Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Sotong Masak Kicap Untuk Ammar Yahya

$
0
0


Alhamdulillah semalam saya telah selesai berselawat tafrijiyah secara individu sebanyak 4444 kali setelah sebelum ini berselawat yang sama secara kumpulan selama 2 hari dengan group tadarus dan selawat yang dipimpin oleh Ustazah Aidah. 

Bagusnya bila group dipimpin, kita lebih berdisiplin dan istiqomah. Setiap hari, ahli kumpulan akan update bilangan selawat tafrijiyah yang telah dibuat di samping selawat ke atas baginda yang dibuat sebanyak 500 kali setiap hari. Alhamdulillah. Terasa hidup ada pengisian yang bermakna. 

Insya Allah kita kena yakin bahawa Allah akan makbulkan segala hajat dan doa kita samada cepat atau lambat. Bila mendengar dari pengalaman ustazah sendiri, saya bertambah keyakinan. Kadang kadang bukan kita tak tahu tapi kurang keyakinan menjadikan kita tidak bersungguh mengamalkannya. 

Hari ini, Ustazah Aidah share satu coretan perkongsian berkenaan kelebihan selawat di mana ianya adalah satu amalan yang sangat mudah dilakukan dan menpunyai banyak kelebihan. Tidak seperti solat, di mana banyak yang perlu diperhatikan seperti kena ada wudhu, ada bacaan yang wajib dibaca dengan betul, kena kusyuk dsb. Berbeza dengan selawat. 

Selain kelebihan yang utama, sesiapa bersolat ke atas baginda Rasulullah, Allah akan berselawat ke atas mereka. Ada hadis Maksudnya: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah SAW akan berselawat kepadanya 10 kali, menghapuskan 10 dosa daripadanya, dan ditinggikan 10 darjatnya.” Ibn al-Malak menyatakan, selawat Allah kepada hamba-Nya adalah sebagai rahmat daripada Allah. Masya Allah, banyak lagi kelebihan lain.

Menariknya petikan itu ialah betapa mudahnya amalan selawat. Berselawat dalam keadaan riak diterima, sedikit diterima, banyak diterima, kusyuk diterima, lalai pun diterima. Dibaca perlahan diterima, dibaca laju laju diterima, hatta baca dalam hati juga diterima. 

Jika dah berselawat tapi akhlak masih buruk, kata ulamak selawat kamu masih sedikit. Jadi tambah lagi dan lagi. Berselawat lah sehingga hati kamu bahagia dan tenang. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Sekarang kita masuk pula bab masakan. 



Saya menyediakan lauk ini atas permintaan cucunda sulung saya, Ammar Yahya. Malam tadi dia datang ke bilik saya dan meminta saya menyediakan sotong dan nasi. Tok Mama, can you cook squid and rice for me. Ammar memang bercakap English kerana dia bersekolah di sekolah Islamic international. 

Saya jadi terkejut juga sebab dia tak pernah pulak request macam tu. Yang pastinya saya tak akan tolak permintaan itu. Tapi sebab tak ada stock sotong jer. Kalau ada, rasanya dan dan tu juga saya masuk ke dapur. Siap juga minta saya sediakan agar agar sirap rose. 

Saya kalau beli sotong, memang akan cari sotong yang menpunyai telur. Walaupun mahal sedikit tak mengapa, kerana sedap dan saya suka sangat. Bila Nana dan Ammar tak makan telur, maka saya lah yang mengutipnya. Hahaha. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI  Selamat mencuba…


Sotong Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram sotong
1 sudu besar cili kering kisar
Sedikit pes asam jawa
Sedikit kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
Bawang Holland - hiris
Cili padi - opsyenal 

Bahan kisar/tumbuk:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara cara:
Mula mula keringkan sedikit air sotong dengan dimasak sotong dalam kuali tanpa minyak sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos. Ketepikan air sotong, jika suka boleh masukkan sebagai kuah. 



Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak atas api perlahan. 

Kemudian masukkan semua bahan lain seperti sos tiram, kicap, kiub pati ayam dan sedikit air sotong tadi. Masak sehingga kuah mendidih. 

Masukkan sotong dan bahan hiasan seperti bawang besar dan cili hidup. Kacau rata. Boleh tutup api. 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>