Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all 2128 articles
Browse latest View live

Jalan Jalan Cari Makan Di Muar

$
0
0
Asam Pedas Parit Jawa Di Muar

Telah bertahun tahun lamanya, saya mengajak Hubby untuk ke Muar. Ada beberapa perkara menarik yang ingin saya dapatkan di sana. Pertama agenda JJCM dan kedua nurseri. 

Kami bertolak seawal pukul 7 pagi dari rumah dan sampai di destinasi pertama kami pukul 9.30 pagi. Tempat pertama kami singgah ialah Restoran ZZ Satay Warisan di tengah tengah bandar Muar. Ianya disyorkan oleh jiran kami Dato Araffin yang memberitahu sate di sini sangat sedap. Kalau di Kelantan, sate dimakan semasa sarapan bersama nasi impit. Tapi di Muar, sate dimakan begitu sahaja sebagai hidangan sarapan.

Sate Di Restoran ZZ Satay Warisan Muar

Selain sate kami juga memesan mee rebus yang boleh tahan juga sedap nya. Kami agak lama juga di situ. Makan dengan steady. Tak mahu tergesa gesa. Alang alang menghabiskan masa 2 jam dalam perjalanan, ambik peluang untuk meregangkan pinggang juga. Lagi pun restoran agak selesa kerana ianya berhawa dingin. 

Mee Rebus Di Restoran ZZ Satay Warisan Muar

Orang agak ramai bersarapan di situ. Selepas dihidangkan, kita perlu mengira jumlah lidi sate sebelum ke kaunter untuk membuat bayaran. Saya memesan ketiga tiga jenis sate iaitu daging, ayam dan perut. Bersaiz kecil sahaja. Kami menghabiskan 40 cucuk kesemuanya. 

Selepas itu, kami menuju pula ke Parit Jawa untuk mencari asam pedas Muar yang sangat terkenal. Kami singgah di gerai Asam Pedas Pak Yahya yang saya lihat di dalam Instagram Syed Saddiq, calon Ahli Parlimen Muar. 

Asam Pedas Parit Jawa Di Muar

Ada dua jenis ikan sahaja iaitu ikan kembung dan ikan siakap. Harga untuk setengah ekor ikan siakap dengan set sayur, telur dadar dan ulam timun serta sambal hanyalah RM13. 

Asam Pedas Parit Jawa Di Muar

Wah sangat murah. Saiz ikannya besar dan sangat sangat segar. Memang berbaloi baloi. Saya memesan untuk dibawa balik 2 bahagian ekor. Asam Pedas Muar rasanya tidak sama dengan asam pedas di tempat lain. Ianya lebih cair tetapi sedap. 

Selepas itu, kami menghala balik ke Kuala Lumpur dan singgah semula di Restoran ZZ Satay Warisan untuk membeli mee rebus yang dipesan oleh Nana. 

Restoran ZZ Satay Warisan Muar

Dalam perjalanan balik kami singgah membeli murtabak Singapura di Restoran Murtabak JD Singapore yang katanya sama dengan murtabak yang terkenal di Singapura. 

Agenda terakhir sebelum balik ialah mencari benih anak pokok. Antara terapi pada saya ialah berada di nurseri. Melihat anak anak pokok buah buahan atau bunga bunga adalah seperti terapi minda buat saya. 

Saya membeli benih pokok durian Musang King, Durian Duri Hitam, Rambutan Gading, Rambutan Gula Batu dan Cempedak Madu. Harap harap kali ini ianya menjadi dan berhasil. Mudah mudahan.  Aameen. 


Selepas itu, kami terus balik ke rumah tidak sabar bertemu dengan anak anak. Alhamdulillah hati sangat gembira kerana berpeluang berjalan berduaan dengan Hubby sambil melakukan aktiviti yang saya sukai. 



Kari Ayam Cara Keluarga Saya

$
0
0
Kari Ayam Azie Kitchen

Bila badan terasa tidak sihat, selera makan jadi tidak menentu. Tiba tiba rasa ingin makan roti dengan dicicah kari ayam atau dipanggil juga gulai ayam. Walaupun ianya resepi berulang ulang tapi ianya adalah semata mata untuk melengkapkan pengisian entri dan penulisan saya pada hari ini. 

Teringin nak makan kari ayam cara masakan arwah Bonda dahulu. Kari ayam cara keluarga saya memang sangat simple. Sebetulnya arwah Bonda tidak pernah meletak daun kari dalam semua masakan kari. Pokok kari pun tak ada rasanya di rumah kami.

Mungkin anda tidak percaya kalau dikatakan, di rumah kami tidak pernah dimasak kari ikan. Tidak pernah sekali pun. Masakan kari hanya untuk ayam dan daging sahaja. Saya hanya makan kari ikan di rumah mertua sahaja. Ikan hanya akan dimasak gulai lemak selain digoreng atau dibuat ikan singgang. 

Kari Ayam Azie Kitchen

Lagi satu saya jarang meletak ubi kentang dalam kari kerana arwah Bonda pun tak pernah memasukkan ubi kentang. Pertamanya kerana kami tak pernah beli ubi kentang dan keduanya kerana itu, saya tak suka makan ubi kentang. Jadi kalau nak masukkan ubi kentang dalam masakan kari kerana orang lain memasukkannya, rasa macam membazir. 

Kalau dulu nak makan ayam kena sembelih ayam sendiri. Bukanlah saya yang sembelih tapi arwah bapa atau abang saya yang sembelih. Atau minta tolong jiran yang tolong. Rebus air sehingga mendidih, celurkan ayam ke dalam air mendidih. Cabut bulu ayam hingga licin. Ada ketika selepas dicabut bulu, perlu dilayur atau lalukan ayam atas api untuk membuang bulu ayam yang halus halus. 

Selepas itu, ditebuk bahagian dada dan perut untuk menyiangnya. Korek keluar isi perut ayam. Jangan buang kulit semua sekali. Kena ada sikit sikit. Hahaha dari nak share resepi kari ayam atau gulai ayam, dah termasuk pula cara memproses ayam kampung pulak. 

Jom layan resepi masakan kari cara saya masa dulu dulu. kalau di Kelantan, dipanggil sebagai gulai ayam. 


Kari Ayam Azie Kitchen

Kari Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam 
3 sudu besar rempah Kari Adabi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
1 kotak santan kotak
Garam
Gula Melaka/gula pasir
1 - 2 keping Asam keping
2 helai daun pandan - saya tambah

Cara cara:
Separuh bawang merah, bawang putih dan halia dihiris dan separuh lagi dikisar. 

Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan hiris dan bahan kisar sehingga wangi. 

Masukkan serbuk rempah kari dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga ianya terbit minyak. 

Masukkan ayam dan kacau rata dan biarkan sehingga air ayam kering dan bahan tumis pecah minyak sekali lagi. Ianya akan mengurangkan bau hanyir. 

Kari Ayam Azie Kitchen

Masukkan daun pandan. Yang ni saya tambah sendiri. Setelah terbit minyak masukkan air dan santan secukupnya. 

Setelah kuah hampir pecah minyak, masukkan  asam keping, garam, gula Melaka dan gula secukup rasa. 

Perlahankan api dan biarkan ianya mendidih sehingga kuah terbit minyak dan tiada lagi kelihatan berbuih. 

Kari Ayam Azie Kitchen

Kari Ayam Azie Kitchen

Bolehlah ditutup api dan dimakan dengan nasi putih panas panas. 



Masak Lemak Daging Salai Yang Sedap

$
0
0
Masak Lemak Daging Salai

Semalam beberapa orang rakan jemaah di surau menanyakan kenapa telah lama tidak nampak saya. Saya sungguh terharu kerana mereka sedar ketidakhadiran saya. Semoga persahabatan seperti ini berkekalan hingga ke jannah. Sejak saya tidak sihat dan bercuti sakit beberapa minggu, baru minggu ini saya mulai ke surau untuk mendengar kuliah zohor dan solat berjemaah. Semoga Allah terus menjemput saya untuk hadir ke majlis majlis taman syurga. Aameen. OK sekarang kita masuk bab masakan pula. 

Lauk masak lemak daging salai adalah antara lauk yang menjadi kegemaran saya. Saya mula belajar makan masakan nogori ini hanya setelah bekerja sahaja. Itu pun setelah bertanya tanya resepi dari kawan kawan sepejabat. Baru baru kawin, tengah bersemangat nak memasak untuk suami. Tapi tak nak lah masak masakan Kelantan sahaja. Itu yang rajin bertanya resepi dengan kawan kawan. 

