Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

London Day 2: Bercanda Dengan Taman Indah Di Hyde Park

$
0
0




Lama terhenti catatan perjalanan ke London. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Sekarang saya nak sambung berkenaan hari kedua iaitu 8 Febuari kami di London. Pagi pagi lagi kami telah bersedia untuk bersarapan. Perut dah menyanyi nyani. Sebaik restoran buka pukul 7.30 pagi, kami telah turun untuk bersarapan. Maklum mata saya tidak dapat lena kerana masih terikut dengan waktu tidur di Malaysia. Kami bersarapan dengan nasi lemak dengan berlaukkan Sambal Tumis Udang yang sangat sedap.




Selesai makan, kami berjalan kaki ke Bayswater Road untuk ke destinasi pertama kami hari itu iaitu Hyde Park sementara kedai kedai masih belum dibuka. Semasa ke sini dengan hubby dulu, kami tidak sempat ke Hyde Park dek kesuntukan masa. Kunjungan ke London, terasa tidak lengkap jika tidak singgah di sini. Hihihi itu pendapat orang macam saya lah yang tidak selalu dapat ke London.



Sepanjang di Hyde Park, angin yang sangat kuat dan sejuk yang melampau menyebabkan saya mula merasa tidak sihat. Tekak mula terasa kering sehingga ke dada. Air minuman pula lupa untuk dibawa. Tempat yang kami singgah, tidak banyak pula itik dan angsa yang menjadi tarikan di situ. Pemandangan yang cantik menyebabkan saya dan anak anak tidak lepas untuk berposing. Angin yang kuat seolah badan kami juga ikut melayang. Kebetulan hari itu, saya tidak memakai jaket tebal dan mafla pula hanya menutupi leher.




Dari situ, kami berjalan kaki keluar ke Oxford Street melalui Marble Arch dan menuju ke Primark. Singgah jap berposing di Marble Arch. Anak anak shopping sakan di Primark. Saya seperti biasa, akan mencari corner untuk duduk. Sebaik keluar dari Primark, hujan mulai turun renyai renyai. Kami masuk pula ke beberapa kedai berhadapan Primark seperti Wallis dan M&S. Tapi sayang sekali kerana harga baju yang saya plan untuk beli di Wallis, harganya lebih mahal dari harga di OU. Jadi saya buat keputusan untuk tidak membelinya.



Oleh kerana saya merasa sangat tidak sihat dan mula batuk, kami balik ke hotel. Saya hanya tidur dan berehat di bilik sementara anak anak keluar sendirian dan mereka menghantar WhatsApp kedai Burger & Lobster yang ada dalam agenda percutian di London. Mereka juga meronda ronda London dengan bas. Sebelum balik mereka singgah di Tesco membeli udang untuk lauk makan malam. Saya menggoreng campak campak sahaja untuk dimakan dengan nasi lemak.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>