Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

$
0
0



Kena akui bahawa pengetahuan manusia sangat terbatas menyebabkan manusia mudah bersangka sangka. Yang diam dikata sombong atau paling teruk dikatakan sebagai bodoh. Yang banyak bercakap dikatakan peramah atau pandai. Sebaiknya kita jangan mudah membuat penghakiman pada orang lain dengan hanya melihat dari luaran. Lagi pun, siapalah kita selain insan yang penuh dengan kelemahan. Islam menganjurkan kita mengembirakan orang lain, apalagi mereka yang ditimpa musibah. Bukan dengan menambah menyakiti dan merendah rendahkan mereka. Lagi satu yang saya perhatikan, ada orang yang sangat baik di mata kasar akan hubungan dengan Allah tapi hubungan dengan manusia sangatlah lemah. Tidak tahu menghormati ketua, tidak menjaga hubungan dengan jiran, bersikap memandang rendah dan memperlekehkan pada orang lain. Janganlah nanti orang sebegini termasuk dalam golongan munafikun yang pada pandangan kasar nampak alim dan beragama tetapi hakikatnya penuh dengan kepuraan puraan apabila ilmu yang dimiliki tidak dipraktikkan. Dalam surah Al Baqarah ayat 1-10 diceritakan berkenaan jenis jenis manusia iaitu golongan mukminun, kafirun dan munafikun.
 
Kita tinggalkan kisah ragam manusia dan saya nak beralih pada topik masakan pula. Hidangan rezeki untuk keluarga. Di samping Gulai Lemak Ayam di SINI, saya juga menyediakan  ikan Cencaru Sumbat Sambal yang kali ini menggunakan cili kering kisar. Inilah kali pertama, saya menggunakan cili kisar untuk ikan sumbat sambal. Kebiasaannya, saya menggunakan cili merah hidup sebagai sambalnya. Tapi kali ini, stok cili merah dalam peti sudah kehabisan. Itulah pasal saya menggunakan cili kisar untuk resepi kali ini. 

Ikan cencaru sumbat sambal adalah salah satu dari lauk kegemaran anak anak. Memang cepat jer licin dalam pinggan. Ini adalah antara lauk yang disukai oleh semua anak anak kami. Jadi memang tak perlu risau kot ada yang tak makan pulak. Haa tapi 2 gambar atas dan bawah dalam entri ini adalah gambar Ikan Cencaru Sumbat menggunakan cili merah hidup kerana gambar yang menggunakan cili kering kisar tak cantik. Jadi saya guna gambar yang lebih cantik. Boleh lah ya... Gambar yang dalam cara cara penyediaan ialah gambar menggunakan resepi dalam entri ini.


 
Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

 


Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.




Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing. 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>