Oleh kerana apartment Dato Salehuddin dekat dengan kawasan Lily Whites, kami singgah dulu bergambar di sini sebagai kenangan.



Banyak kali kena bertukar bas tapi ianya sangat menyeronokkan bila kami beramai ramai tanpa ada sesuatu yang ingin dikejar. Sekadar berjalan dengan bersantai santai. 



Cuaca di kawasan Tower Bridge sangat sejuk dengan cuaca berangin. Walaupun dah banyak kali ke sini, tapi perasaan sentiasa teruja bila berada di sini. Mesti nak posing untuk mendapatkan gambar yang tercantik. 

Perkara yang paling challenging, setiap kali ke sini ialah kerana cahaya. Cuaca redup menjadikan gambar kurang menarik. Mungkin juga sebab kami selalu ke sini pada awal pagi sebab kedudukannya yang agak jauh yang perlu naik dan tukar bas beberapa kali.

Dari atas Tower Bridge, kami menuruni tangga dan berjalan jalan sambil berhenti untuk bergambar beramai ramai. 


Kami tidak lama pun di situ, selepas bergambar, kami naik tube di London Bridge Station. 


Dari situ, kami berpecah dengan Dato Salehuddin di mana kami meneruskan perjalanan ke Big Ben. Kebetulan pula Big Ben sedang di dalam renovation, jadi  kami juga tidak lama di situ. Selepas bergambar, kami berjalan di hadapan Westminter Abbey untuk mengambil bas ke Buckingham Palace. 


Selepas bergambar di hadapan Buckingham Palace, kami berpecah dengan Boy dan Mira kerana mereka ingin ke Malaysian Hall. 


Kami pula berjalan kaki melalui Green Park, taman yang cantik tempat di mana kami pernah bergambar dulu untuk ke kawasan China Town di Leicester Square untuk lunch di Burger and Lobster. Tunggukan entri seterusnya...


Menikmati Keenakan Lobster Di Burger and Lobster

$
0
0
Menikmati Keenakan Lobster Di Burger and Lobster

Alhamdulillah hari ini, saya masih diberi kelapangan masa untuk menyambung entri percutian kami. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Selepas ini saya akan kongsikan entri masakan sebelum menyambung kembali catatan percutian kami sekeluarga. 

Catatan percutian kami lebih kepada kenangan dan rujukan kami di masa hadapan. Yang istimewanya kerana percutian ini disertai oleh semua anak anak dan menantu serta bakal menantu dan juga keluarganya yang merupakan sahabat baik kami. Jadi ianya adalah percutian yang keseronokannya berganda ganda.


Menikmati Keenakan Lobster Di Burger and Lobster

OK kita mulakan ya. Yang belum baca entri sebelum ini, kena baca dulu tau. Selepas bergambar di hadapan Buckingham Palace, kami berpecah dengan Boy dan Mira kerana mereka ingin ke Malaysian Hall. Lagi pun mereka telah makan di Burger and Lobster sehari sebelumnya. 


Kami pula berjalan kaki melalui Green Park, taman yang cantik tempat di mana kami pernah bergambar dulu untuk ke kawasan China Town di Leicester Square untuk lunch di Burger and Lobster. 

Menikmati Keenakan Lobster Di Burger and Lobster

Nana, Alain dan Hubby memesan whole grilled lobster. Manakala Nelly, Juita dan Aween memesan burger lobster. Saya pulak dapat merasa kedua duanya sekali. Hahaha 

Menikmati Keenakan Lobster Di Burger and Lobster

Menikmati Keenakan Lobster Di Burger and Lobster

Saya memesan sotong goreng. Mula mula saya memesan lobster tapi rasa takutlah pulak kerana saya menpunyai masalah allergy. Dek nak rasa sedap seketika, nanti badan akan merana berhari hari. Jadi cepat cepat tukar. Itu pun selepas jer habis makan, lelangit dah terasa gatal kerana saya menjamah sedikit lobster dari pinggan Hubby. Tapi Alahmdulillah kerana sotong goreng pun sangat sedap dan rangup. 

Menikmati Keenakan Lobster Di Burger and Lobster

Menikmati Keenakan Lobster Di Burger and Lobster

Kalau dulu harganya standard sepinggan hanya £20 tapi kini telah naik menjadi £23. Aduhai walaupun £3 tapi kalau dah convert, banyak ler juga. Hahaha berkira pulak ya...

Dari situ, kami mengambil bas untuk ke Oxford Street lagi kerana Aween belum lagi berjumpa saiz kasut adidas. Selepas itu, kami mencari lagi parfum yang dikirim sebelum saya dan Hubby balik ke apartment. Manakala anak anak sambung bershopping lagi. 

Balik apartment saya menyediakan sambal ikan sardin. Akhirnya saya berjumpa dengan ikan mackerel dalam sos tomato di sebelah dengan restoran Tuk Din. 


Entah kenapa cukup susah untuk mencari sardin ini. Yang ada hanya sardin dalam tin leper yang tidak berapa sedap dan ikannya agak kecil. 

Setakat ini sahaja dahulu. Hingga bertemu lagi di entri akan datang. Pastikan dalam hidup yang singkat, kita berusaha untuk mengembirakan orang lain. Jangan disebabkan kita, hidup orang lain tidak tenang dan tenteram.

Gulai Ayam Kelantan Untuk Nasi Berlauk

$
0
0


Sebelum saya berkisah bab Gulai Ayam Lauk nasi berlauk Kelantan, saya sekadar ingin menulis bab ujian. Kadang kadang saya terfikir, saya sedang diuji. Diuji dengan ujian yang saya tidak mahu nyatakan di sini. Tetapi saya tahu ujian kecil dalam hidup akan menjadikan hidup kita lebih berwarna warni dan menarik. 

Mungkin itu yang Allah ingin memberikan peringatan. Saya tiba tiba menjadi sangat sibuk. Sibuk sehingga membataskan masa dan tenaga untuk hadir ke kuliah kuliah agama seperti dulu. Sama samalah doakan agar saya kembali diberi rezeki kelapangan masa dan dipermudahkan segala urusan. Aameen. Jom masuk bab masakan pula. 

OK sebelum tu, saya ingin memaklumkan bahawa Instagram Azie Kitchen adalah @aziekitchen. Ramai follower yang menulis bahawa mereka telah lama tercari cari dan baru menemui IG azie kitchen. Kepada yang belum follow, boleh lah follow IG saya ya. Jom kita chatting di situ. 

Seorang follower blog Azie Kitchen minta saya kongsikan cara memasak Gulai Ayam untuk lauk nasi berlauk yang sedap. Saya menanyakan tips dari sahabat saya, Mama Maznah yang memang hebat dalam bab masak memasak dan juga mengambil tempahan kecil kecilan di kampung. 

