Quantcast
Channel: Azie Kitchen

Daging Goreng Kunyit Kelantan

$
0
0

Saya amat bersyukur kerana di usia persaraan saya, banyak perkara berlaku yang mengembirakan saya. Pertama mesti lah kerana semua anak anak saya telah menamatkan pengajian masing masing termasuk anak bongsu saya Hazween yang telah menamatkan pengajian ACCA di University of South Wales. 

Alhamdulillah, 3 dari mereka mengikuti pengajian di United Kingdom termasuk Nana yang akan memulakan program pakar beliau tahun depan di sana. Hahaha sejak dari anak anak kecil saya memang sangat bercita cita untuk anak anak belajar di universiti di sana. 

Kedua, saya masih dikelilingi oleh anak anak di rumah ini. Hanya Boy sahaja yang tinggal di Shah Alam. Itu pun tidak jauh dari kami. Malahan setiap minggu mereka akan datang menjenguk kami. Di usia ini, apa lagi yang diingini selain dari dikelilingi anak anak. Dapat berbuka puasa dengan anak anak menantu dan cucu cucu adalah satu yang terindah dalam hidup saya.  

Ketiga, keputusan Nana untuk berpindah dan tinggal bersama kami adalah umpama mimpi menjadi nyata. Dapatlah saya melihat Aliya Hajar membesar di depan mata. Berpeluang memeluk dia setiap hari adalah saat yang sangat membahagiakan saya. 

Nana juga mula mengikut jejak saya yang sentiasa memikirkan pelaburan dan simpanan masa depan bila dia membuat keputusan untuk tidak menjual rumah di Sg Buloh. Sebaliknya rumah tersebut disewakan sahaja. 

Saya berdoa agar Nana dapat mencari sebidang tanah yang berdekatan dengan rumah kami. Pada saya, mendapatkan sebidang tanah adalah penting untuk kita memiliki rumah yang selesa suatu masa nanti. Alhamdulillah atas semua kurniaan Allah. 


Saya memang anak Kelantan yang walaupun dah berpuluh tahun, malahan lebih dari separuh usia saya menetap di sini tapi citarasa makan saya masih setia dengan masakan dan kuih muih Kelantan. 

Antaranya ialah daging goreng kunyit Kelantan yang sangat terkenal di sana. Lagi lagi kalau masa sambutan Hari Raya Qorban di mana wajib lauk ini disediakan menggunakan daging qorban. 

Nampak mudah tapi saya buat memang tidak menjadi sehingga saya kena beberapa kali menelefon kakak untuk menanyakan cara caranya. 

Cara caranya memberikan hasil yang berbeza dari segi tekstur dan rasa daging goreng tersebut. Satu lagi yang wajib ada ialah lada hijau solok. Tapi sebab tak ada stock, terpaksa lah guna cili padi dan cili hidup. Serious aroma berbeza walaupun guna cili hidup juga. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Daging Goreng Kunyit Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
700 gram daging
Serbuk kunyit
Garam
Sedikit gula
Kunyit hidup
Sedikit serbuk Aji

Bahan hiris:
1 biji bawang besar Holland
Cili merah - paling sedap guna lada solok
Cili padi 

Cara cara:
Perap daging dengan garam, gula dan serbuk kunyit. Nyalakan api dan biarkan sehingga air daging keluar dan sedikit kering.



Masukkan air secukupnya untuk masak daging sehingga empuk.

Setelah daging empuk dan air hampir kering, tuang minyak masak dan kacau sehingga terbit minyak. Nota: masukkan sedikit kunyit hidup untuk tambah aroma.

Masukkan bawang dan cili hiris. Kacau sehingga cili dan bawang lembut. Masukkan sedikit serbuk aji. Kacau rata.

Bolehlah tutup api.    




Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Ubi Keledek

$
0
0


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga kita semua dapat menjalani Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan menjadi orang yang bertaqwa selepas menamatkan bulan Ramadhan. Aamiin. Sebelum itu, jangan lupa klik follow blog saya dan klik iklan yang keluar juga tau. Terima kasih atas sokongan anda.

Tahun ini ramai peniaga mengeluh kerana business tidak begitu laku. Jualan makanan di bazar Ramadhan dikatakan tidak begitu laku dengan harga pula dinaikkan untuk cover kenaikan kos bahan. Saya baca ada yang menaikkan harga sekeping murtabak sehingga RM2.00 yang kononnya  atas alasan harga bahan naik. Macam melampau lah pulak kan. 

Kita sebagai pembeli sebenarnya boleh juga untuk boikot peniaga yang menjual dengan harga keterlaluan. Tak kan lah harga bahan naik sehingga RM2.00 untuk sekeping murtabak kan? 

Kita sebagai pembeli boleh guna kuasa sebagai pembeli. untuk boikot apa sahaja perniagaan yang tidak beretika dengan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dengan keterlaluan atau perniagaan lain yang mengganggu gugat agama kita. OK setakat ini dulu dari saya, jom masuk bab masakan pula.


Saya teringat masa di kampung dulu, kami ada beberapa pokok pucuk manis di belakang rumah. Terletak berdekatan dengan reban itik. Setiap pagi masa mengutip telur itik, saya akan pergi ke pokok pucuk manis untuk mengambil bunganya. Suka melekatkan di telinga, ala ala subang gitu. Hahaha apa lagi mainan budak kampung. Bukan macam budak kampung sekarang, yang banyak memerap di dalam bilik sahaja.

Saya dulu kalau ada masa, kayuh basikal pergi ke Pantai Melawi melepak di rumah arwah sahabat saya Arwah Zamilah. Duduk bersembang sembang di atas pasir pantai sambil mengadap lautan membiru. Jauh bukannya dekat dengan rumah. Rasanya ada kot 3-5 batu. Tapi zaman dulu tak risau, tak ada orang jahat, tak ada kes jenayah semua. 

Berbalik pada pucuk manis ni, ianya sedap dimasak lemak selain itu ianya juga sedap dimasak air sahaja. Bahan sama dengan masak lemak, cuma tambah sedikit lada hitam dan gantikan santan dengan air. Juga sangat sedap.

Saya makan lauk ni masa berbuka dan sambung lagi masa sahur. Masya Allah sedap sangat. Siap meratah ratah lagi. Puashati dapat makan menambah nambah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Masak Lemak Pucuk Manis. Dengan Ubi Keledek
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ikat pucuk manis
1 batang ubi keledek
1 kotak santan
1 biji cili merah
Garam

Bahan tumbuk:
5-6 biji bawang merah
1 genggam ikan bilis

Cara cara:
Satukan bahan tumbuk dengan santan dan air secukupnya. Kacau rata. Nyalakan api.

Masukkan ubi keledek dan masak sehingga mendidih dan ubi hampir masak.

Masukkan daun pucuk manis dan cili merah. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. Jika suka, boleh masukkan perisa Aji. 


Nota:
Lagi sedap jika menggunakan isi ikan rebus. Jika suka, boleh masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk sekali dengan. bawang. 



Sambal Ikan Bilis Kering Rangup

$
0
0


Saya teringat satu tahun pada hari pertama Ramadhan, surau tempat saya bekerja menjemput Ustaz Norhisyam dan beliau memberikan tazkirah tajuk, jika bukan Ramadhan ini, bila lagi? 

Tazkirah ustaz telah benar benar mengubah rutin masa rehat saya. Kalau biasa, saya hanya akan rehat di pejabat sahaja tapi selepas itu,  saya mulai ke surau untuk mendengar tazkirah Zohor oleh ustaz jemputan dan juga untuk solat Zohor secara berjemaah.

Sehingga kini, setelah bersara saya masih rindu untuk berada di surau di taman taman syurga yang sangat selesa dengan aircond dan karpet yang tebal. Namun begitu, masih ramai yang tidak pergi. 

Berbalik pada tajuk, jika bukan Ramadhan kali ini, bila lagi? Sangat tepat. Jika bukan di bulan Ramadhan yang mana Allah menjanjikan pahala berganda, bila lagi? Kalau bulan Ramadhan ini pun kita tidak mahu berubah, bila lagi kita mahu berubah? Kalau sebelum ini tidak pernah bangun solat tahajjud, bila lagi bagi memulakannya? Kenalah buat muhasabah diri masing masing.


Semasa menghadiri majlis kenduri mak sepupu kami, seminggu sebelum Ramadhan yang lalu, saya dok semeja dengan Aswana dan Tie, 2 orang sepupu sebelah arwah Bonda. Arwah Bonda hanya berdua beradik sahaja. Jadi kami sepupu sangat rapat dari kecil. 

Wana memberitahu nak puasa ni, nak minta Tie sediakan sambal ikan bilis yang sedap dan rangup. Saya seperti biasa akan terus bertanya cara menyediakannya. Bahan bahan sama jer dengan bahan yang biasa saya gunakan. Kaedah pun sama cuma, saya jarang menyediakan sambal ikan bilis kecuali jika untuk dibawa bercuti ke luar negara. 

Hari ini kami berbuka di luar, jadi memikirkan apa lauk nak dimakan masa sahur. Tiba jer teringat sambal ikan bilis kering yang rangup ini. Maka terjadinya lauk ini seperti yang dikongsikan Tie. 

Alhamdulillah, sangat sedap walaupun dimakan ketika sahur. Saya siap menambah nasi lagi, siap meratah ratah lagi sambal ikan bilis ni. Ikan bilis ni tahan 3 hari di luar peti ais, kalau selepas tu, kena masukkan dalam peti ais lah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Ikan Bilis Kering Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4-5 genggam ikan bilis
2- 2 ½ sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil garam atau secukupnya
2 sudu besar gula
Sedikit gula Melaka
1 keping asam keping

Bahan kisar:
1 ½ biji bawang besar
1 genggam bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.


Menggunakan minyak yang sama, tumis baham kisar sehingga terbit minyak, masukkan cili kering kisar. Tumis atas api sederhana sehingga benar benar garing dan terbit minyak.

Masukkan asam keping, gula melaka, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga sebati. Sejukkan sambal. 


Setelah benar benar sejuk, tuangkan ikan bilis dan gaul rata bersama sambal. Sedia untuk dinikmati. Nota: tos kan minyak supaya ikan bilis kekal rangup lebih lama. 







Rendang Ayam Untuk Berbuka Puasa

$
0
0


Alhamdulillah kita telah pun berada di pertengahan kedua Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu. Mulai malam ini, kita boleh mula membaca doa Qunut dalam solat witir rakaat yang ketiga.  

Beruntung jadi generasi zaman ini kerana banyak pesanan dari ustaz dan agamawan dalam bab agama untuk kita belajar dan belajar. Kalau zaman dulu, saya kerap ke kedai kedai buku untuk membeli buku buku agama. Media sosial ada kebaikan jika digunakan ke jalan yang bermanafaat. 

Saya ingin kongsi sedikit petikan dari tadabbur surah Al Baqarah di mana ustaz menyebut kalau kita dah bersedia dan membuat segala apa yang Allah perintahkan, tiada kesedihan dan dukacita untuk kita meninggalkan dunia. Mati pasti berlaku samada kita bersedia atau tidak. 

Cuma orang yang bijak ialah mereka yang banyak mengingati kematian dengan membuat bekalan dan persediaan yang sebanyaknya. Soal selebihnya biarlah Allah yang menentukan kerana apa yang kita dapat semuanya dari Rahmat Allah, bukan dari banyaknya amalan kita.


Rumah kami kalau tak ada ayam, memang tak sah. Petang semalam saya beli 2 ketul ayam rendang di bazar Ramadhan Denai Alam. Sekali Nelly dan Aween dah ambil seketul seorang. Kemudian Nelly bagi sikit pada saya. Hmm bila benda sedikit terasalah sedapnya. 

Saya masuk ke dapur awal dari biasa untuk tengok kalau ada ayam dalam freezer. Bila nampak ada sedikit ayam, maka saya pun mula menyediakan bahan bahan untuk dibuat rendang. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINISelamat mencuba….


Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
½ kg santan
1 kiub pati ayam
3 sudu besar cili kering kisar
Sedikit gula Melaka
1 helai daun kunyit - hiris nipis
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Garam

Bahan kisar:
2 ibu inci halia
5 batang serai
10 gram lengkuas - 4 hiris
2 biji bawang besar - 230 gram
2 inci kunyit hidup

Bahan hiris:
7 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris

Cara cara:
Masukkan ayam dan bahan kisar serta bahan hiris ke dalam kuali. 


Masukkan cili kering kisar dan kacau rata. Masak sehingga ayam kecut.

Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan semua bahan perasa.

Setetelah terbit minyak, masukkan daun kunyit dan kerisik. Kacau rata sehingga kering yang disukai.




Agar Agar Santan Gula Melaka

$
0
0


Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana di bulan Ramadhan ini, ramai yang telah sudi untuk singgah dan klik juga iklan yang keluar di blog saya. Terima kasih semua. Kerjasama anda sangat sangat saya hargai. 

Demi Engkau aku sanggup bersusah payah. Apa yang kita lakukan hendaklah bertujuan untuk mendapat redha Allah. Apa yang kita benci kadang lebih baik untuk kita dalam mendapat redha Allah. Apa yang kita suka, mungkin tidak baik untuk kita. Kalau kita hanya suka benda yang menyeronokkan ikut hawa nafsu sahaja, bahaya untuk agama kamu atau akhirat kamu. 

Apa yang kita kasih, kadang keburukan pada kamu. Jangan dok ikut akal sangat kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kalau susah kerana agama, bila mati akan senang. Bila lahir kamu menangis keluarga gembira. Dalam hidup buatlah segala amal dan kebaikan sehingga satu tahap kamu akan gembira untuk berjumpa Tuhan kamu sedangkan orang lain pula akan menangis. Tak perlu menangis untuk tinggalkan dunia. Orang lain yang menangis.

Kalau ada kesusahan dalam mematuhi perintah Allah, cuba tempuhi kerana disebalik kesusahan ada kejayaan. Yakin adanya redha Allah, ada kurniaan Allah, ada keampunan Allah. Cuba sempurnakan syariat seperti menjaga akhlak, infaq, jihad dsb demi kesenangan di akhirat kelak. 

Untuk orang mukmin kerehatan adalah selepas kita meninggal. Dunia adalah tempat bersusah susah, bukan tempat untuk berehat dan bersenang lenang. 


Agar agar adalah kuih kesukaan saya, lagi lagi yang dimakan ketika sejuk. Selain agar agar kosong seperti sirap rose, saya suka dua jenis agar agar ini iaitu agar agar santan gula melaka dan agar agar santan pandan. Kedua duanya sama sahaja penyediaan, yang berbeza hanya satu menggunakan jus. daun pandan dan satu lagi gula Melaka sebagai watak utama.

Cuma anak anak zaman sekarang tak berapa suka agar agar, mereka lebih suka puding yang menggunakan susu, buah buahan dll. Perbezaan citarasa dengan generasi lama.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Agar Agar Santan Gula Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
20 gram agar agar tali
4 cawan air
1 helai daun pandan
1 sudu kecil esen vanila

Bahan A:
1 cawan gula melaka - 130 gram
½ cawan gula pasir 
Sedikit gula batu
1 cawan air

Bahan B:
1 kotak santan 200 ml
1 biji telur
Sedikit garam

Cara-cara:
Masak air dan agar agar serta daun pandan sehingga agar agar larut.

Masukkan gula melaka, gula putih dan gula batu. Masak sehingga gula larut. Kemudian tapis. Nota: pastikan masak sekejap sahaja supaya air tidak berkurangan


Dalam bekas lain satukan santan, garam dan telur. Kemudian, kacau dengan whisk atau garfu dan tuang ke dalam periuk.

Masak sehingga mendidih dan berbuak buak dalam 1-2 minit. Jangan dikacau supaya terhasilnya ketul ketul santan yang terpisah dengan agar agar. 

Tutup api dan tuang dalam loyang disukai. Nota: ada tips supaya jangan kacau ketika membuak.

Setelah beku, pindah ke dalam peti ais dan sedia untuk dipotong.


Nota:
Cukup manis dan lembutnya. Saya tambah sedikit air untuk kocok mangkuk santan. 


Ikan Cencaru Sumbat

$
0
0


Insya Allah sama sama doakan agar kita dipanjangkan usia dan diberikan kesempatan untuk memburu malam Lailatul Qadr beberapa hari lagi. Hidupkan malam bermula dari solat Qabliah Maghrib dan diakhiri dengan solat Subuh berjemaah. 

Tapi andai kata kita tidak dapat melakukan semuanya, jangan tinggalkan semua. Kita buat yang terbaik dan terikhlas kerana Allah Taala. Kita dapat syurga bukan kerana banyaknya amalan kita tapi kerana ikhlas dan redha Allah. Kalau kita tengok kes pelacur yang memberi minum anjing yang sedang kehausan.  

Kisah ini diceritakan oleh Rasulullah SAW yang ertinya: Ketika seekor anjing berputar atau mengitari pada sumur, di mana dia hampir mati oleh kehausan, tiba-tiba salah seorang pelacur Bani Israel melihatnya. Pelacur itu melepas sepatu kulitnya dan memberi minum (dengan wadah sepatu) kepadanya. Maka perempuan itu diampuni sebab demikian. (HR Bukhari).

Imam Bukhari dalam sebuah riwayat berpendapat, kisah tersebut sebagai bentuk ungkapan terima kasih dari Allah SWT kepada sang wanita. "Kemudian, (Allah SWT) memberikan pengampunan padanya, dan memasukkannya ke dalam surga," Semuanya berlaku dengan izin dan redha Allah. 

Jadi sempena berada di bulan Ramadhan ini, perbanyakkan berdoa memohon redha Allah, memohon syurga firdaus. Angkat tangan ketika 1/3 akhir malam kerana Allah mahu beri keampunan pada yang memohon keampunan dan Allah mahu tunaikan hajat pada yang memohon hajat. Berdoa dengan penuh keyakinan. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah itu Maha Pemalu dan Maha Mulia. Dia malu sekiranya seorang lelaki itu mengangkat tangan ke arah-Nya (dalam berdoa), lalu Dia membiarkan kedua tangan tersebut kosong dan tertolak. Riwayat Al-Tirmizi (3556)


Dah lama teringin nak makan ikan cencaru sumbat. Saya kadang rasa tak berbaloi nak masak ikan sebab anak anak semua tak suka ikan. Tapi bila nak beli, melihatkan ikannya dah langsung tak rasa berselera. Harga pun boleh tahan, yang ikan saiz kecil tu pun RM7 seekor. Tapi saiz macam ni, biasanya tak berapa lemak dan tak sedap. Kena cari saiz sederhana. 

Jadi mahu tak mahu, saya kena juga buat sendiri. Tapi buat sendiri, kalau sekadar 2 ekor jer macam tak berbaloi juga. Terus minta Hubby belikan 4 ekor ikan cencaru bersaiz sederhana. Baru berbaloi dan saya pun boleh makan meratah ratah. 

Serious sedap ikan cencaru sumbat saya hari ini. Lagi lagi menggunakan ikan segar. Cumanya, ikan bukan dibelah belakang lagi tapi dibelah terus sehingga ke kepala. Itu dah macam nak buat ikan kering. Hahaha saya terdiam sebab Hubby yang pergi membelinya dan minta supaya budak di kedai tu siangkan dengan dibelah belakang. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Ikan Cencaru Sumbat
Oleh: Azie Kitchen

Bahan tumbuk kasar:
3-4 genggam cili kering - rebus dan tos
Garam kasar secukupnya 
¼ keping gula melaka
Serbuk perasa - opsyenal
1 ketul asam jawa tanpa biji -  saiz bola pingpong
5-6 biji bawang merah - hiris

Cara cara:
Ikan cencaru dibelah belakang dan dilumur dengan garam.

Tumbuk kasar semua bahan di atas kecuali bawang merah. Sambal itu boleh dimakan begitu sahaja. Jadi pastikan sambal kita secukup rasanya. 

Setelah itu, masukkan bawang hiris dan gaul rata. 


Sumbat sambal ke dalam ikan dan balut ikan dengan daun pandan untuk kurangkan sambal keluar ketika menggoreng dan juga untuk aroma.


Panaskan minyak, masukkan serbuk kunyit ke dalam minyak dan goreng ikan sehingga masak.




Ayam Percik Kelantan Yang Sedap, Original and Authentic

$
0
0


Insya Allah esok kita akan mula masuk malam ke 20. Bermakna kita telah berada di 10 malam terakhir yang di dalamnya adanya malam Lailatul Qadr yang ganjarannya melebihi 1000 bulan. Jom kita sama sama memburu malam Lailatul Qadr dengan penuh keikhlasan kerana Allah Taala. OK kita masuk sedikit bab pesanan dari ustaz ustazah. 

Kalau sayang anak kena suruh dia solat. Tak boleh putus asa untuk terus bagi peringatan. Solat adalah tiang agama. Tak boleh biarkan anak tak solat tapi kita buat tak tahu jer. 

Namun ramai ibubapa yang tidak menegur anak yang tidak solat. Malah ada ibu yang tidak menegur anak yang dah besar panjang yang tidak berpuasa pun. Hidayah milik Allah tetapi ia bukan bermakna ibubapa boleh cuai dalam menjalankan tugasnya mendidik anak anak. 

Ibubapa akan bertanggungjawab di hadapan Allah jika hanya mendiamkan diri tanpa menegur. Selebihnya hendak lah ibubapa berdoa agar anak anak diberikan petunjuk dan jalan yang benar. Ibubapa juga perlu sentiasa memohon keampunan dari Allah atas kecuaian dalam mendidik anak anak yang diamanahkan Allah. 

Itu sebab bila kita memilih pasangan, cari lah orang yang tinggi ilmu agamanya. Lebih lebih lagi suami kerana dia akan menjadi ketua keluarga. Apa jadi pada kapal jika kaptennya sendiri tidak berfungsi. Ramai para suami sekarang yang bukan sahaja tidak bagus kedudukan kewangan tapi rapuh ilmu agamanya. Jom kita masuk pula bab resipi. 


Resepi Kelantan original adalah simple sahaja. Resepi inilah yang digunakan oleh arwah Bonda saya jika ingin menyediakan percik samada percik ayam atau percik ikan kembung. Lagi sedap jika ikan ada telur di dalamnya. Boleh lihat di SINI, entri ayam percik putih yang disediakan oleh kakak saya. Jika ingin percik merah, cuma letakkan sedikit cili kering seperti entri di SINI. Entri Ikan Percik Kelantan original pula, boleh klik di SINI

Semasa berchatting dalam group rakan sekolah, kawan saya cikgu Roslina Majid telah menulis resepi keluarga beliau yang sama dengan cara arwah Bonda saya menyediakan ayam percik. Tapi biasalah orang zaman dulu memasak main campak campak jer. Tiada sukatan. 

Jika kita rajin menyibuk di dapur untuk memasak bersama, kita akan pandailah mengagak bahan bahan yang digunakan. Jadi saya minta Roslina memberi sukatan agak agak yang beliau gunakan. Berdasarkan sukatan yang diberi, saya olah berdasarkan apa yang biasa saya gunakan juga untuk menghasilkan resepi yang secukup rasa sukatannya. Supaya ianya menghasilkan ayam percik yang bak kata Roslina "very original and authentic". 

Ada orang yang akan mengisar sekali serai bersama bawang tetapi saya lebih suka haruman serai yang diketuk sahaja di dalam kuah percik.


Jom layan resepi dulu. Untuk menikmati masakan Kelantan yang betul betul original, saya tiada pilihan melainkan menyediakannya sendiri di rumah. Tak sama dengan masakan orang yang berniaga di KL ni walaupun mereka berasal dari Kelantan. 