Maklum lah masa tu, nak dapat resepi kena menanya dengan kawan kawan. Salin dan tulis di buku resepi. Resepi bersepah juga dalam majallah tapi bila dicuba, tak menjadi. Adakalanya resepi seperti tidak ditulis dengan lengkap. Jadi memang saya jarang menggunakan resepi di majalah bila memasak. Bukan macam sekarang, buka jer google, macam macam resepi ada. 

Masak Lemak Daging Salai

Saya beli daging salai secara online yang kemudiannya dihantar ke rumah. Daging salai ini lebih sedap kerana ada bahagian yang sedikit berlemak. Tak adalah semuanya daging semata. 

Sebetulnya, kuah masak lemak saya hari ini berwarna kuning lemak yang cantik. Tetapi entah kenapa, gambar hari ini tidak menunjukkan warna sebenar kuah masak lemak saya. Hmm tak kisah lah, yang penting ianya cukup lemak dan sangat sedap. 

Kalau nak lagi sedap, boleh masukkan belimbing buloh tapi saya tak ada stock. Saya juga suka rasa dan bau daun kunyit di dalam masak lemak. Pun saya tak ada stock daun kunyit. Jadi masak kosong kosong sahaja. Saya lebih suka kuah masak lemak yang sedikit pekat pekat. Baru lah rasanya lebih kick bila digaul dengan nasi putih panas panas. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya yang sangat mudah ini. Selamat mencuba...


Masak Lemak Daging Salai

Masak Lemak Daging Salai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/4 kg daging salai secukupnya
1 kotak santan kotak
Garam
1 keping asam keping

Bahan Kisar:
10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
Sedikit serbuk kunyit - untuk tambah warna 
2 ulas bawang merah

Cara cara:
Masak bahan kisar seketika agak agak cili masak. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. Masukkan air secukupnya untuk empukkan daging.

Masak Lemak Daging Salai

Setelah daging empuk dan air kering, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Kacau rata. Saya suka kuah yang agak pekat. Jika suka cair, lebihkan air. 

Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa. Selalu dikacau supaya kuah tidak pecah minyak. 

Nota:
Jika suka, boleh masukkan daun kunyit. Saya tak masuk kerana tiada stock.

Boleh juga dimasukkan belimbing buluh atau ubi kentang, semua ikut citarasa masing masing.


Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

$
0
0

Resepi Sambal Nasi Lemak Layan ini telah lama saya sediakan. Saya ada kongsikan video di Azie Kitchen youtube channel. Ramai yang komen menegur saya menggunakan terlalu banyak minyak. 

Bukan saya tidak boleh menerima teguran tetapi kalau seorang meninggalkan beberapa komen berbalas balas seolah sangat tidak berpuashati dengan apa yang saya telah lakukan, jadi jawapan saya mudah sahaja. Jika tak suka, tak perlulah tengok. Saya juga menpunyai hati dan perasaan, bila ditulis seolah saya sangat jahil tentang kesihatan dsb. Bukan bermakna saya hanya suka dipuji. Allah yang lebih Mengetahui yang saya juga tidak suka dipuji kerana kuatir akan menyebabkan niat asal saya tersasar. 

Saya bukan seorang Chef, sebaliknya hanya seorang blogger yang menpunyai minat mengumpul resepi dan mencuba resepi resepi. Itu pun sebagai wanita berkerjaya, saya tidak selalu berkesempatan untuk memasak. Jadi ada ketikanya terutama bila saya mencuba resepi orang lain, masakan saya tidak berapa menjadi. 

Memang tidak dinafikan untuk resepi sambal kali ini, saya mungkin telah menggunakan terlebih minyak. Memasak sambal mesti menggunakan minyak yang banyak agar sambal betul betul masak. Tetapi selepas ianya masak, minyak hendaklah diceduk keluar. Mungkin sebab mahu cepat, saya tidak menceduk minyak keluar. 

Inilah kali pertama saya memasak sambal nasi lemak dalam jumlah yang banyak. Hampir setengah periuk hasilnya. Resepi sambal nasi lemak ini saya pelajari dari Lisa tuanpunya Nasi Lemak Layan yang memang terkenal. 

Saya cuba mengikut sukatan bahan bahan dan step by step yang Lisa buat supaya hasilnya menjadi seperti nasi lemak layan. Saya mengikuti facebook live yang dibuat oleh Lisa secara berulang ulang sambil menulis sukatan bahannya. Hahaha Lisa menyebut nama saya dalam live tu. Terima kasih Lisa. 

Saya hanya membuat separuh dari sukatan bahan yang Lisa share. Maknanya sambal yang saya sediakan ini, boleh dijadikan hidangan untuk 25-30 orang. Saya saja buat lebih untuk disimpan dan boleh dijadikan lauk anak anak yang kebetulan ketika itu, semua ada di rumah.

Lisa sekarang dah tidak lagi berniaga nasi lemak. Sebaliknya menceburi perniagaan online. Jadi sama sama support Lisa dengan like page facebook beliau iaitu Queen of Mutiara Malaysia. Sama sama lah kita menyokong beliau.  

Walaupun saya menpunyai resepi yang biasa saya guna bila memasak sambal ikan bilis namun bila terlihat ada resepi yang dikatakan sedap, saya pasti ingin mencuba. Saya memang banyak mencuba dan mempelajari teknik penyediaan sambal nasi lemak. Sambal yang sedap mesti menpunyai bawang yang lebih dari cili, di samping itu mesti mempunyai rasa manis lebih dari rasa masam dan masin. 

Pemilihan cili kering juga penting untuk menghasilkan sambal yang merah cantik. Pilih cili kering yang elok, yang merah berkilat seperti gambar di bawah ini. Bukan yang merah besar dan bukan yang kerinting. Bahagian yang berwarna kuning atau yang rosak, perlu dibuang. 



Selain itu, untuk menambah rasa lemak pada masakan, ialah menggunakan gula Melaka atau pun gula perang. Bukan sahaja rasanya yang berbeza, rupa dan hasil nasi lemak juga berbeza. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini berdasarkan sukatan bahan yang dikongsikan oleh Lisa. Insya Allah di entri akan datang, saya akan kongsikan resepi nasi lemak dan sambal nasi lemak Manggis pula....



Sambal Nasi Lemak 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram ikan bilis
1 kg minyak masak - guna separuh dan ditambah sedikit sedikit
160 gram cili kering - rebus dan kisar
1-2 keping gula Melaka 
Gula secukupnya 
Garam 
2 keping asam keping - atau secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis 
Sedikit aji no moto - jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland - hiris

Bahan kisar:
1 kg bawang merah
100 gram/15 ulas bawang putih - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi. Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya ianya perisa dan sebati. 

Boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih sebati dan lagi power. Masukkan daun pandan. 



Masukkan cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat. 

Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga ianya benar benar masak.  

Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi. 



Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa. 



Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa apa rasa yang kurang. 



Nota:
Sambal dimasak semalaman lebih awal, lagi sedap. 

Selepas diangkat, bolehlah disendukkan keluar minyak yang berlebihan dalam sambal.


Pulut Durian Musang King dan Hari Penamaan Calon PRU14

$
0
0
Pulut Durian Musang King

Hari ini adalah hari penamaan calon bagi PRU14. Tahniah kepada sahabat kami Dato Ir Wan Nazari Wan Jusoh yang akan bertanding Parlimen Besut. Kami memanggil beliau dengan panggilan Tok Wan. Kami memang kenal sejak di universiti lagi. 

Apa yang saya boleh katakan, Tok Wan dari dulu dulu memang menpunyai ciri ciri seorang wakil rakyat. Beliau sangat mengambil berat hal ehwal kawan kawan atau saudara mara atau sahabat handai atau sesiapa sahaja. Setiap kali kami turun ke Terengganu pasti dia akan datang bertemu dan membawa kami makan walau macam mana sibuk pun beliau ketika itu. 

Orangnya juga sangat tinggi budi pekertinya dan sangat menghormati orang lain. Kalau orang Kelantan atau Terengganu panggil orang seperti Tok Wan ialah cakna, iaitu selalu ambil berat. Tahniah buat Tok Wan. Semoga orang orang Besut akan mengundi sahabat saya ini. OK sekarang kita bercerita pasal pulut kukus dan durian musang king pula.

Entri hari ini adalah entri tertunggak. Hahaha entri pun ada tertunggak tau. Sehari sebelum saya menyediakan pulut durian ini, Hubby dapat jemputan dari Tok Wan dan Dato Mohd Alias untuk makan durian di Kelana Jaya. Sebaik sampai di sana, Haji Kamaruddin juga ada sekali. 