Katanya untuk Gulai Ayam, mesti dimasak dengan kaedah Raja Berangkat iaitu bahan bahan dan serbuk rempah kari tidak ditumis sebaliknya dimasak bersama sama dengan ayam. Cara ini juga adalah cara menyediakan Gulai Ayam Nasi Kak Wook. Kawan saya Maznah ni sempat melihat cara Kak Wook memasak semasa dulu dulu. Bezanya nasi Kak Wook menggunakan keropeh ayam serta dimasukkan sekali sayuran seperti terung, kacang panjang dan cili hijau. 

Untuk memastikan kuah cantik dan menyelerakan, kulit ayam jangan dibuang kesemuanya. Biarkan ada kulit sedikit. Juga Nah mengesyorkan supaya rempah gulai dicampurkan beberapa brand seperti Adabi dengan rempah gulai kampung yang saya gunakan hari ini. 

Memasak juga mesti menggunakan api perlahan supaya kuah masak dengan elok dan lambat basi. Kalau lauk nasi berlauk, mesti lah ada sekali sambal cili Kelantan dan hirisan timun. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. 


Gulai Ayam Lauk Nasi Berlauk
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 - 2 1/2 sudu besar rempah gulai  - campur rempah kari Adabi  
1-2 keping asam keping 
Garam
Gula Melaka
Susu cair - opsyenal

Bahan kisar:
2-3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2-3 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup 

Cara cara:
Campurkan semua rempah gulai dan bahan kisar dengan ayam hingga rata. 


Jerang atas dapur dengan sedikit santan cair. Masak guna api kecil.

Bila ayam hampir masak, masukkan santan. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. 


Masukkan asam keping, gula Melaka dan garam. 

Akhir sekali, masukkan santan pekat. Terus masak dengan api perlahan sehingga kuah tiada lagi kelihatan berbuih dan mulai terbit minyak nipis. Kalau terbit minyak tebal, tandanya dah terlebih masak dan ayam dah hilang zat. 


Jika suka, masukkan sedikit susu cair untuk menambah rasa lemak. 

Bolehlah tutup api dan sedia untuk dinikmati sebagai lauk nasi berlauk atau dicicah dengan roti jala. 


Asam Pedas Ikan Merah Kegemaran Saya

$
0
0
Asam Pedas Ikan Merah

Semalam ketika melihat lihat gambar lama anak anak terutama gambar Boy, tiba tiba air mata bergenang. Terlalu cepat masa berlalu. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Boy akan menamatkan zaman hidup bujang. Saya menjadi sangat sedih. Rasa tak bersedia untuk anak anak jauh dari kami. Belum puas melihat mereka di zaman kanak kanak. Tapi kita tidak boleh menghentikan masa. Satu hari kita juga akan pergi.  Itulah hakikat dan kitaran kehidupan. OK cukuplah setakat ini dahulu. 

Entah kenapa kebelakangan ini kemaruk nak makan asam pedas ikan. Balik kerja, singgah di restoran Klate Original makan nasi dengan berlauk asam pedas ikan pari. Tapi saya tak berapa suka ikan pari yang digunakan kerana isi ikan melekat di tulang. Saya suka yang isi ikan pari berkeping keping bila dicubit. 

Asam pedas ni memang tak jemu dimakan. Lagi pulak ianya adalah dalam kategori lauk sihat kerana tidak menggunakan santan. Kurang lemak gitu. Jadi kuahnya sedap dihirup hirup begitu sahaja. Jika nak diet dan kurangkan berat badan, cicah kuah asam ledas dengan roti wholemeal. Sedaap. Jangan tak tahu, ayam pun sedap dimasak asam pedas. Makan dengan dicicah roti, waah meletop. Boleh rujuk entri saya di SINI

Asam Pedas Ikan Merah

Semasa ke pasar tani, saya singgah beli bendi, daun kesum dan lain lain bahan. Cuma ikan sahaja yang belum dibeli. Jadi pada cuti hari wilayah, saya mengajak hubby ke kedai runcit. Tak ada ikan pari, ambik lah ikan merah. Mahal nyer barangan sekarang ni. Seekor ikan merah dah berharga RM20. Bukan lah besar mana. Saya risaukan masa depan anak anak saya. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya memang suka kuah yang sedikit pekat. Kalau cair, dah jadi macam kuah asam rebus. Bahan kisar dalam kuah tak melekat di atas nasi. Kegemaran saya ialah daun kesum dan bendi. Lain lain saya tak kisah sangat. Asam pedas mesti nak ada dua bahan ni. 

Asam Pedas Ikan Merah

Asam Pedas Ikan Merah
Okeh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - potong 4  
1/2 senduk minyak masak - jika kurang boleh tambah
1 batang serai - ketuk
Segenggam asam jawa - bancuh dengan air
Kacang bendi 
Tomato - potong 4
6-7 sudu besar cili kisar

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah - saiz besar
4 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan - saya tak letak

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan serai dan bahan kisar. Kacau sehingga naik bau. 

Asam Pedas Ikan Merah

Asam Pedas Ikan Merah

Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili garing dan pecah minyak.

Masukkan air asam jawa. Tambah air dalam 800-1000 liter atau secukupnya. Kacau sehingga kuah mendidih, baru masukkan garam dan aji no moto. 

Masukkan ikan dengan daun kesum. Jika suka, boleh masukkan juga bunga kantan. Kacau rata sehingga ikan masak. 

Masukkan bendi dan akhir sekali, masukkan buah tomato. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Asam Pedas Ikan Merah


Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

$
0
0
Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan aktiviti alumni bekas penghuni kolej ketiga Universiti Malaya, kolej yang saya diami sepanjang menjadi seorang Mahasiswi. 

Pejam celik pejam celik dah 15 tahun ethica, alumni bekas penghuni kolej ketiga Universiti Malaya ditubuhkan. Ianya kekal aktif sehingga sekarang. Bak kata Dato Salehuddin selaku Presiden Ethica, rahsianya adalah santai. Apa apa yang dilakukan adalah secara santai. Mesyuarat hatta 3 orang pun boleh jalan, di mana sahaja di rumah atau di restoran atau di pejabat juga boleh jalan. Bila ianya dilakukan secara santai, pasti ianya akan kekal lama. 

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Program Santai Alumni 3rd kali ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, mengembalikan nostalgia kolej yang melibatkan pelajar di kolej dan juga alumni. Program diadakan di kolej bermula dengan aktiviti sessi berkongsi pengalaman oleh alumni yang berjaya dalam bidang masing masing. Antaranya ialah Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah, Datuk Seri Dr Mohammad Azman, Prof Dr Mohad Anizu dan Tuah Johari Atan dengan moderator Dr Abdol Aziz Sahat. 

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Selepas itu diadakan senaman riadah dan aktiviti Q Race. Ramai juga ahli alumni yang hadir untuk sessi sebelah petang. 

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Sebelah malam diadakan jamuan makan malam dengan kehadiran hampir 70 orang alumni. Saya hanya hadir untuk sessi makan malam sahaja. Selain makan malam, diadakan juga persembahan oleh penghuni kolej dan juga alumni. 

