Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2245

Riak Dalam Menegur

$
0
0





Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kawan kawan berkenaan dengan komen yang diterima dari seorang Anonymous yang pada saya sangat tidak berhemah dalam menegur. Sungguh terharu kerana kawan kawan memyokong dan memberi galakan untuk saya supaya meneruskan perjuangan. Di saat beginilah, kita boleh menilai kalau kita mempunyai kawan kawan dalam erti kata yang sebenarnya. Walaupun belum pernah bersua, tapi hubungan persahabatan terutama sesama blogger terasa sangat erat dan seolah satu keluarga yang besar kerana kita saling belajar antara satu sama lain.


Sebenarnya bila kita berkongsi cerita tentang pengalaman hidup, pasti tidak sedikit banyak akan dikongsikan berkenaan dengan detik mengembirakan dan detik kejayaan. Tapi semua yang saya miliki bukan jalan mudah kerana saya tidak dilahirkan dalam dulang emas. Saya hanyalah anak petani. Namun kesusahan banyak mengajar saya supaya menggandakan usaha dalam menrealisasikan sesuatu impian supaya menjadi kenyataan. Kalau anda berfikiran positif, tengokkan macam mana saya menyiapkan rumah yang mengambil masa sehingga 4 tahun dan dengan cara  bersusah payah serta sumber kewangan yang terbatas. Hatta sehingga sekarang, saya masih  mengusahakan permohonan CF rumah saya sendiri. Jika saya ingin menyombong, pasti tidak saya ceritakan semua yang pahit itu. Semua ini adalah berkat doa siang malam kepada Allah. Sebelum memulakan pembinaan juga, saya berdoa dan memohon petunjuk Allah di Masjidil Haram walaupun ramai yang tidak yakin dengan kebolehan saya. 

Saya bukan seorang wanita yang bila mahu apa apa, minta jer dari hubby dan terus dapat. Saya juga tidak berkahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya. Saya hanya berkahwin dengan lelaki yang sangat saya cintai. Kami juga tidak pernah mendapat durian runtuh atau apa apa projek. Semuanya menggunakan duit gaji bulanan. Berbekalkan keinginan yang membara dan kesabaran saya untuk menunggu bagi mendapatkan sesuatu juga perlu dilihat secara positif. Sebagai contoh, untuk membeli sebentuk cincin idaman, saya mengambil masa bertahun tahun dan berpuluh puluh kedai saya lawati, berapa banyak website saya kunjungi  dan pelajari berkenaan cara menilai sebiji berlian. Saya seorang yang percaya alah membeli menang memakai. Jika anda bukan seperti saya, pasti anda mengatakan saya riak. Tapi jika anda adalah sejiwa dengan saya, pasti anda akan melihatnya dari sudut yang positif. Kepada yang tidak menyenangi apa yang saya tulis, anda punya pilihan. 

Juga saya ingin kongsikan sedikit intipati kuliah Jumaat Ustazah Suraya yang saya hadiri hari ini berkenaan riak dan sombong. Kuliah hari ini membincangkan salah satu dari Asmaul Husna iaitu Ar Rafi’ yang bermakna Maha Meninggikan. Allah meninggikan darjat orang yang sepatutnya ditinggikan kedudukannya. Allah akan mengangkat siapa yang Allah kehendaki. Jadi jangan bangga dengan apa yg kita usahakan. Iblis sangat rajin beribadat. Masa tu, iblis yang dinama Azazil adalah makhluk yang terbaik dari segi ketaatan dan ibadatnya kepada Allah. Tapi kerana rasa dirinya hebat dan diciptakan dari api, maka blis tak mahu tunduk pada Nabi Adam yang dicipta dari tanah. Bila ada rasa bangga kerana merasa dirinya lebih baik dari Adam, maka iblis telah menderhaka. Iblis tidak pernah merasakan dirinya lebih baik dari Allah kerana iblis tahu keagungan Allah yang mencipta mereka.

Jadi secara kesimpulannya, seseorang yang menegur orang lain dengan secara tidak berhemah adalah orang yang sombong dan merasakan dirinya lebih baik dari orang yang ditegur. Contoh yang diberi oleh Ustazah adalah hatta cara kita menegur anak kita bersolat. Sebagai contoh, anak kita bersolat dengan sangat cepat dan kita menegur, "cepatnya habis solat, kena baca biar betul betul". Walaupun kita sebagai ibu mempunyai niat yang baik tapi cara kita menegur ini juga dikira sombong dan riak kerana kita telah merendahkan anak kita yang pasti lebih muda dan kurang ilmu dari kita. Disebutkan sesiapa yang merendahkan orang lain, nescaya Allah tidak akan mengangkat darjat kita. Berapa banyak orang yang berilmu tetapi sombong dengan ilmu yang dimiliki kerana merendahkan orang lain. Sekadar renungan...





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2245