Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all 2246 articles
Browse latest View live

Masak Tempoyak Ikan Patin Buah

$
0
0




Hari ni tak mau citer banyak banyak bab masakan tapi nak kongsi intipati Kuliah Zohor Ustaz Najhan Shahir Halim berhubung amalan yang patut diutamakan dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Dalam 10 malam terakhir, adanya malam Lailatul Qadar yang sangat hebat. Bayangkan kalau seorang hidup selama 50 tahun dan telah menemui 30 kali malam lailatul qadar, amalan beliau adalah seolah hidup selama 2500 tahun. Itu hanya amalan di malam lailatul Qadar. Belum lagi dikira amalan di hari hari lain dalam bulan Ramadhan. Ini perkiraan yang mudah. 30 kali Ramadhan x 83 tahun. Bagaimana caranya untuk kita mendapat habuan yang banyak di 10 akhir Ramadhan ini dengan keadaan masa dan ruang yang terhad serta  keadaan kudrat terbatas. Tips dan kaedahnya adalah:

1. Melakukan amalan sunat mengikut kadar kemampuan sendiri. Allah tak melihat kuantiti tapi kualiti amalan yang kita persembahkan. Lakukan amalan sunat yang kita termampu dan fokus padanya. Contoh kalau kita mampu solat terawih 8 rakaat, fokus pada 8 sahaja supaya boleh kusyuk dan melakukannya yang terbaik. Kalau mengejar kuantiti tapi tak ada kualiti, yang dapat adalah kepenatan semata mata. Ada orang yang bersungguh sungguh mahu melakukan solat terawih berjemaah tapi tidak bersungguh untuk berjemaah untuk solat fardhu. Bila melakukan yang fardhu, dituntut untuk melakukan sesempurna mungkin. Kalau yang sunat, biarlah secara sederhana. Persembahkan dengan terbaik. Mungkin mereka yang melakukan 8 rakaat lebih baik nilainya dari orang yang melakukan 20 rakaat. Di samping melakukan amalan sunat mengikut kemampuan, seseorang juga mestilah tidak melakukan maksiat dengan sengaja kerana menjauhkan diri dari maksiat adalah lebih utama dari melakukan amalan sunat. Hadis Nabi dalam Kitab 40 Hadis oleh Imam Nawawi, Rasulullah bersabda, apa yang aku tegah kamu melakukannya hendaklah kamu menjauhinya. Apa sahaja yang aku suruh dalam amalan sunat, lakukan ikut kemampuan. Amalan sunat boleh menghapus dosa kecil. Jadi usahakan supaya tidak melakukan dosa adalah lebih utama. Antara perkara yang berdosa juga ialah seperti membazir masa, duit dan tenaga. Jadi kalau dalam tempoh berbaki beberapa hari lagi ini, kita tak mampu melakukan amalan sunat yang banyak, kenalah usaha menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 

2. Melakukan ibadah yang mendapat impak pahala yang besar yang kesannya meliputi masyarakat. Kalau seseorang hanya melakukan qiamullail, hanya dia sahaja yang mendapat pahala. Tapi kalau dia juga mengajak 10 orang lain untuk melakukan qiamullail, dia juga akan dapat pahala dari amalan yang dibuat oleh 10 orang tadi atas nasihat dan seruan yang diberi. Bayangkan jika kita ajak ramai orang. Kita dapat pahala sama dari ibadah mereka. Cth usaha AJK surau mengajak masyarakat supaya sedar akan ganjaran pahala solat berjemaah. Sesiapa yang menunjukkan jalan, akan dapat ganjaran juga. Itulah kelebihan orang yang buat kerja begini yang memberi impak besar. 

3.  Hendaklah pilih amalan yang memberi kesan jangka panjang dan kesan berterusan. Contoh, memberi sedekah jariah. Kalaulah ia kena pada malam lailatul Qadar, ianya seolah bersedekah 1000 bulan. Sedekah jariah ada 7, iaitu a) ilmu di mana apa sahaja yang diajar adalah dikira sedekah, b) usaha mendidik anak yang soleh adalah juga sedekah, c) apa sahaja melibat Al Quran seperti mengajar membaca atau menyebar adalah sedekah. Al Quran dijamin kekal sehingga hari kiamat. Siapa terlibat dengan elemen Al Quran akan kekal sehingga hari kiamat. d) memberi infak atau wakaf pada surau atau masjid. Selagi masjid atau surau diguna, kita tetap mendapat pahala. Begitu juga e) mengalir air sungai f) jalan dan g) membina rumah tempat persinggahan musafir.

4. Kena melakukan amalan yang kita benar benar ikhlas dalam melakukannya. Contoh melakukan solat terawih setiap malam. Tetapi jangan terganggu dengan faktor luar seperti pergi ke masjid atau surau kerana malam tersebut ada moreh sedap atau imam suara sedap. Contoh amalan yang kita betul betul ikhlas ialah bangun tengah malam dalam bilik kita sendiri di mana ianya tiada faktor habuan atau pujian. Walaupun sedikit tapi besar di sisi Allah. Allah utamakan niat dari amalan itu sendiri. Inilah pahala paling besar kerana ianya adalah amalan yang sangat ikhlas. 

Sekarang jom kita layan resepi pulak....



Masak Tempoyak Ikan Patin Buah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 keping ikan patin
2 senduk sederhana tempoyak
4 biji cili merah
Sedikit serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
Garam
Sedikit gula
3-4 mug air

Cara cara:
Tumbuk kasar cili merah dan satukan semua bahan termasuk ikan dan kemudian tuangkan air secukupnya.

Renih di atas dapur dengan api perlahan sehingga ikan masak. Sesuaikan rasa.







Daging Masak Hitam Yang Serius Sedap

$
0
0




Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke25 Ramadhan. Ianya salah satu dari malam ganjil di 10 akhir Ramadhan. Malam ini kalau bertepatan dengan Lailatul Qadar, buat apa pun kebaikan akan dapat pahala melebihi 1000 bulan. Allah nak bagi peluang pada umat Nabi Muhammad SAW, di mana ianya bermula seawal maghrib sehingga Subuh. Pastikan solat Maghrib, Terawih hingga Subuh adalah dikerjakan secara berjemaah. Juga ianya mestilah qiyam bersama Imam bagi mendapat pahala seolah mendirikan qiam sepenuh malam walaupun ketika kita tidur di rumah. Kasih sayang Allah pada umat Nabi Muhamad SAW di mana Lailatul Qadar hanya diberi pada umat baginda. Allah SWT tidak menyuruh kita tercari cari. Hanya disuruh cari dalam bulan Ramadhan, disebut lagi pada 10 akhir Ramadhan. Ketiga, diberi petunjuk lagi iaitu pada malam ganjil pada 10 akhir Ramadhan. Jangan terlepas dengan malam Lailatul Qadar. Namun begitu, jangan kecewa jika tak nampak tanda tanda Lailatul Qadar. Imam Nawawi nampak cahaya terang benderang masuk ke biliknya pada malam 27 Ramadhan. Usahakan untuk tidak tidur pada malam ini dan malam malam ganjil. Masuk 10 akhir Nabi Muhamad SAW tak tidur. Baginda akan menghidupkan malam dengan mengejutkan isteri isteri baginda termasuk Saiditina Siti Fatimah dan Saidina Ali dan Nabi ketatkan ikatan kain. Ianya menandakan bersungguh sungguh dan baginda juga tidak bersama isteri. Menurut A'ishah, baginda makan sedikit sahaja supaya dapat berpuasa dengan baik. Nabi juga mandi antara 2 azan iaitu selepas berbuka puasa antara Maghrib dan Isyak. Semoga kita dapat mengambil manafaat dari cara Rasulullah mempersiapkan diri memburu Lailatul Qadar.