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Jamuan makan malam secara buffet diadakan di dewan makan kolej yang pastinya meninggalkan nostalgia untuk alumni. Dewan makan lah tempat untuk pelajar bertemu atau untuk mengintai ngintai junior. Waktu lain semua sibuk dengan kuliah dan tutorial di fakulti masing masing. 

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Nostalgia saya kalau bab dewan makan kolej adalah di mana saya akan tertunggu hari minggu di mana Encik Hubby ketika itu akan turun bersarapan kerana adanya roti canai. Hari hari lain dia tidak turun sarapan. Kuliah dia ketika itu banyak diadakan di waktu malam. Saya yang bukan peminat roti canai juga akan turun untuk bersama dengan dia. 

Selain itu, dewan makan adalah tempat di mana kami belajar sebelum menjelang peperiksaan. Ketika itu sistem penggal di mana peperiksaan hanya diadakan setahun sekali sahaja. 

Berbalik pada persembahan selepas makan, para alumni super senior turut menyanyikan lagu Kenangan Ku yang dipopularkan oleh Penyanyi Dato Jeffrey Din. Antara yang menyanyi adalah Dato Hassan Sakimon, Dato Jalaluddin, Dato Wan Nqzari, Encik Ahmad Nizar, Dr Hassan, Encik Fazli dan Encik Yusoff. Memang sangat happening bila semua yang hadir pun ikut sama bergoyang badan mengikut irama yang dialunkan. 

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Majlis yang sepatutnya selesai pukul 10.30 malam berterusan sehingga lebih pukul 11.00 malam. Alhamdulillah sangat seronok kerana berpeluang bertemu sahabat lama terutama Datin Fauziah Samsuddin yang merupakan course mate dan BFF sehingga kini. Lebih lebih lagi Encik Hubby juga rapat dengan Dato Hashim Hamzah sejak di kolej lagi. 

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya


Free and Easy Di London

$
0
0

Kali ini saya ingin menyambung beberapa entri lagi berkenaan percutian kami ke London. Kenapa saya ingin melengkapkan catatan ini? Ini adalah kerana ianya percutian yang paling mengembirakan kerana ianya disertai oleh semua anak menantu, bakal menantu serta keluarga bakal besan kami. 

7 Januari 2018 adalah hari free and easy bagi kami. Hanya saya, Nelly, Aween dan Juita sahaja yang keluar. Kami keluar ke Harods untuk mencari zippy wallet dan barangan Huda beauty. 

Tapi memandangkan saya dan Nelly tidak dapat membeli atas nama kami, kenalah guna nama Aween. Jadi saya tidak boleh menggunakan kad debit saya untuk membayar pembelian atas nama Aween. 


Saya dengan Juita terpaksa keluar mencari ATM untuk membuat pengeluaran tunai. Banyak ATM yang tidak beroperasi. Merata juga terpaksa berjalan untuk mencari ATM. 

Pengeluaran maksimun untuk satu transaksi adalah £500 dengan dikenakan pula fees sebanyak £12 untuk setiap kali. Aduh ini lah kali pertama, saya bershopping menggunakan debit card di London. Sebetulnya menggunakan credit card lebih mudah berbanding penggunaan debit card. Itu pendapat saya lah.

Selepas selesai, kami mengambil bas untuk ke Oxford street untuk ke House of Fraser untuk melengkap dokumen VAT bagi semua pembelian di situ. Kemudian kami ke Selfridges untuk membeli barangan Huda yang out of stock di Harrods. 

Balik singgah kedai luggage di Edgeware Road. Saya memang telah merancang untuk membeli satu luggage bag Samsonite di sini. Kemudian singgah beli kebab. Nelly belanja kami semua. 


Sebelah malam, Nelly, Juita dan Aween keluar kerana ada kesilapan masa pembelian di Selfridges. Kami pula keluar beli luggage bag yang telah dipilih sebvelah siangnya. Boy bertolak balik ke Malaysia bersama sama keluarga Dato Salehuddin. 

Balik bilik, mula berkemas kemas dan membuat packing. Maklumlah barang yang dibeli banyak. Kotak kotak handbag juga besar besar, tapi kalau tidak dibawa balik, rasa pulak sayang. 


Berjalan Jalan Di Hyde Park

$
0
0

Setiap kali ke London, pasti kita akan mengunjungi Hyde Park tanpa mengira berapa kali kita ke sini. Ianya bukan sahaja cantik untuk bergambar tetapi juga sangat mendamaikan.  Berjalan di taman di tempat kita, panas dan berpeluh. Tapi di sana seperti berada di dalam aircond yang besar. 

Hari terakhir di London iaitu 8 Januari, kami berlima mengambil bas untuk ke Hyde Park. Bertukar 2 bas juga kerana kami ingin masuk melalui Kensington Gate. Kami berjalan melalui memorial Princess Diana sebelum melalui jambatan. 


Di bawah jambatan kelihatan banyak itik dan swan. Kami turun bergambar di situ. memang nampak sangat cantik bila dilihat dari atas tapi bila berjalan kena berhati hati kerana banyak tahi itik. Hahaha 


Selepas bergambar, saya bersama Hubby dan Juita berjalan kaki balik ke apartment yang rupanya tidak jauh sahaja jika berjalan melalui jalan dalam taman. Tetapi masalah cuaca yang terlalu sejuk menjadikan kita tidak berapa selesa berjalan kaki. 

Manakala Nelly dan Aween pula berjalan kaki keluar dari Hyde Park untuk urusan di Selfridges yang belum selesai. 


Saat Perpisahan Yang Menyedihkan

$
0
0

Saya kini menghampiri entri entri akhir untuk percutian kami ke United Kingdom dan Scotland. Sedikit pesanan, jangan lupa untuk klik iklan yang menari nari di blog saya ya. Kali ini saya ingin kongsikan entri yang memyedihkan. 

Saat pertemuan adalah saat paling mengembirakan. Begitu juga sebaliknya. Saat berpisah dengan Juita adalah saat yang paling menyedihkan. Tiba tiba saya terasa kekosongan. Suasana kami anak beranak juga menjadi sunyi sepi. Tiada senda gurau dan gelak ketawa seperti biasanya. Seolah masing masing berkongsi melayan perasaan yang sama. 

Pada 8 Januari adalah hari di mana kami menghantar Juita ke London Euston station keretapi untuk balik ke Manchester. Selepas balik dari Hyde Park di SINI, Juita balik mengemas bag. Bukan sahaja bag kami yang penuh tapi bag Juita juga. Kami keluar dari apartment pada pukul 12.30 tengahari dengan menaiki bas menuju ke stesyen keretapi. 

Memang sangat sedih melihat dia berjalan balik sendiri dengan membimbit bag yang banyak. Juita memang anak yang baik, selalu tidak ingin menyusahkan orang lain. Bila bag kami penuh, dia akan menawarkan diri untuk membawa balik baju baju sejuk kami ke Manchester. Hmm terfikir kalau kami sepatutnya menghantar dia balik hingga ke Manchester.  Tiket pun tidak mahal, hanya £17 sahaja. Entah kenapa tidak terfikir untuk berbuat begitu sebelumnya. 