Dato Alias belanja kami semua makan bermacam baka durian selain Musang King yang semuanya best belaka. Kami makan sehingga dah tak boleh nak makan lagi. Maklum durian, bila dimakan terlalu banyak, akan jadi muak. 

Bila dah kekenyangan, masing masing menolak untuk menghabiskan baki durian. Jadi saya minta supaya dibungkus untuk saya membawa balik. Saya suka makan durian satu atau dua ulas sahaja setiap hari. Kalau makan setiap hari pun, tak pernah rasa jemu. Begitulah gemarnya saya pada raja segala buah ini. 

Pulut Durian Musang King

Teringat masa kecil kecil dulu, bukan boleh selalu makan durian. Jika dapat makan durian pun, perlu makan dengan pulut. Tidak boleh makan begitu sahaja. 

Setahun sekali orang kampung akan mengadakan acara makan durian beramai ramai selepas bergotong royong membersihkan kubur.  Masing masing akan membawa durian untuk dimakan beramai ramai. ketika itu, dapat lah makan bermewah mewah sedikit. 

Durian ketika itu, bukan senang nak dapat yang sedap atau menpunyai isi tebal. Durian kampung yang ada ketika bila bernasib baik dapatlah durian yang isinya sedap dan tebal. Bukan seperti sekarang bermacam macam jenis durian yang semuanya sedap sedap isinya. 

OK meh kita citer bab pulut durian pulak. Oleh kerana ada sebekas durian yang dibawa balik, saya  menyediakan pulut kukus untuk dimakan dengan durian Musang King. Itu pun selepas melihat dalam peti sejuk, ada stock beras pulut susu. 

Ada pelbagai cara mengukus pulut. Ada yang dikukus kering seperti yang saya gunakan hari ini. Boleh klik di SINI. Ada yang meletak beras pulut dalam loyang atau bekas yang diisi santan separas pulut di dalamnya. 

Bekas tersebut dimasukkan dalam periuk pengukus dan dikukus sehingga masak seperti mana kita membuat pulut sekaya atau pulut serimuka. Bezanya kalau pulut biasa, tak perlu kukus dengan santan. Boleh klik di SINI. Jom layan cara saya menyediakan pulut kukus. 

Pulut Durian Musang King

Pulut Kukus 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Pulut
Daun pandan - opsyenal
Santan
Garam

Cara cara:
Basuh dan rendam beras pulut. Oleh kerana saya guna beras pulut susu, tak perlu rendam lama sangat. 

Panaskan periuk pengukus sehingga mendidih. Susun daun pandan dan letak beras pulut. Buat seperti lubang lubang untuk masak sekata. Kukus. 

Bila beras pulut tidak lagi berwarna putih, angkat dan letak dalam bekas besar. 

Satukan santan dan garam dan tuang ke atas pulut dan dikacau rata rata sehingga kelihatan pulutnya elok lembut. Nota: kalau tak nak letak santan pun tak mengapa. Cuma letak air dan sedikit garam. 

Masukkan semula pulut dalam periuk pengukus dan kukus lagi sekali. 

Bila sempurna masak, bolehlah angkat dan sedia untuk dinikmati. Sedap dinakan dengan pulut durian atau dimakan begitu sahaja dengan ikan kering dan kelapa parut. 



Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

$
0
0
Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Setiap kali bulan Ramadhan, saya memang akan mengurangkan aktiviti dan masa di dapur. Bukan bermakna saya tidak memasak tapi saya lebih fokus kepada masakan yang simple dan mudah disediakan. 

Masakan untuk dihidangkan waktu bersahur adalah sesuatu yang agak memeningkan kepala para wanita terutama ibu ibu. Hubby dan anak anak saya memang tidak makan nasi berlauk pauk masa bersahur. Paling paling pun makan nasi putih dengan ayam goreng dan berkuah kicap sahaja. 

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Di kebanyakan masa, saya hanya menyediakan nasi goreng. Nasi goreng adalah kegemaran keluarga saya untuk bersahur. Saya cuma akan pelbagaikan menu nasi goreng agar tidak menjemukan. Nasi goreng kampung, nasi goreng Cina, nasi goreng sardin dsb. 

Kalau anda pernah baca entri sebelum ini, pasti anda akan tahu yang saya banyak menggunakan perencah nasi goreng Seri Aji untuk menyediakan hidangan sahur kerana ianya sangat mudah dan cepat disediakan sebab ia lengkap dengan bahan bahanasli seperti ikan bilis, cili padi, belacan dan penambah perisa yang diperlukan. 

Pendek kata jika kami terlewat bangun pun, masih sempat menyediakan nasi goreng dengan perencah nasi goreng Seri Aji. Pernah sekali terlewat bangun, Hubby hanya memecahkan telur ke dalam kuali, lalu dimasukkan nasi dan perencah nasi goreng. Pun rasanya sangat sedap. 

Tetapi sebaik mungkin saya akan memasukkan sayuran, ayam, telur, ikan bilis bagi memastikan famili mendapat khasiat pemakanan seimbang yang diperlukan oleh badan untuk menjalani ibadah puasa keesokannya. 

Jom kita layan resepi nasi Goreng Kampung yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa menonton video penyediaannya di Instagram Azie Kitchen dan video berdurasi lebih panjang di Azie Kitchen youtube channel. 


Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Nasi Goreng Kampung Asli
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ cawan Minyak Masak
30 g Ikan Bilis
200 g Isi Ayam, dipotong kecil
100 g Sayur Kangkung, dipotong 3cm
2 biji Telur
3 ½ cawan / 550 g Nasi Putih
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan keemasan. Diketepikan.

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

3. Dengan menggunakan minyak yang sama, gorengkan ayam, sayur kangkung dan telur.

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

4. Tambahkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung.

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

5. Taburkan ikan bilis yang digoreng tadi. 

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

6. Gorengkan hingga sekata. Hidangkan ketika masih panas panas. 

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Tips: 
Nasi yang sejuk dapat menghasilkan nasi goreng yang lebih sekata

Selain nasi sejuk, nasi yang dimasakkan dengan air yang sedikit dari biasa juga dapat menghasilkan nasi goreng yang sekata.

Kepada follower blog Azie Kitchen, jangan lupa untuk sertai Peraduan Beli & Menang SERI-AJI® untuk memenangi set alatan memasak, set pinggan mangkuk dan banyak lagi yang bernilai RM10,000!  Macam mana nak sertai? Sangat mudah. 

Anda hanya perlu melakukan perkara berikut:
1. Beli SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng bernilai RM2 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.
2. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian. 
3. Tempoh peraduan adalah 18 April sehingga 17 Jun 2018. 

4.Layari link di SINI, isikan borang dan muat naik gambar tersebut.


Masak Lemak Udang Dengan Nenas Yang Wajib Dicuba

$
0
0
Udang Masak Lemak Dengan Nenas

Meh sebelum kita masuk bab Masak Lemak Udang dengan nenas, kita citer citer bab udang. Percaya tak kalau saya katakan saya tak pernah makan udang laut ketika zaman saya di kampung. Saya dibesarkan di kampung dan mula berhijrah ke bandar sebaik menjejakkan kaki di universiti. terus bekerja dan kawin dan menetap di bandar. 

Ini adalah lauk kategori kereta porsche buat saya. Sejak sejak saya boleh mengimbau masa zaman kanak kanak, kami hanya makan udang sungai yang ditangkap sendiri oleh arwah bapa dengan menggunakan bubu yang diletak umpan isi kelapa yang dibakar. Bubu tersebut kemudian ditambat pada batang pokok nipah. Kessokannya, baru kita mengangkat bubu. 

Arwah bapa akan membawa saya untuk memegang dahan nipah ketika dia mengangkat bubu supaya perahu tidak dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Sungai yang terletak di belakang rumah lama kami tersebut sangat dalam dan arusnya sangat kuah. Saya memang takut dan ngeri tapi tiada pilihan kerana terpaksa juga mengikut demi membantu ibubapa mencari rezeki. Sumpah jika kini disuruh saya naik perahu di sungai yang sama, hatta diletak RM100 ribu sekali pun, tidak mungkin saya mahu. 

Udang yang dapat ada kalanya udang kecil dan udang galah yang sangat besar. Bila hasil tangkapan banyak, kami menjual udang tersebut sebagai sumber pendapatan. Daaan saya jugalah yang ditugas untuk menjual udang sekeliling kampung. Saya selalu menangis kerana tak mahu menjual udang. Saya terasa sangat malu. 

Jadi ada ketikanya saya akan melarikan diri bersembunyi atau berpura pura sakit. Tapi ibubapa saya dah masak dengan perangai saya. Bila agak agak, dah tengahari, saya pun keluar dari tempat persembunyian. 