Ayam percik saya hari ini kelihatan sedikit nipis kerana saya celup dengan kuah percik hanya sekali sahaja kerana arang dah kehabisan. Masa nak makan, boleh lumur dan masukkan dalam air fryer jika mahu kuah percik yang melekat di ayam lebih tebal dan bersalut. Saya tak buat macam tu kerana mahukan aroma arang ketika dibakar ada pada ayam percik. 

Jangan lupa subscribe pada youtube Azie Kitchen channel dan follow Instagram Azie Kitchen. Video di Azie Kitchen youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

 
Ayam Percik Original Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam - guna 6 bahagian thigh 
700 gram santan pekat segar
1 keping asam keping
4 sudu besar gula - kena ada rasa manis
½ sudu kecil garam 
1 sudu besar tepung beras/tepung jagung - opysenal
1 batang serai ketuk - opsyenal

Bahan kisar:
4 tangkai cili kering - guna 1 sudu besar cili kering kisar
15 biji bawang merah - kena lebih baru sedap

Bahan perap:
12 biji bawang merah
2 inci halia
Garam

Cara cara:
Ayam dibuang kulit dan potong 4 dan dikelar kelar. Tumbuk halia dan bawang merah hingga lumat. Masukkan garam supaya lebih lumat. Lumur bahan tumbuk pada ayam. Biarkan dalam 30 minit. 


Lepas tu, ayam disusun dalam pengukus dan dikukus sehingga masak, sebelum dibakar. Nota: mesti kukus sampai masak supaya tiada lagi darah pada tulang ayam. 



Sementara. itu, kisar bahan kisar bersama dengan sedikit santan pekat hingga benar benar hancur. 

Masak bahan kisar bersama baki santan serta serai atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga santan pekat. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Boleh keluarkan asam, dikuatiri terlebih masam. Nota: kuah percik mesti sedikit ada rasa manis.



Akhir sekali, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air. Bila elok kepekatannya, bolehlah tutup api dan dilumur pada ayam yang sedang dibakar. 

Ayam dibalik balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang. 






Nota:
Jika menyediakan ayam percik putih, tak perlu memasukkan cili kering. 

Kuah akan lebih pekat setelah sejuk, jadi jangan dimasak terlebih pekat.

Sambal Ikan Bilis Chef Jo

$
0
0


Hari ini, kita dah masuk ke 10 akhir Ramadhan, Alhamdulillah. Jangan lupa masuk jer solat Maghrib malam ni, kita perbanyakkan ibadah. Segala galanya bermula dari solat sunat, zikir, mengaji, tadabbur dan sedekah. 

Kalau kita bersedekah setiap malam, pasti akan dapat ganjaran seolah bersedekah 1000 bulan. Kalau saya, saya akan bersedekah selepas solat Isyak. Atau bila bila pun boleh selepas masuk waktu Maghrib. Jom kita rebut peluang ini. Sekarang masuk pula bab resipi. 


Nak raya ni, boleh buat stock sambal ikan bilis bukan sahaja boleh dihidangkan dengan lemang atau pulut kuning tapi juga boleh dibuat lauk untuk lontong dan kuah lodeh.

Saya belajar resipi ini mengikut apa yang dikongsi oleh Chef Jo tapi dah lupa di mana saya menemuinya. Lagi pula ini entri tahun lepas yang dah lama tertangguh. Tak sempat nak publish. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sambal Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 genggam ikan bilis

6 sudu besar cili kering kisar

4 biji bawang besar - hiris

1 keping asam keping

Garam

1-2 sudu besar gula 

Serbuk perasa

Sedikit santan pekat

Minyak masak


Bahan kisar:

Sejemput ikan bilis

6 ulas bawang putih

4-5 biji bawang merah

Sedikit air


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan asam keping. Masukkan bawang besar dan kacau sehingga layu. Masukkan cili kisar. 


Masukkan garam, gula. dan serbuk perasa. Masukkan ikan bilis dan sedikit air.  Kacau rata. 


Akhir sekali, masukkan. sedikit santan pekat. Kacau rata dan kecilkan api. Masak sehingga terbit minyak, boleh tutup api.


Sedap dimakan dengan pulut kuning atau nasi lemak.  




Sayur Air Pucuk Manis

$
0
0


Sunggu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik, kita dah berada pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan yang mana satu malam adalah malam Lailatul Qadr yang menjanjikan semua kebaikan diberikan ganjaran seolah beribadah lebih dari 1000 bulan. Masya Allah. 

Sedekah RM10 setiap malam pada 10 akhir Ramadhan, jika jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 83 tahun. Solat 2 rakaat setiap malam dan witir 1 rakaat, jika jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna kita solat setiap hari selama 83 tahun. 


Masya Allah kita pun belum tentu lagi dapat hidup mencapai usia 83 tahun. Kalau pun mencapainya, 15 tahun pertama adalah usia kita sebelum mencapai baligh. 


Jika bukan Ramadhan ini, bila lagi nak beramal dan menambahkan ibadah. Bila lagi? Kita akan menyesal kelak jika kita mensia siakan peluang yang Allah bagi pada umat Nabi Muhammad SAW.  


Jom lah kita mulakan malam ni dengan set alarm dalam pukul 9 malam ke untuk kita bersedekah secara online pada mana mana masjid, tahfiz atau asnaf lain. Semoga bermanafaat. 



Saya menyediakan sayur air pucuk manis kerana masih ada lebihan pucuk manis yang dibeli hari tu. Boleh klik di SINI. Saya juga masak lemak pucuk manis tapi kerana nak kelainan, saya buat pulak sayur air.

Yang beza antara keduanya ialah. sayur air, saya masukkan sedikit lada hitam dan santan pula diganti dengan air. Yang lain semua sama. 

Alhamdulillah sedap sangat sayur air pucuk manis. Lagi pulak masakan seperti ini sangat berkhasiat dan menyihatkan. Tak ada lemak dan tak ada menggunakan minyak. Betul tak?

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sayur Air Pucuk Manis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
1 ikat daun pucuk manis
1 biji ubi keledek
3 biji cili padi - ketuk
½ sudu kecil garam

Bahan tumbuk: 
4 biji bawang merah 
2 sudu besar ikan bilis 
Sedikit lada hitam

Cara cara:
Masak air bersama dengan bahan tumbuk dan ubi keledek sehingga mendidih dan ubi hampir empuk. 

Masukkan pucuk manis dan garam secukup rasa. Kacau rata dan boleh tutup api.





Nasi Ayam Untuk Berbuka Puasa

$
0
0


Minggu lepas, seorang staf dari agensi yang berurusan dengan saya telah memberikan link, katanya Azie Kitchen trending di Twitter. Saya pulak memang tak reti sangat buka twitter ni. Twit dari NonaCempaka dengan caption "Nobody remembers Azie Kitchen anymore? Made ayam masak kicap following her recipe and it was bomb". Boleh klik link di SINI bagi yang ada twitter

Masya Allah saya sangat terharu kerana saya fikir dah tak ada follower saya ni. Bila saya post dalam blog, IG dan facebook page, sendu jer yang like atau komen. Jadi saya fikir tak apalah, mungkin masa saya dah tak ada lagi. Jadi saya hanya post recipe hanya untuk mengisi masa saya. Lagi pun saya memang minat memasak dan melihat resipi sejak di bangku sekolah lagi.

Rupa rupanya anak anak saya pun ada baca komen komen yang sangat banyak. Antaranya ialah komen yang agak lucu, ditanya berdosa tak kalau kita skip tazkirah yang beliau tulis. Ada pula tulis, saya baca dari keluar pejabat sehingga sampai di rumah, baru habis.

Hahaha saya memang tergelak kerana apa pun tulisan dan tazkirah saya selama ini ada yang membacanya dan Insya Allah semoga yang membacanya akan mendapat manafaat di saat kita tiada lagi di dunia ini. Insya Allah. Aamiin. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemilik akaun Twitter NonaCempaka yang masih sudi untuk menulis mengenai saya. Luv you sangat sangat tau.


Saya betul betul dah kekeringan idea nak memasak apa untuk berbuka. Jadi saya terfikir untuk buat nasi ayam sebab masa ke rumah besan kami di Shah Alam, berbau harum semerbak dari dapur beliau. Dia memberitahu sedang memasak nasi ayam.

Haa terus dapat idea untuk masak nasi ayam. Namanya jer nasi ayam tapi banyak juga kawan kawan nasi ayam ni yang. nak disediakan. Kalau memasak sendiri cepat jer tapi bila memasak sambil record video memang sangat memakan masa. Lepas memasak terus rasa nak pengsan. Jadi tengok lah video yang saya sediakan tau. Bila dah petang, hari pula mendung jadi gambar gelap sedikit. Tak apalah yang penting, mesej ada dalam tu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Nasi Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Nasi

Bahan tumbuk:

4 inci halia 

6 ulas bawang putih


Bahan lain:

6 ketul bahagian atas paha ayam

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

½ sudu kecil serbuk kunyit kunyit

½ sudu kecil serbuk pati ayam 

1 sudu kecil gula 

1 sudu kecil garam

1-2 sudu besar kicap pekat 


Kukus sehingga masak. Masukkan sedikit tulang ayam, lemak, kaki, kulit dan leher ayam ke dalam air kukusan ayam. 


Setelah ayam masak, angkat dan dikelar. 



Satukan semua bahan tumbuk dan bahan lain. Lumur rata rata pada ayam. Masukkan sedikit air kukusan ayam dan renjiskan kicap pekat secukupnya. 



Gaul rata dan perap ayam selama 30-60 minit. 



Panaskan minyak dan goreng seketika secara touch n go sahaja. Angkat dan tumbuk menggunakan lesung batu dan potong ikut yang disukai.




Sup Ayam


Bahan tumbuk kasar:

7 biji bawang merah 

6 ulas Bawang putih 

3 inci halia 


Bahan Sup:

Rempah 3 sekawan - atau sup bunjut

Serbuk lada hitam

serbuk lada putih

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk jintan putih

3 ketul kiub pati ayam

1 helai daun pandan 

Garam secukupnya

½ senduk minyak masak


Tumis rempah 3 sekawan dan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan semua bahan lain dan renih. Tuang bahan tumis ke dalam periuk air kukusan ayam. Renih. Masukkan garam secukupnya. 



Ketika hendak dihidangkan, tabur daun sup dan bawang goreng. 




Nasi Ayam


Bahan bahan:

4 cawan beras

8 cawan sup ayam - di bawah

2 sudu besar majerin

1 helai daun pandan


Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk. Tuang sup ayam secukupnya. 


Masukkan 2 sudu besar majerin dan daun pandan. Kacau rata dan masak nasi seperti biasa. 



Nota:

Pek nasi berlebihan dalam plastik dan freeze. 



Sambal Nasi Ayam


Bahan kisar:

5 biji cili merah

5 biji cili padi merah

7 ulas bawang putih

3 inci halia


Bahan lain:

2 sudu besar sos cili 

2 sudu besar sos tiram 

1 sudu besar kicap pekat 

6 sudu besar madu - guna 4 sb

1 sudu kecil garam 

1 sudu kecil serbuk pati ayam 

4 sudu besar cuka 

1 sudu besar gula - jika perlu, saya guna 2 sb


Masak semua bahan sehingga sos mendidih dan berkilat. 





Terung Goreng Berlado

$
0
0


Ramadhan dah semakin meninggalkan kita, tanpa menunggu samada kita bersedia atau tidak. Seperti doa Rasulullah celakalah mereka yang memasuki bulan Ramadhan tapi tidak mendapat keampunan Allah. Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. 

Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.  [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907] 

Hadis ini bermaksud teramat rugi besar bagi mereka yang di dalam bulan Ramadhan tidak mendapat keampunan Allah. Ramai yang tidak bersungguh sungguh mengambil kesempatan untuk mendapat pengampunan. Jangan terkejut, ada yang tidak menunaikan solat Terawih pun walaupun Terawih hanya ada dalam bulan Ramadhan sahaja. 