Saat berpisah adalah saat yang paling sukar. Setiap kali melalui detik ini, saya perlu kuatkan hati. Saya tidak mahu menangis di hadapan Juita. Hati saya seperti disiat siat sembilu melihat Juita menangis ketika bersalaman. Mama janji jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mama pasti datang lagi.



London Sehingga Bertemu Lagi

$
0
0

Akhirnya saya telah tiba ke entri terakhir catatan percutian kami ke UK dan Scotland dari 26 Disember 2017 hingga 9 Januari 2018. Insya Allah jika dipanjangkan umur, kami akan ke sana lagi tahun ini. Aameen. 

Selepas balik dari menghantar Juita ke Euston Train Station. Kami terus balik ke apartment dan membuat packing akhir. Hubby telah menempah teksi secara online di Pinkberrycar untuk muat 8 orang walaupun kami berenam kerana bilangan bag kami yang banyak. 

Bayaran teksi adalah sebanyak £62. Ianya dikira agak manasabah berbanding dengan menyewa kereta dari warga Malaysia di London pun. Teksi tiba dalam pukul 3.20 petang. Kami tiba di Heathrow Terminal 4 dalam pukul 4.15 petang kerana kesesakan lalu lintas. Itu pun pemandu mengambil jalan pintas dengan melalui jalan dalam Hyde Park. 


Ketika tiba di airport, cuaca terlalu sejuk dan angin kuat.  Saya pula tidak memakai heattech. Sebaik masuk dalam terminal, dada terasa sakit mencucuk. Sakit yang teramat sangat. Jadi pesanan saya pada orang yang tak tahan sejuk, supaya memakai baju panas walaupun seketika berada di luar. Ketika itu, saya merasa agak risau. Cuma belum memberitahu Nana dikuatiri mereka akan risaukan saya pula. 

Sebaik sampai di terminal kami terus ke tempat untuk claim VAT. Ianya terletak di sebelah kanan dari pintu masuk dan ambil lift untuk turun ke tingkat satu. Orang terlalu ramai sehingga memenuhi ruang. 


Tapi sebab kami memilih untuk bayaran tunai dalam matawang pound, jadi kami diberi laluan khas. Itupun terpaksa menunggu 20 nombor juga. Nombor giliran saya adalah 740. Alhamdulillah kerana mereka tidak minta untuk melihat barangan yang dibeli. Jadi ianya tidaklah melambatkan lagi proses pengesahan dan chop resit. 

Selepas selesai mendapat chop kastam, kami naik ke tingkat dua untuk drop luggage. Pun orang beratur terlalu panjang ketika itu. Sementara menunggu Hubby, Alain dan Nelly beratur, saya turun ke tingkat 1 untuk menunaikan solat di Multi Faith Prayer. 

Untuk mendapat duit VAT, kami perlu ada physical boarding pass. Jadi terpaksa menunggu sehingga urusan check in luggage selesai, baru beratur semula di kaunter VAT untuk mendapatkan duit. Mereka menolak sebanyak 13% sebagai commision charge. Jika kita memilih bayaran VAT dalam matawang ringgit Malaysia, boleh terus dapat duit selepas pengesahan dan cop kastam. 


Ketika itu, ada masa dalam 2 jam untuk urusan pemeriksaan masuk dsb. Pendek kata waktu hanya ngam ngam sahaja untuk selesai semua urusan. 

Sebaik berada di dalam balai pelepasan terminal 4, Nelly dan Aween pergi membeli sedikit makanan kerana kami hanya mengambil sarapan sahaja hari ini. Perut sudah mula keroncong.


Kami berangkat masuk pukul 9.20 malam waktu tempatan dengan tempoh penerbangan selama 12.30 jam. Kami tiba di KLIA pada pukul 6.00 petang waktu Malaysia, lebih awal 10 minit dari waktu sepatutnya. 

Tidak seperti semasa penerbangan ke London, kali ini agak penuh. Tapi nasib baik kerana kerusi di sebelah saya kosong. Jadi dapatlah saya meletakkan handbag saya di kerusi yang kosong. 

Boy menunggu kami di airport bersama dengan sebuah kereta Hilux yang dipandu oleh pemandu Datin Nursinah. Kalau tidak, memang kereta kami tak dapat memuatkan bag kami yang memang banyak.   



Semasa dalam perjalanan balik, kami singgah solat di RnR Dengkil dan terus makan sate Samuri. Sedap pula sate kali ini sebab dah lama tak makan sate. 


Sampai di rumah dalam pukul 9.15 malam. Selepas mengeluarkan barang barang dari bag, baru saya naik ke bilik untuk berehat. 

Alhamdulillah selesai sudah percutian kami selama lebih 2 minggu. Secara jujur saya tidak terasa rindu pun untuk balik ke tanahair ketika itu kerana semua anak anak dan menantu ada bersama. Lagi pulak, sepanjang di sana, saya memasak lauk pauk dan masakan Melayu untuk sarapan dan makan malam. Peluang bercuti bersama anak anak adalah saat yang paling mengembirakan bagi kami. 

Cuma yang tidak seronok sedikit ialah bila saya mengalami jet lag dan kepenatan yang sangat lama. Hampir 3 minggu juga untuk saya kembali ke waktu tidur yang asal.  

Umrah Akhir Ramadhan Yang Dirindui

$
0
0


Walaupun catatan umrah yang saya kongsikan hari ini adalah catatan umrah dalam bulan Ramadhan tahun 2017, namun saya tetap ingin kongsikan sebagai rujukan saya sendiri dan juga pada pembaca semuanya. Ada beberapa orang follower blog Azie Kitchen yang menulis pada saya sebelum ini memberitahu mereka masih menunggu entri berkenaan umrah saya kali ini. 

Ramadhan tahun ini akan tiba dalam 85 hari sahaja lagi. Diharap ianya dapat memberi sedikit sebanyak manafaat pada mereka yang pertama kali ingin mengerjakan umrah Ramadhan. 

Setelah 2 tahun saya tidak mengerjakan umrah Ramadhan, akhirnya hasrat saya menjadi kenyataan pada tahun 2017 yang lalu. Dalam tempoh tersebut, banyak perubahan yang berlaku di Mekah dan Madinah termasuk tenaga dan kekuatan saya sendiri. Hajat hati untuk membawa Juita bersama tidak menjadi kenyataan apabila pihak agen tidak boleh mengusahakan visa beliau tanpa mahram.  

Walaupun hampir setahun berlalu, namun segalanya masih seolah masih baru sahaja berlalu. Saya bertolak mengerjakan umrah dengan menaiki penerbangan khas ke Madinah pada 10 June 2017. Kami mengerjakan solat Jamak qasar Zohor dan Asar di pintu pelepasan secara berjemaah dengan Ustaz Rosli. Penerbangan ini hanya dinaiki oleh jemaah dari Rayhar dan Andalusia. 

