Tanpa dirancang, hubby mengajak saya ke Darul Syifa, Bangi untuk mencuba perubatan secara Islam pula. Mungkin juga setelah mendengar pandangan Dato' Saleh dan kawan kawan yang lain semasa mesyuarat ETHICA baru baru ini lah agaknya. Memang ramai orang yang mendapatkan rawatan di sana. Berjam jam juga saya menunggu. Nasib baik dapat duduk atas leather sofa yang sangat selesa. Tak lah terasa penat, sakit pinggang, kebas kaki dsb. Sempat ber whatsApp dengan sahabat saya, Ismati yang kebetulan ada di KB untuk menghadiri majlis perkahwinan. Memang tak sempat singgah di rumah mereka walaupun Encik Rahim meminta kami singgah kerana hubby membawa kereta Nana dan Nana pula bekerja malam. Tergesa gesa kami balik. Namun masih lagi sempat singgah di Furniture World, tepi jalan di Sungai Besi. Berlakulah kejadian di sini sebab hubby dah berkenan dengan satu sideboard with mirror. Kalau ikutkan, saya masih nak survey tempat tempat lain dulu. Hmm bukan mudah untuk saya membeli sesuatu barang sehingga saya betul betul berpuashati.
Dalam perjalanan balik, saya meminta hubby singgah di kedai runcit untuk membeli ikan siakap dan bahan bahan untuk dimasak Ikan Siakap Kukus Chinese Style. Masakan stail Chinese ni memang semua simple tapi sangat sedap dengan penggunaan bawang putih dan halia yang banyak. Pendek kata, chinese cooking style memang menyihatkan. Saya sebenarnya kurang menggemari ikan kukus sebab tak suka rasa isi ikannya. Tapi sejak kebelakangan ini, selera saya mula berubah selepas menikmati ikan Kukus yang sangat sedap masa berbuka puasa bulan Ramadhan yang lalu. Memang sedap dengan rasa bawang putih jeruk yang memang feveret sejak kecil lagi. Selain bawang jeruk, diletakkan juga cendawan. Tapi hari ini, saya tak letak semua itu walaupun mempunyai stok bawang putih jeruk. Bukan apa lah pun. Tapi rashes saya dah berkurangan, jadi tak mahulah makan makanan berasid buat sementara ini.

OK apa kata kita tengok dulu resepi ringkas ini yang saya lupa dari sumber mana yang saya salin dulu. Selain ikan siakap, boleh juga guna ikan bawal putih ataupun ikan kerapu.
Ikan Kukus Chinese Style
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
2 inci halia muda - potong memanjang
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - potong memanjang
Sedikit daun ketumbar
Sedikit cili padi
2 sb minyak masak
Bahan sos:
4 sb kicap cair
5 sb stok ayam
1/4 sk minyak bijan
3 titis lada sulah
Cara cara:
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur lada sulah dan garam di luar dan dalam ikan.
Letakkan halia dan bawang putih yang dihiris halus. Panaskan kukusan dan kukus ikan selama 8 minit.
Panaskan kuali dan masak minyak masak sehingga minyak panas. Curah minyak panas ke atas ikan. Tutup pengukus seketika.