Aduhaai rupanya udang belum dijual kerana mereka tetap menunggu saya balik. Kalau ada yang menawar, saya akan cepat cepat bagi kerana mahu cepat habis dan balik ke rumah. Ianya berhenti selepas kami berpindah ke kampung lain, apabila tanah kami diambil oleh kerajaan untuk tapak pembinaan universiti.

Jadi itulah sebabnya saya tidak pernah merasa makan udang sungai. Setelah berkahwin, Hubby pula suka makan sambal tumis udang. Jadi ketika itulah baru merasa makan udang laut. Kini setelah berduit dan mampu untuk makan apa sahaja, badan pula mendapat allergik dan tidak dapat makan makanan laut. Apa apa kena redha kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi. 

Udang Masak Lemak Dengan Nenas

Masak Lemak udang dengan nenas kali ini sangat berbeza dengan cara saya memasak lemak sebelum sebelumnya. Apa yang istimewa dengan resepi ini ialah bahan bahan yang dikisar menggunakan bawang putih, bukan bawang merah. 

Ini adalah cara yang diajar sahabat surau saya iaitu Rose yang memang pandai memasak. Dua tahun lalu, beliau ditugaskan memasak juadah berbuka puasa di surau bersama beberapa orang jemaah lagi. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Anda harus mencuba untuk mengetahui kelainan rasanya bila menggunakan bawang putih. 

Udang Masak Lemak Dengan Nenas

Masak Lemak Udang dengan Nenas
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1/2 kg udang 
1/2 biji nenas
1 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk perasa
Garam - jika perlu
Gula - jika perlu
2 plastik kecil santan - boleh guna 1 kotak santan kotak
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit

Cara cara:
Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih. Masak bahan kisar dengan sedikit air sehingga mendidih. 

Kemudian dituangkan santan dan masukkan daun kunyit dan serai sehingga mendidih dengan api perlahan sambal terus dikacau.

Setelah santan mendidih, masukkan nenas dan masak seketika sebelum dimasukkan udang. Masukkan serbuk perasa dan gula. 

Udang Masak Lemak Dengan Nenas

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sedap dimakan dengan nasi putih panas panas. Selamat mencuba...




Kerepek Pisang Tanduk

$
0
0

Insya Allah esok saya dan suami akan bertolak balik ke kampung halaman saya di Kelantan untuk mengundi dalam PRU14 untuk menentukan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri yang akan memerintah. Sama sama lah kita keluar mengundi beramai ramai pada 9 Mei 2018 dan mengundi dengan bijaksana selepas membuat timbang tara demi masa depan negara serta anak cucu cicit kita. Selamat balik mengundi semua. 

Semasa ke Melaka  dua bulan lepas, saya sempat singgah di rumah sahabat baik kami Kamalullail dan Ita. Sebelum balik mereka membekalkan kami dengan sesikat pisang tanduk sulung yang baru berbuah. 


Bila balik di rumah, saya memberitahu bila dah masak, nanti nak simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Tanpa pengetahuan saya, Hubby dah simpan dalam peti sebelum ianya masak. Jadi merajuk lah pisang tu. 

Jadi mahu tak mahu terpaksa lah membuat kerepek pisang. Inilah pertama kali saya membuat kerepek pisang. Sebelum ini memang langsung tak pernah tengok macam mana kerepek pisang dibuat. 

Saya belajar dengan melihat cara cara Lana Nordin menyediakan kerepek pisang di IG beliau. Seronoklah pulak bila dapat menyediakan sendiri. Sambil menggoreng, sambil meratah. Hihihi memang sedap dimakan ketika panas panas. Rangup krup krap krup krap. Laju jer masuk mulut lepas satu satu. Kerepek pisang tanduk sangat mahal tau. Fikir berkali kali sebelum beli. Akhirnya langsung tak beli kerana harganya yang mahal. Aduh sekarang ni semua pun mahal. Huhuhu

Jom layan cara penyediaan kerepek cara saya. Jangan lupa layan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana ianya disediakan. Selamat mencuba sendiri di rumah. 



Kerepek Pisang 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 biji pisang tanduk 
Minyak masak
Sedikit garam

Cara cara:
Kupas kulit pisang. Dan lap kering. 


Panaskan minyak sehingga betul betul panas. Sagat pisang terus ke dalam kuali. Kacau rata sehingga kuning keemasan dan garing. 



Angkat dan tos. Tabur sedikit garam, jika suka. 


Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 





Gulai Kerutuk Itik Serati Yang Sedap

$
0
0

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memenangi PRU14 sehingga dapat membentuk kerajaan persekutuan. Ianya mencatat satu sejarah negara kerana Tun Dr Mahathir sekali lagi diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke7. 

Walaupun suasana sebelum angkat sumpah agak mencemaskan kerana berlaku kelewatan untuk mengadap yang Di Pertuan Agong, namun akhirnya Tun M berjaya mengadap di istana pada pukul 5.00 petang. Setelah menunggu berjam jam, diberitahu pula ditangguh ke pukul 9.30 malam. Sangat sedih memikirkan Tun M berada dalam keadaan itu kerana dia sudah tua. Dah lah dia tak berehat sejak parlimen dibubar kerana berkempen dari negeri ke negeri. 

Suasana berkempen dan pilihanraya kali ini agak tegang. Saluran media social adalah saluran utama kempen bagi rakyat yang menyokong Pakatan Harapan disebabkan kekangan media utama oleh kerajaan Barisan Nasional. Rakyat memboikot TV3 disebabkan lapuran yang terlalu berpihak kepada kerajaan yang memerintah. 

Dalam proses berkempen terutama dalam group group WhatsApp termasuk WhatsApp surau juga menyebabkan berlakunya berbalas balas komen yang ada kalanya boleh menyinggung perasaan puak lawan. Masing masing akan berkongsi berita yang menyokong parti yang disokong. 

Dan yang paling panas dan sentiasa menjadi sasaran komen adalah parti PAS yang bergerak secara sendirian kerana hanya berhasrat untuk menjadi King Maker, bukan untuk membentuk kerajaan persekutuan. OK sekarang kita masuk bab resepi pula.



Siapa antara kita yang tidak kenal dengan itik serati. Itik serati badannya lebih besar dan panjang dari itik biasa dengan kulit yang lebih berwarna cantik di bahagian kepala dan leher. 


Kebiasaannya itik serati akan dimasak kerutuk untuk mengelakkan ianya berbau. Gulai kerutuk yang akan kaya berempah menjadikan lauk itik ini lebih sedap dan mengelakkan ianya dari berbau.   

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana kakak saya menyediakan kerutuk yang simple tetapi sangat sedap. Simple kerana kakak saya hanya akan mengisar semua bawang dan halia. Tidak langsung dihiris. 

Untuk mengelakkan ianya berbau, maka selepas dimasukkan rempah kerutuk, terus masukkan itik dan sedikit santan. Tak perlu ditumis rempah sehingga pecah minyak. Teknik dan cara masakan adalah penting untuk menghasilkan masakan yang sedap. 

Jom layan cara kakak saya menyediakan kerutuk Itik Serati. Boleh juga kita gantikan dengan daging atau ayam. Cuma kalau masak itik kena dimasak dalam jangkamasa lama kerana memakan masa untuk empuk. 



Kerutuk Itik Serati 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor itik serati
6 sudu besar rempah kerutuk
2 biji kelapa - santan 
Asam keping 
Garam 
Gula 
Gula Melaka 
2 sudu besar kerisik - yang dibuat sendiri

Bahan kisar:
8 -10 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 

Cara cara:
Tumis bawang bahan kisar seketika. Masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan itik dan sedikit santan. Nota: tak perlu tunggu rempah kari garing dsb.

Masak sehingga santan kering dan terbit minyak. Ianya dimasak dengan api perlahan bagi memastikan itik akan empuk ketika ini.  

Selepas itik empuk dan bahan tumis terbit minyak, masukkan baki santan. Masak sehingga kuah mendidih. Masukkan garam, gula dan asam keping secukupnya. 

Setelah kuah naik minyak, baru masukkan kerisik. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng atau ikan kering.

Nota:
Kuah kerutuk mesti menpunyai rasa manis lebih dari masin dan masam.


Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma Yang Sedap

$
0
0
Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma

Jika sebelum ini, saya kongsikan resepi nasi goreng Kampung menggunakan perencah SERI-AJI® di SINI, kali ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi nasi goreng yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Ianya adalah nasi goreng Cina. 