Resepi sedap ini saya belajar dari Kak Fatimah, rakan jemaah surau Ad Dhuha selepas merasai keenakannya. Faaizah telah menghulur satu bekas daging masak hitam yang disediakan untuk jemaah berbuka di surau. Bila rasa sedap, memang saya akan meminta resepi. Sejak dulu itulah perangai saya. Memang kat mana mana pun, buat muka tak malu untuk minta resepi. Hatta kat restoran pun, masih siap merisik resepi. Menurut Kak Fatimah, resepi ini dipelajari dari Bonda Chef Wan lama dahulu dan ketika Chef Wan masih muda lagi. Daging Masak Hitam ini selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sedap dimakan dengan nasi minyak juga pulut kuning. Sangat sedap dimakan sewaktu bersahur dengan nasi putih yang masih panas panas. Hmm memang berselera sekali.

Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Ianya juga sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan di dalamnya. Inilah lauk yang akan saya masak untuk juadah pagi raya kami nanti.




Daging Masak Hitam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia - 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.





Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.





Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.



Merindui Juita

$
0
0




Walaupun dalam kesibukan Ramadhan, saya tidak dapat menghindari perasaan sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak anak lepas seorang seorang. Buat masa ini hanya Aween yang akan bersama kami sehingga tahun depan. Selepas SPM, Aween mungkin juga akan memulakan pengajian di kolej. Inilah realiti kehidupan yang terpaksa ditempuhi oleh ibubapa terutamanya mereka yang dari luar bila anak anak merantau ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan. Demi masa depan dan sebuah kehidupan, anak anak terpaksa keluar buat sementara waktu. 





Begitu juga dengan Juita yang akhirnya terpaksa berjauhan dengan kami. Oleh kerana Juita seorang anak yang rajin menolong saya melakukan kerja kerja rumah, memang ketiadaan dia sangat sangat dirasai. Sedih bila membaca mesej mesej yang dihantar. Saya tahu yang dia juga sedang merindui kami. Sama sama lah kita doakan agar Juita berjaya dalam semua urusan yang dijalani.





Sambal Tumis Udang Dan Petai Buat Juita

$
0
0




Sekarang kita telah berada di fasa akhir bulan Ramadhan iaitu fasa memburu malam Lailatul Qadar. Masih ada lagi 2 malam ganjil iaitu malam ke27 dan ke29. Malam Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik dari 1000 bulan, malam di mana ketetapan qadar kita dibuat. Jadi perbanyakkan berdoa, Ya Allah jika malam ini adalah malam Lailatul Qadar dan ditakdirkan bagi ku tidak baik, maka ubahlah ianya kepada takdir kebaikan. Tapi jika ianya baik, maka ubahlah ianya supaya menjadi bertambah baik. Inilah antara doa yang diajar oleh ustaz ustaz yang saya amalkan setiap kali berada di akhir bulan Ramadhan. Sejujurnya saya sangat merindui untuk menikmati suasana akhir Ramadhan di Masjidil Haram. Insya Allah semoga saya diberikan panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kelapangan untuk berada di akhir Ramadhan di Masjidil Haram lagi di tahun tahun akan datang.






Walaupun baru beberapa hari Juita memulakan pengajian di kolej tapi saya sangat terasa ketiadaannya. Maklum di bulan Ramadhan ini, dia lah peneman saya ketika bersahur, ketika berterawih dan bersolat subuh di Surau Ad Dhuha. Inilah juga kali pertama Juita berjauhan dengan kami kerana dia tidak pernah tinggal di asrama. Saya berharap dia selesa dan belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai pelajar kolej. Selepas beberapa hari di sana, Juita telah menghantar message pada papanya meminta saya memasakkan Sambal Tumis Udang dengan Petai dan juga Bendi Goreng Dengan Telur. Memang inilah antara lauk kegemaran Juita yang suka meratah ratah sahaja atau kalau dimakan dengan nasi pun, sangat sedikit sahaja nasinya.





Walaupun saya memang kira dah terer memasak Sambal Tumis Udang, hahaha perasaan tapi saya masih mencari petua petua atau tips untuk menghasilkan sambal tumis yang sedap. Saya dapat petua dari blog Kakjee bagaimana untuk menghasilkan Sambal Udang Tumis Petai yang sedap. Bahan bahan dan sukatannya nya hampir sama sahaja dengan resepi yang saya sediakan baru baru ini di SINI. Yang berbeza adalah petainya digoreng terlebih dahulu. Saya terpaksa menyediakan lebih awal kerana saya tidak bercuti sebelum raya. Saya mahu pastikan lauk ini tersedia hari Juita balik bercuti beberapa hari sebelum raya. Agak tergesa gesa untuk memasak selepas balik dari kerja kerana perlu bersiap siap untuk berbuka di surau pula. Lagi pula untuk memasak sambal tumis yang sedap, agak lama masa diambil untuk menumis supaya ianya benar benar garing.

Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Inilah lauk yang paling saya suka sediakan kerana mudah dan rasanya pun sedap. Apalagi bila sambalnya digaul gaul dengan nasi putih panas panas.... Memang terbaeek 




Sambal Udang Dengan Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg udang - sederhana besar dibersih & tinggal ekor
1 mangkuk cili kering kisar - 80-100 gm cili kering
1 mangkuk petai - atau ikut suka
2 labu bawang besar - sederhana besar
5 ulas bawang merah - saya tambah
3 ulas bawang putih - saya guna 5
1½ inci belacan - jika suka
½ cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
6 sudu besar gula - asal hanya guna 1 sudu kecil
1 - 2 sudu kecil garam


Cara cara:
Tumbuk bawang besar, bawang merah dan bawang putih bersama belacan (kalau guna) sehingga halus. Panaskan minyak yang agak banyak. Bila minyak dah panas, masukkan petai yang telah dikopek dan belah dua. Golek golek hingga separuh masak dan keluarkan.






Nota: Cara saya, masukkan pula udang dan digoreng sehingga kuning dan terus angkat. Biarkan minyak panas sehingga air udang kering, baru minyak sedia untuk menumis bahan tumbuk. 

Masukkan pula bahan tumbuk dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan perlahankan api. Terus goreng hingga cili betul betul masak dan terbit minyak. 

Kemudian masukkan sedikit air dan masak lagi hingga bahan bahan tadi benar benar garing. Kemudian masukkan air asam jawa. Kalau guna asam keping, masukkan air sebanyak ½ cawan. 

Kemudian besarkan api, masukkan udang, goreng pantas pantas selama 2 minit. Masukkan pula petai, gula dan garam. Jangan masak terlalu lama. Kalau udang masak terlalu lama udang jadi keras. Sesuaikan rasa dan padam api. 





Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri dan Petai

$
0
0





Entah mengapa kombinasi ikan tenggiri dengan petai yang dimasak lemak cili padi sangat serasi, sangat sedap. Serius sedap, kalau tak percaya, cuba sendiri. Memang sangat kena kombinasi ikan tenggiri dan petai. Saya belum pernah mencuba dengan ikan lain, jadi jangan tanya kalau ianya boleh juga digunakan ikan lain. Ini adalah kerana saya diajar menggunakan ikan tenggiri sahaja. Tapi kalau yang pernah mencuba dengan ikan lain, bolehlah share di sini. Mana tahu kot kalau ianya juga sedap. Seperti mana kita tahu, masak lemak asli nogori hanya menggunakan 3 bahan sahaja iaitu cili padi dan kunyit hidup serta garam. Asam keping hanya dimasukkan jika memasak ikan. Kalau menggunakan udang atau ketam, tak perlu masukkan asam keping kerana santan itu sendiri memberi rasa manis semulajadi.

