3-4 keping asam keping
3 sudu besar garam
1 inci kunyit hidup
½ keping gula Melaka
Bahan B:
4 sudu besar cili kering kisar
1 senduk rempah nasi dagang
2 cawan santan segar pekat
Air secukupnya
Gula Melaka
Garam
Gula
Sedikit ajinomoto, jika suka
15-20 biji cili padi hijau dan merah
Asam belimbing buluh - opsyenal
Telur rebus - opsyenal
Bahan kisar:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
Cara cara:
Ikan tongkol direbus dengan semua bahan A (serupa ikan singgang). Asingkan ikan dan air rebusan. Nota: jika suka rebus 2 hari sebelumnya sehingga tulangnya lembut macam ikan sardin (terbaik) atau rebus menggunakan slow cooker.
Masak santan atas api sederhana sambil dikacau sehingga terbit minyak. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sehingga garing dan terbit minyak.
Panaskan air rebusan ikan dan masukkan bahan kisar. Setelah mendidih, masukkan rempah nasi dagang, kemudian masukkan ikan, santan yang telah dimasak tadi, cili yang telah ditumis dan gula Melaka.
Sesuaikan rasa masam dan masin kerana air rebusan telah ada garam dan asam. Jika belum cukup, baru tambah asam keping, garam dan gula. Kuahnya tu mesti ada rasa manis, pedas, lemak dan sedikit masam.
Sekiranya dah secukup rasa, baru masukkan asam belimbing, cili padi, cili merah, telur rebus dan sedikit aji-no-moto, jika suka.
Nota:
jika rasa kurang lemak, tambah santan, jika rasa kurang pedas, tambah cili yang ditumis.
Jika hendak dimakan pagi, kuah boleh disediakan malam. Pagi hanya masukkan santan yang dimasak sehingga terbit minyak dan masukkan cili padi dan cili merah.
Untuk sukatan beras nasi dagang Terengganu, guna 4 cawan beras siam wangi A1 + 1 cawan beras pulut rendam selama 8 jam.