Yang paling saya suka ialah kerana menyediakannya sangat mudah dan cepat dengan menggunakan perencah nasi goreng SERI-AJI®. Tak perlu berminyak minyak tangan. Semudah ABC sahaja. Dengan SERI-AJI®, sesiapa pun boleh menyediakan nasi goreng yang sedap dengan cepat sekali. 

Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma

Cuma kali ini, saya membuat sedikit perubahan dengan menggunakan buah kurma yang kaya dengan serat akan memberi tenaga sepanjang hari kita berpuasa. Ianya adalah pembaharuan bagi menggalakan anak anak makan buah kurma. Rasa buah kurma yang manis manis dan lemak akan membangkitkan selera makan kita. 

Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Juga jangan lupa untuk melihat video di Instagram Azie Kitchen dan video berdurasi lebih panjang di Azie Kitchen youtube channel. 


Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma

Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma
Oleh: Azie Kitchen
Cadangan hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan:
3 sudu besar Minyak Masak
200 g Isi Ayam, dipotong kecil
50 g Kacang pis
50 g Lobak Merah, dipotong dadu
2 biji Telur
3 ½ cawan / 550g Nasi Putih
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina 26g
5 biji Kurma, di potong dadu

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ayam sehingga separuh masak.
3. Masukkan sayuran dan telur. Kacau goreng sehingga telur masak.

Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma

4. Tambahkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina® 26g. Kacau hingga sekata.

Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma

5. Tambahkan kurma dan kacau sekata. Hidangkan ketika panas.

Nasi Goreng Cina Dengan Buah Kurma


Kepada follower blog Azie Kitchen, jangan lupa untuk sertai Peraduan Beli & Menang SERI-AJI® untuk memenangi set alatan memasak, set pinggan mangkuk dan banyak lagi yang bernilai RM10,000!  Macam mana nak sertai? Sangat mudah. 

Anda hanya perlu melakukan perkara berikut:
1. Beli SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng bernilai RM2 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.
2. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian. 
3. Tempoh peraduan adalah 18 April sehingga 17 Jun 2018. 
4. Layari lama web dengan klik di SINI, isikan borang dan muat naik gambar tersebut.



Roti Mentega Kaya Telur Yang Sangat Mudah dan Sedap

$
0
0
Roti Mentega Kaya Telur Yang Sangat Mudah dan Sedap

Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. 

Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan, jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.

Menjadi kebiasaan untuk keluarga saya, selepas berbuka dengan buah kurma dan air minuman, kami akan makan kuih muih manis sebelum makan nasi dan lauk pauk. 

Kuih muih ini mesti lah sesuatu yang simple. Kalau saya sendiri mesti lah kuih yang tidak pedas, tidak berempah. Cukup sekadar sekeping roti atau kuih muih yang berkuah. 

Roti Mentega Kaya Telur Yang Sangat Mudah dan Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan cadangan kuih yang mudah dan cepat disediakan untuk berbuka. Ianya adalah Roti Mentega Kaya Telur yang sangat mudah dan memang kegemaran saya. 

Dan yang penting, ianya mampu memberi semula tenaga yang diperlukan selepas seharian berpuasa. Selain waktu berbuka, ianya sangat sesuai untuk hidangan bersahur kerana keluarga saya hanya bersahur dengan makanan simple sahaja. 

Roti Kaya Telur ini sangat sedap digandingkan dengan minuman Susu Soya Yeo’s yang merupakan antara minuman kegemaran anak anak kami. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Dengan hanya beberapa langkah mudah, ianya cepat terhidang. Jangan lupa menonton video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba. 


Roti Mentega Kaya Telur Yang Sangat Mudah dan Sedap

Roti Mentega Kaya Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
4 keping roti Gardenia
2 biji telur
Seri Kaya Yeo’s secukupnya - lagi banyak lagi sedap 
Sedikit mentega  
Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara:
Lenser mentega pada sebelah permukaan roti. Kemudian sapukan pula kaya pada sebelah permukaan roti yang kedua.  

Letak roti yang disapu kaya pada roti yang disapu mentega. 

Roti Mentega Kaya Telur Yang Sangat Mudah dan Sedap

Pecahkan telur dan pukul sedikit dengan menggunakan garfu. Tuang ke dalam bekas leper. 

Celupkan roti tadi ke dalam telur sehingga ianya menyerap telur dan terbalikkan ke permukaan satu lagi. 

Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. 

Letakkan roti yang telah dicelup telur. Masak dengan api sederhana sehingga ianya berwarna keperangan. Terbalikkan dan masak permukaan satu lagi. 

Roti Mentega Kaya Telur Yang Sangat Mudah dan Sedap

Setelah masak, angkat dan toskan atas tisu dapur. 

Bolehlah dipotong dua secara menyerong dan sedia untuk dihidangkan. 

Roti Mentega Kaya Telur Yang Sangat Mudah dan Sedap


Mee Bandung Mudah dan Sangat Sedap

$
0
0
Mee Bandung Mudah dan Sangat Sedap

Alhamdulillah. Hari ini hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Tanamkan azam untuk meraih sebanyaknya peluang melakukan ibadah bagi mendapat tawaran pahala berganda yang Allah tawarkan. 

Juga mungkin berazam untuk berjimat cermat dengan menyediakan sendiri juadah berbuka dengan menggunakan menu yang simple. OK meh kita citer citer pasal resepi yang simple untuk disediakan di bulan Ramadhan ini. Kali ini mengenai mee bandung. 

Waah tak sangka saya berjaya menyediakan Mee Bandung yang sedap dan cepat dengan menggunakan Perencah Mee Bandung Adabi. Saya menpunyai resepi mee bandung yang saya pelajari dari seorang kawan yang memang keluarganya berniaga mee bandung yang terkenal di Muar. Tetapi bila melihat prosesnya yang agak remeh, jadi sehingga sekarang ianya belum menjadi kenyataan. 

Mee Bandung Mudah dan Sangat Sedap

Memang sangat mudah, semudah ABC dan pastinya cepat. Pendek kata kalau ada tetamu, boleh lah masak dan hidangkan pada tetamu tanpa perlu lama lama di dapur. Kita tidak akan rasa segan kerana rasanya yang sedap seolah kita menyediakan sendiri perencahnya di rumah. Sedap hingga saya menghirup kuahnya. Dah secukup rasa, tak perlu tambah apa apa perasa lagi. 

Di bulan Ramadhan ini, jika sekali sekala ingin mengubah selera, terasa hendak makan mee, bolehlah cuba memasak mee Bandung menggunakan perencah mee Bandung Adabi. Boleh guna kreativiti sendiri samada hendak menggunakan sayur apa yang digemari, juga samada hendak menggunakan udang atau daging atau ayam. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Ramadhan ini, kita pakat pakat berjimat dengan menyediakan sendiri hidangan di rumah. Satu hidangan yang saya sediakan hari ini, boleh dimakan oleh 5 orang. Jangan lupa menonton video di Instagram Azie Kitchen dan juga Azie Kitchen youtube channel. 

Mee Bandung Mudah dan Sangat Sedap

Mee Bandung Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 peket 40 gram perencah Mee Bandung Adabi
1200 ml air - 9 cawan air
10-15 ekor udang 
1 ikat sayur Bok Choy
3 biji telur 
1 paket 450 gm mee kuning - cuci dan toskan

Bahan Lain:
1 tangkai cili hijau - hiris halus
2 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang - hiris halus
Bawang goreng - opsyenal

Cara cara:
Masak air, udang dan perencah Mee Bandung Adabi ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih. 

Mee Bandung Mudah dan Sangat Sedap

Masukkan batang sayur Bok Choy dan telur. Biarkan telur masak dan sedikit mengeras. 

Akhir sekali masukkan mee kuning dan daun Bok Choy. Kacau selama 1-2 minit sahaja. Tutup api.

Mee Bandung Mudah dan Sangat Sedap

Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang, cili hijau, limau kasturi dan telur rebus. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Mee Bandung Mudah dan Sangat Sedap

Nota:
Sedap juga menggunakan daging rebus yang dihiris halus dan air rebusan daging. 

Hati Goreng Kicap Berempah Sedap

$
0
0

Hati Goreng Kicap Berempah Sedap

Seperti Ramadhan yang lepas lepas, saya memilih untuk berbuka puasa di surau berdekatan rumah saya. Ianya membolehkan saya solat Maghrib berjemaah dan mengaji antara solat Maghrib dan Isyak tanpa perlu tergesa gesa. 

Kita mesti lah berebut rebut untuk memperbanyakkan amalan di bulan yang penuh dengan pesta ibadah ini. Kita tidak pasti, jika kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. Seperti yang disebut dalam Hadis di mana sahabat mendengar Rasulullah ketika menaiki tangga mimbar menyebut Aameen sebanyak 3 kali di setiap mimbar pertama, kedua dan ketiga. 

