Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Majlis Berinai Nana Di Malam Hari Jadi

$
0
0




Memilih hari kelahiran sebagai tarikh pernikahan, majlis anakanda kami bermula pada petang 22 Disember dengan acara berinai. Ianya bukan lah majlis berinai seperti biasa. Sebaliknya hanya Nana ingin meraikan bersama kawan kawan doktor beliau sementara menunggu detik pukul 12 tengah malam iaitu hari jadi Nana. Kawan kawan Nana begitu sporting untuk sama sama menyanyikan lagu Happy Birthday bila jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. 





Mereka semua cantik berpakaian sedondon baju putih dengan berkain batik. Nampak sangat ayu walaupun ada yang telah bergelar ibu dan ada yang sedang berbadan dua. Saya sangat bangga melihat persahabatan mereka yang begitu utuh. Apabila telah mendirikan rumah tangga para suami mereka juga menjadi rapat dan serasi. Semoga persahabatan mereka kekal berpanjangan seperti mana saya dan suami yang kekal bersahabat dengan rakan rakan semasa kami masih menuntut di universiti. Selamat Hari Jadi, Kakak.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>