Haaa roti yang sedap giler ini bukan dihasilkan oleh Azie Kitchen tau tapi dari rumah jiran saya yang merupakan resepi terbaik dari The Bread Oven. Pagi pagi lagi, saya menghantar mesej untuk pergi beraya di rumah Dr Ibtisan, jiran yang merupakan sahabat baik kami. Memang saya akan menziarah rakan rakan walaupun mereka tidak mengadakan open house, jika berkesempatan.
Sebelum balik, Dr Ibtisan membekalkan kami dengan sebuku roti dari The Bread Oven yang terletak di atas Domino Pizza di Riana Green Plaza. Roti ini sangat sedap dan yang pasti bahannya adalah halal serta tiada penggunaan bahan pengawet. Kenapa saya berkata begitu? Kerana ianya dimiliki sendiri oleh Dr Ibtisan yang dikongsi dengan adik beradik beliau.
Roti yang sangat wangi dengan bau serbuk kayu manis ini boleh disimpan lama dengan cara dibungkus dengan plastik wrap dan disimpan di dalam freezer. Bila hendak dimakan, keluarkan dan biarkan dalam 20-30 minit dan bolehlah dipotong nipis. Jika suka boleh dibakar sebelum disapu dengan mentega, jem, kaya atau apa apa sahaja yang disukai. Saya pulak suka dimakan begitu sahaja. Memang saya suka makan homemade bread butter yang lebih berkhasiat.
Di kafe ini ada juga dijual bermacam jenis pasta seperti spaghetti bolognese, Olio Aglio dan macam macam lagi. Saya dan keluarga pasti akan mengunjunginya dan akan membuat entri khas berkenaan ini selepas itu. Malahan saat mendengarnya pun, saya sudah menelan air liur tetapi apakan daya kerana saya masih berpuasa.
Sejak kebelakangan ini, saya memang agak memilih dalam bab makanan di mana saya hanya akan memastikan ianya betul betul berstatus halal dan keutamaan saya ialah kafetaria kepunyaan orang Islam. Apa kata kita sama sama singgah di Kafe The bread Oven yang dimiliki oleh orang Melayu sebagai sokongan. Jika ingin membuat tempahan, boleh telefon Alby di 011-14344191 atau 012-3776724.