Sebelum masuk bab resepi, nak kongsikan sedikit petikan Kuliah Zohor Ustaz Syarhan hari ini berkenaan perlunya istiqamah selepas keluar dari bulan Ramadhan. Dalam surah Fussilat ayat 30, Allah SWT berfirman "Sesungguhnya orang orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata, Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa dengan memberi ilham, dan jangan lah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang dijanjikan kepada kamu." Allah janjikan syurga kerana kesenangan di dunia akan pasti kita tinggalkan. Tempat yang kekal ialah di akhirat samada kekal di syurga atau kekal di neraka. Siapa mereka itu? Mereka ialah orang yang mengakui bahawa Tuhan itu Allah dengan penuh keyakinan dan pelaksanaan dari segi amal ibadah. Bukan sekadar di bibir. Kedua, mereka yang istiqamah selepas Ramadhan. Allah tak akan jemu sehingga kamu yang merasa jemu. Perlunya untuk kita beristiqamah, tetaplah membaca Al Quran walaupun selepas keluar dari bulan Ramadhan. Bacalah walaupun hanya satu muka Al Quran sehari. Kena bawa bacaan Al Quran keluar dari bulan Ramadhan. Begitu juga dengan lain lain ibadah seperti qiamullail dsb. Semua perlu diteruskan selepas kita keluar dari universiti Ramadhan yang telah mendidik jiwa kita dan membekalkan kita dengan taqwa.

Jom layan resepi mudah ini...



Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri dan Petai

Bahan bahan:
3 keping ikan tenggiri 
6-8 tangkai cili padi - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Santan secukupnya
Garam
1/2 keping asam keping

Cara cara:
Tumbuk atau kisar cili padi dan kunyit hidup. Masakkan ikan dengan bahan tumbuk seketika sebelum dimasukkan santan. Sentiasa dikacau dengan menggunakan api perlahan. 

Masukkan asam keping dan garam. Setelah mendidih, bolehlah disesuaikan rasa dan tutup api.


Rendang Ayam Nogori Untuk Juadah Raya

$
0
0



Alhamdulillah kerana akhirnya saya dapat bercuti hari terakhir bulan Ramadhan. Maklum telah 2 tahun saya tidak memasak dan membuat persiapan raya bersama anak anak kerana mengerjakan umrah akhir Ramadhan. Semasa ketiadaan saya, Nana yang memikul tanggungjawab menyediakan juadah hari raya dengan dibantu Juita dan adik adik yang lain. Entah kenapa semasa membelek belek resepi di blog sendiri, saya terpandang satu entri lama yang membuatkan saya sebak dan menangis. Ya Allah berikanlah ganti yang lebih baik dari musibah ini. Berilah kekuatan untuk daku menanggung semua kesukaran ini. Saya tahu tiada guna lagi untuk mengenangkan kisah silam tetapi saya memang seorang yang sangat sentimental, saya tidak dapat membuang sepenuhnya kedukaan ini. Namun hidup perlu diteruskan. Semoga Allah mengurniakan suatu keindahan di penghujungnya. Saya suka melayan hati dengan mendengar lagu Bunga Mawar dari The Mercy's sehingga ada rakan rakan yang mengusik supaya melupakan kisah kisah lama. Memang lah saya banyakkan berzikir bila terasa sedih tapi ada masanya, saya hanya menghiburkan hati sendiri. 





Berbalik pada persiapan raya, semua juadah dan hidangan lain disediakan Nana kecuali rendang. Dulu pun saya sediakan rendang sebelum berangkat. Jadi tugasan merendang masih lagi tugas saya. Hari ini saya sediakan Rendang Ayam Nogori. Resepi ini saya pelajari dari Kak Rokiah yang menjual nasi lemak sedap di gerai tepi jalan berdekatan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Boleh klik di SINI untuk melihat entri sebelum ini. 

Jom layan resepi yang telah saya olahkan supaya lebih jelas dan mudah diikuti....




Rendang Ayam Nogori

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong & goreng seketika
1-1 1/2 kg santan pekat - saya guna 2 santan kotak
1 sudu besar kerisik
Serbuk kunyit/kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
Garam
Gula
Beberapa helai daun limau purut

Bahan  kisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai
1 sudu besar cili kisar - atau cili merah sekadar menaikkan warna, jika suka
1 keping asam keping 

Cara cara:
Lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam seketika bertujuan supaya ianya tahan lama dan tidak mudah hancur. Angkat dan ketepikan. 





Menggunakan minyak yang sama, goreng serai ketuk seketika sebelum dimasukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi. 

Masukkan ayam dan kacau supaya bergaul rata. Masukkan santan pekat dan biarkan masak sehingga pecah minyak. 

Masukkan kerisik, garam dan gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Bolehlah ditutup api mengikut kepekatan yang disukai. 





Nota:
Resepi ini tidak menggunakan asam. Tapi kalau suka, boleh juga diletakkan asam keping.

Jika mahu rendang yang kering, panaskan lama lama dengan api perlahan sehingga kering.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri Julai 2015

$
0
0




Jika 2 tahun yang lalu semasa saya menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Mekah, juadah raya disediakan oleh Nana dengan dibantu Juita dan adik adik yang lain. Pada tahun ini, walaupun saya beraya di sini, Nana telah menawarkan diri untuk memasak juadah raya. Alhamdulillah, bolehlah saya berehat. Menu Nana tahun ini adalah Lontong dan Roti Jala bersama Kari Ayam. Manakala lemang dan lemang jagung seperti biasa ditempah dan dimakan dengan Rendang Ayam Nogori di SINI dan Daging Masak Hitam di SINI. Bab merendang ayam adalah tugas saya.

Hari Raya adalah hari di mana kita disuruh bergembira sebagai meraikan kemenangan kerana telah berjaya mematuhi perintah Allah dan telah berjaya melawan nafsu. Setelah berada dalam suasana meraikan kemenangan, janganlah pula membuat kesilapan dalam menyambut Raya seperti pembaziran. Jaga adab adab seperti bersalamam dengan mahram. Jangan bersalaman dengan sepupu, ipar atau ibu bapa saudara ipar yang berlainan jantina.

Walaupun hari raya adalah hari yang patut disambut dengan kegembiraan, namun saya agak sedih bila mengenangkan Bonda yang tiada lagi. Ini beerti telah setahun Bonda pergi mengadap Illahi. Saya juga sedih mengenangkan ujian ujian yang melanda kehidupan saya. Namun saya percaya, disebalik ujian pasti disertai dengan kesenangan. Sepanjang Ramadhan, saya mendoakan agar kami sekeluarga diberikan ketenangan hidup di dunia dan syurga di akhirat. Tidak lupa doa buat anak anak semoga ditemukan jodoh dengan orang orang yang baik dan beriman, juga supaya anak anak berjaya dalam kerjaya dan juga cemerlang dalam peperiksaan.   

Seperti beberapa tahun lalu, kami sekeluarga hanya berhari raya di rumah sendiri. Saya pasti ini adalah yang terbaik kerana anak anak memerlukan sedikit keselesaan menyambut hari yang mulia ini. Selepas menunaikan solat sunat Aidil Fitri, balik rumah menikmati juadah dan sarapan pagi, kami mengambil peluang untuk bergambar kenang kenangan. Selepas itu, kami ke pusara Bonda Mertua sebelum bertolak ke Ipoh untuk menziarahi saudara mara sebelah hubby.





Akhir sekali selamat hari raya dari kami buat pembaca blog Azie Kitchen. Maaf andai ada penulisan saya yang tidak menyenangkan hati atau apa sahaja yang mungkin tidak disengajakan. Taqobbalallaahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kamu. Ameen.



Kuah Lodeh Dengan Sambal Ikan Bilis Sedap Versi Dr Nana

$
0
0




Tahun ini Nana menyediakan Kuah Lodeh mengikut resepi beliau sendiri. Katanya resepi yang telah digunakan sejak bertahun tahun. Kuah lodeh ini dimakan dengan Sambal Ikan Bilis yang juga sangat sedap. Bukan mahu memuji tetapi saya kagum dengan Nana yang pandai merasai apa yang dimasak. Kalau saya, memang agak kurang keyakinan diri, berkali kali dicuba dan dirasa untuk mengetahui kalau ianya telah secukup rasa masin, manis dan masamnya. Ada ketika sibuk meminta talian hayat. Talian hayat yang paling setia adalah Encik Hubby. Dah boleh agak, skripnya... Jawabnya mesti, OK. Dua hari berturut turut, Nana menyediakan lontong dan kuah lodeh. Hari raya kedua, untuk dihidangkan pada kawan kawan beliau yang datang beraya.