Setelah ditanya oleh sahabat, baginda bersabda Malaikat Jibril berkata, celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan yang penuh barakah, tetapi tidak memperolehi keampunan. Lalu baginda menyebut Aameen. Jadi kita tidak mahu menjadi orang yang rugi. Kena berusaha mencari keampunan Allah kerana syurga adalah tempat untuk orang yang tidak menpunyai dosa atau yang dosa telah diampunkan. Perbanyakkan membaca doa Allahumma innaka ‘afiwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni, beristighfar dan lain lain zikir. 

Namun begitu, saya tetap memasak dan menyediakan satu dua hidangan untuk Hubby dan anak menantu berbuka di rumah bila menpunyai kelapangan masa. 


Hati Goreng Kicap Berempah Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang sedap dihidangkan sebagai juadah berbuka atau bersahur. Kalau saya, nasi putih hanya digaul dengan lauk ini sudah memadai. Tak perlu kuah lagi kerana saya makan nasi yang agak kering. Jika berkuah pun, hanya sedikit sahaja kuah. 


Resepi Hati Lembu yang telah dikongsikan di blog Azie Kitchen setakat ini ialah resepi Hati Lembu Masak Kicap Hidangan Lauk Pengantin di SINI,  Hati Goreng Garam Kunyit di SINI dan Hati Goreng Lembap di SINI. Untuk resepi berempah, boleh juga digantikan rempah ketumbar, jintan manis dan jintan putih dengan serbuk kari daging. 

Saya guna cili merah kerana tiada stock cili capsicum atau cili Benggala. Kala boleh guna warna merah hijau dan kuning bagi menambah warna pada masakan kita. 

Jom layan resepi mudah yang saya olahkan di bawah ini. Jangan lupa menonton videa di youtube Azie Kitchen channel untuk video berdurasi lebih panjang.


Hati Goreng Kicap Berempah Sedap

Hati Goreng Kicap Berempah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram hati lembu - potong sederhana tebal
1 inci kunyit hidup + serbuk kunyit
4 sudu besar kicap manis
1/2 keping asam keping
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk perasa Cukup Rasa
Garam - jika perlu

Bahan Rempah:
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar jintan manis

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Hiris:
1 biji bawang besar Holland 
1/2 biji cili capsicum merah - dihiris memanjang

1/2 biji cili capsicum hijau - dihiris memanjang

Cara Cara:
Hati dilumur dengan sedikit garam dan kunyit hidup yang ditumbuk. Taburkan sedikit serbuk kunyit dan serbuk perasa Cukup Rasa. Biarkan seketika. 

Bahan rempah disangai tanpa minyak dan ditumbuk halus. Boleh juga menggunakan rempah serbuk. 

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng  dengan api sederhana sehingga agak agak hati masak sahaja. Angkat dan toskan. 


Hati Goreng Kicap Berempah Sedap

Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan bahan rempah dan tumis lagi sehingga pecah minyak.


Hati Goreng Kicap Berempah Sedap

Masukkan kicap, asam keping dan sedikit sos tiram. Kacau rata. Boleh masukkan sedikit air, jika suka berkuah.


Hati Goreng Kicap Berempah Sedap

Masukkan hati yang telah digoreng tadi dengan bawang besar dan cili hiris. 


Hati Goreng Kicap Berempah Sedap


Masukkan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Masukkan gula dan garam jika perlu kerana kicap manis telah ada rasa manis.

Nota:
Gaul hati lembu yang telah dihiris dengan sedikit tepung gandum bersama sedikit air. Perap dalam 15 minit dan basuh bersih. Toskan. Ini petua untuk menghilangkan bau hanyir hati lembu.

Hati hendaklah dimasak dengan api sederhana. Biasanya hati lembu yang dimasak dengan api yang besar/kuat akan jadi keras. Masak sekadar hati masak sahaja. Kalau terlebih garing, hati akan jadi liat.

Resepi ini boleh juga digantikan hati dengan daging.



Ikan Bakar Sedap Dengan Perencah Ikan Bakar Adabi

$
0
0
Ikan Bakar Sedap Dengan Perencah Ikan Bakar Adabi

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi yang mudah dan cepat disediakan untuk hidangan berbuka puasa di bulan Ramadhan. Ianya adalah resepi ikan bakar. Di bulan yang mulia ini, tak mahu lama lama di dapur. Rugi. Inilah masanya meraih sebanyaknya tawaran berganda yang Allah janjikan. 

Tapi tidak bermakna kita tidak perlu memasak. Kerana para isteri dan ibu ibu yang memasak untuk famili juga mendapat pahala yang besar iaitu mendapat pahala puasa famili kita tanpa mengurangkan pahala mereka. 

Ikan Bakar Sedap Dengan Perencah Ikan Bakar Adabi

Bulan Ramadhan ni kalau beli ikan bakar di Bazar Ramadhan, memang mahal. Jadi kalau nak berjimat kita pakat sediakan sendiri. 

Ikan bakar menggunakan perencah ikan bakar Adabi ini, memang sangat memudahkan kerja. Cuma siang bersih ikan dan lumur dengan prencah ikan bakar Adabi dan bakar. Sekejap dah siap. Bakar guna kuali ajaib jer. 

Jika ada, boleh letakkan sedikit daun limau purut yang dihiris. Jika suka, boleh balut dengan daun pisang dan bakar. Atau jika tak ada, balut dengan aluminium foil. Semua pun boleh. Pandai pandai jer guna apa yang ada di rumah. 

Oleh kerana ikan bakar ini telah pun berempah, jadi boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kicap yang dhiris cili sahaja. Itu cadangan jika tak sempat menyediakan air asam pencicah.

Tadaaa memang sedap, uoll. Beli banyak banyak buat stock untuk bulan Ramadhan ni. Ikan ikut suka lah samada nak guna ikan siakap ke, ikan kembung atau ikan pari. Kalau ikan segar, semua pun sedap. 

Cara menyediakan sambal kicap pula sangat mudah. Hahaha potong jer cili padi dan letaklah kicap pekat, kicap lemak manis. Campurkan jer semuanya. Selamat berbuka. Jom layan cara cara membuatnya. 


Ikan Bakar Sedap Dengan Perencah Ikan Bakar Adabi

Ikan Siakap Bakar

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1 pek perencah Ikan Bakar Adabi
Daun pisang
Sedikit minyak

Cara cara:
Ikan yang dibersih dikelar kelar. Kemudian lumur perencah ikan bakar di serata badan ikan termasuk di dalam perut. 

Ikan Bakar Sedap Dengan Perencah Ikan Bakar Adabi

Panaskan kuali ajaib. Masukkan sedikit minyak dan letak daun pisang  untuk mengelakkan ikan melekat di daun pisang. 

Bakar lah sehingga masak. Kemudian ikan diterbalikkan dan bakar lagi sehingga masak.

Ikan Bakar Sedap Dengan Perencah Ikan Bakar Adabi

Unruk melihat resepi dan cara penyediaan air asam pencicah, boleh klik di SINI

Ikan Bakar Sedap Dengan Perencah Ikan Bakar Adabi


Homemade Cookies Bake & Munch Yang Pasti Anda Gemari

$
0
0
Azie Kitchen Homemade Cookies Bake & Munch

Akhirnya homemade cookies kami telah berjaya dipasarkan dengan jenama Bake & Munch, "We Baked You Munch" yang diusahakan oleh menantu dan anakanda kami, Mia dan Hafez. 

Buat permulaan Bake & Munch hanya mengeluarkan 2 jenis cookies sahaja iaitu Old-timer Chocolate dan Chocoholic Chocolate Chips cookies. Insya Allah kedua duanya sangat sedap.

Azie Kitchen Homemade Cookies Bake & Munch

Azie Kitchen Homemade Cookies Bake & Munch

Kami tidak mahu tergesa gesa malah percubaan demi percubaan dibuat untuk menghasilkan cookies yang sedap di selera kami.

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk hari raya bolehlah menghubungi no telefon 011-36525011 hari ini juga. Kepada yang berminat untuk menjadi agen, juga amat dialu alukan. Boleh juga layari Instagram @bake.n.munch



Ikan Percik Merah Kelantan

$
0
0

Saya memang suka mendengar youtube ceramah oleh Ustaz Jafri. Cara penyampaiannya jelas dan sangat memberi kesan. Kali ini saya menyalin berkenaan dengan 5 amalan harian yang patut setiap kita mengamalkannya. Lebih lebih lagi kita sekarang berada di bulan Ramadhan yang sememangnya bulan yang segala amalan diberi pahala berganda, Jadi eloklah kita mengamalkannya. 

