Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2245

Asam Pedas Tulang Dan Daging Tetel

$
0
0




Sebelum balik dari pejabat, saya menghantar mesej meminta Juita merebus tulang yang merupakan stok penghabisan menggunakan pressure cooker dan mengupas bawang bawang. Inikan cuti sekolah, jadi inilah masa nak meminta anak anak menolong kerja rumah. Lagi pulak Juita yang meminta supaya dimasakkan masak asam pedas. Sama gak dengan Boy, pun banyak menolong menyiram pokok pokok dan vaccum rumah sementara sedang bercuti semester. Kalau ikutkan penat, memanglah penat tetapi tak sanggup nak menghampakan permintaan anak anak. Tambah tambah lagi, Nana akan balik makan malam di rumah. Dari pagi dia berada di OT dan sempat memghantar mesej memberitahu, "hari ni, dah potong orang". Mula mula tu terkejut juga, apa pulak potong orang. Nana memang dah lama mencari peluang untuk melakukannya. Setiap kali tiba di rumah, saya pasti menjenguk Nana di bilik kalau ternampak ada keretanya di porch. Itu dah macam rutin untuk saya. Hmmm kalau dia tiada di rumah, memang sangat terasa sunyi, lebih lebih lagi di hari minggu. Minggu hadapan saya dan anak anak yang lain akan pergi bercuti. Nana tak dapat ikut kerana telah ketiadaan cuti. Will miss her so much...





Saya menyalin resepi dari blog Rohaisa yang saya nampak ada kelainannya kerana terdapat penggunaan serbuk jintan manis dan jintan putih. Sebelum ini, saya pernah juga memasak Asam Pedas Daging dan juga Asam Pedas Ayam di SINI. Pendek kata, Asam Pedas adalah antara masakan kesukaan saya. Kalau ke Melaka, memang tak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan masakan asam pedas Melaka. 

Huhuhu memang sedap sangat Asam Pedas Tulang Lembu ini, lebih lebih lagi penggunaan air rebusan tulang menjadikan kuahnya sangat terangkat lol.... Di samping tulang, ada juga dimasukkan sekali daging tetel dan daging bahagian pipi yang sangat saya gemari. Tapi syaratnya mesti menggunakan tulang yang segar lah.  Kalau yang dah lama, air rebusannya pun dah berbau semacam jer. Apa kata, anda cuba menyediakannya pulak di rumah untuk hidangan keluarga yang tersayang. Selain dimakan dengan nasi, asam pedas juga sedap dicicah dengan roti. 

Jom lah kita tengok resepi yang saya salin di bawah ini. Gambar pun main snap gitu gitu jer. Maklumlah sampai rumah dah pukul 6 petang. Masuk dapur menyediakan bahan, memasak segala. Siap memasak semua dah pukul 7 petang. Cahaya dari tingkap pun dah tak ada, jadi memang tak  ada masa nak berhias, letak props segala. Sekadar snap gambar untuk blog. Apa apa pun, cukuplah seadanya.... asalkan hubby dan anak anak makan dengan berselera sudah cukup mengembirakan saya. Sekurang kurangnya dapat menebus kembali masa silam yang mana semua tugas memasak diserahkan kepada pembantu rumah...  




Asam Pedas Tulang Lembu

Bahan-bahan:
500 gm tulang lembu/daging tetel
10 biji belimbing buluh, dibelah - tak letak
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan, dibelah - tak letak
1 liter air - gunakan air rebusan daging
1 biji tomato buah - belah 4
Air asam jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas
3 batang serai - ketuk
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih

Cara cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan betul betul garing.





Rebus tulang sehingga daging empuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula tulang/daging tetel dan air asam jawa. Perasakan secukupnya.

Setelah itu masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih.





Akhir sekali, tutupkan api barulah dimasukkan belimbing buluh atau buah tomato dan biarkan lembut sedikit. Sedia dihidangkan.





Selamat mencuba.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2245