Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Kek Snow Cheese Untuk Meraikan Majlis Harijadi

$
0
0




Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog Azie Kitchen atas sokongan sehingga statistik page view blog ini telah melebihi 8 juta. Kini sasaran saya seterusnya ialah untuk melihat ianya mencapai angka 10 juta pula. Saya sebenarnya lebih suka low profile, terasa malu bila diri diperhatikan di mana mana saya berada. Anak anak mengusik yang saya terlebih perasan jer. Hahaha mana saya tak perasan kerana dengan berpakaian biasa, membimbit handbag biasa tapi ada orang memandang saya. Ramai juga yang datang menegur. Serius, sangat malu bila rakan rakan di organisasi tempat saya bekerja juga mendekati memberitahu suka membaca blog saya. Apa apa pun, saya sangat terharu atas sokongan yang diberi kerana tanpa pembaca, apalah ada pada blog Azie Kitchen. Hanya tempat untuk saya berbicara dan meluahkan rasa. Di samping itu, saya juga mengunakannya sebagai platform untuk berkongsi ilmu yang saya pelajari dari kuliah kuliah yang dihadiri, buku buku yang dibaca serta youtube yang ditonton. Semuanya adalah semata mata sebagai tabung untuk bekalan hari akhirat. Saya berharap ianya dapat memberi manafaat dan dapat pula dipanjangkan kepada keluarga dan rakan taulan.





OK kita tinggalkan dulu mengenai perkara di atas. Hari ini saya nak kongsikan resepi Kek Snow Cheese yang memang tengah fofular dan meletup letup. Saya belum pernah mencubanya sebelum ini kerana terpaksa akur dengan nasihat doktor supaya tidak mengambil apa apa makanan berasaskan tepung gandum atau yis. Saya mula menyedari masalah rashes dan allegik sejak bulan Julai lagi di mana doktor telah melakukan ujian allegik ke atas saya. Tapi Alhamdulillah kerana semasa mengerjakan ibadah umrah di bulan puasa, ianya tidak disedari langsung. Ianya hanya disedari selepas keadaan menjadi kritikal setelah menjalani procedure membuang batu karang. Sehingga kini, saya masih bersabar dan yakin yang ianya pasti berakhir.  Memang sangat mencabar kerana terpaksa menahan diri dari makan kek dan biskut, menahan miang dan kegatalan, menahan emosi dsb.

Bila ada kesempatan untuk membuat kek bagi meraikan sambutan harijadi 2 orang rakan sekerja, saya pun terus mengambil peluang mencuba kek ini. Membuat kek ini tidak susah pun, kita boleh menggunakan mana mana resepi kek sponge yang disukai. Atau kalau rasa tak ada masa nak membuat keknya, boleh juga dibeli kek sponge yang telah siap. Yang unik mengenai kek ini ialah toppingnya yang kemudian ditabur parutan cheddar cheese dengan mewah. Jika sukakan snow cheese meleleh, boleh letakkan 50ml UHT whipping cream di dalam adunan topping, tapi untuk hari ini saya menggunakan topping biasa sahaja. Untuk kek ini, saya menggunakan 2 adunan bagi memastikan saiz kek yang besar dan dibakar selama 80 minit. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini….




Kek Snow Cheese

Untuk Kek:
100 gm tepung tepung gandum*
60 gm tepung jagung*
1 sk baking powder*
1 sb ovalette
100 gm gula kaster
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75 gm mentega cair

Untuk Krim:
250 gm cream cheese philadelphia
120 gram susu pekat manis 
50ml UHT Whipping cream (opsyenal: jika mahu buat cheese meleleh)

Satukan kesemua bahan dan putar sehingga tidak berketul ketul. Adunan memang cair.

Untuk Topping:
250 gm kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara cara:
1. Satu dan ayakkan bahan bertanda*. Kemudian masukkan semua bahan bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 160C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh permukaan kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>