Saya dan Kelantan memang tidak dapat dipisahkan sampai bila bila kerana Kelantan adalah negeri kelahiranku. Negeri di mana saya dibesarkan, negeri di mana kedua ibu bapa ku tinggal, tempat saya mendapat pendidikan awal dan negeri di mana saya mengenali erti kehidupan. Saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur semasa menyambung pengajian di peringkat universiti tahun 1984 dan bekerja sehingga kini terus menetap di sini. Terus terang yang saya tidak punya niat untuk kembali menetap di Kelantan. Walaupun dulu dulu, saya pernah berhajat untuk menghabiskan hari tua saya di sana dengan belajar ilmu agama. Namun kini tidak lagi kerana di sini segalanya tersedia, terpulang kepada diri sendiri. Apa apa pun, ianya tidak sedikit pun menggugat diri saya sebagai anak Kelantan yang berjiwa wanita Kelantan yang kental dan tabah.
Kadang kadang saya pun merasa hairan bagaimana loghat Kelantan masih tebal dan selera Kelantan yang sangat kuat. Sedangkan saya tinggal di Kelantan, hanya 19 tahun dan selebihnya di sini. Setiap hari percakapan di rumah, tidak langsung menggunakan loghat Kelantan kerana hubby dan anak anak memang tidak tahu bercakap loghat Kelantan. 19 tahun di sana, jika ditolak pula semasa saya masih kecil, mungkin hanya tinggal 14 tahun sahaja. Tapi Kelantan begitu sebati dengan saya dalam apa jua kehidupan saya.
Kadang kadang saya pun merasa hairan bagaimana loghat Kelantan masih tebal dan selera Kelantan yang sangat kuat. Sedangkan saya tinggal di Kelantan, hanya 19 tahun dan selebihnya di sini. Setiap hari percakapan di rumah, tidak langsung menggunakan loghat Kelantan kerana hubby dan anak anak memang tidak tahu bercakap loghat Kelantan. 19 tahun di sana, jika ditolak pula semasa saya masih kecil, mungkin hanya tinggal 14 tahun sahaja. Tapi Kelantan begitu sebati dengan saya dalam apa jua kehidupan saya.
Bercakap mengenai makanan Kelantan yang pelbagai dan sangat murah pula, saya kadang kadang kecewa melihatkan makanan Kelantan yang dijual oleh orang Kelantan di sini tidak sama dengan makanan Kelantan di Kelantan. Kecewa kerana ianya telah merosakkan keenakan dan keaslian masakan Kelantan yang sebenarnya. Atas sebab itu, saya berusaha untuk menyediakan sendiri makanan Kelantan dengan menanyakan dan belajar resepi dari keluarga di Kelantan. Bukan dengan membuat rujukan di blog yang kebanyakan resepinya tidak berapa menepati masakan asli dari Kelantan kecuali penulisnya memang berasal dari Kelantan. Hahaha seperti saya... Janganlah marah, ada juga resepi di blog yang memang ori resepi Kelantan walaupun penulis tidak berasal dari Kelantan. Contoh yang paling ketara ialah Ayam Percik yang memang sukar untuk dicari ayam percik Kelantan yang sedap di sini. Saya memang boleh merasai jika makanan itu, menepati rasa masakan Kelantan sebenarnya. Lidah saya ni seperti dah direkodkan dengan rasa rasa makanan di sana.
Kalau mahu melihat makanan dan masakan Kelantan yang telah saya sediakan boleh klik di SINI atau klik label Masakan Kelantan. Link masakan Kelantan dimuat di satu page khas untuk memudahkan saya dan anak anak membuat rujukan di masa hadapan. Banyak resepi adalah dipelajari dari kakak kakak dan saudara mara saya sendiri. Betapa uniknya makanan Kelantan dan kekal istimewa di hati saya... Kelantan sokmo sokmo giteww. Anak saya Dr Nana juga kerap kali ditanya oleh pesakit hospital di mana dia bekerja tentang dari mana ia berasal. Bila diberitahu berasal dari Kuala Lumpur, mereka akan mengatakan "Ohh ingat Doktor asal dari Kelantan". Walhalnya Nana tidak pandai langsung bercakap bahasa Kelantan namum raut wajahnya yang mirip gadis Kelantan yang memang unik dan tersendiri. Alahaaaii...