Sepanjang perjalanan saya hanya tidur dan berzikir. Saya juga tidak lupa untuk berdoa kerana doa orang yang di dalam musafir adalah mustajab. Saya mengikut cara berdoa yang diajar oleh Ustaz Jafri yang ianya seolah kita sedang bercakap dengan Allah secara merintih. Bermula dengan mengenangkan dosa, saat kematian, saat di alam barzah, saat dibangkitkan di Padang Masyhar, melalui titian sirat dan akhir sekali memohon syurga Firdaus tanpa hisab. 

Kami sampai di airport Madinah dan berbuka puasa ketika sedang menunggu bag. Selepas berbuka, kami menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak di surau yang terdapat di airport. Inilah kali pertama saya mengalami pengalaman berpuasa yang sangat panjang. Rasanya hampir 19 jam. 

Alhamdulillah bila kami tiba di hotel ketika solat terawih di Masjid Nabawi. Saya tidak ke masjid sebaliknya berehat terlebih dahulu. Saya ke masjid sebelum azan Subuh pertama iaitu pukul 3.00 pagi untuk menunaikan solat Tahajjud. Ketika itu, orang belum ramai. Jadi tak susah untuk mendapatkan tempat di dalam masjid. 





Saya berulang alik dari masjid ke hotel kerana kedudukan hotel Dallah Thaibah yang bertentang dengan pintu masuk gate 25 yang merupakan pintu Raudhah bagi jemaah wanita. Hotel saya adalah seperti gambar di atas. Balik untuk mengambil wudhu dsb. Kelebihan mendapat hotel yang dekat adalah kita boleh balik berehat. 

Kali ini boleh dikatakan saya puas berada di Madinah. Kami di sini agak lama iaitu 5 hari. Oleh kerana lama di sini, kami sempat juga dua kali ke Masjid Quba secara sendiri dengan ustaz dan jemaah. 


Saya juga banyak balik untuk tidur supaya saya tidak mengantuk ketika solat Terawih. Sepanjang di Madinah, saya tidak balik berbuka di hotel kerana kesukaran untuk masuk ke dalam masjid selepas itu. Memang saya bertekad untuk solat di dalam masjid sahaja. Tak mahu solat di luar masjid. Ada juga keinginan untuk berbuka dengan makanan sedap sedap yang dihidangkan di luar masjid, tetapi saya tidak sanggup mengorbankan kelebihan bersolat di dalam masjid.




Tapi yang paling best, setiap hari saya bersahur dengan nasi Arab. Puas makan nasi Arab sepanjang di sana. Ada pelbagai jenis nasi Arab yang sangat mewah dengan lauk pauk seperti kambing dan ayam. Ada juga disediakan lauk pauk lain. Tidak seperti tahun sebelumnya di mana saya memang tidak balik berbuka di hotel. Lagi pulak, dulu kami hanya beberapa malam sahaja di Madinah.






Pada hari khamis baru kami bertolak ke Mekah dan sampai sebelum Maghrib. Kawan kawan yang datang selepas kami pun semuanya telah bertolak ke Mekah lebih awal. 





Umrah Ramadhan Sehingga Bertemu Lagi

$
0
0


Kali ini saya mahu sambung lagi catatan perjalanan umrah saya pada hari hari seterusnya. Hari pertama di Mekah,  selepas bersiap siap, saya dan roommate berbuka puasa di dewan makan hotel. Selepas itu, barulah kami menuju ke Masjidil Haram. Saya dan Mar tak dapat masuk ke salam masjid. Hanya dapat menunaikan solat fardhu Isyak di pintu masuk masjid sahaja. 

Tapi seperti yang dijangka, pintu ditutup di sana sini. Berpusing pusing kami berjalan untuk mencari jalan untuk menunaikan Tawaf di dataran Kaabah. Orang terlalu ramai ketika itu. Kami selesai mengerjakan umrah dalam pukul 12 lebih kerana ketika itu solat qiam 10 rakaat dan witir baru dimulakan. Saya balik berehat dan tidur sahaja. Dengan itu selesai lah umrah saya. 

Kali ini juga saya melakukan 3 kali umrah lagi. Kalau dulu, saya hanya melakukannya hanya sekali sahaja umrah tapi kali ini saya menyertai semuanya. Bak kata ustaz, ianya dapat menampung ketidaksempurnaan umrah yang sebelumnya, jika ada. Lagi pun kita datang dari jauh. Elok lah perbanyakkan amalan di sini. 

Kali ini, dugaan yang saya hadapi jauh berbeza dengan umrah sebelum ini. Rutin juga berbeza. Kalau dulu, saya beriktikaf dari pagi hingga ke Subuh keesokannya. Tapi kali ini, saya mahukan sesuatu yang lebih berkualiti. Saya balik ke bilik untuk berehat selepas Zohor. Pergi semula sebelum Asar dan tunggu sehingga selepas Terawih. Balik dari solat terawih dan tiba di bilik sudah pukul 12.00 tengah malam. 

Sebelum masuk bilik, saya singgah di dewan makan. Bancuh teh susu dan makan apa apa baki makanan yang masih ada. Saya tidak pergi menunaikan solat malam. Saya tidur sehingga pukul 2.00 pagi. Bangun terus singgah di dewan makan, makan sedikit sahur dan terus ke Masjid untuk melakukan solat malam secara sendiri sebelum solat Subuh. 

Gambar saya di bawah adalah diambil pada malam 27 Ramadhan. Ianya banyak memberi pengajaran kepada saya. Saya tidak bersedia untuk menceritakannya di sini. Biarlah saya sendiri yang tahu apa yang telah berlaku. Itulah sebabnya muka saya memang keletihan bersama Ida Zahra, jemaah dari Indonesia yang saya kenali ketika mencari tempat solat yang lebih baik. Teringat kata Ida, semua nya gara gara mahu mencari tempat solat yang lebih baik...




Saya memang berazam untuk melakukan setiap waktu solat di dalam masjid. Cuma yang paling tidak dapat dilupakan ialah bila saya tidak dapat masuk masjid hari Jumaat kerana pergi lewat ke masjid. Mengelilingi hampir separuh dari masjid, belum berjumpa jalan masuk kerana semua pintu ditutup. Aduhaai dalam cuaca yang sangat panas berbahang, saya menempuh ribuan manusia dalam perjalanan balik ke hotel pula. Saya balik dan tidur. Selepas selesai solat Jumaat barulah saya ke masjid untuk melakukan solat Zohor di dalam Masjidil Haram. 

Bila banyak balik ke bilik, di kebanyakan masa, saya bersolat di tempat yang berhampiran dengan pintu keluar. Tempat ini memang tiada air cond. Sambil solat, sambil mengelap peluh yang mengalir dari kepala sehingga ke kaki menggunakan telekung. Lagi pulak tempat beraircond memang sangat sesak. Pernah sekali saya solat di tempat aircond yang dulu saya beriktikaf. Orang ramai sehingga duduk bersusun susun serapatnya. 