Jadi masih ada berbaki beberapa hari, kena pulun habis habis, untuk mendapat keampunan Allah dan memburu malam Lailatul Qadr. Bersedekah dan berinfaq lah di malam malam terakhir Ramadhan ini untuk mendapat pahala bersedekah selama 1000 bulan. Lakukannya selepas masuk waktu Maghrib atau bila bila sahaja sebelum masuk waktu Subuh.


Resipi terung goreng berlado ini adalah resipi yang saya biasa gunakan untuk pelbagai jenis masakan berlado. Campak campak jer, dah sedap rasanya. 

Lauk terung berlado ni adalah lauk yang bila nampak jer, tak perlu fikir panjang untuk makan. Hahaha maksudnya kalau lauk sayuran lain, kita kena fikir nak ke tak nak, terutama di restoran lah. Ambilkan tak sedap, dah lah kena bayar. 

Sebab apa saya tulis macam tu, pertama sebab terung ni memang sedap bila digoreng, kedua sambal berlado ni memang sedap. Banyak yang sedap dari tak sedap kerana mudah, semua orang boleh masak dengan sedap tanpa bahan yang banyak. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba... 


Terung Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 biji terung
½ sudu kecil garam 
1 sudu besar gula
1 keping asam keping
Minyak masak

Bahan kisar kasar:
2-3 biji cili merah
3 biji cili padi - jika suka pedas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng terung sehingga lembut. Angkat dan ketepikan.


Keluarkan sedikit minyak berlebihan, tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.  Kacau rata dan tutup api.


Boleh tuang sambal di atas terung atau dimasukkan terung ke dalam kuali dan dikacau rata terpulang pada kesukaan masing masing.

Nota:
Boleh masukkan separuh biji buah tomato dalam bahan kisar sebagai ganti asam keping. 

Sotong Goreng Kunyit

$
0
0


Saya ingin kongsi kuliah Tadabbur ayat 265-268 surah Al Baqarah. Antara petikannya ialah harta infaq adalah harta sebenar kita. Kita akan dapat balik dengan berganda ganda nanti. Infaq maknanya simpan. Barang nak infaq mesti baik dan paling kurang dikira baik. 

Zakat atau infaq penting maka syaitan berusaha merosakkan supaya jangan ada infaq. Kemudian dia akan cuba rosakkan dengan apa sahaja cara, akan rosakkan sempurnanya infaq kita. Infaq banyak tapi tak ada balasan akhirat. 

Jadi Allah beritahu syarat infaq, untuk kita penuhi supaya ada hasil dunia dan akhirat. Bila ungkit balik, telah hancurkan infaq. Syarat mesti ada dalam hati kita ialah untuk dapat redha Allah. Kalau ada bisikan iblis, kena cepat cepat sebut Astagfirullah, aku buat supaya Allah tambah pada aku keimanan. 

Syarat kedua, kena teguhkan perasaan kita. Infaq bukan mudah, infaq perkara kita sayang pada orang lain, bukan mudah. Teguhkan hati kita kena bagi kerana ia bagi kebaikan dunia dan akhirat. Lawan syaitan yang bisik di hati kita supaya jangan bagi. Kena lawan perasaan untuk halang kita dari berinfaq kita lawan dengan kata kita kena bagi sekarang bukan lain kali. Perkara baik kena bersegera. Itu kata Allah. Bersegera dan berlumba. Kena sentiasa mendahului supaya pahala orang lain pun kita dapat. Jangan teragak agak dan tangguh untuk infaq. Sentiasa dalam keadaan teguhkan jiwa. 

Ketiga, barang nak infaq mesti kira baik. Jangan yang kurang baik. Kalau tak, infaq kita tak bagi kesan besar tak dapat gandaan 10 kali ganda. Kalau boleh bagi barang yang terbaik. Syarat ke4 ialah hasil yang halal. Hati mesti sentiasa mencari dan menginginkan redha Allah bila infaqkan harta. Dengan cara sentiasa teguhkan jiwa mereka dari terganggu dengan syaitan. Nak bagi harta yang disayangi bukan mudah, sentiasa bagi dorongan supaya teruskan, jangan rasa rugi. Maknanya infaq bukan perkara mudah. 

Allah beritahu 8 syarat untuk lakukan infaq dengan hasil yang maksimum. Adanya ikhlas, tasbih. Infaq bila dibuat dengan memenuhiakan  syarat, dapat pulangan berganda ganda. Bayangkan kita infaq RM10 dapat untung berjuta juta. Allah adakan dalam Al Quran, cara cara infaq yang betul umpama kebun yang keluarkan hasil yang berganda ganda. Walaupun hujan renyai tetap kebun ada hasil. Allah adakan contoh orang yang infaq tak menepati syariat. Allah yang bagi pahala. Jadi kena ikut syarat terma dan syarat yang Allah tetapkan dalam Al Quran. Ikhlas kerana Allah Taala bukan kerana nak dipuji atau takut dikeji. 

Bandingan infaq yang tak ikhlas, adakah kamu ingin tiada memiliki kebun tamar dan anggur. Kebun yang ada saliran air sungai kecil yang cukup keperluan airnya. Dalam kebun itu ada pelbagai tanaman lain. Kebun hebat tapi bila dia dah tua, kebun ditimpa angin kencang yang boleh mencabut pokok dan mencetuskan api menyebabkan kebun terbakar. 

Kebun adalah amal manusia. Ada kebun hebat tapi bila dah tua, saat anak masih mengharapkan, tiba tiba kebun rosak. Analogi amal orang kaya yang taati Allah jadi rosak bila dah tua, amalannya dirosakkan oelh syaitan sehingga keikhlasannya terbatal. Dia tak jaga ikhlas. Bila sampai dan tunggu dari Allah untuk dapat balasan, tak ada lagi balasan. Ini lah bandingan. Mudah mudahan kamu berfikir. 

Pertama kena mengaji, kena tahu makna dan ketiga baru berfikir. Setiap kali berinfaq kena menepati. Al Quran jelas tapi kita yang tak mengaji. Kalau infaq sekadar buat, tak akan menepati 8 perkara itu. Kita tak dapat hasil dari infaq tersebut. 

Syarat seterusnya barang mesti baik kena cari dengan cara halal. Ada riba tak halal ada kezaliman tak halal. Benda baik jangan sengaja ambil barang yang buruk benda yang kamu nak infaq. Makanan nak basi, terus infaq sebelum basi. Nak jual tak boleh. Jadi hantar untuk infaq. 

Kalau nak dapat pahala untuk kamu, kenapa buat macam ni. Kamu sendiri pun tak akan ambil barang tak baik untuk diri kamu, jangan bagi orang lain. Pakaian lama yang masih elok, masih dikira perkara baik. Kita bagi sebagai bantuan. Kalau kain dah jadi sampah dah tak layak lagi diinfaq. Infaq untuk kamu sendiri. Pahala dari infaq untuk kamu. Infaq bagi nilai besar untuk mendekati Allah maka syaitan akan cuba rosakkan infaq dengan bisik infaq merugikan. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Sebenarnya memasak atau apa apa sahaja, kita kena belajar. Kalau dulu dulu, kita masak sambal tumis sotong, jadi cair dan ada ketika sotong jadi liat keras. Tapi bila kita belajar, baru kita faham. Bukan sahaja bab masakan tapi bab apa apa sahaja. 

Satu tips supaya sotong tak kecut dan dan juga tak liat ialah dengan memasak sotong terlebih dahulu dalam kuali tanpa minyak. 

Setelah air keluar, boleh ditos dan masak. Baru lah sotong akan jadi cantik dan tak kecut. Air sotong tu terpulang, kadang saya masukkan dulu dalam sambal dan masak sehingga sambal kering serta terbit minyak. 

Sotong tu boleh dimasukkan dalam sambal atau dalam kuah yang kita sediakan. Tak perlu masak lama lama sekadar kacau rata seketika dah boleh tutup api. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sotong Goreng Kunyit
Oleh: Azie KItchen

Bahan bahan:
7 ekor sotong
Serbuk kunyit
Garam
Karot - hiris 
Serbuk perasa - opsyenal

Bahan lain:
Bawang Holland - hiris
4 biji cili padi - ikut pedas disukai
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris

Cara cara:
Masukkan sotong dan serbuk kunyit ke dalam kuali tanpa minyak. Masak sehingga air sotong keluar dan kemudian akan kering.



Setelah itu, masukkan minyak masak secukupnya. Masukkan karot dan kacau sehingga karot separuh masak.

Tuang semua bahan hiris yang lain. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata sehingga semuanya lembut.

Jika suka, tabur daun sup. Kacau rata dan boleh tutup api.




Masak Lemak Ayam

$
0
0


Alhamdulillah kuliah Tadabbur surah Al Baqarah kali ini ialah ayat 256-258 yang antara lain ialah berkenaan ayat Kursi. Siapa membaca ayat Kursi selepas solat fardhu akan mendapat syurga. Sifat Allah yang jelas tak patut ditolak oleh hamba yang ada akal yang waras. Manusia banyak dipengaruhi nafsu. Jadi kena cuba fahami makna ayat Kursi. Tadabbur akan maknanya akan beri kesan besar pada akidahnya untuk patuh dan taat. 


Kita tak paksa orang kafir masuk Islam. Islam tiada paksaan. Islam ajar umatnya jadi orang yang baik. Kena fikir kerana kita diberi akal. Islam hanya paksa orang yang ikut Islam. Wahyu menjelaskan Islam itu betul. Bila dipelajari, Islam mengajar yang betul, yang sesuai dengan akal yang waras. Teras Islam adalah mentauhidkan Allah. Syahadah adalah menerima tauhid iaitu Allah Maha Esa, apa yang dibuat Nabi semua benar. Terima apa yang dibawa Rasulullah adalah benar. 


Dikira orang Islam bila bersyahadah menerima semua. Apa yang dipuja selain Allah, adalah salah. Teras Islam ialah engkar dulu apa yang dipuja selain Allah. Menolak dalam hati dia sebarang pergantungan pada selain dari Allah. Dia Hanya boleh terima keEsaan Allah. 


Selain dari Allah, adalah ciptaan Allah yang kita boleh nampak dan tak boleh nampak seperti arasy, syaitan dan jin. Pastikan akidah sempurna iaitu dengan belajar kitab Allah untuk mantapkan akidah. Semua ada dihurai dalam Al Quran. Allah tahu semua yang ada dalam hati hambanya. Kesan tauhid adalah Allah akan sentiasa bagi hidayah. Allah akan jaganya dan akan jadi lebih baik. Orang kita tak tahu makna beriman. Bukan macam musryikin Mekah. Mereka percaya Allah tapi rasa dia betul, Nabi salah. Musyrikin Mekah yang silap faham diperbetulkan. Keunikan tauhid, kita tak mudah terima sebarang dakwaan. Lebih berhati hati. 


Kalau kita nak masuk syurga kena sama cara hidup kita. Cara hidup di negara kita bukan neraca. Kalau nak belajar agama, ke mana kita pergi? Kita kena pergi belajar di Mekah, Saudi, Jordan, Yaman. Apa diajar di sana berdasarkan kitab Al Quran. Neraca untuk kita ukur. Kelebihan mentauhidkan Allah ialah Allah akan jaga orang itu. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Kali saya menyediakan masak lemak ayam yang merupakan lauk kegemaran anak anak. Saya kadang kadang jemu nak menyediakan lauk ini tapi sebab ramai yang suka, saya terpaksa juga. 

Saya tukar tukar juga cara penyediaannya, ada kala saya tumis dulu bahan kisar, ada kala saya masak terus tanpa ditumis. Saya tak pasti dengan orang lain, pada saya sama jer sedapnya. Yang penting, kena cukup lemak dan cukup rasanya. Insya Allah sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 kotak santan + air secukupnya
1 kiub pati ayam
3-4 biji cili padi
1 asam keping
1 batang serai - ketuk
Garam

Bahan tumbuk:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah
1-2 inci halia
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masukkan ayam dalam periuk dan biarkan air ayam kering seketika. Masukkan bahan tumbuk, serai dengan sedikit air. Biarkan sehingga bahan tumbuk masak mesra dengan ayam dan separuh masak. 