Sebenarnya lontong dan kuah lodeh adalah juadah baru dalam hidup saya. Maklum zaman masa saya kecil kecil di kampung di Kelantan dulu, tidak ada yang menyediakan makanan ini. Kiranya saya belajar makan lontong pun, setelah bekerja. Seingat saya, bukan sahaja lontong tetapi rendang juga tidak pernah dimasak oleh keluarga saya, saudara mara atau jiran jiran saya. Ketupat palas, makanan wajib setiap kali raya hanya dicicah dengan nnise cair atau telah siap mempunyai inti sambal daging di dalamnya. Betapa simplenya juadah kami sewaktu itu. Arwah Bonda menyediakan ketupat palas, tapai bungkus dalam daun pisang, nasi impit dan kuah kacang. Tiada biskut raya dan tiada rendang merendang. Namun kami meraikan hari raya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kenangan menyambut hari raya ketika itu, tetap segar di ingatan. 

Jom layan resepi kuah lodeh yang sangat sedap ini. Seperti mana kita tahu, banyak versi kuah lodeh yang dikongsikan. Jadi kalau mahu menambah kepelbagaian resepi kuih lodeh, bolehlah dicuba kuah lodeh versi Dr Nana pula....



Lontong dan Kuah Lodeh Versi Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kisar:
8 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar ikan bilis
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 sudu besar cili kisar - atau 10 tangkai cili kering
2 sudu kecil jintan manis dan jintan kasar
Sedikit belacan

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang - potong 8 
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
4 helai daun salam
2 batang serai - ketuk
1/2 jari lengkuas - ketuk
1 - 2 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak
Garam secukup rasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai ketuk sehingga wangi. Masukkan santan cair dan masak sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.




Masukkan santan pekat dan setelah mendidih, masukkan soo hoon, tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Sedap dimakan dengan Sambal Ikan Bilis dan juga telur rebus. Tunggukan resepi Sambal Ikan Bilis dalam entri akan datang.







Sambal Ikan Bilis Yang Sedap Dari Dr Nana

$
0
0






Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini, saya ingin kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis yang digandingkan dengan Lontong dan Kuah Lodeh Nana di SINI. Bahan bahan dan cara penyediaannya tidak sama dengan cara saya sebelum ini. Jadi saya fikir ada baiknya, jika saya kongsikan di sini untuk rujukan sendiri di masa masa hadapan. Sambal Ikan Bilis adalah antara lauk yang versatile, boleh dimakan dengan nasi putih, nasi impit, roti dan apa apa sahaja. Bayangkan semasa menikmati sarapan di pagi raya, anak anak menambah nambah sambalnya sehingga hampir habis. Terpaksalah Nana menyediakannya lagi. 

Selain bahan yang digunakan, yang menjadikan sambal lebih sedap apabila cili kisar betul betul masak dan garing. Jadi masa menumis agak lama menggunakan api perlahan bagi memastikan ianya betul betul garing. Lebihkan minyak semasa menumis kerana ianya boleh disudukan keluar selepas sambal siap dimasak. Selain itu, sambal tumis yang sedap mesti cukup rasa gulanya. Dengan kata lain, mesti ada rasa manis lebih dari rasa masin dan masam. Kalau makan nasi lemak di kedai atau Kopitiam, cuba perhatikan rasa sambalnya. Sambal Ikan Bilis juga yang menentukan keenakan nasi lemak. Bayangkan jika kita makan nasi lemak tanpa sambal yang sedap, pasti nasi lemak akan rasa tidak sedap juga. Saya suka menyediakan sambal ikan bilis banyak banyak dan dimasukkan dalam bekas dan disimpan dalam freezer. Ini adalah antara lauk penyelamat, bila tak sempat memasak atau kebuntuan idea dalam memasak.

Jom kita tengok resepi yang Nana gunakan untuk menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis yang wallaa sedap nyer..... Selamat mencuba....


Sambal Ikan Bilis Dr Nana
Bahan bahan:
4 genggam ikan bilis - digoreng separuh masak
Cili kisar secukupnya
1 biji bawang besar - mayang
1 keping asam keping - boleh juga guna air asam jawa
Garam
Gula

Bahan kisar:
1 bawang besar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis mentah
Belacan

Cara cara:
Goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar yang dihiris sehingga layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan dikacau rata sehingga wangi, diikuti dengan cili kisar. Tumis sehingga cili betul betul garing dzn terbit minyak.

Masukkan sedikit air, asam keping, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng separuh masak. 

Kacau rata sehingga ianya terbit minyak. Sesuaikan kepekatan dan rasa sebelum boleh diangkat.



Soto Ayam Azie Kitchen Buat Tetamu Aidil Fitri

$
0
0



Hari Raya ke3, Nana menyediakan Soto Ayam menggunakan resepi yang saya gunakan selama ini di SINI. Soto Ayam disediakan sebagai hidangan untuk jiran kami Dr Roslan dan keluarga serta sahabat Nana, Dr Farirruddin dan Dr Akmal yang singgah beraya. Nana seorang anak yang sangat periang. Kadang kadang saya ketawa sendirian dengan gelagat dia. Apa tak nyer, bila di dapur bising dengan gelak tawa sambil mengusik adik adiknya. Bukan apa, risau kot terjadi apa apa bila mereka suka bersenda gurau di dapur. Semasa dia sedang memasak sambal kicap, habis orang dipaksa merasa nya kerana katanya terlebih masin. Dipaksa Aween untuk merasa juga. Tapi dia berjaya adjust sehingga menghasilkan sambal kicap yang sangat sedap. 





Memang sedap soto yang disediakan sehingga kami makan menambah nambah, terutama bila dimakan dengan Sambal Kicap Kak Yatie yang sangat kaw kaw dengan pedas dan masin manis. Semuanya secukup rasa. Pendek kata saya sangat berpuashati dengan resepi ini. Lebih lebih lagi dimakan dengan Begedil yang menjadi rebutan. 3 dulang besar habis licin. Nantikan resepi begedil dalam entri akan datang.

Ada yang menulis mengatakan sangat pelik bila saya memasukkan santan ke dalam kuah soto. Tapi pada saya tak perlu merasa pelik kerana ianya tidak menjejaskan rasa soto asli, malahan lebih sedap lagi. Lagi pulak, resepi ini saya pelajari dari Kak Yatie yang memang berasal dari Johor dan tinggal juga di Johor. Bagi yang belum pernah mencuba, bolehlah menggunakan resepi ini dan rasakan sendiri keenakannya. Tidak rugi mencubanya.

Jom layan resepi dulu. Soto ini sangat sesuai dimasak di musim perayaan ini untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang...



Soto Ayam Azie Kitchen

Bahan bahan: 
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis 
1 sudu kecil serbuk jintan putih 
2 sudu besar serbuk lada putih 
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga 
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
3 batang serai - ketuk 

Cara cara: 
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih. 

Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 

Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam. 

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap. Tengok 3 cara cara penyediaan Sambal Kicap di bawah ini. 




Sambal Kicap Kak Yatie:
Segenggam cili padi 
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair 
Gula

Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula. 


Sambal Kicap Feeza:
Blend cili padi dengan bawang goreng dan kicap lemak masin. Masak cili dan masukkan cuka. Tutup api. Tumbuk bawang putih, kemudian goreng dengan sedikit minyak sampai warna keperangan. Tuang dalam cili tadi. Gaul rata. 


Sambal Kicap CMG: 
Tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang putih, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan. 