Hari Jumaat memang orang ramai kerana local pun akan datang ke masjidil haram. Hari terakhir kami juga kami perlu melakukan tawaf wada selepas solat Jumaat. Kami telah ke masjid seawal pukul 9 pagi dan melakukan 6 pusingan tawaf dan menunggu sehingga selepas solat Jumaat, baru diselesaikan 1 lagi pusingan tawaf Wada. 

Waktu perjalanan balik kami telah dipercepatkan kerana dijangkakan jalan raya sesak pada hari Jumaat dan bas tidak dapat masuk. Jadi kami terpaksa berjalan kaki agak jauh. Pihak Rayhar telah bermurah hati memberikan kami penginapan di hotel di Mina sebagai hotel transit. Di situ kami mandi menukar pakaian, berbuka puasa dan bersolat terawih di surau. 

Dalam pukul 11.30 malam barulah kami bertolak ke airport Madinah. Singgah bersahur dengan makan nasi mandy sebelum melakukan solat Subuh berjemaah di masjid sebelum sampai ke airport. Kami berbuka puasa dalam kapal terbang. 




Tiba di KLIA dalam pukul 2.00 pagi. Saya solat jamak Maghrib dan Isyak di KLIA. Tiba di rumah dalam pukul 5 pagi. Terus mandi dan solat Subuh. Kemudian bersiap siap untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Kota Damansara. 





Saya gembira kerana akhirnya kembali ke pangkuan keluarga namun saya kesedihan dan kerinduan kerana meninggalkan tanah suci terutamanya Masjidil Haram. Saya juga sangat sedih kerana akhirnya Ramadhan telah meninggalkan kita. Rindu saat berbuka puasa dengan 1 atau 3 biji buah kurma sukari dengan air zam zam yang rasanya sangat sedap dan lazat di tekak saya. Rasa kenyang. 






Insya Allah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki saya ingin ke sana lagi pada 10 Akhir Ramadhan tahun hadapan. Akan memilih Rayhar lagi jika pakej yang disediakan seperti tahun ini. Mereka sangat mengambil berat akan jemaah dan mengadakan banyak majlis seperti majlis ilmu, majlis tadarus. 

Ustaz juga membantu jemaah yang ingin bersedekah atau memberi makan orang berbuka puasa. Agak sukar untuk kita melakukannya di dalam masjid. Tapi ada caranya. Saya baru tahu. Insya Allah saya akan lakukannya di masa akan datang. 





Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

$
0
0
Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

Secara jujur saya tak pernah makan nasi Kak Wook yang begitu femes amos tu. Tapi bila Maznah, sahabat baik saya kongsikan resepi yang dia belajar sendiri dari Kak Wook, saya cuma salin dan simpan sahaja. 

Sehingga lah satu hari saya diajak untuk makan nasi Kak Wook. Ketika itu, barulah saya tahu yang rasa nasi Kak Wook memang sangat sedap. Memang rasa nasi berlauk Kelantan yang sangat sesuai dengan selera saya. Kalau ikutkan saya, 3 bungkus pun boleh saya habiskan. 

Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

Menurut Nah, dia berkawan baik dengan Kak Wook. Jadi keraplah ke dapur melihat bagaimana ianya disediakan. Resepi macam biasa jer pun, cuma ada lah beberapa teknik dan bahan tertentu yang digunakan  menjadikan ianya lebih sedap. 

Saya membuat 3 entri untuk melengkapkan hidangan nasi Kak Wook. Semoga ianya bermanafaat dan juga semoga arwah Kak Wook juga mendapat pahala dari ilmu yang dipelajari dari beliau samada secara langsung atau tidak langsung.  

Suami dan anak menantu makan nasi Kak Wook sebagai hidangan brunch kami hari ini. Sangat sedap. Itu lah feedback yang diberi oleh mereka. Sebenarnya saya meletak lebih sayuran kerana saya suka meratah sayuran. Jika yang dimasak di kedai, hanya ada jarang jarang jarang sahaja keropeh dan sayurnya. Mereka kan berniaga. Tak sama dengan kita yang untuk dimakan sendiri.

Jom layan cara penyediaan Gulai Ayam Nasi Kak Wook yang dimasak secara gulai raja berangkat atau dipanggil juga sebagai gulai darat.  Jangan lupa untuk melihat video di Azie Kitchen youtube channel. Nantikan entri akan datang untuk resepi Ayam Goreng Nasi Kak Wook serta Sambal Nasi Kak Wook.... 

Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

Ayam Gulai Nasi Kak Wook
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Keropeh ayam - kepak, tengkuk, kaki, hati & mempedal 
2 batang terung
5 batang kacang panjang 
2-3 tangkai cili hijau - opsyenal
1 kotak kecil santan kotak
Sedikit minyak masak
Gula Melaka
Gula
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Serbuk perasa - Aji no moto/Maggi Cukup Rasa
1 pek kecil rempah kari Adabi 

Bahan kisar:
4-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - sikit
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 hiris lengkuas - sikit sahaja
6-7 tangkai cili kering - boleh tambah 

Cara cara:
Gaul bahan kisar serta rempah kari dengan ayam yg dipotong kecil. Jerang atas dapur sebentar. Tuang sedikit minyak supaya ianya tidak hangit dengan sedikit santan pekat.

Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

Bila separuh masak, masukkan baki santan, gula, garam, serbuk perasa, asam keping dan sedikit gula Melaka. 

Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

Setelah kuah cantik baru masukkan sayur sayuran. Masak seketika sahaja supaya sayuran masih rangup ketika dihidangkan dan tutup api.

Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

Nota:
Boleh juga ditumis dengan sedikit sahaja minyak supaya kuah tidak berminyak seperti kari. Tapi lebih sedap jika tidak ditumis. 



Ayam Goreng Nasi Kak Wook Yang Original

$
0
0

Hari ini saya ingin kongsikan petikan Kuliah Zohor Ustaz Dr Mohd Shafie dalam hidup tak semua keadaan mesti mengikut kehendak kita. Tujuan hidup adalah untuk cari ketenangan. Ketenangan hanya boleh diperolehi dengan amal soleh. Tenang ertinya kita tak risau sangat bila ditimpa musibah. Sebab ianya adalah satu ujian dan ujian hanya  bersifat sementara. 

Allah bukan suruh kita cari kegembiraan. Tapi cari ketenangan. Hidup adalah umpama roda. Tenang supaya kita tak kecewa hadapi musibah. Kita akan kuat hadapi dugaan. Musibah atau dugaan diberi untuk menjadikan kita seorang yang kuat. 

Bila kita berada pada roda atas, kita tidak terlalu gembira kerana kita tahu kegembiraan juga satu ujian. Ada orang gembira tetapi tenang kerana tahu ianya tidak kekal. Ada orang rasa gembira tapi hati tidak tenang. Antara ujian suka dan ujian duka, yang mana lebih mudah untuk lulus. Ujian masa susah, kita lebih dekat dengan Allah. Jadi bila diuji dengan susah, ianya akan sekejap sahaja. Yang penting hadapi dengan taat. Allah pasti akan tunjukkan jalan keluar. 