Masukkan santan dan semua bahan lain seperti asam keping, garam, kiub pati ayam dan cili padi. Masak sehingga ayam empuk.  Boleh tutup api. 




Pengat Pisang Abu Untuk Berbuka Puasa

$
0
0

Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari tazkirah tadabbur surah Al Baqarah. Tadabbur ayat 285 dan 286 surah Al Baqarah yang biasa kita baca sebelum tidur tiap malam. Bak kata ustaz, tak sempurna hanya baca Al Quran tanpa memahami makna kerana semua peraturan dan syariat Allah terkandung di dalam Al Quran. 

Ayat berita gembira ayat penutup surah Al Baqarah. Hampir keseluruhan berkait akidah dan amal. Hukum syariat ibadah, adab samada terima tak terima terima. Berita gembira akan beriman RasulNya dan para mukmin lain di kalangan sahabat baginda. 

Nabi dan sahabat beriman pada Allah dan segala malaikatnya, kitabNya dan diri nya sebagai Rasul sendiri dan Rasul terdahulu. Ini 4 Rukun Iman. Dalam ayat terdahulu akhirat, qada qadar dan disebut. Puak dulu cara beriman tak sah dengan terima Nabi Isa dan tolak Nabi lain. Cara beriman ialah terima keseluruhan. Kita terima Nabi Isa yang akan turun semula membunuh dajjal cuma kita ikut Al Quran dan syariat Nabi Muhammad. Kami tidak bezakan kalangan Rasul Allah kami percaya mereka Rasul Allah cuma ikut Nabi kami sebagai Nabi terakhir. Umat lain pun kena ikut Nabi akhir zaman supaya iman dia sah. Kena masuk Islam. Bab ikut lah mereka menolak Nabi lain. Segala rukun iman terkandung dalam ayat ini. Keyakinan pada Nabi yang kukuh. 

Rumusan adalah keimanan mesti meresap percaya sungguh sungguh. Rasul dan Al Mukminun adalah gelaran sahabat Nabi. Sahabat nabi adalah neraca keimanan. Sekiranya Yahudi atau Nasara boleh beriman sebagaimana kamu sahabat Nabi beriman. jika tidak, mereka menyimpang dari keimanan sebenar. 

Kami redha terima wahai Allah, kami oatuhi arahan Engkau. Jika ada larangan, akan berhenti dari buat. Dirikan solat, maka kita taat. Larangan kita tak buat, buat apa yang disuruh. Kami patuh. Hubungan hamba dengan Allah adalah solat 5 waktu. 

Ampunikan lah keampunan kami tutupnkecuaian kami bila kami mati. Kita telah sedar tak ada antara kita yang mampu patuh 100%. Bila dijemput kita kena pergi. Mepada engkau kami akan kembali. Tak boleh tolak walaupun satu saat. Semua syariat sesuai dengan kemampuan hamba contoh solat hanya 5 waktu sahaja dari 24 jam. Puasa, makan juga cuma adjust waktu makan. Zakat dari harta banyak hanya 1/40 untuk bantu saudara kita yang susah. Tolong menolong wujud suasana harmoni. Allah tidak membebankan malah setimpal dengan jiwa orang yang mematuhi itu. 

Segala syariat ini tiada paksaan dalam agama. Bagi dia lah kebaikan dia buat. Buat solat untuk masuk syurga. Akan tanggung hukuman apa yang dia buat. Kebaikan dia dapat. Musibah dari hukuman, dia akan tanggung. Syaitan ugut kamu akan fakir bila hantar anak gi mengaji di pondok. Seolah mengaji agama tak ada kebaikan di dunia. Allah yang jaga kita dari dunia hingga ke syurga. Bisikan akan menghantui jiwa yang nak belajar agama. Tolong tadabbur ayat Al Quran. 

Allah ajar kita berdoa, jangan lah hukum kami bila kami tinggal arahan sengaja, kami buat kesalahan sengaja. Kami minta maaf. Mengaku silap dan terlanjur. Doa yang Allah ajar sendiri. Allah tahu hamba tak sampai apa yang Allah nak beritahu. Tuhan kami jangan lah hukum kami jika kami tinggal arahan dengan sengaja dan buat silap dengan sengaja. 

Jangan bebankan kami dengan berat sebagaimana kamu beban hukuman berat pada umat terdahulu. Supaya benda ni tak menimpa kamu. Jangan pikul syariat yang tak mampu kami lakukan. Syariat akhir zaman semua ringan. Jangan timpa pada kami ujian yang tak mampu kami memikulnya. Ujian ikut keimanan masing masing. Ujian setimpal dengan kemmapuan untuk naikkan darjat kita. 

Diajar maaflah dosa besar dosa kecil kami, rahmati lah kami. Engkau pelindung dan penjaga kami sebab Engkau Tuhan. Serah pada Allah sepenuhnya. Bantulah kami pada golongan engkar yang menentang kami. Di mana mana tempat ada musuh terdiri dari syaitan dan manusia. Tolong lah kami wahai Allah. Allah jamin kita selamat, kita akan selamat. 

Siapa baca 2 ayat akhir malam hari dah cukup untuk keberkatan dengan tahu fadhilat mengharap ganjaran yang disediakan. Dah cukup untuk keberkatan dan keselamatan. Bangun tahajjud baca Amarussul dan satu ayat lain lagi dah cukup. Cukup setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Saya memang kalau berbuka suka kuih muih yang basah dan berkuah. Berbeza dengan lauk pauk, saya suka yang kering dan tak berkuah. Sekadar lembab jer nasi di pinggan. 

Selain sira pisang, saya suka makan pengat pisang. Lagi lagi kalau pisang kebatu Kelantan yang berwarna kekuningan. Pisang ni ada mirip pisang Abu walaupun tak sama. 

Kalau buat pengat, saya suka pisang yang hampir masak supaya bila dimasak pengat, pisangnya jadi sedikit lembik. Tidak lah terlalu lembik. Aduhaai sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Pengat Pisang Abu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
15 biji pisang abu
140 gram gula Melaka
2-3 sudu besar gula
Sedikit garam
¼ cawan sagu
1 helai daun pandan
700 ml air
1 kotak santan kotak

Cara cara:
Masak air sehingga mendidih dan masukkan biji sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih. Masukkan air dan kacau rata. Tuang ke dalam penapis dan ketepikan.

Masak gula Melaka dan gula dengan sedikit air sehingga gula hancur. Masukkan pisang dan daun pandan. Masak sehingga pisang separuh lembut.


Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau rata sehingga mendidih.

Akhir sekali masukkan sagu dan kacau rata. Boleh tutup api.






Rendang Pedas Perak Hidangan Istimewa Di Hari Raya

$
0
0


Insya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam beberapa hari lagi. Bermakna Ramadhan juga akan meninggalkan kita samada kita mengambil manafaat sepenuhnya dari bulan yang mulia ini atau tidak. Kalau siapa yang melalui bulan Ramadhan tapi tidak mendapat keampunan Allah, maka dia termasuk orang yang celaka seperti mana doa Jibril yang diaminkan oleh Rasulullah.

Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari tazkirah tadabbur surah Al Fatihah yang kita baca dalam solat sebagai Rukun solat. Tak boleh silap kerana menyebabkan solat kita tak sempurna dan batal. Dalam Al Fatihah  ada 155-156 huruf, kalau tertinggal boleh batal solat. Baca tak ikut peraturan akan berdosa kecuali mereka yang tengah belajar dikira diberi pahala. Yang baca Al Quran merangkak dalam bacaan akan diberi 2 pahala baca Al Quran dan susah payah untuk baca dengan betul. 

Tadabbur untuk kita faham makna. Untuk kita faham apa yang kita baca supaya nilai dan mutu solat kita tinggi. Hari ni makna dan maksud dalam surah Al Fatihah. Al Quran kena belajar dengan berguru. Sandaran akhir kita adalah Rasulullah.  


Dimulakan dengan Al-hamdu lillâhi rabbil – âlamîn. Apa yang Allah hendak kita faham akan sifat Allah ialah Akulah Tuhan Al Khalid yang Maha Pencipta dari tak ada kepada ada. Segala puji hanya bagi Allah. Maka Aku sahaja yang kamu kena seru, kena taat. Lafaz derhaka yang beri makna tidak mengenang jasa. Umpama rakyat tak ikut peraturan yang dititah raja, maka dikira derhaka pada raja. Tapi yang paling menyentuh hati ialah anak derhaka pada ibubapa. Ini yang besar. Jasa ibubapa, memang anak tak boleh balas sampai bila bila. Jadi dikira satu kesalahan besar. Aku yang menjadikan ibubapa kamu sayang pada kamu. Allah yang Maha Memelihara kita dari kecil sehingga sekarang dan sampai bila bila. 

Ar-rahmânir-rahîm. Allah Maha pemurah. Orang derhaka pun akan diberi juga segala nikmat dunia. Rahmannya Allah, Maha Pemurah dan manusia diberi kebebasan. Allah bagi nikmat dengan kesusahan. Nabi paling tinggi darjat di syurga tapi dalam masa sama Nabi juga paling banyak menderita susah dalam hidup di dunia ini. Aku telah disusahkan demi agama Allah. Ini pun Rahman Allah juga. 

Rahiim, Maha Mengasihani akan berlaku di akhirat. Hamba taat setia di dunia, bila mati seorang diri, Allah tak akan membiarkan dia susah buat kali kedua kerana Rahiimnya Allah. Ahli syurga dilayan umpama malam pengantin tidak lebih dari 2 rakaat ringkas solat Subuh. Tak akan lagi rasa kesusahan di akhirat. Wahai hambaku bersusah lah demi agama. Bila mati kamu akan disambut oleh malaikat. Kamu tak akan rasa sebarang kesusahan sampai bila bila. 

Mâliki yawmid-dîn. Kita ikrar Engkau Maha Mencipta, Maha Memelihara Maha pentadbir, Engkau sahaja yang kami sembah dan Engkau sahaja kami meminta pertolongan. Yang paling penting minta hidayah. Minta pimpinan dari Allah. 

Segala kehidupan akhirat bermula dari terpisah roh, alam barzah, timbangan amal dan syurga neraka, kalau mahu selamat, jangan derhaka pada aku, kalau nak selamat minta bantuan aku. Akulah yang berkuasa pada hari pembalasan. Kita akan selamat bila kita faham Allah lah yang berkuasa penuh dan Allah redha pada kita. Bila kembali, Allah akan zahirkan kudrat dan kekuasaan Allah sahaja. Semua makhluk dibangkitkan sekali gus dari zaman Nabi Adam. Milik siapa kerajaan pada hari ini? Jangan takut, taat lah pada aku. Bila ada masalah, minta bantuan dari Aku. 

Iyyâka na`budu wa’iyyâka nasta`înIhdinas-sirâtal-mustaqîm. Dalam dunia ini minta hidayah, minta pimpinan ke jalan yang lurus supaya kita tidak terjerumus ke mana mana lembah yang membinasakan kami, hidayah bererti pimpin bukan tunjuk jalan. Beza sekadar tunjuk jalan dengan pimpin sehingga kita sampai ke destinasi. 

Kalau sekadar tunjuk jalan, kita mungkin tersesat dalam perjalanan. Contoh kalau seorang yang tidak biasa pergi ke Shah Alam, sekadar jalan yang ditunjuk memang banyak halangan. Tapi kalau pimpin, akan dibawa sehingga ke pintu rumah. Tidak dibiarkan pergi sendiri. 