Bahan bahan Lain: 
Taugeh – goreng tanpa minyak seketika 
Daun sup – hiris 
Daun bawang – hiris 
Bawang goreng 
Mee hoon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur 
Nasi Impit – potong kecil





Kuah Kacang Dengan Daging Istimewa Azie Kitchen

$
0
0




Masih setia dengan resepi yang telah saya gunakan berpuluh tahun lamanya ini. Selain dari dimasukkan ayam, boleh juga dimasukkan daging. Untuk melihat resepi menggunakan ayam, boleh klik di SINI. Entri untuk daging sebelum ini, boleh klik di SINI. Memasak masakan begini memang sangat memudahkan kerana ianya umpama dua dalam satu. Tak perlu nak sediakan sate lagi. Ada nasi impit, kuah kacang dan sate. Kiranya hidangan lengkap. Saya memutuskan untuk menyediakan kuah kacang ini kerana ada banyak nasi impit yang Nana sediakan untuk dimakan dengan lontong dan kuah lodeh.





Kali ini kerja saya lebih mudah kerana Nana telah membelikan kacang tanah yang telah siap dikupas kulitnya. Selamat satu hal yang saya tak suka lakukannya selama ini, iaitu membuang kulit kacang tanah. Saya juga hanya membakar di dalam oven sehingga kacangnya berbau wangi. Jimat tenaga, tak payah nak mengacau dalam kuali ketika disangai. Tapi dah terlebih rajin pula, di mana kacangnya saya tumbuk guna lesung batu. Ntah kenapa lak  terlebih rajin, biasanya saya hanya masuk dalam blender dan kisar sahaja.  

Jom layan resepi kuah kacang istimewa dari Azie Kitchen buat hidangan raya kami...




Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg daging - potong kecil dan rebus
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kisar - 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
3/4 - 1 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven. Buangkan kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur. 






Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing dengan minyak mazola, setelah garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.

Masukkan daging dan kacau rata. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air rebusan daging, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.




Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.





Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang.


Nota:
Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. 



Kek Buah Kukus Lembab dan Sedap Azie Kitchen

$
0
0





Saya menyediakan kek ini dalam masa yang sama dengan saya memasak Rendang Ayam Nogori di SINI dan menyediakan bahan untuk Kuah Kacang Berdaging di SINI. Kiranya saya melakukan 3 kerja dalam satu masa. Saya sebenarnya mempunyai 3 resepi Kek Buah Kukus yang serupa tapi tidak sama. Haa agak agak boleh keliru tak? Yang saya nak kongsikan cuma 2 sahaja. Mana mana kek pun menggunakan bahan yang sama jer, cuma bila sukatan berbeza akan memberi rasa dan tekstur yang berbeza. Semuanya memerlukan kita untuk mencuba dan membuat perbandingan sendiri. Atau cara paling mudah, baca jer perkongsian yang dibuat oleh mereka yang telah mencuba, jika ada yang sudi berkongsi. Maklumlah kadang kadang ada yang tak mahu berkongsi kerana mahu menjual resepi secara online terutama bagi resepi yang telah dicuba dan dibuat penambahbaikan. Tidak salah pun sebenarnya kerana itu adalah hak masing masing. Lagi pun, kalau mahu belajar di kelas pun, masih kena bayar yuran juga.
  




Berbalik pada resepi Kek Buah Kukus yang telah saya cuba. Hahaha sebelum melalut lebih jauh. Resepi pertama di SINI adalah resepi yang asalnya dari Chef Zubaidah Chepa yang telah dicuba oleh ramai blogger dan resepi kedua adalah resepi yang saya pelajari dari Kak Leen, kakak ipar saya sendiri di SINI. Kedua dua resepi ini menggunakan bahan yang sama cuma menggunakan sukatan yang berbeza. Kek Buah Kukus adalah kek buah yang agak remeh untuk menyediakannya disebabkan oleh masa untuk mengukusnya yang sangat lama, jadi saya banyak membaca dan menanyakan tip tip untuk menghasilkan kek buah yang sedap dan lembab. Jadi jangan lupa untuk membaca tips yang diberi di bahagian akhir entri ini. 





Entah kenapa tiba tiba teringin untuk makan kek Buah Kukus, bukan tak boleh order tapi rasa lebih seronok jika dapat disediakan sendiri. Tapi jika sendirian di dapur pun, tak seronok juga. Kalau ada teman, kerja banyak pun terasa sedikit sahaja. Juita membantu saya menyediakan kek hari ini. Masih menggunakan resepi kek dari kakak ipar saya, cuma saya menggunakan sukatan gula sebanyak 700 gram. Dulu saya menggunakan 600 gram sahaja. Susahlah nak rujuk resepi mana satu, resepi 1 lah, resepi 2 lah, jadi kali ini saya namakan Kek Buah Kukus Azie Kitchen. Haa senang untuk jadi rujukan sendiri.

Jom meh layan resepi yang saya telah tuliskan semula dengan bahasa yang lebih mudah supaya lebih jelas. Ianya sangat sedap dan sesuai dengan selera saya. Selepas beberapa hari, ianya menjafi bertambah moist. Pendek kata inilah a keeper recipe untuk kek buah kukus bagi saya....




Kek Buah Kukus Lembab Azie Kitchen 
Loyang saiz: 10"-12”

Bahan bahan:
500 gram mixed fruit
6 biji telur gred A - guna 7 gred sederhana
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil esen ros 

Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat 
1/2 sudu kecil cream of tartar 
1 sudu kecil serbuk buah pala - opsyenal

Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 700 gram
1/2 cawan air sejuk
500 gm butter

Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dengan berhati hati dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair. 

Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sehingga agak suam.





Masukkan pula bahan ayak ke dalam adunan gula hangus tadi sedikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan senduk kayu hingga rata. 

Dalam bekas lain, pukul atau blend telur sebentar. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Kacau lagi tapi jangan terlebih kacau takut buah mendap. 

Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10” atau 12" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. Boleh tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter supaya tidak melekat bila kek naik tinggi. Nota: Saya guna 4 bekas aluminium 7"x3" dan masa mengukus adalah 1 1/2 - 2 jam sahaja. Untuk masa depan, guna 5 bekas lagi sesuai kerana kek naik tinggi. Lagi pulak, pengukus saya tidak cukup tinggi.




Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukuslah selama minimun 4 hingga 6 jam. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Selain aluminium foil, boleh juga balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap air tidak menitis ke atas kek yang sedang dikukus.

Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air, pastikan ditambah dengan air panas. 



Bila kek telah masak, buka tutup pengukus dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang. Kek lebih lembab selepas 2 hari, jadi balut dengan plastik dan dibiarkan di atas meja selama 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang kering dan tajam.




Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. 

Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.

Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.

Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat. 

Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan - 1 tahun.  

Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan untuk disimpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.



Begedil Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja

$
0
0




Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Begedil ini adalah yang terbaeek saya sediakan setakat ini. Saya sediakan Begedil untuk dihidang bersama Soto Ayam yang Nana sediakan di SINI. Banyak sebabnya saya katakan begitu. Pertamanya, kerana rasanya yang sangat sedap sehinggakan kami makan lepas satu satu seolah makan cekodok sahaja. Keduanya, ia disediakan dalam keadaan anak anak turut sama berada di dapur. Jadi sangat meriah dan ceria. Ketiga, kerana makan dalam keadaan berebut rebut sebaik ianya diangkat dari kuali. Apa pun kalau dimakan berebut, memang lah nikmat nyeer. Nana bising menegur kami yang makan kerana dia kuatir kalau tidak cukup untuk dihidangkan. Sebenarnya hari ini, saya menyediakan Begedil tanpa mengikut sukatan pun. Semuanya saya main campak campakkan dan dirasa sedikit. Bila sesuai rasanya, barulah dipecahkan telur kuning. Rasanya lebih dari 1 kg ubi kentang yang Nana kupas. Tapi sebagai panduan, saya sediakan sukatan resepi dari entri sebelum ini di SINI jika ada yang mahu mencuba.





