Syukur syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Pengasihani. Saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah pada kehidupan saya masa kini. Semoga kami dan kita semua terus diberikan kemudahan dan bantuan di dalam apa sahaja yang dijalani. Saya gembira dan sangat bersyukur dengan kejayaan dan pencapaian anak anak saya setakat ini. Saya tidak mahu membandingkan anak anak saya dengan anak anak orang lain kerana saya tahu kemampuan mereka. Saya juga tidak terlalu membebankan mereka dengan tuisyen, kelas tambahan dsb. Saya mahu mereka menjalani kehidupan yang normal. Belum terlambat untuk mengucapkan selamat memulakan pengajian pada Boy yang telah memulakan pengajian peringkat Ijazah dan tahniah buat Juita atas pencapaian yang baik dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini. Semoga selepas ini Juita juga akan melangkah ke kolej bagi mengikuti pengajian pre universiti. Aamiin. Saya sebenarnya buntu dan ketandusan idea untuk menulis kerana masih di dalam kegembiraan atas kurniaan Allah kepada saya kebelakangan ini.
Sekarang kita sentuh sedikit bab resepi biskut raya. Anak anak memang suka Biskut Cornflake Madu berbeza dengan saya yang tidak berapa gemar biskut jenis ini. Kalau harapkan saya, memang tak buat lah biskut ini. Jadi setiap tahun anak anak akan menyediakannya sendiri. Hari raya tahun ini Juita sekali lagi menyediakan biskut Cornflake Madu. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi sama yang disediakan sebelum ini.

Jom kita layan resepi mudah tetapi menjadi kegemaran anak anak. Sesuai untuk disediakan sebagai makanan kudapan di rumah.....
Biskut Cornflakes Madu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)
Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka.
Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.