Dimulakan dengan peringatan siapa yang masuk umur 40 tahun tapi masih laghaa dengan dunia, maka bersiap sedia lah untuk masuk neraka. Walaupun tahu kelebihan tahajjud tapi masih tak buat kerana hati dah mati. Tak usah cerita lah kehebatan tahajjud atau azab neraka, tetap tak bagi kesan apa apa bila hati dah jadi mati. 

Sedang di akhirat, satu pahala pun sangat bernilai. Itulah waktu atau ketikanya apabila kita akan lari dari ibubapa kerana takut diminta pahala. Seseorang akan melupai ahli keluarganya. Ada 3 waktu iaitu waktu turun kitab amal. Kalau dapat sebelah kanan, akan jadi selamat. Kedua, takut sangat waktu nak ditimbang amalan yang dibuat waktu hidup di dunia. Ketiga, perasaan takut ketika melalui titian sirat. 

Bila mana 1 saat yang kita lalai dari berzikir pada Allah, maka besarlah penyesalan kita di Padang Masyhar. Pahala satu sebutan Subhanallah boleh memenuhi timbangan mizan. Jika kita tidak mahu menyesal, apa kita nak kena buat setiap hari?

Pertama kita kena tetapkan dalam satu hari, bila kita perlu melakukan amalan tersebut. Tujuannya supaya ia lekat dengan kita. Apa dia yang patut kita jadikan amalan?

1. Membaca surah Al Ikhlas sebanyak 10 kali, Allah akan bina baginya istana dalam syurga. Tetapkan masa, contoh sebelum tidur, iaitu selepas membaca surah Al Mulk.

2. Membaca surah Al Kahfi pada setiap hari Jumaat.


3. Menghafal 10 ayat pertama atau 10 ayat terakhir surah Al Kahfi sebagai perlindungan dari Dajjal. Juga membaca doa perlindungan dajjal selepas membaca Tahiyat akhir sebelum memberi salam. 

4. Membaca ayat kursi selepas solat fardhu di mana tiada yang menghalang seseorang masuk syurga kecuali dia belum mati.

5. Akhir sekali membaca surah Al Kafirun sebelum tidur. 


Sempena bulan Ramadhan ini, saya ingin kongsikan resepi Ikan Percik yang memang sangat terkenal di bazar bazar Ramadhan. Tetapi memang susah untuk mendapat ikan percik merah original dari Kelantan walaupun yang berniaganya adalah orang Kelantan.  Kalau ada pun, rasanya memang tidak kena. Lauk percik Kelantan juga menpunyai beberapa versi. 

Jika sebelum ini di SINI, saya lumur kuah percik pada ikan dan bakar, tapi kali ini ikan bakar hanya direndam dalam kuah percik. Biarkan seketika sehingga sebati rasanya, baru diceduk ke dalam pinggan untuk dihidangkan. 

Di samping itu, kali ini saya meletakkan serai. Saya sebenarnya kurang suka rasa serai di dalam kuah percik tapi sajalah nak mencuba kerana ianya adalah mengikut cara yang dikongsi oleh rakan sejak di bangku sekolah saya Maznah Shamsuddin. Maznah atau saya biasa panggil Nah sangat pandai memasak pelbagai masakan Kelantan dan banyak mengambil tempahan juga. Biasanya saya akan meletak separuh sahaja atau serai hanya diketuk. 

Teringat yang Kak Yah, rakan surau Ad Dhuha yang berasal dari Kelantan pun tak berapa suka rasa serai yang banyak dalam kuah percik. Saya juga banyak merujuk pada dia bila mahu memasak masakan tradisional Kelantan. Kak Yah hanya menggunakan separuh batang sahaja. Tapi terpulanglah kepada selera masing masing kan...

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa melihat video di Instagram Azie Kitchen dan juga di youtube Azie Kitchen channel. Selamat mencuba... 




Ikan Percik Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg ikan kembung
2 cawan santan pekat - guna 1 kotak santan kotak campur air
2 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam
1/2 - 1 keping asam keping
1 sudu besar tepung beras - bancuh dengan sedikit air

Bahan kisar:
1 batang serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - saya guna 3 sudu kecil cili kisar
1 inci halia

Cara cara:
Guna sedikit bahan kisar untuk diperap ikan dengan sedikit garam. Baki bahan kisar dimasak dengan santan sehingga kuah hampir pekat dengan menggunakan api perlahan. Masukkan gula, garam dan asam.  




Akhir sekali, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air. Sesuaikan rasa dan bolehlah dilumur pada ikan yang telah dibakar.





Saya masukkan ikan yang dibakar ke dalam kuah percik dan biarkan seketika sehingga agak mesra sebelum dihidangkan. 



Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's

$
0
0
Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's

Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. 

Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's

Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling mudah disediakan. Jom hari ini kita cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja. Haa ianya adalah kuih lempeng. Sangat sesuai dimakan ketika berbuka puasa mahu pun bersahur.

Kadang kadang selera di bulan Ramadhan akan berubah. Selera dan tekak untuk makan makanan yang simple. Jadi adakala nya saya memang tak berselera nak makan nasi.   

Lempeng ini adalah makanan biasa bagi saya sewaktu kecil dulu. Masih ingat ketika itu, lempeng hanya dicicah dengan gula sahaja. Tapi sekarang ini saya ubahsuai lah sikit, sapu mentega dan Seri Kaya Yeo's pada lempeng. Sedap sangat.

Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's

Hari ini saya hanya menggunakan Kari Ayam Yeo's untuk dimakan dengan lempeng. Sangat mudah kerana ianya telah siap untuk dihidangkan. Pendek kata kalau terbangun lambat untuk bersahur, masih boleh bersahur dengan lempeng dan Kari Ayam Yeo's ini.

Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's

Jom layan resepi dan cara cara membuat lempeng yang sangat mudah. Ianya untuk rujukan anak anak muda yang mungkin tak kenal pun apa ianya kuih lempeng ini. Ianya juga sebagai kenangan antara makanan yang saya makan sewaktu zaman remaja di kampung dulu.

Nak tengok lebih jelas, bolehlah layan instagram atau youtube Azie Kitchen channel untuk video berdurasi lebih panjang.


Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's

Lempeng Kelapa dan Kari Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air biasa - boleh tambah jika air kurang
Sedikit garam

Cara-cara:
Satukan semua bahan dalam mangkuk besar. Gaul semua bahan sehingga sebati. Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. 

Panaskan kuali atau pan non stick. Jika guna kuali biasa, lenser sedikit minyak dalam kuali. Ratakan nipis nipis bancuhan atas kuali menggunakan belakang senduk. 

Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's

Terbalikkan bila kelihatan sedikit keperangan. Masak lagi sehingga masak. Angkat apabila kedua belah masak.

Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's

Hidangkan ketika panas panas dengan kari ayam. Hidangkan sekali dengan air minuman laici Yeos. 

Nota:
Jika suka, boleh juga masukkan segenggam kelapa parut muda ke dalam adunan tepung bagi menjadikan lempeng kelapa. 



Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa

$
0
0
Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa

Saya pasti follower blog Azie Kitchen ada terbaca yang antara makanan kegemaran saya ialah mee goreng. Sejak kecil lagi saya memang suka makan mee goreng. Saya mengakui agak cerewet bila masuk bab mee goreng. Kalau masuk mulut dan rasa tak sedap, memang saya tak akan menghabiskannya. 

Di bulan Ramadhan ini, ada kalanya saya teringin makan mee atau mee hoon selain dari nasi dan lauk pauk. Selera memang berubah. Kalau makan nasi pun sedikit sahaja. Saya banyak makan lauk dan sayuran.

Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa

Kini saya sangat gembira kerana Adabi ada menpunyai produk perencah mee goreng Adabi yang bukan sahaja menghasilkan mee goreng yang sangat sedap tapi juga sangat mudah. 

Memang bukan mudah untuk saya angkat ibu jari untuk mengatakan mee goreng itu sedap atau tidak. Tapi kini dengan perencah mee goreng Adabi, sesiapa pun boleh menyediakan mee goreng yang sedap.

Jadi bulan Ramadhan ini, jom sama sama kita sediakan mee goreng. Bagi ibu ibu yang bekerja, jangan risau kerana pasti sempat menyediakannya sebelum berbuka puasa. Saya tak menambah apa apa perisa pun. Semua telah secukup rasanya. 