Saya sebenarnya penggemar Begedil. Kalau makan soto di mana mana, hubby mesti berikan begedil pada saya kerana tahu apa yang saya gemari. Tapi kalau nak sedap, Begedil eloklah disediakan sendiri di rumah. Begedil yang dijual sekadar bahan bahan asas sahaja kerana mereka inginkan keuntungan. Cara penyediaan begedil kali ini agak berbeza dengan apa yang saya biasa buat. Ini adalah kerana daging kisar digoreng tanpa minyak dan kedua dimasukkan telur kuning ke dalam adunan. Jadi ianya lebih mudah melekat dan senang untuk dikepal dan dibentuk. Hmm penyediaan Begedil dan keenakannya pasti terpahat dalam ingatan sampai bila bila. Hahaha best ever Begedil giteww.

Jom layan resepi begedil yang mudah tapi sedap ini....






Begedil Daging 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang 
200 gm daging/ayam kisar 
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat 
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup - dihiris halus 
1/2 labu bawang besar - di potong dadu 
2 biji telur ayam - asingkan kuning dan putih 
Garam secukup rasa 

Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu. 




Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata dan dirasakan dulu garamnya. Setelah secukup rasanya, baru dimasukkan telur kuning. Ambik sedikit adunan dan dikepal kepalkan. Bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis. 




Dalam bekas lain, kocak kocakkan telur putih. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Minyak tak perlu banyak sangat, agak agak tenggelam separuh begedil sahaja. Nota: boleh juga jika ingin menggunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk mencelup.




Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan begedil sehingga ia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan atas tisu dapur. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.





Roti Jala Lembut Versi Dr Nana

$
0
0




Sementara masih dalam musim perayaan Aidil Fitri di mana kita kembali pada fitrah iaitu kejadian asal kita yang tanpa dosa. Saya ingin kongsikan antara beberapa kesilapan yang dibuat semasa meraikan Aidil Fitri. Antaranya yang ingin saya sentuh ialah amalan menziarah kubur yang dianggap sebagai satu perkara yang mesti dilakukan di pagi raya. Seolah itulah waktu yang relevan untuk ziarah kubur. Sedangkan kita patut bergembira di pagi raya sebagai tanda kemenangan. Kalau di kubur, pastinya tiada orang yang akan bergembira. Menziarah kubur bukan dikhususkan pada pagi hari raya. Selain itu, jaga juga amalan bersalaman dengan bukan mahram. Asalnya menyambut Aidil Fitri adalah ibadah iaitu untuk mendapat pahala tapi dah dapat dosa kerana melakukan kesilapan dalam amalan menyambutnya. 

OK hari ini saya ingin kongsikan resepi roti jala versi Nana. Nana mempunyai resepi sendiri yang dia telah gunakan bertahun tahun terutama semasa masih belajar di Egypt. Oleh kerana Nana yang akan memasak, saya ikut sahaja resepi mana yang mahu disediakan. Lebih lebih lagi, ianya resepi yang proven and tested oleh Nana sendiri. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi roti Jala yang telah saya dan Juita sediakan sebelum ini. Malahan ramai pembaca blog Azie Kitchen yang telah mencubanya. Roti jalanya lembut dan kekal lembut sehingga ke petang giteww..






Saya sebenarnya tak berapa pandai bab menyediakan kuah Kari Ayam yang pekat untuk dicicah dengan roti jala seperti yang biasa disediakan oleh kakak saya. Jadi saya minta Nana yang sediakan karinya. Tapi saya terpaksa didihkan sehingga kuahnya pekat dan terbit minyak dengan cantik. Hahaha Ya Ampuun,  sedar tak sedar sehingga terhancur sedikit ayamnya. Bau pun sangat wangi kerana saya masukkan sehelai daun pandan ke dalam kuah kari. Petua untuk hasilkan kari ayam yang sedap ialah dengan menumis rempah kari dengan api perlahan sehingga betul betul garing, guna banyak bawang merah dan rempah dan garam diletak di akhir sekali kerana kentang akan menyerap air dan garam. Kalau terlebih pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

Jom layan resepi roti jala versi Dr Nana pula. Selamat mencuba...



Roti Jala Lembut Versi Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
400 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
450 ml susu segar
450 ml air
1 sudu kecil garam
3 biji telur
2 sudu besar mentega cair

Cara-cara:
Kisar semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam yang dimasak sedikit pekat. 





Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap

$
0
0





Kali ini Nana dan Juita menyediakan Cranberries Pistachio Shortbread untuk dihidangkan semasa hari raya. Memang sedap biskut ini. Hmm bahan bahan yang digunakan pun agak mahal, pastilah berbaloi baloi. Dah bertahun juga saya tak menyediakan biskut raya. Semuanya saya serahkan pada anak anak untuk menyediakan biskut mengikut kesukaan masing masing. Anak anak zaman sekarang memang suka mencuba resepi resepi yang pelbagai. Bukan macam kita dulu dulu, asyik asyik kacang tanah dan almond jer bahan utamanya. Bahan bahan untuk membuat lauk pauk dan biskut raya, semuanya Nana beli sendiri di supermarket berdekatan dengan hospital tempat dia bertugas. Jadi senang kerana dia tahu apa barangan yang hendak dibeli.







Tahun ini saya betul betul rehat kerana anak anak banyak membantu satu sama lain di dapur. Tugas saya hanya snap gambar untuk blog sahaja. Kerana sewaktu masuk ke dapur, Nana sudah hampir siap membakar biskut.  Selepas berbuka puasa, yang pertama saya cari adalah biskut ini kerana semasa dibakar sudah terbau keenakan biskutnya. Lagi pulak, biskut seperti ini tidak menjemukan dan rasanya pun tidaklah manis. Sesuai untuk selera macam saya yang dah tak boleh lagi nak menelan makanan atau minuman manis. 






Jom kita tengok resepi yang Nana gunakan hari ini. Ianya sangat sedap dan mudah pula disediakan....







Cranberries Pistachio Shortbread
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 gm tepung serba guna
226 gm butter
135 gm granulated sugar
1 sudu kecil vanilla
180 gm pistachio - cincang kasar
150 gm dried cranberries - cincang kasar

Cara cara:
Pukul butter dengan menggunakan mixer sehingga sebati. Masukkan gula dan putar lagi. Kemudian masukkan vanilla.
 
Masukkan pula tepung serba guna sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Akhir sekali, masukkan pistachios dan cranberries.
 
Bahagikan kepada beberapa bahagian. Dileperkan dan balut dengan plastik. Boleh juga diratakan dengan kayu pencanai bagi meratakan permukaannya.






Sejukkan sekurang kurangnya selama 2 jam. Keluarkan dari peti dan dipotong petak. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160C atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.






Sambal Tumis Ikan Bilis Azie Kitchen

$
0
0





Sambal Tumis Ikan Bilis adalah cukup sinonim dengan kebanyakan masyarakat kita terutama dihidangkan dengan nasi lemak. Namun begitu, masih ramai peniaga yang tidak menghasilkan sambal tumis yang sedap. Ianya sangat berbeza dengan nasi lemak yang dimakan dengan di kopitiam yang sambal tumis ikan bilisnya sangat sedap, berwarna berkilat cantik. Sebenarnya tidak susah pun untuk menghasilkan sambal tumis ikan bilis yang sedap, Cuma teknik semasa memasaknya yang mesti betul. Tiga perkara yang sangat saya utamakan ialah cili kisar mesti betul betul garing, bawang besar mesti banyak dan gula juga mesti lebih. Yang lain lain seperti biasa sahaja. Sambal tumis yang disediakan dengan dimasak lama lama, boleh tahan sehingga 4-5 hari tanpa perlu dipanaskan. Separuh darinya saya masukkan dalam tupperware untuk disimpan.