Minta dari Allah apa yang kita belum ada. Minta pimpinan ke jalan yang lurus terus ke syurga. Tiada penderhakaan sehingga kita bertemu Allah. Mudahkan lah hati kami untuk memahami dan mematuhi kehendak Engkau dalam dunia yang penuh cabaran ini. Yang tiada lagi kesusahan dan kepayahan. Pimpin lebih menepati. Umpama seorang bapa membimbing anaknya.  

Sirâtallazîna an`amta `alayhim ghayril-maghdhûbi `alayhim waladh-dhâllîn. Ada 2 jalan iaitu jalan orang yang engkau beri nikmat ketika hidup di dunia. Bukan jalan orang yang Engkau murkai ke atas mereka iaitu Yahudi dan Musyrikin. Ada kitab Taurat tapi degil. Bukan Nasara dan Munafikin. Nasara golongan yang mencari Allah tapi tanpa kitab, tanpa panduan sehingga sesat. 

Lindungi kami dari golongan yang dimurkai iaitu 4 golongan Yahudi, musyrikin, munafik dan Nasara yang disebut dalam Al Quran. Golongan sesat yang dibicara dalam Al Quran hanya 4 golongan ini sahaja. satu golongan dok asing dari orang Islam dan declare sebagai bukan Islam. Dalam golongan itu, munafikin mengaku Islam tapi Allah sahaja yang tahu dia munafik kerana menpunyai ciri ciri Islam yang tak diiktiraf. Golongan ini pergi mengaji dengan Nabi dan dok dalam kalangan orang Islam. 

Video cara penyediaannya ada di Azie Kitchen Youtube Channel, boleh juga klik link di bawah.   



Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Boleh klik sebelum ini di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba... 



Rendang Pedas Ayam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
½ kg santan
50 gram kelapa parut goreng 
1-2 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
½ sudu besar garam

Bahan hiris:
2 inci halia - 25 gram
5 biji bawang merah - 50 gram
4 batang serai

Baham kisar:
½ inci kunyit hidup - 10 gram 
3 biji bawang besar - 200 gram
3 sudu besar penuh cili kisar - 125 gram 

Cara cara;
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. Kacau sekali sekala supaya ayam tidak hangus. 

Masukkan asam keping dan garam secukupnya. 




Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.

Resipi bonda mertua saya, semua bahan dihiris halus kecuali kunyit hidup. Rendang lebih tahan lama.

Resipi tidak menggunakan bawang putih dan gula. Jika suka, boleh masukkan. 


Rendang Daging Cili Padi Berempah

$
0
0

Sebelum raya menjelang, saya ingin kongsikan resipi rendang daging cili padi berempah yang sangat sedap. Jadi kalau ada yang masih tercari resipi rendang daging apa nak dimasak atau digunakan, boleh guna resipi ini. 

Saya belajar resepi rendang nogori dari Iza, isteri sepupu yang memang berasal dari Negeri Sembilan. Beliau memasak rendang ini untuk dimakan dengan pulut kuning bagi majlis pernikahan anak sepupu saya Syahirah di Bandar Sg Long lama dahulu. Memang sedap sehingga saya makan menambah nambah. Langsung tak menjamah nasi kerana kekenyangan makan pulut kuning dengan rendang daging.  

Saya memang obsess sikit dengan kedua dua masakan tradisional ini. Saya ingin menghasilkan yang terbaik setiap kali. Contoh pulut kuning, bukan senang untuk setiap kali menghasilkan pulut kuning yang konsisten hasilnya. Yang cukup lembutnya, yang berasnya masih sebiji biji, yang harum baunya dan cantik warnanya. Ianya memerlukan praktis dan praktis. 


Untuk rendang hari ini, saya menggunakan daging bahagian atas paha atau daging keting. Ada juga yang panggil daging harimau menangis. Kerana kata Iza, daging ini bila lagi lama dimasak, lagi lembut. Berbeza dengan daging batang pinang, yang bila dimasak lama lama, ia akan keras sedikit. Yang mana diajar, saya ikut sahaja. Kerana ilmu adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Ianya diperolehi dari pengalaman. 

Sedikit komen saya berkenaan rendang saya hari ini, hmm jawapannya sangat sedap. Lagi lama dimasak lagi cantik warna keperangan gelap dan lagi sedap. Tapi rendang ini ialah rendang cili api. Jadi ianya seharusnya mesti terasa pedas. Boleh adjust sendiri bilangan cili api untuk menghasilkan rasa pedas. Bila dimakan, mesti terasa pedas pedas di lidah. Kalau tak pedas, kurang kick gitu. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Rendang Daging Cili Padi Berempah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging  
1 kg santan segar
1 pek kecil rempah kari ikan - boleh juga guna kari Babas
1 kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 1 cengkih
3 batang serai - ketuk
1 inci lengkuas - ketuk
5 sudu besar cili kering kisar
1 keping asam keping
Garam

Bahan hiris:
15 biji bawang merah 
5 ulas bawang putih 
2 inci halia 

Bahan kisar:
100 gram cili api kampung - boleh lebihkan, jika suka
1-2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Daging dibasuh dan ditos. Lumur dengan serbuk kunyit. Ketepikan. 


Satukan dan gaul bahan hiris, cili kisar, bahan kisar ke dalam satu bekas. Masukkan juga rempah kari ikan (seperti gambar di bawah). Gaul rata.  



Panaskan minyak dan tumis bahan yang digaul rata ini sehingga naik bau. Masukkan serai, lengkuas dan kacau rata. Nota: boleh juga jika tidak mahu ditumis terlebih dahulu. 


Masukkan daging dan kacau rata sehingga sebati. Masak sehingga air daging kering dan agak agak terbit minyak. 


Masukkan santan pekat segar. Masak sehingga kering. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa. 


Biarkan di dalam kuali dan dipanaskan banyak kali. Lagi lama dipanaskan, warna akan menjadi lagi gelap dan lagi sedap.


Nota:
Sedap dimakan dengan pulut kuning atau lemang selain dibuat lauk biasa.



Rendang Daging Hari Raya Aidil Fitri 2024

$
0
0


Insya Allah, esok last kita akan berpuasa Ramadhan tahun ini. Kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada lusa, hari Rabu. Lembah Klang dah mula sunyi. Jalan mulai lengang. Jalan sesak menuju ke negeri negeri terutama di Pantai Timur. Macam macam umpat keji yang menghina rakyat negeri kelahiran ku. Sampah yang dibuang ditepi jalan pun dikaitkan dengan orang Kelantan. Ada ke patut orang nak balik kampung, sempat membuang sampah bertaburan. 

Sebenarnya umpama cubit paha kiri paha kanan pun terasa. Ada yang siap tanya soalan bodoh, sanggupkah orang luar kahwin dengan orang Kelantan. Kenapa orang Kelantan tak kerja di negeri sendiri? Mereka ni macam tak percaya qada qadr di mana jodoh ditentukan Allah agaknya. 

Hello yang dok di Lembah Klang ni semua asal dari sini ke? Menteri menteri tu semua asal dari sini ke? Semua orang KL dan Selangor ke? Ramai orang Kelantan yang berhijrah ke sini kerana menuntut di universiti dan bekerja di sini setelah menamatkan pengajian. 

Hahaha tak payah lah nak main kenegerian sangat. Apapun prasangka buruk orang luar pada orang Kelantan, saya tetap bangga menjadi anak Kelantan. Tak pernah malu menjadi anak Kelantan. Sebaliknya bangga kerana orang Kelantan rajin berniaga, pandai cari duit, putih cantik dan bersopan santun. 

Walaupun dah lebih 40 tahun menetap di sini, lebih dari separuh usia, saya tetap merasakan bahawa saya adalah anak Kelantan. Makanan kegemaran saya masih makanan Kelantan. Ok setakat ini, cuba lah muhasabah diri. Kalau berlainan negeri pun dijadikan isu, apa lagi berlainan bangsa dan agama. 


Saya hari ni memasak rendang daging untuk raya. Memasak lebih awal kerana saya akan simpan dalam bekas dan masukkan dalam freezer. 

Dikeluarkan portion untuk nak makan sahaja. Maklum lah raya ni banyak lauk pauk, jadi kalau dihidangkan semua, nanti mudah pula menjadi basi. Lagi pulak, masa raya malas nak memerap di dapur. 

Kalau anak anak rasa lapar, tinggal masak nasi dan keluarkan lauk pauk dari freezer sahaja. Lagi pula, kita nak berpuasa sunat Syawal pula mulai hari raya kedua, Insya Allah. 

Resipi hari ni sangat ringkas sebenarnya. Tak ada pun guna rempah rempah dan jintan. Saya masak yang mudah mudah jer. Yang penting sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Rendang Daging Aidil Fitri 2024
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:

1 ½ kg daging

4 sudu besar cili kering kisar 

2 kotak santan + air secukupnya - guna ½ kg santan segar

1 ¼ cawan minyak masak


Bahan kisar:

3 biji bawang besar - 500 gram

8 ulas bawang putih - 50 gram

4 inci halia - 30 gram

2 inci lengkuas - 20 gram

6 batang serai

4 inci kunyit hidup


Bahan lain:

3 sudu besar kerisik 

1 sudu kecil serbuk perasa - opsyenal

1 sudu besar garam 

2 sudu besar gula - opsyenal 

4 helai daun limau purut - hiris

1 helai daun kunyit - hiris


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau, masukkan cili kisar. Masak sehingga bahan tumis terbit minyak. 

Setelah terbit minyak, baru masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan air. 


Setelah daging empuk, baru masukkan santan. Masak sehingga kuah hampir kering dan terbit minyak. 

Masukkan kerisik dan perasakan. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga kering yang disukai. 


Boleh ceduk jika tak suka minyak berlebihan. Nota: jika dipanas berulang ulang, minyak akan kering dan lagi sedap. Rendang menjadi gelap keperangan seperti rendang daging minang. 





Rendang Ayam Untuk Hari Raya

$
0
0

Alhamdulillah esok kita akan menyambut Hari Raya Aildil Fitri, hari kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Malam ini banyak amalan yang boleh kita lakukan sebagai malam yang memberikan kita banyak pahala. Antaranya ialah hadirlah solat berjemaah di masjid atau surau khususnya solat isyak dan subuh. Imarahkan dan meriahkan rumah Allah dengan ibadah. Jadikan sepertimana di bulan Ramadhan. 

Hiasilah malam hari raya dengan bertakbir. Inilah syiar yang perlu sentiasa diamalkan dan jangan ditinggalkan. Bangun 1/3 malam dan lakukan solat sunat. Penuhkan dengan ibadah-ibadah ketaatan yang lain seperti membaca Al-Quran, berzikir, bertasbih dan berdoa. Mohon pada Allah agar Allah memberikan pengampunan dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang.

Saya menjadi sangat terkedu bila pagi pagi melihat video kemalangan yang melibatkan 2 kereta yang pada saya bermula dengan sikap ego, tidak bertimbang rasa dan saling panas baran. Akibatnya satu kereta yang mula menghimpit kereta lain telah terbabas.

Yang bawa kereta itu, memang patut lah kalau jadi apa apa pun pada mereka kerana akal mereka di letak di kepala lutut. Tapi bagaimana perasaan famili di dalam kereta. Tidak kah pemandu memikirkan famili orang lain di dalam kereta, kalau pun tidak mahu memikirkan famili sendiri. Akhirnya terbabas. Tak pasti apa yang terjadi seterusnya, ada yang kata pemandu meninggal dunia. Tapi ada satu yang sahih. 

Dalam keadaan sedang berpuasa, bagaimana tidak ada kesabaran. Sedangkan puasa melatih diri untuk menjadi lebih sabar. Rasulullah pernah berpesan, riwayat Imam Nawawi dalam kitab Al-Adzkar mengatakan: "Termasuk yang dianjurkan adalah jika seseorang dicela oleh orang lain atau diajak berkelahi ketika dia sedang berpuasa, maka katakanlah: "Inni shaa-imun, inni shaa-imun" (aku sedang puasa, aku sedang puasa) sebanyak dua kali. Jadi kalau ada yang cuba menyakiti atau mengajak kita untuk berkelahi, cuma katakan sesungguhnya aku sedang berpuasa. 

