Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Masak Sotong Berkicap Pedas

$
0
0




Apa yang kita lakukan setiap hari sebaik bangun dari tidur? Adakah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana masih bernafas dan masih hidup untuk membuat amal soleh dan memohon keampunan dari Allah. Kena ingat orang yang boleh masuk syurga ialah orang yang tidak ada dosa. Kita cuma ada masa sekarang, semalam adalah masa yang dah lepas. Esok adalah sesuatu yang belum pasti kita berpeluang menikmatinya. Setiap hari kita keluar bekerja ke pejabat masing masing. Orang berjaya ialah orang yang fokus dan akan menukarkan kerja dunia sebagai aktiviti amal soleh. Mereka bekerja dengan membuat perkiraan tentang kehidupan selepas kematian. Manakala orang yang bodoh pula akan bekerja siang malam tanpa mengira perkara akhirat. 

Di dalam bekerja, berbuat dosa dengan menyakiti hati orang orang lain, tidak berlaku adil, berpersepsi buruk pada orang lain dsb. Orang sebegini langsung tidak mengingati tentang mati. Bila kita nak mati? Inilah soalan yang paling belakang dalam pemikiran manusia. Hadis, Rasulullah menyebut orang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati. Mati adalah permulaan kehidupan yang sebenarnya. Hari ini manusia lebih fokus kepada kehidupan dunia yang sementara. Kita sepatutnya kena mendidik diri kita supaya selalu fokus pada benda yang bernilai. Cari dunia untuk tukar dan jadikan ianya sebagai amalan di akhirat. Jangan jadikan dunia menghalang kita dari mentaati pada Allah.  Kita diukur atas apa yang kita lakukan dalam amalan soleh, bukan diukur kepada samada kita berpangkat, kaya atau pandai bercakap sahaja. Ini adalah antara intipati kuliah zohor yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Dr Mohd Shafie, penulis buku Kamu Umat Terbaik. Sekarang kita berbalik semula kepada cerita masakan. 

Selain Ikan Bakar Bersumbat Sambal yang dipelajari dari Linda di SINI, saya juga menyediakan Sotong Masak Kicap Pedas sebagai lauk berkuah. Kalau tak ada kuah, nanti tercekik pulak anak anak makan nasi kering. Biasanya kalau tak ada kuah, mereka akan ambil kicap dan tuang atas nasi sebagai kuah. Saya menyediakan resepi yang mudah mudah jer kerana kalau menggunakan sotong segar, goreng garam kunyit yang ditabur dengan bawang besar dan cili merah hiris pun dah cukup sedap. Alhamdulillah kerana saya masih boleh menikmati sotong, cuma makanan laut yang berkulit seperti ketam, udang jer yang tak boleh dimakan kerana masalah allergik.

Jom kita layan resepi ringkas yang saya gunakan hari ini. Mana tahu kalau kebingungan memikirkan lauk apa yang hendak dimasak, bolehlah mencuba resepi ringkas dan mudah seperti ini. 



Masak Sotong Berkicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Sotong - potong kecil
2-3 sb cili kisar - ikut suka pedas yang disukai
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris bulat
Kicap tamin - agak agak lah
3 biji cili padi
1 batang kayu manis
1 batang serai - ketuk
Asam keping
Gula/serbuk perasa

Cara cara:
Tumis bawang putih dan kayu manis dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga cili benar benar masak.






Masukkan kicap dan sotong. Kemudian masukkan sedikit air untuk dijadikan kuah. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili padi, asam keping dan gula. Jika belum masin, boleh masukkan sedikit garam.

Siap untuk dihidangkan.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>