Berkenaan dengan ikan bilis pula, ada pelbagai versi. Kalau ikut cara arwah Bonda Mertua di SINI, semua bahan termasuk ikan bilis dimasukkan kesemua sekali di dalam kuali dan biarkan masak dengan api perlahan lahan. Maknanya ikan bilis tidak digoreng. Cara yang biasa yang saya mengikut cara sepupu saya cikgu Wan Faizah di SINI ialah memasukkan ikan bilis yang tidak dimasak ke dalam sambal tumis selepas cili telah benar benar garing. Pun ikan bilisnya tidak digoreng terlebih dahulu. Cara Nana di SINI pula, ikan bilis digoreng separuh masak sebelum dimasukkan dalam sambal tumis yang cilinya telah garing. Selain itu, saya juga biasa menggoreng ikan bilis sehingga garing dan memasukkannya ke dalam sambal yang telah terbit minyak. Cuma kebelakangan ini, saya dah jarang menggoreng ikan bilis kerana tak rajin untuk melakukannya. Malahan kali ini juga, saya tidak menggoreng ikan bilisnya. Jadi cara mana yang kita sukai, terpulanglah. Terpulang lah, mahu jadi apa, mahu jadi hantu atau mahu jadi buaya. Hahaha lebih kurang lagu juga lah.

Hari ini saya mahu kongsikan cara saya menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis yang telah saya gabungkan semua cara dan teknik berdasarkan pengalaman saya selama ini serta tips dan petua yang dikongsikan oleh rakan rakan. Jom layan resepinya di bawah ini. Ianya sangat sedap dan terbaeek. Tetapi abaikan gambarnya yang tak cantik kerana diambil di waktu senja dengan cuaca yang gelap serta hujan renyai renyai..



Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap Versi Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis – digoreng layu
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering – buang biji, rebus & kisar
1 biji bawang besar – hiris
1 keping asam/air asam jawa
Garam secukup rasa
3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka - opsyenal

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
Secubit ikan bilis mentah
Sedikit belacan bakar - opsyenal
1 biji buah keras – opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit. Boleh tutup kuali supaya sambal tak meletup letup dan terpercik ke tangan. 

Bila cili benar benar masak garing dan terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.

Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam keping, gula, gula merah dan garam secukupnya serta bawang besar hiris.

Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak.  Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: 
Resepi ini tidak diletakkan bawang putih. Sambal dikatakan lebih sedap jika tidak mengunakan bawang putih. 

Boleh tambah buah keras untuk menambahkan lemak pada sambal.

Boleh juga gunakan cili merah hidup sebagai menggantikan cili kering. Sangat sedap, berwarna cantik dan tidak perlu ditumis terlalu lama.

Boleh juga jika ikan bilis tidak digoreng terlebih dahulu, terutama jika ikan bilis yang berkualiti tinggi


Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

$
0
0





Ini adalah entri tertunggak sebelum raya lagi. Terpaksa bagi laluan pada menu untuk hidangan raya. Sekarang dah agak lapang, bolehlah diletak entri ini. Bak kata Ustaz Johari, Nabi Muhammad SAW tidak menyebut bila masa untuk melakukan puasa 6 di bulan Syawal. Hanya disebut dalam bulan Syawal. Tidak seperti puasa lain yang dinyata secara spesifik. Jadi bila masa sebaiknya? Hari raya kedua kah, atau hari Isnin kah? Kata Ustaz, para ulamak berpendapat yang masa sebaiknya ialah apabila apabila keriangan raya seseorang telah mulai pudar. Jadi sebab keriangan raya saya dah mula pudar, saya mahu kongsikan resepi Bendi Goreng dengan Telur. Saya menyediakan Sambal Tumis Udang dengan Petai di SINI dan juga Bendi Goreng bersama Telur untuk hidangan berbuka puasa hari Juita balik bercuti raya sebagai memenuhi permintaan dia. Memang bendi goreng telur adalah antara lauk kesukaan Juita yang gemar meratah ratah sayuran. Dari ramai anak anak saya, hanya Juita yang lebih sikit makan bab sayuran. Yang lain, hmm semua tak suka, termasuklah yang cik Doktor tu. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Ada macam macam cara menyediakan Bendi Goreng Telur, ada yang diletakkan udang kering atau ikan bilis. Tapi saya guna cara biasa yang lebih ringkas.





Hubby bertolak sebelum subuh lagi bersama Boy untuk mengambil Juita balik sempena cuti raya. Semasa kembali ke kolej, hubby telah mengambil tiket penerbangan Malindo untuk Juita dan saya sekali. Memang selama ini, saya tak tahu kalau airport Kerteh agak besar. Sesampai di sana, hubby menyewa kereta untuk menghantar Juita ke asrama. Agak sukar untuk mencari kedai makan, nasib baik ada gerai di kawasan RTC yang dibuka. Sedap sungguh keropok lekor goreng panas panas di situ. Selepas itu, kami balik ke bandar Kerteh untuk mencari hotel penginapan. Akhirnya kami menginap di Kerteh Damansara Inn yang merupakan rumah banglo yang dijadikan hotel penginapan. Keesokan hari, pagi pagi telah bertolak ke airport untuk balik KD. 

Jom layan resepi mudah dan sedap di bawah ini...




Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

Bahan bahan:
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
Serbuk perasa

Bahan tumbuk:
3 cili merah - dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga naik bau. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan perasa. Agak agak bendi dah separuh masak bolehlah dicurahkan telur sekelilingnya.

Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan sekejap sehingga agak kering dan boleh lah ditutup api.


Rendang Ayam Sebagai Lauk Nasi Lemak

$
0
0



Hari ini saya menyediakan Rendang Ayam untuk dimakan sebagai lauk nasi lemak. Dah lama teringin hendak makan nasi lemak di Kopitiam Village tetapi sebab mereka tutup pukul 7 malam, jadi memang tak sempat nak ke sana. Rendang ayam disediakan di sana sangat sedap, begitu juga dengan ayam goreng. Tidak lupa, sambal tumis nya yang juga sangat sedap. Sekarang ni banyak restoran masih ditutup. Jadi agak sukar untuk mencari tempat makan malam yang sesuai dengan selera. Lagi pulak, hari ini hanya saya dan 2 orang anak teruna jer yang ada di rumah. Jadi nasi lemak lebih simple untuk disediakan. Selain rendang ayam, saya juga menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis di SINI. Pendek kata, tak lengkap nasi lemak, tanpa sambal tumis ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun. Yang menentukan keenakan nasi lemak adalah sambal tumis ikan bilis yang mesti secukup manisnya, masinnya dan masamnya. Hahaha mana mana masakan pun, memang lah kena secukup rasanya. Maksud saya kalau sambal tumis, kena lebih sedikit manisnya dari rasa yang lain.





Sekarang kita masih berada di bulan Syawal. Bulan ini yang pastinya banyak diadakan majlis rumah terbuka dan mungkin juga kenduri kendara. Seperti dipesan dalam kuliah kuliah di bulan Ramadhan, kita hendaklah berisitiqomah kerana di bulan Syawal ini kita kembali kepada fitrah yang asal. Sama sama ziarah menziarahi antara satu sama lain, elakkan pembaziran serta saling memberi ucapan "Taqabbal Minna Wa Minkum". Semoga Allah menerima amalanku dan amalam kamu. Yang penting juga, lakukan lah puasa 6 hari di bulan Syawal kerana ganjaran pahalanya seolah olah kita berpuasa selama setahun.

Jom layan resepi rendang yang biasa biasa tetapi sedap ini. Gambar pula diambil waktu malam, jadi agak blur sedikit. Rupa rendang yang sebenar adalah seperti gambar yang saya snap menggunakan handphone di dalam bekas plastik di atas. Seperti biasa, kalau ada lebihan, saya akan simpan dalam bekas plastik untuk dimakan oleh anak anak keesokannya…



Rendang Ayam

Bahan bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah - hiris
4-5 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
1 kilo santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Garam
Gula
2 helai daun kunyit – hiris halus
Minyak masak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris, bahan bahan kisar dan cili kisar sehingga wangi. Masukkan pula ayam dan digaul rata dan masak sehingga ayam kecut dan air ayam kering dan terbit minyak.

Masukkan pula santan dan setelah santan mendidih, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping. Masak sehingga agak kering dan terbit minyak. 

Akhir sekali, taburkan daun kunyit dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih atau nasi impit atau lemang.