OK sekarang kita masuk bab resepi pula. Hari ini saya akan kongsikan resepi Ayam Goreng untuk Nasi Lemak Kak Wook. Klik di SINI untuk entri Gulai Ayam Nasi Kak Wook yang saya kongsikan sebelum ini. 

Antara bahan wajib untuk menyediakan Ayam Goreng ialah lada hitam dan kunyit hidup. Cuma kita tambah penggunaan serbuk kunyit bagi menambahkan warnanya. Kunyit hidup akan memberi rasa wangi dan sedap pada ayam goreng. 


Cara ayam digoreng juga membantu menjadikan ayam lebih sedap. Kak Wook menggoreng ayam menggunakan 3 kuali berasingan. Kuali pertama untuk menggoreng ayam sehingga agak agak air ayam kering sahaja. Kemudian ianya dipindahkan ke kuali kedua. Akhir sekali dipindahkan ke kuali ketiga seketika sahaja untuk menjadikan ianya garing. 


Tapi kalau untuk memasak sendiri di rumah dan menggoreng dengan menggunakan satu kuali sahaja, cukup dengan kita tos air perapan ayam sehingga ianya kering. Satu lagi yang mesti dibuat ialah mesti selalu dikacau dan dibalik balikkan supaya ayam masak rata.

Jom layan cara penyediaan Ayam Goreng Nasi Kak Wook. Nantikan entri akan datang untuk Sambal Nasi Kak Wook serta video di Azie Kitchen youtube channel. Sambal yang memang kegemaran saya. Sambal ini juga cukup sinonim sebagai sambal nasi berlauk.. Kepada yang belum follow Instagram Azie Kitchen, jom follow @aziekitchen.



Ayam Goreng Kak Wook
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam - potong kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup  + 1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam - sedikit sahaja supaya ayam tak rasa masin
Serbuk perasa - Ajino moto/Maggi Cukup Rasa

Cara cara:
Ayam diperap sehingga agak agak sebati. Kemudian tos sehingga air kering. 


Panaskan minyak yang banyak dan pastikan minyak benar benar panas sebelum dimasukkan ayam. 

Mesti selalu dikacau dan dibalik balikkan ayam supaya ianya masak rata. 


Nota:
Cara asal ialah ayam digoreng dalam 3 kuali. Di mana ayam di dalam kuali pertama diangkat setelah air kering dan dipindah ke dalam kuali kedua dan akhir sekali digaringkan dalam kuali ketiga. 


Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

$
0
0
Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sebelum masuk bab resepi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada follower blog Azie Kitchen yang setia mengunjungi dan membaca blog saya. Ya lah sekarang ni zaman pelbagai media sosial seperti Instagram yang rata rata orang berkongsi resepi dan masakan. Saya tetap percaya, blog akan kekal diminati kerana blog lebih personalised berbanding IG yang lebih touch and go. 

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Telah lama, saya tidak selitkan petikan kuliah dari ustaz yang  diadakan di surau tempat saya bekerja. Jadi sempena hari Jumaat yang barakah ini, saya ingin kongsikan Kuliah Zohor dari Ustaz Abu Jihad berkenaan ikhlas dalam beribadah. Sebab apa orang terus melakukan dosa? Kerana ada orang lain yang sokong tindakan mereka sebagai contoh komen dalam facebook akan post orang menunjukkan duit. Komen yang menyokong adalah seperti, "tak apa. Dia tak kacau orang. Dia guna duit sendiri". 

Zaman sekarang, ramai orang berbangga bangga dengan kejahatan yang dilakukan. Mereka tidak segan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kejahatan yang dibuat dengan berkongsi di laman sosial. Bukan sekadar berbangga bangga dengan kebaikan yang dibuat. 

Ikhlas adalah menyembunyi amal kebaikan sebagaimana kita menutup amal kejahatan. Amalan soleh walaupun ditutup, Allah pasti akan menunjukkan amalan soleh kita. Jadi tak perlu lah nak menunjuk pada orang lain. Biar antara kita dengan Allah sahaja yang tahu. Orang dapat naungan arasy ialah orang yang buat amalan dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu. 

Ikhlas adalah sentiasa berjaga jaga. Sebelum tahap ikhlas adalah tahap buat buat ikhlas. Sebagai contoh, kita digalakkan menangis selepas solat malam. Ada orang yang sangat susah hendak menangis. Jadi dia kena cuba juga dan buat buat menangis. Jadi dalam ikhlas pun, kita kena cuba untuk ikhlaskan amalan kita. 

Antara tanda ikhlas ialah tidak bertambah amalan sebab dipuji atau tak berkurang dengan sebab dikeji. Tanda ikhlas kedua ialah lupa memandang amalan yang lepas. Jangan tengok lagi amalan yang dulu. Yang ketiga ilab lupa kepada pahala hari akhirat. Maksudnya dia redha beribadah semata mata kerana Allah. Amalan hanya lah sebagai tanda syukur akan nikmat dunia yang Allah bagi cukup banyak. Nikmat Allah tak terhitung banyak nya. 

Seperti yang saya tulis dalam Instagram saya sebelum ini, saya belajar resepi ini dari Maznah sahabat saya sejak dari darjah satu lagi. Kalau bukan kerana sahabat baik, dia pun mungkin tidak mengajar saya detail satu persatu. 


Dia melihat sendiri Kak Wook memasak kerana memang berkawan rapat dengan Kak Wook. Selalu menjenguk ke dapur ketika Kak Wook menyediakan hidangan untuk nasi Kak Wook. Rahsia yang mesti ada ialah aji no moto. Jadi kalau ada yang tidak makan aji no moto, bolehlah menggunakan apa apa serbuk perasa atau tidak menggunakannya.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Saya berjanji untuk berkongsi resepi Sambal Nasi Kak Wook di Instagram saya sehingga ramai yang meninggalkan komen mereka tidak sabar untuk membacanya. Jadi sebagai menunaikan janji, saya gagahkan diri untuk menyediakan Nasi Kak Wook sebagai hidangan tengahari keluarga saya walaupun saya sangat sibuk ketika ini.  

Sambal Nasi Kak Wook ini memang sedap dan secukup rasa. Tapi jangan lupa kepedasan cili adalah berbeza, jadi jika rasa terlebih pedas, tambahlah satu atau dua sudu gula lagi untuk seimbangkan rasa pedas dengan manis. Begitu juga garam, bolehlah tambah secukup rasa tekak masing masing. Di bawah ini adalah gambar selepas sehari disimpan di dalam peti ais.


Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Klik di SINI untuk resepi Gulai Ayam Nasi Kak Wook dan di SINI untuk Ayam Goreng Nasi Kak Wook untuk mengetahui rahsia dan teknik penyediaannya.  