Sepatutnya elok elok berhari raya, sekarang dah menjadi kes polis. Kalau tidak di hospital, ada di balai. Kan susah jadinya. Macam mana nak menunjukkan contoh yang baik pada anak anak kalau ketua keluarga berperangai seperti itu. Tak kiralah siapa yang salah dan siapa yang mula provoke dulu. Jika berpegang kepada sesungguhnya aku sedang berpuasa, kita akan redha dan bersabar. 


Kalau semalam saya dah sediakan rendang daging, hari ini saya sediakan rendang ayam yang pernah saya sediakan sebelum ini di SINI. Anak anak bising kenapa mama masak sikit sahaja rendang. Mereka dah beli semua bahagian paha dan thigh sahaja. 

Saya sebenarnya memang masak separuh sahaja dari yang dibeli kerana memikirkan tak mahu membazir kerana bila hari raya, ada lagi pelbagai menu lain. Lagi pula, esok saya boleh masak rendang lain pula. Mungkin rendang pedas ayam stail Perak yang sedap dimakan dengan lemang jagung. 

Bila anak anak dah semua kata tak cukup, rendang dah tinggal sedikit, jadi sebelah malam selepas berbuka puasa, saya merendang Rendang Pedas Ayam pulak. Tunggu saya akan update resipinya ya. 

Rendang ini memang sedap, rendang orang lama lama gitu. Semua bahan ditumbuk kasar sahaja. Kalau nak tahu macam mana sedapnya, kenalah cuba memasaknya sendiri. Beraya kan sebulan, hahaha betul tak? 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba......


Rendang Ayam Untuk Hidangan Raya
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan A:
2 ekor ayam - 1.7 kg ayam
½ kg santan segar
Rempah 3 sekawan
4 sudu besar cili kering kisar
1 ½ cawan minyak masak

Bahan B:
2 keping asam keping
½ keping gula Melaka - 80 gram
1 sudu besar garam
3 sudu besar kerisik
Serbuk perasa aji/serbuk pati ayam - jika suka

Bahan C:
1 helai daun kunyit - hiris

Bahan tumbuk:
2 inci halia - 30 gram
2 inci lengkuas - 20 gram
5 batang serai
2-3 biji bawang Holland - 500 gram
2 sudu besar biji ketumbar

Cara cara:
Hiris bahan tumbuk dan tumbuk kasar. Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan dan bahan tumbuk sehingga naik bau.


Masukkan cili kisar. Kacau rata sehingga cili agak agak masak dan terbit minyak.

Masukkan ayam. Kacau rata. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.

Masukkan semua bahan B. Masak sehingga kuah kering yang disukai.

Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Kacau rata dan boleh tutup api.



Nota:
Boleh juga guna daging untuk jadikan Rendang Daging.



Rendang Pedas Ayam Versi Bonda Mertua

$
0
0


Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat walau di mana berada. Hari raya pertama, semalam kami sekeluarga beraya di Shah Alam menemani anak menantu dan cucu yang masih berpantang. Besan kami balik kampung beraya. 

Memang tiada plan nak ke mana mana pun raya kali ini. Tapi pagi hari raya kedua, Hubby call dari bawah mengajak balik kampung. Saya memang bermalas malas di atas sambil menunggu untuk solat sunat Dhuha. 

Anak anak semua tak nak ikut kalau plan last minute, jadi hanya kami berdua sahaja. Aduhaai jalan jem macam sebelum Raya. Orang yang malas bersesak sebelum raya, akan balik selepas raya konon untuk mengelakkan kesesakan jalanraya tapi sama juga. Ok setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab rendang pedas Perak. 


Tahun ni saya kena masak rendang 2 kali dalam satu hari. Saya ingat nak masak separuh dahulu supaya rendang tidak membazir. Kadang kita memasak banyak tapi pagi pagi dah keluar beraya, kadang balik kampung dan balik sampai rumah dah malam. Bila habis, baru masak lagi separuh. 

Rupanya malam raya, dah hampir separuh licin. Nana siap bilang, mama ada 8 ketul jer lagi rendang. Jadi saya pun selepas berbuka puasa, terus ke dapur untuk memasak rendang lagi. Tapi kali ini rendang pedas Perak pulak. 

Aduh ingatkan nak rehat di malam raya. Itu sebab saya masak rendang awal awal lagi. Rendang daging dah siap sehari sebelumnya. 

Tapi memasak tak mengambil masa lama kerana semua bahan telah disediakan awal awal. Bawang telah dikopek, kelapa parut telah disangai, santan segar telah dibeli dan ayam semua telah dibersihkan. Bila semua bahan tersedia, urusan memasak menjadi sangat mudah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Boleh tengok video penyediaan Rendan Pedas Ayam sebelum ini di SINI. Selamat mencuba...


Rendang Pedas Ayam Perak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam - 1.8 kg ayam

½ kg santan segar

½ biji kelapa parut - disangai keperangan - 5 sudu besar kelapa goreng

2 keping asam keping 

1 sudu besar garam 

2 helai daun kunyit - hiris


Bahan kisar:

7 biji bawang besar - 380 gram

6 sudu besar penuh cili - 250 gram (guna 4 sudu besar) 

3 inci kunyit hidup - 20 gram


Bahan hiris:

10 biji bawang merah - 100 gram

5 ulas bawang putih - opsyenal

4 inci halia - 50 gram

8 batang serai


Cara cara:

Kelapa parut digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kering dan keperangan. Angkat dan tumbuk manja manja sahaja. Ketepikan. 


Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. 


Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit. 


Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, masak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.

Resipi asal semua bahan dihiris nipis kecuali kunyit hidup.

Bawang juga hanya menggunakan bawang merah kecil tapi sebab nak jimatkan masa, saya guna bawang besar untuk dikisar.


Kuah Kacang Daging Signature Recipe Azie Kitchen

$
0
0


Alhamdulillah semalam saya dah dapat berpuasa sunat Syawal. Hari ni kerana hari minggu di mana semua anak anak dan cucu ada di rumah, maka saya tidak berpuasa. Insya Allah akan menyambungnya pada hari Isnin. 

Ganjaran berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal ni sangat besar. Ia merupakan peluang untuk menggandakan pahala selepas menjalani ibadah puasa Ramadhan. Meskipun hanya enam hari, pahalanya setara dengan berpuasa sepanjang tahun. Masya Allah.

Jadi jangan lah lepaskan. Kita pun ada masa selama sebulan untuk berpuasa kan. Sementara masih ada nyawa di badan, kita lakukan lah segala perintah Allah termasuk ibadah sunat. Setiap kebaikan dan amalan, kita yang akan mendapat ganjarannya di hari yang tiada lagi bergunanya harta dan wang ringgit. 

Kalau dah mati, tiada lagi peluang untuk beramal ibadah. Lihat kubur datuk nenek kita, berapa lama mereka telah berada di alam barzah. Lakukan muhasabah diri, bertafakur kerana hidup di dunia sangat singkat, alam barzah lagi lama dan alam akhirat pula kekal selamanya. 



Tahun ini urusan penyediaan kuah kacang dibuat oleh Nana. Saya hanya melihat dan membantu sekadar perlu sahaja. Dia yang memasukkan semua perasa secukupnya. Sukatan asal saya menggunakan cawan. Katanya susah pakai cawan ni, orang memasak pakai sudu jer. 

Serious sedap sangat kuah kacang ni. Lagi lagi kalau orang lain yang memasaknya. Resipi ini dah lebih 30 tahun saya belajar dan guna untuk setiap kali menyediakan kuah kacang. Selain menggunakan daging, sedap juga menggunakan ayam. 

Saya kali ini menggunakan nasi impit yang dibeli sahaja. Ingat nak masak menggunakan periuk tekanan Noxxa sahaja tapi memikirkan nasi impit ini mahu dibawa ke Shah Alam, jadi lebih mudah jika ianya dalam pek kecil kecil. Kalau nak tengok penyediaan nasi impit, boleh klik di SINI

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Kuah Kacang Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram kacang tanah
1 kg daging
4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar garam
125 gram gula Melaka - ½ keping
¾ cawan gula - 7-8 sudu besar
½ sudu kecil pes asam jawa
1 cawan minyak masak

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara cara:
Sangai kacang tanpa minyak sehingga masak dan keperangan. Buang kulit dan kisar dengan air sekadar boleh menggerakkan blender atau tumbuk. 

Masukkan air dan rebus kacang tumbuk sehingga air kering dan kacang kembang. Tutup api dan ketepikan. 

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.

Masukkan daging dan air (jika daging belum direbus) dan kacan rata. Biarkan daging sebati dengan bahan tumisan. Masukkan gula, gula melaka dan semua bahan perasa.

Setelah mendidih, masukkan kacang tanah yang direbus tadi. Renih atas api sehingga kuah masak dan terbit minyak cantik. Boleh tutup api. Nota: setelah sejuk, kuah akan jadi pekat, jadi kena pastikan kuah tidak terlalu pekat ketika ditutup api.



Mee Kuah Kelantan Yang Sangat Nostalgia

$
0
0


Setelah sekian lama teringin nak makan dan asyik tertangguh sahaja untuk membuatnya. Akhirnya hari ini saya menyediakan sendiri mee kuah. Ini adalah kerana masih dalam cuti raya jadi semua anak anak ada di rumah. Saya "craving" mee kuah yang pernah saya makan suatu ketika dahulu. Sangat sangat. Tapi kalau orang lain yang masakkkan lagi berselera. 

Saya tak pasti dengan orang lain. Rasanya mee kuah ini hanya digemari oleh anak Kelantan sahaja. Terutama orang lama macam kami. Orang muda sekarang dah tak kenal mee kuah ni lagi. 


Mee kuah ini mengingatkan peristiwa masa zaman persekolahan saya. Kerana tak nak mengaji Al Quran, saya berpura pura demam dan tidur. Dulu saya mengaji dengan arwah bapa saya. Dia sangat garang. Sekali 2 orang abang saya beli mee goreng dan mee kuah di Bachok. 

Ketika itu, kedua makanan seperti ini kategori makanan mewah lah. Kita makan mee goreng bodoh dalam dulang yang harga 20 sen sahaja. Saya dikejutkan untuk bangun makan. Tapi sebab konon tak sihat, jadi saya pun pura pura tak lalu makan. Tapi ianya sangat sedap dan jadikan saya teringat mee kuah itu sehingga kini. Sehingga kini, bayangkan lah.

Mee kuah ala ala mee sup di tempat lain adalah makanan yang sangat nostalgia buat saya. Di Kelantan pun dah susah untuk dapat mee kuah ini. Kebanyakan mee kuah dah jadi macam mee sup yang ada rasa macam tom yam kerana dimasukkan buah tomato, kadang batang saderi pun dimasukkan selain cili padi ketuk. Itu dah tak sama. Sekarang di Kelantan, banyak mee celup dan mee sup gerai tom yam. 

Mee kuah ni kalau nak sedap kena guna air rebusan daging. Bukan macam sup di gerai tom yam. Masuk air sebagai kuah di samping daging sedikit. Air rebusan daging yang direbus lama lama, baru terasa kemanisan air dagingnya. 

Berbaloi saya makan mee kuah ni dan hirup kuahnya sehingga licin. Hubby juga makan dan hirup kuahnya sehingga licin. Rasanya dia pun first time makan mee ni.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Mee Kuah Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 peket mee kuning
1 kg daging/tulang - rebus sehingga empuk
1 peket fishball
Sayur sawi - atau yang disukai
2-3 biji telur ayam
Cili merah/hijau - hiris
Bawang goreng
Daun sup - opsyenal
Minyak masak

Bahan lain:
2 ketul kiub daging
2-3 sudu besar kicap sotong - opsyenal
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar garam
Sedikit gula - jika suka

Bahan tumbuk kasar:
7 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam

Cara cara:
Rebus daging dengan air secukupnya sehingga daging empuk. Air rebusan akan dijadikan kuah.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga keperangan. Masukkan daging dan air rebusan daging untuk kuah. Kacau rata.