Mee Hoon Goreng Yang Sangatlah Sedap Nyer

$
0
0





Sejak mendaftar di kolej, ini adalah kali kedua Juita balik di cuti hujung minggu. Juita meminta saya menyediakan Mee Hoon Goreng untuk makan malam. Sebenarnya sesiapa pun boleh menyediakan mee hoon goreng, tapi ada yang mee hoon nya sangat sedap berbanding dengan yang lain. Maknanya tidak semua orang boleh menyediakan mee hoon goreng yang sedap. Jadi saya pun bertanya lah dengan pak cik google kot ada tips untuk menghasilkan mee hoon goreng yang sedap. Lalu ditunjukkan satu entri mee hoon goreng yang sangat sedap di SINI. Saya pun menyemak resepi yang diberi. Ooh lebih kurang sahaja dengan cara saya menyediakan mee hoon goreng. Yang berbeza adalah  bawang besar hiris yang ditumis yang dikatakan menghasilkan mee hoon goreng yang enak. Saya pun tanpa berlengah terus merujuk pada resepi yang dikongsi.





Saya memasukkan juga sotong tapi rasa saya, kalau tak dimasukkan apa apa pun sedap juga kerana adanya rasa ikan bilis tumbuk di dalam perencahnya. Nana biasa membuat mee hoon goreng dengan dimasukkan ikan bilis yang ditumbuk. Saya memang suka sesuatu yang rasanya simple. Tapi kalau tak diletak sotong, saya suka kalau dipecahkan beberapa biji telur ke dalam mee hoon. Memang telur tak dapat dipisahkan dengan mee hoon goreng saya. Kali ini, saya tak masukkan telur kerana telah ada sotong dan ada pulak ikan bilis tumbuk. Selain itu, sayur pilihan saya kalau untuk mee hoon adalah kubis dan karot, berbeza dengan mee goreng yang menggunakan sayur sawi. Kalau ada, sedikit cendawan telinga kera. Ala ala sayur yang digunakan dalam Singapore Mee hoon  saya di SINI. Tapi apa apa pun mee hoon goreng saya kali ini memang sangat sedap. Dalam nak berdiet, 3 kali saya menambahnya.

Jom layan resepi Mee Hoon Goreng yang mudah dan sangatlah sedap nyer...




Mee Hoon Goreng Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Bahan:
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong atau udang
1 mangkuk karot - hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis - direndam

Bahan Hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini.

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

Majlis Rumah Terbuka Villa Nur Qaseh 2 Ogos 2015

$
0
0





Majlis rumah terbuka kami tahun ini walaupun lebih meriah tapi serasa ada kekurangan apabila anakanda kami, Juita terpaksa balik malam sebelumnya kerana menpunyai jadual kuliah yang padat. Saya sebenarnya tidak langsung mencampuri urusan dan persiapan majlis terbuka kali ini. Semuanya hubby yang tentukan termasuklah tarikh, pilihan menu dan khemah serta setting. Kebetulan hampir seminggu sebelum itu, saya tidak sihat dan terpaksa memakan ubat dan dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat.




Kalau diikutkan saya tidak ada cadangan untuk mengadakan majlis rumah terbuka tetapi atas permintaan Nana yang beberapa kali menanya samada kami ingin mengadakan majlis rumah terbuka. Majlis yang sepatutnya dibuat kecil kecilan sahaja tetapi akhirnya menjadi agak besar bila anak anak juga menpunyai ramai kawan kawan yang ingin dijemput. Jadi tetamu yang dijemput agak ramai dari tahun tahun sebelumnya. Tidak lupa pastinya jiran jiran dan jemaah surau Ad Dhuha. Hubby telah menjemput rakan rakan perniagaan bersama keluarga mulai dari 12.30 tengahari.



Antara wajah wajah kesayangan


Kali ini hubby memilih Nasi Arab sebagai menu utama dengan lauk daging, ayam dan kambing. Walaupun saya tidak berapa menggemari lauk yang disediakan tetapi ramai tetamu memberi pujian. Maklum bila badan tak sihat, selera juga menjadi berkurangan. Satu kelainan pada tahun ini ialah ketiga tiga ekor kambing perap dibakar di rumah kami. Jadi dagingnya lebih segar dan juicy. Ianya hanya mengambil masa dalam 1 jam lebih sahaja untuk masak dan sedia untuk dipotong.


sedang diperap

dibakar 2 jam sebelum majlis

kambing untuk lauk nasi Arab

dalca yang sedap

lauk nasi Arab



Jika sebelum ini, hubby mengambil Char Kue Teow tetapi pilihan kami pada tahun ini ialah Kue Teow goreng. Walaupun saya agak tidak berpuashati kerana tiada kerang atau udang dimasukkan, namun ramai tetamu memuji keenakannya. Mungkin salah saya sendiri yang mengambil mudah dan beranggapan, ianya tidak perlu diberitahu tentang bahan asas kue teow goreng. Kali ini ada juga disediakan laksam, yang mendapat pujian ramai. Tapi saya tak sempat merasanya dan tak pasti kalau ianya sama seperti rasa laksam Kelantan. Secara jujur, setiap kali ada majlis di rumah, saya hanya makan sedikit sahaja sebelum majlis bermula. Tidak akan makan lagi sehingga majlis selesai. 



laksam yang mendapat pujian 

roti jala dicicah dengan kuah durian

rendang daging sedap dimakan bersama lemang

2000 cucuk sate ayam dan daging

kue teow goreng


Jom layan gambar gambar yang dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan rakan dan jiran jiran yang sudi meluangkan masa untuk sama sama memeriahkan majlis rumah terbuka kami pada tahun ini.


bersama Haji Kamaruddin, Dr Hamidah, Dr Nor Salita dan Encik Azhar, 

Encik Zul dan Puan Adibah, rakan seuniversiti

Encik Suhaimi, Setiausaha Politik yang sentiasa sibuk tapi sudi meluangkan masa untuk hadir bersama keluarga 

Farhana, Dee dan Mimi, antara anak anak saudara yang turut sama meraikan

Puan Ros Badariah, coursemate semasa di universiti bersama keluarga

Bersama Dr Nor Salita, Sue Aziz dan suami Encik Suhaimi

Dato Puteh Rukiah, Dato Khalil, Encik Hanaz dan Dr Ina serta anak anak

bersama jiran jiran, Nor dan Dr Izzah

bersama Dato Razali dan isteri, Datin Faridah

Dato Seri Ahmad Said, keluarga Dato Hong dan Tan Sri Abdahir serta isteri

Datuk Zack dan Datin Tengku Nur Zaheran

Dr Ibtisan, Dr Nana dan Dato Puteh Rukiah 

rakan rakan suami dari Prudential 

Haji Tarmidzi, Dato Rahim, Datin Sharifah, Hajjah Siti, Datin Ros, Dato Abu, Dato Shuib dan Madam Ong serta suami

Encik Amri dan Encik Aznuar

bekas rakan sekerja Encik Mahdi dan isteri

rakan sebilik semasa umrah Ramadhan

bermesra dengan jiran jiran

bersama BFF Suraya dan Norsidah  



Di bawah adalah antara rakan anak anak kami yang sempat saya rakamkan sepanjang majlis. Ramai juga yang menulis pada saya kerana mereka tidak dapat bergambar bersama saya. Maklumlah ada ketika, memang tak sempat untuk bertanya khabar pun, hanya sekadar dapat bersalam salaman bila tetamu ramai tiba dalam masa yang sama. Namun tidak semua gambar yang diambil dapat dimuatkan di sini. 



rakan rakan Boy

rakan rakan sekolah Aween dari Subang Jaya

geng doktor dari Alexandria University,  

Nana dan BFF 

Nelly dan rakan universiti

Nelly dan rakan rakannya


Alhamdulillah kerana cuaca baik walaupun ada ketika hujan telah turun dengan rintik rintik. Syukur Ya Allah kerana memperkenankan doa saya. Saya dan keluarga memohon maaf atas segala kekurangan di sepanjang majlis diadakan. Semoga kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat bersua lagi di masa akan datang.



Viewing all 2246 articles
Browse latest View live