Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2245

Kari Udang dengan Kacang Buncis

$
0
0
Kari Udang dengan Kacang Buncis

Sebenarnya saya jarang makan kacang buncis. Masa kecil di kampung dulu, langsung tak kenal kacang buncis. Kami makan kacang panjang kerana sayuran ini ditanam sendiri. Adakalanya saya petik kacang panjang dari pokok dan terus mengunyah. 

Jadi bila cari sayuran kacang untuk dibuat lauk, pastinya saya mencari kacang panjang. Sehingga lah satu hari, saya ke kedai PakTehtu di Kampung Melayu Subang. Bila dia bercerita keenakan kacang buncis yang bau sedap dan harganya juga mahal.  

Kerana ingin mencuba sendiri, saya meminta Hubby membeli secekak kacang buncis. Waah memang sedap dan rangup sekali. Macam kemaruk lah pulak. Beli lagi berturut turut. Masak lemak cili padi dan juga goreng dengan sotong.   

Kari Udang dengan Kacang Buncis

Nampak betul ketinggalan saya ni, baru tahu keenakan kacang buncis. Kacang buncis pun ada 2 jenis. Jenis yang bulat gemuk ni lebih sedap. Kacang buncis juga sangat tinggi khasiatnya.

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kari Udang dengan Kacang Buncis

Kari Udang Dengan Kacang Buncis

Bahan bahan:
15 ekor udang
Kacang buncis secukupnya
250 gram santan pekat
1 pek rempah kari udang
1 sudu kecil halba campur
1 sudu kecil cili kering kisar
Air asam jawa secukupnya
Garam
Sedikit gula - opsyenal 

Bahan Hiris:
7 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis halba campur, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris halus.

Kari Udang dengan Kacang Buncis

Masukkan daun kari dan cili kering kisar. Setelah bawang naik bau, masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat. Setelah naik bau, masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangus. Masak sehingga bahan tumisan masak dan terbit minyak.

Kari Udang dengan Kacang Buncis

Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan santan. Kacau rata.

Masukkan kacang buncis dan udang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 

Kari Udang dengan Kacang Buncis

Kari Udang dengan Kacang Buncis

Boleh tutup api supaya udang dan kacang buncis tidak terlebih masak.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2245


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>