Saya hanya menambah bawang putih kerana saya memang suka makan bawang putih. Kalau tak nak pun, tak mengapa. Saya masukkan pelbagai sayuran bagi memastikan hidangan yang disediakan untuk keluarga adalah makanan berkhasiat dan seimbang. Ada sayuran, ada protin dengan menggunakan udang sotong atau ayam atau apa apa yang disukai. 

Jom kita layan resepi yang saya gunakan hari ini. Cuma ikut sahaja resepi yang terdapat di pek pembungkusan. Insya Allah mee yang terhidang pasti sedap. Jangan lupa juga untuk melihat video di Instagram Azie Kitchen dan video berdurasi lebih panjang di Azie Kitchen youtube channel. 


Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa

Mee Goreng Yang Sedap dan Mudah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket mee kuning - 450-500 gram
2 pek Perencah Mee Goreng Adabi
Udang secukupnya 
2 ulas bawang putih - cincang
2 ikat sayur Bok Choy
Sedikit karot
4-5 sudu besar minyak masak
Sedikit air

Bahan hias:
1 tangkai cili merah - hiris nipis
Daun sup
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. 

Masukkan sayur karot dan batang sayur bok choy terlebih dahulu. Kacau seketika. 

Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa

Masukkan perencah Mee Goreng Adabi dan kacau dalam 1-2 minit. 

Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa

Masukkan udang dan kacau sehingga agak agak udang hampir masak. 

Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa

Masukkan mee kuning dan daun sayur bok choy. Kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan cili merah dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Sebelum dihidangkan, tabur daun sup dan bawang goreng. Selamat mencuba. 

Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa



Sambal Tumis Sotong

$
0
0
Sambal Tumis Sotong

Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan dan untuk kita minta keampunan. Allah membuka seluas luasnya pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Mohon supaya Allah tunjukkan kepada kita pintu pintu kebaikan dalam kehidupan kita. Hanya melalui pintu kebaikan sahaja kita dapat memperbaiki hidup. 

Bulan Ramadhan adalah satu madrasah untuk kita dekat diri kita pada Allah dan Allah redha pada kita. Satu kesempatan besar untuk kita bertaubat dan mendapat keampunan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. 

Dalam kuliah Zohor Ustaz Zawawi, disuruh kita untuk merebut ruang masa mustajab untuk berdoa. Kalau Raudhah orang berebut dan berlari untuk duduk di Raudhah kerana ianya tempat mustajab doa. Tapi bila Nabi yang sama yang menyebut doa orang berpuasa sangat mustajab iaitu dari dia mula berpuasa sehingga saat berbuka, kenapa kita tidak merebutnya. Nak duduk di Raudhah kena bayar pakej umrah atau Haji yang nilainya beribu ribu. 

Khususnya saat sebelum berbuka adalah waktu mustajab berdoa. Tapi kita sibuk di dapur. Masa mustajab doa yang ada kita sia siakan. Apa yang kita nak minta dari Allah? Mintalah sesuatu yang paling utama iaitu keampunan. Jangan minta yang kecil kecil atau keduniaan semata. 

Umpama kita satu satunya orang yang terpilih dipanggil mengadap Sultan. Bila Sultan tanya apa yang kita mahukan kerana Sultan mahu perkenankan. Kita hanya mahu roti canai. Tak kan lah hanya roti canai. Itu lah analoginya. Mohonlah yang paling utama yang kita perlukan dari Allah iaitu keampunan. 

Sambal Tumis Sotong

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi ringkas yang cepat disediakan untuk bulan Ramadhan. Tidak banyak masa di habiskan di dapur. Dengan memasak sendiri, bukan sahaja hidangan lebih sedap tapi juga dapat berjimat. 

Satu petua penting dalam menyediakan sambal tumis sotong ialah dengan memasak sotong dalam kuali terlebih dahulu bagi mengeluarkan air sotong. Dengan cara ini sotong menjadi cantik, lembut tidak liat dan kuahnya juga tidak berair. 

Jom layan resepi dan cara saya menyediakan sotong. Saya katakan cara saya kerana ada orang menggunakan bahan dan teknik berbeza. Cara saya hanya menggunakan bawang merah dan bawang putih. Tiada halia. 

Ada orang menggunakan air asam jawa. Pun boleh juga. Ada juga yang memasukkan sedikit sos cili untuk menjadikan sambal cantik berkilat. Tapi saya lebih suka cara dulu dulu yang hanya menggunakan bahan seperti yang saya gunakan di bawah ini. 

Ada ketika, saya juga memasukkan sos cili. Jangan lah rigid sangat bila memasak. Guna kreativiti dan gerak hati sahaja. Yang penting, ianya ikhlas dari kita. Insya Allah pasti sedap. Bulan Ramadhan ini walaupun simple tapi ianya sedap. Pahala juga sangat besar di mana kita mendapat pahala puasa mereka yang memakan hasil masakan kita tanpa mengurangkan pahala puasa mereka.


Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

Bahan bahan:
1 kg sotong 
5-6 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris nipis
Gula
Garam
1 keping asam keping

Cara cara:
Masukkan sotong ke dalam kuali dan masak seketika sehingga air sotong keluar. Tutup api dan tos keluar air sotong. Ketepikan.

Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

Panaskan minyak yang sesuai dengan jumlah bahan yang hendak ditumis dan tumis bawang merah dan bawang putih kisar sehingga wangi. Jika terlebih minyak, boleh diceduk keluar selepas masak.

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan garing dengan menggunakan api perlahan.

Masukkan sedikit gula dan kacau supaya sambal berwarna cantik. Ketika ini, cili akan bertukar warna kemerahan serta berkilat.

Masukkan sedikit air, garam serta asam keping. Sesuaikan rasa.

Selepas sambal terbit minyak dan cantik, bolehlah masukkan sotong dan kacau rata. 

Sambal Tumis Sotong

Akhir sekali, masukkan bawang besar. Kacau rata sehingga bawang layu. Bolehlah tutup api kerana sotong tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.

Sambal Tumis Sotong

Nota:
Jika suka, boleh juga masukkan petai. 


Sup Ayam Sedap Dan Mudah

$
0
0
Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Sedikit pesanan dari Ustaz Hafiz dalam kuliah Subuh Surau Ad Dhuha supaya kita menghidupkan baki malam Ramadhan kerana adanya satu malam yang agung iaitu malam Lailatul Qadar. Sekurang kurangnya jaga solat terawih. Insya Allah kita pasti akan dapat ganjaran pahala 83 bulan yang Allah janjikan. 

Mohon mudah mudahan Allah beri peluang kita mendapat hadiah bonus lailatul qadr. Terus beramal ibadah dengan ikhlas. Jaga ibadah siang dengan cegah dari perkara yang mengurangkan pahala puasa dan mendirikan malam dengan qiamullail dan tahajjud serta banyakkan zikir dan doa seera sedekah. 

Hari ini saya menyediakan Sup Ayam mengikut apa yang disarankan di pek pembungkusan Rempah Sup Adabi. Bukan cara saya menyediakan sup yang biasa yang mana saya akan tumis darat. Tumis darat ialah saya menumis bawang, halia dan rempah sup terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah sup. Saya juga kali ini tidak memasukkan apa apa rempah penumis. 

Di bulan Ramadhan, saya memang suka makan lauk pauk yang simple simple sahaja seperti sup atau lauk atau sayur dimasak secara direbus sahaja.

Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Saya memang tak mahu menghabiskan masa yang banyak di dapur di bulan Ramadhan kerana kita perlu memperbanyakkan amalan soleh seperti mengaji dan juga berzikir. Haa jadi para isteri dan ibu, jangan lepaskan peluang untuk menambah amalan di bulan puasa yang semuanya digandakan.

Sup saya hari ini memang sedap terasa seperti sup yang biasa dihidangkan di restoran dan hotel mewah. Cukup terasa rempahnya. Tinggal guna kreativiti kita untuk memasukkan sayuran yang lain untuk memastikan ianya adalah hidangan yang berkhasiat. 

Jom kita layan resepi yang saya gunakan hari ini. Juga jangan lupa juga untuk melihat video di Instagram dan video berdurasi lebih panjang di Azie Kitchen youtube channel. 


Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Sup Ayam Sedap dan Mudah

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - 600 gram
1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi 
2 biji ubi kentang 
1/2 batang karot
2 batang saderi
1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
6 gelas air
Sedikit minyak

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 inci halia

Bahan hias:
Daun sup
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan. 

Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Masukkan 6 gelas air atau secukupnya. Masukkan ubi kentang. Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot. Masak sehingga ubi kentang empuk. 

Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air.  Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk. 

Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup. 

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup. Selamat mencuba. 

Sup Ayam Sedap Dan Mudah



Viewing all 2128 articles
Browse latest View live