Setelah mendidih, masukkan kiub pati daging, garam, gula dan kicap sotong. Masak sehingga mendidih.

Akhir sekali, masukkan fishball dan sayuran. Kacau seketika sahaja. Tutup api.


Bila hendak dimakan, saya masukkan kuah dengan isinya ke dalam kuali lebih kecil, panaskan sehingga mendidih. Pecahkan telur dan masukkan mee kuning yang telah dibilas dengan air. Tutup api.

Tuang dalam mangkuk dan tabur bawang goreng. Nota: jika suka, boleh tabur cili hiris/cili jeruk.

Nota:
Jika makan serentak, boleh terus pecahkan telur sebiji sebiji. Bila telur separuh masak, tutup api. Masukkan mee kuning. Tabur daun sup dan bawang goreng.

Mee kuning boleh juga dicelur berasingan.

Saya tak letak cili dan daun sup kerana ingin rasa seperti mee kuah yang saya makan masa kecil dulu.


Ikan Selar Kuning Berlado

$
0
0


Insya Allah hari ini saya masih berpuasa Syawal. Cara saya memang selepas raya terus berpuasa samada raya kedua atau ketiga. Kalau lambat, mulai banyak jemputan rumah terbuka, majlis perkahwinan dsb. 

Arwah Bonda saya pun macam tu, hari raya kedua dia mula berpuasa sunat Syawal. Arwah juga berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis. Amalan yang dibuat sehingga meninggal dunia. 

Jadi yang mana belum mulakan lagi tu, jom lah mulakan.  Mati tidak mengira usia tua atau muda. Kena sentiasa mengingati mati supaya kita sentiasa ingin menambahkan amal ibadah sebagai persediaan. 

Jangan umur dah lebih 60 tahun, belum terbuka hati nak berpuasa bulan Syawal. Hidup hanya solat 5 waktu dan berpuasa Ramadhan sahaja. Hmm cukup ke? Memang cukup kalau ibadah itu sempurna tapi yakin kah solat cukup kusyuknya, betul bacaannya. Hidayah memang milik Allah tapi kita kena mencari nya. Jangan ada rasa menyampah bila ada orang berpesan atau mengingatkan. OK setakat ini dahulu, jom masuk bab masakan. 


Saya kadang pening memikirkan lauk nak dimasak. Anak anak hanya suka makan ayam. Hari hari masak lemak ayam atau kari ayam. Saya pulak jemu macam dah tak boleh nak ditelan dah. 

Mereka tak suka ikan tapi sekali sekala saya masak jer ikan. Ada juga nampak mereka ambil seekor seorang.  Pernah saya masak lemak ikan, langsung tak disentuh sehingga beberapa hari. 

Kalau nak masak ikan mesti ikan ya g bergoreng seperti ini. Jadi mereka tak lah rasa sangat ikan. Letakkan sambal atau kicap, ok lah sikit. 

Tapi serious untuk saya, lauk ikan selar kuning berlado ini sangat sedap. Goreng ikan garing garing, memang boleh makan meratah ratah gitu jer. Tak perlu lauk lain dah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Ikan Selar Kuning Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 ekor ikan selar kuning - garam kunyit
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
1 keping asam keping
Serbuk perasa

Bahan kisar kasar:
1 genggam cili padi hijau
1 biji bawang besar - saiz sederhana
2-3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng iakn garing sedikit. 


Menggunakan minyak menggoreng ikan, tumis bahan kisar sehingga berwarna sedikit keperangan.


Masukkan garam, gula dan asam keping. Masukkan ikan goreng dan kacau rata.


Nota: boleh juga tuang sambal atas ikan, jika nak ikan lebih garing.




Puding Jagung Yang Sedap

$
0
0

Saya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi saya redha dengan apa jua ketentuan Illahi. Kami agak tidak bernasib baik bila mendapatkan khidmat Pembantu rumah dari Lombok. Dah 2 orang dalam masa setahun. Yang sebelum ini, kami hantar balik kerana asyik sakit dan lembik sahaja. 

Jaga cucu saya tapi dia tergolek baring tidur di lantai. Sekejap sekejap minta ubat, sekejap sekejap minta dihantar ke klinik. Ada sahaja sakitnya. Yang peliknya, masa baru sampai bukan main cergas mengemas rumah bersama saya. Macam macam ragam manusia. 


Saya menyediakan Puding Jagung untuk hidangan berbuka puasa selepas mendapati ada jagung yang hampir nak expired semasa mengemas stor makanan. Banyak juga makanan lain yang dah expired dan terpaksa dibuang. 

Bila ada pembantu rumah, kita ingat kan stock dah habis. Rupanya masih ada lagi. Lepas hantar pembantu rumah yang ini balik, kami tak guna lagi khidmat pembantu rumah. Sebaliknya kami akan menggunakan khidmat cleaner untuk datang mencuci rumah sahaja. 

Ada pembantu rumah ni pun kadang memberikan tekanan dan stress pulak. Lagi lagi yang tak pandai buat kerja, suka curi tulang dan suka melawan pula. Sikit sikit ugut supaya dia dihantar balik. 

Sekali bila kita buat keputusan untuk hantar balik, terus merayu rayu untuk terus bekerja. Terus berubah menjadi baik tapi kami tahu itu hanya helah sahaja. Dan kami dah nekad untuk tidak lagi nak rasa kesian kerana semuanya drama sahaja. Masa mula mula sampai bukan main baik, bawa handphone lama yang buruk. 

Bila kita bagi handphone iphone yang masih baru dan bagi guna wifi lagi, sepanjang masa pula dok guna handphone. Sampai hancur lunyai handphone dibuatnya. Saya buat peraturan, boleh guna handphone selepas habis kerja atau sebelah malam. 

Hmm langsung tak diendahkan sehingga kami pun malas nak menegur lagi. Sanggup pergi belakang rumah untuk guna handphone. Bermain facebook. Sanggup menjerit melolong kalau wifi ada problem dan siap menuduh saya yang matikan wifi untuk dia. Bila kita explain tak faham, asyik tanya kenapa dimatiin. 

Pertama kali saya menpunyai pembantu rumah yang berani menuduh saya macam macam. Berani kata saya hantar benda tidak baik pada dia kerana dia bermimpi anjing mencakar dia. Berani menuduh saya matikan wifi handphone dia dll. OK setakat ini dahulu, semoga  apa yang terjadi ada kebaikannnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Puding Jagung

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

1 tin jagung manis

1 cawan tepung kastard - 6 sudu besar

1 cawan gula pasir - 7 sudu besar

Secubit garam

4 cawan santan - guna 2 santan kotak 200 ml + air secukupnya


Cara cara:

Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau dengan whisk sehingga bergaul rata. 


Tuang ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga ianya pekat, berkilat dan hasilkan gelembung udara. Ketika ini adunan tidak melekat di periuk non stick. 


Angkat dan tuang dalam acuan yang disukai. Biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong. 




Bendi Goreng Bersambal

$
0
0


Alhamdulillah rezeki bila mendapat jemputan majlis perkahwinan dan juga majlis rumah terbuka. Oleh kerana banyak majlis seumpama ini di hujung minggu, kita kena cari masa untuk berpuasa sunat Syawal. Jangan Syawal dah nak habis belum cukup puasa sunat selama 6 hari. Rugi yang teramat rugi tau. 

Hahaha saja jer nak menulis sebab saya dah lama terfikir benda ni. Makanan ni majlis rumah terbuka sedap sedap dan banyak pilihan. Berbeza dengan makanan di majlis kawin yang standard nasi dan jenis lauknya. 

Kalau tak bernasib baik, lauk tak berapa sedap. Lauk majlis kawin biasanya ayam masak merah, daging masak hitam atau rendang atau apa apa, acar atau dalca sayuran dan papadom. Lauk standard lah tapi kenapa katerer tak boleh masak bagi rasanya sedap, ayam tak keras. Bukan apa, kesian tuan rumah kan. 

Malam tadi kami menghadiri majlis perkahwinan di Bora Ombak, Putra Jaya. Setakat ini, makanan di sana sedap sedap belaka termasuklah kuih muihnya. Bila makanan sedap, tuan rumah pun puashati keluar duit banyak banyak untuk hidangan tetamu. Ok lah setakat ini dahulu. 


Serious sedap bendi yang digoreng seperti ini. Lagi lagi kalau ianya masih rangup bila dikunyah kunyah. Makan dengan nasi putih dan digaul gaul sambal dengan nasi, dah sangat sedap. Tak perlu kuah lain. Serious, boleh lah cuba nanti. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Bendi Goreng Bersambal
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 biji bendi
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan tumbuk:
3 biji cili merah
2 biji cili padi merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar ikan bilis

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga naik bau. 

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.


Setelah terbit minyak, masukkan bendi dan sedikit air. Kacau rata sehingga bendi hampir lembut, terus tutup api supaya bendi kekal rangup. 




Sotong Bersambal

$
0
0


Alhamdulillah, saya telah beraya hari ini setelah selesai berpuasa sunat selama 6 hari dalam bulan Syawal. Amalan yang nampak mudah tapi sebenarnya ada yang tidak melakukannya walaupun disebut segala kelebihannya. Bertambah susah bila banyak undangan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka selepas hari raya. 

Bayangkan kita hanya menambah puasa selama 6 hari mendapat pahala seolah berpuasa selama satu tahun. Itu pun diberi kelonggaran di mana kita tidak perlu untuk berpuasa secara berturut turut. Boleh juga berpuasa bila bila jer asal masih dalam bulan Syawal. 

Hmm memang hidayah milik Allah tapi ada yang membutakan mata dan memekakkan telinga dari mendengar ganjaran pahala yang dijanjikan. Hidayah juga perlu dicari dengan banyak membaca dan berusaha untuk menambahkan iman. 

Saya sendiri amat menyesal kerana masa muda muda tidak secara konsisten melakukan amalan ini. Sangat rugi. Mungkin disebabkan ketiadaan ilmu pada ketika itu. Ok lah sehingga di sini dulu. Jom kita masuk bab resipi. 


Kebiasaannya saya akan matikan air sotong dengan menggoreng sotong dalam kuali tanpa minyak sehingga air keluar dan diangkat. 

Tapi kali ini, saya menggunakan kaedah sotong digoreng seketika dalam minyak. Jadi sotong akan lebih terasa garam dan serbuk kunyitnya. Rasanya juga sedap kerana saya memang suka makanan dan lauk oauk yang bergoreng. 

Saya masak sambal sotong ini menggunakan pes yang telah disediakan menggunakan periuk Noxxa. Tapi entah rasanya kalau sambal yang dikisar kering dan ditumis terus di atas kuali lebih sedap kerana akan lebih kering dan garing. 

Tidak jadi sambal basah basah seperti sambal saya hari ini. Apa apa pun sotong bersambal saya hari ini sangat sedap lah pada selera saya. Lebih lebih lagi menggunakan sotong yang segar. Ingat nak makan seekor jer, kemudian menambah lagi 2 ekor. Ada pula telur sotong. Aduhaaii…

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Sotong Bersambal
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 ekor sotong
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk perasa - opsyenal
Kicap manis - opsyenal
Gula - jika suka
Minyak masak

Bahan kisar:
2 genggam cili kering - yang telah dipotong dan buang biji
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Siang sotong dengan digunting sedikit dan dibuang kantung dakwat, buang mata dan juga picit keluar biji di kepala sotong. 

Panaskan minyak dan goreng sotong yang telah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit untuk matikan air sotong. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga cili masak dan sambal terbit minyak. Masukkan kicap manis, garam dan gula/serbuk perasa secukup rasa. 

Masukkan sotong. Kacau rata. Angkat. 



Nota; 
kalau sambal kering, tak letak asam. Sambal basah baru letak asam.