Saya sebetulnya sangat geram dengan apa yang berlaku di IG saya. Seorang budak lelaki yang saya percaya seorang Melayu beragama Islam cuba berperangai tidak senonoh melalui DM. Kadang kadang kesal dengan budak budak macam ni yang pastinya tidak normal seperti lazimnya budak lelaki yang lain. Itulah pentingnya untuk kita mendidik anak anak.
Kalau boleh, tak perlu beranak ramai ramai tapi tidak mampu memberi didikan terutama didikan agama yang secukupnya. Semua orang boleh membesarkan anak tapi tidak semua orang mampu mendidik anak anak. Kadang kadang saya terfikir sampai bila saya perlu risaukan anak anak dan cucu cucu. Terutama cucu, kerana mereka menpunyai ibubapa. Kadang rasa, malas nak fikir lebuh lebih. Ini semua roda kehidupan yang pasti dilalui oleh semua.
OK hari ini saya ingin kongsikan gulai ayam untuk dimakan dengan nasi dagang. Kalau di Kelantan, 3 lauk yang boleh disediakan atau mana mana satu atau dua lauk iaitu gulai ikan tongkol, gulai ayam, gulai udang dan juga telur rebus yang dimasukkan ke dalam mana mana gulai yang disukai.
Boleh klik entri nasi dagang di SINI. Ianya disediakan untuk orang yang mungkin tidak makan ikan tongkol.
Sebetulnya gulai Kelantan agak berbeza sedikit dengan Kari Ayam kerana gulai ayam tidak terlalu berminyak seperti kari ayam. Ianya sedikit lemak dan pekat kuahnya. Ala ala gulai ayam lauk pencicah roti jala gitu. Jika cair, memang tak berapa ngam.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Selain dinakan dengan nasi dagang, juga sedap dimakan begitu sahaja. Seamat mencuba...
Gulai Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam
3 biji kentang saiz besar - potong 4
1/2 kg santan segar + 1/2 kotak santan kotak kecil
3 biji bawang merah - hiris
Kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
2 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar cili kisar - opsyenal
Minyak masak
Bahan Kisar
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 hiris lengkuas
1 sudu besar serbuk cili
Cara cara:
Lumur ayam dengan sedikit rempah kari. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan bawang hiris sehingga terbit minyak.
Masukkan ayam yang dipotong lalu dikacau sehingga ayam kecut. Masukkan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang separuh masak.
Masukkan santan, asam keping, garam dan gula. Masak sehingga santan mendidih. Sentiasa dikacau supaya kuah tidak berketul ketul.
Setelah mendidih, bolehlah dimasukkan cili hijau dan perlahankan api supaya kuah merenih dan tiada lagi buih buih kecil. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi dagang.