Banyak kes buli yang dilaporkan berlaku di sana sini samada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Menyedihkan kerana ada kes buli yang melibatkan kehilangan nyawa. Saya terfikir siapa yang terlibat dengan kes buli, apakah mereka satu hari berpotensi untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup? Hmm kemungkinan untuk berlaku sedemikian amat tipis kerana golongan seperti ini, tiada rasa kasih sayang sesama insan.
Jangan lupa, kes buli juga berlaku di alam pekerjaan. Membuli secara politik dengan lari dari tanggungjawab tapi bila tiba bab ganjaran, mereka lah yang akan terlebih dahulu akan claim itu dan ini. Buli di pejabat berlaku di kalangan mereka yang tiada pegangan agama atau mungkin tiada agama. Mereka tanpa segan silu melepaskan tugas mereka pada orang lain dengan pelbagai alasan yang menyokong tindakan berkepentingan diri. Buli juga berlaku bila boss yang jahil mencampak secara tidak adil kerja staff lain kepada staff yang lain. Secara jujur saya amat benci dan jengkel melihat perkara ini. Cukup setakat ini dan sekarang masuk pula bab resepi dan masakan.
Jika sebelum ini di SINI, saya menyediakan nasi goreng cili kering, kali ini saya menggunakan cili merah pula. Saya memang penggemar nasi goreng dan saya boleh menyediakan nasi goreng dengan pelbagai cara menggunakan bahan yang tersedia di dapur ketika itu. Hari ini tiada sayuran di dalam peti ais, jadi saya tak meletak apa apa sayuran.

Jika menggunakan cili merah, masa menumis tidak perlu lama kerana cili merah sendiri dimakan mentah mentah juga. Kali ini saya tidak mengisar ikan bilis bersama bawang bawang dan cili. Sebaliknya saya menggorengnya berasingan hingga garing dan ditabur ke atas nasi sewaktu menghidangkannya. Ianya hanya sekadar mempelbagai rasa dan penampilan sahaja.
Jom kita layan resepi saya pada hari ini yang sangat simple dimple. Beberapa minit sahaja telah siap dan sedia untuk dinikmati. Yang penting, sangat sedap.
Nasi Goreng Cili Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 biji telur
Garam
Ikan bilis - goreng garing
Bahan kisar kasar:
1 batang cili merah
3-4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tos. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar kasar sehingga wangi.
Ketepikan bahan tumis, tuangkan telur. Biarkan telur mengeras baru dituangkan nasi dan kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa. Bolehlah ditutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan ikan bilis goreng.
Nota:
Boleh letakkan juga sayuran seperti kacang panjang, karot jika suka. Saya tak letak kerana tiada stok.