Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Mee Hoon Daun Limau Purut

$
0
0





Kebelakangan ini, saya agak kurang update blog dengan resepi baru. Namun begitu, saya terharu kerana page view blog saya masih mencatatkan lebih 100 ribu setiap hari. Malahan statistik menunjukkan lebih 61 juta sehingga kini. Alhamdulillah. Saya pasti ramai pembaca blog saya tahu bahawa saya adalah seorang wanita berkerjaya yang waktu kerjanya adalah 9 to 5. Saya masih perlu bekerja kerana dengan pekerjaan inilah saya mampu memiliki apa yang saya miliki hari ini. Jadi waktu yang ada untuk memasak sangatlah terbatas. Kalau hari bekerja, hanyalah waktu petang atau hari minggu. Namun waktu yang terhad itu jugalah saya perlu membahagikan masa untuk ke surau atau  belajar mengaji dan juga masa untuk melayan anak anak. Maklumlah hidup di dunia adalah sementara, kita tidak tahu bila kita akan dijemput. Jadi bila saya memasak, keutamaan saya adalah menghasilkan masakan yang sedap dalam waktu yang sesingkat mungkin. Saya akan mencapai apa sahaja yang ada di sekeliling. Hatta Portmeirion saya pun digunakan dalam penyediaan bahan masakan. Jadi saya memang tidak ada masa untuk menghias masakan dengan pelbagai prop yang cantik. Selepas ambik gambar ala kadar, ianya terus dihidang. Lagi pula, saya tiada Pembantu Rumah untuk membantu membasuh dan mengemas selepas memasak. Apa yang dipaparkan, itulah saya. Tiada kosmetik, tiada plastik. Hahaha. Blog saya hanya sebagai wadah untuk berkongsi ilmu masakan supaya ianya dapat dimanfaat untuk saya dan kita semua. Itulah juga sebabnya saya belum terbuka hati untuk menerima tawaran untuk mengeluarkan buku masakan atau muncul dalam rancangan masakan di TV. 





Berbalik kepada resepi hari ini, saya menyediakannya atas permintaan Boy yang sekarang sedang bercuti selepas menamatkan peperiksaan semester. Boleh dikatakan hari hari menyediakan mee goreng dan mee hoon goreng secara bergilir gilir. Kedua anak bujang saya agak jarang mengambil nasi, apalagi waktu malam. Jom layan resepi mudah dan menjadi kegemaran kami sekeluarga. Ada rasa macam tom yam pun ya juga. 




Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 paket mee hoon - rendam hingga lembut dan tos
10-12 helai daun limau purut - buang tulang
2 biji bawang besar - saiz sederhana
4-5 biji cili hijau (2 cili padi, jika mahu pedas) - tambah cili merah jika mahu ada warna
Udang secukupnya - buang kulit
2 biji telur - opsyenal
Garam
Minyak untuk menumis

Cara cara:
Kisar daun limau purut, cili dan bawang besar. Jangan terlalu hancur. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan kisar sehingga garing dan wangi.

Masukkan udang atau apa apa seafood yang disukai seperti sotong. Kemudian masukkan mee hoon dan garam.

Goreng sehingga mee hoon lembut, masak dan terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

Sedap dimakan bersama keropok lekor atau apa apa lauk yang disukai atau dimakan begitu sahaja.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>