Jangan lupa melihat video cara penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel. Kepada yang belum lagi follow Azie Kitchen Instagram, jom follow di @aziekitchen. Ramai yang menulis memberitahu mereka baru sahaja jumpa dengan IG Azie Kitchen sedangkan telah lama saya membuka akaun di IG untuk follower blog Azie Kitchen.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
15 tangkai cili kering - rebus & tos
10 tangkai cili merah 
Segenggam cili padi kampung hijau - 30 tangkai
6 biji asam limau kasturi - buang biji 
1 ibu jari belacan - bakar seketika
1 ulas bawang putih - bakar seketika
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula atau secukup rasa
1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa

Cara cara:
Hiris halus semua cili padi dan cili merah. Tujuannya supaya ianya mudah hancur. Cili kering guna yang jenis berkilat, bukan yang kerinting.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Cucuk belacan dengan menggunakan garfu dan bakar atas api seketika. Ulang yang sama untuk bakar cili putih pula. 

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Blender semua bahan di atas dengan menggunakan "pulse" sahaja. Jangan dikisar halus. Biar ada kasar kasar sedikit.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Akhir sekali, tuang ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit aji no moto, jika suka. Kacau sebati dan sesuaikan rasa. 

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. 

Nota:
Mesti ada lebih rasa manis. 

Boleh disediakan lebih awal kerana rasanya akan menjadi lebih sedap setelah semua cili telah terjeruk di dalam gula dan cuka. 


Paru Sambal Sedap

$
0
0
Paru Sambal Sedap Azie Kitchen

Alhamdulillah anakanda kami Muhamad Hafez telah selamat melangsungkan majlis pernikahan pada hari Sabtu 3 Mac 2018. Malam pertama dia tiada di rumah, saya tidak terasa apa apa dek kerana saya sendiri kepenatan dengan majlis dan tidak sihat. Selepas mengambil ubat, saya terus masuk tidur. 

Malam kedua dan ketiga saya mula terasa kehilangan sehingga saya tidak dapat mengawal diri dan menangis sehingga bengkak mata. Juita dari Manchester memujuk saya supaya redha kerana ianya pasti ditempuhi oleh setiap orang. Tambah sebak bila Hubby pun melahirkan rasa kesedihan setelah tiba tiba, tiada lagi kelibat Boy di rumah. Kami memerlukan masa untuk melalui semua ini. Agaknya itulah yang dirasa oleh ibubapa saya dahulu. 

Pada mata saya, arwah Bonda saya adalah seorang mertua yang baik. Beliau tidak pernah menetapkan menantu perempuan perlu pandai memasak dan harus memasak. Lebih lebih lagi jika menantu juga bekerja mencari rezeki. Jauh sekali untuk arwah Bonda saya mengumpat dan mengata menantu dalam mengatur rumahtangga. Arwah Bonda juga tidak pernah mencampuri urusan rumahtangga anak anak, lebih lebih lagi rumahtangga anak lelaki. Jauh sekali hendak mencampuri hal hal remeh seperti balik raya.

Ini adalah antara perkara yang wajib saya ikuti kerana saya sendiri tidak suka sesiapa menetapkan apa yang perlu saya dan Hubby lakukan. Insya Allah, semoga Boy dan Mia dipermudahkan dalam segala urusan dan hidup berbahagia sehingga ke jannah.

Paru Sambal Sedap Azie Kitchen

Sebelum masuk bab resepi, saya ingin kongsikan antara petikan kuliah Maghrib di Surau Ad Dhuha oleh Ustaz Mad Som yang mana kita perlu sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Topik yang saya sesuai dengan apa yang saya alami sekarang ini. Ujian yang saya hadapi terutama di dalam pekerjaan. 

Contoh yang ustaz beri ialah orang sakit perlu selalu bersangka baik dengan Allah Taala bahawa sakit yang dialami adalah kerana Allah ingin menghapuskan dosa kita. Sabda Allah, Aku mengikut sangkaan hambaKu pada Ku dan Aku sentiasa bersama HambaKu yang mengingati Ku. Antara cara mengingati Allah ialah dengan berzikir. Jadi jika kita berzikir beramai ramai, maka Allah akan berzikir dalam kumpulan lebih ramai. 

Allah akan perhatikan orang yang mengingatiNya dengan kasih sayang dan rahmat. Amalan yang paling meninggikan darjat kita, lebih baik dari sedekah emas dan perak dan lebih utama dari berjihad dan perang ialah dengan berzikir pada Allah. Lebih utama dari semuanya. 

Kepada orang yang sakit, jika kita boleh berbaik sangka dengan doktor yang datang merawat kita dengan membawa jarum dan lain alat perubatan, bukan intuk menyakiti tubuh badan kita, jadi kenapa kita tidak boleh berbaik sangka dengan Allah.

Untuk mendapat syurga kita perlu hidup di dunia terlebih dahulu. Apa yang berlaku pada kita di dunia ini adalah yang terbaik untuk kita mengikut pengetahuan dan ilmu Allah untuk kita. Berbaik sangka bahawa pasti Allah akan memberi yang terbaik sesuai untuk kita. Allah tidak menduga kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung. 

Bila diuji, kita perbanyakkan lah berzikir kerana hasil dari zikir ada buah dan natijahnya. Zikir dengan hadirnya hati. Bukan sekadar lisan di mulut. Zikir ada adabnya seperti dengan wudhu, mengadap kiblat, pasti kita akan rasa kemanisan dalam berzikir. Akan rasa tenang hati. Sehingga memandang kecil segala yang ada di dunia. 

Jom layan resepi mudah yang saya gunakan hari ini. Paru dimasak sambal memang kesukaan saya. Samada makan dengan nasi putih, lauk untuk lontong atau dimakan dengan mee hoon. Semua boleh dengan paru sambal ini. Bolehlah ubahsuai mengikut selera dan kesukaan masing masing.


Paru Sambal Sedap Azie Kitchen

Paru Goreng Sambal

Bahan rebus:
500 gram paru
1-2 inci halia - hiris kasar
Garam
1 batang serai - ketuk

Bahan Kisar Kasar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar

Bahan lain:
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar gula
Garam - jika perlu
1 keping asam keping
1/2 biji bawang besar Holand - hiris nipis
1 batang serai - ketuk

Cara cara:
Rebus paru dengan semua bahan diatas sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan. Setelah sejuk, hiris nipis nipis mengikut yang disukai.

Panaskan minyak yang agak banyak supaya tenggelam paru. Goreng dengan menggunakan api yang besar sehingga garing yang disukai. Angkat dan tos.

Paru Sambal Sedap Azie Kitchen

Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai sehingga garing dan terbit minyak.

Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa dan garam, jika perlu. 

Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu. Bolehlah ditutup api. 

Paru Sambal Sedap Azie Kitchen

Setelah sambal agak suam, baru dimasukkan paru yang telah digoreng tadi dan kacau rata. 

Paru Sambal Sedap Azie Kitchen

Tadaaa siaaap...

Paru Sambal Sedap Azie Kitchen



Viewing all 2129 articles
Browse latest View live