Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Sambal Ikan Bilis Lembut

$
0
0



Saya memang sibuk sekarang ini. Sibuk dengan urusan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini dan juga persiapan untuk saya berangkat ke London. 

Kadang kadang kita rasa semua urusan dah beres tapi sebenarnya banyak lagi urusan kecil kecil yang perlukan perhatian kita. Perkara kecil macam ini boleh membuatkan kita jadi stress dan boleh jadi gaduh dan salah faham. Tapi bak kata anak saya, Nana relax lah Ma. Chill jer. 

Tapi kerana saya baru sahaja menamatkan program selawat tafrijiyah sebanyak 4444 kali, maka saya terus berselawat kerana di sebalik semua masalah yang ada, saya lebih tenang dan lebih menyerahkan semuanya pada Allah. 

Saya lebih yakin, Allah akan memenuhi semua hajat saya. Allah akan memberikan jalan keluar kepada semua permasalahan, Allah akan bagi rahmat seperti air hujan yang mencurah, Allah akan memberikan rezeki seluas langit dan bumi. Insya Allah. Aamiin.  


Saya memang suka sambal ikan bilis yang lembut macam ni. Ikan bilis yang tak digoreng terlebih dahulu. Kalau belah belah Kelantan, memang sambal ikan bilis dimasak tanpa goreng dulu ikan bilisnya. 

Sekarang ni jer, baru saya belajar masak sambal tumis ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu atau digoreng sekadar layu. Ikan bilis kan halus jer. Jadi memang akan masak dan tak terasa hanyir seperti ikan besar. Jadi sedap jer. 


Saya menyediakan sambal ikan bilis ini untuk dimakan dengan lontong yang Nana sediakan. Alhamdulillah memang sedap dan serasi rasanya dengan kuah lontong yang berlemak. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…

Sambal Ikan Bilis Petai

Oleh: Azie Kitchen


Bahan kisar:

5-6 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

2 ½ sudu besar cili kering kisar


Bahan lain:

50 gram ikan bilis

½ sudu kecil garam

1 keping asam keping

1 sudu besar gula

Petai - opsyenal

Serbuk perasa


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan garam sehingga terbit minyak. 


Masukkan gula dan serbuk perasa aji. Sesuaikan rasa. Setelah sambal dah masak, terbit minyak dan secukup rasa, baru masukkan ikan bilis. Kacau rata. 


Akhir sekali, masukkan petai, jika suka. Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dinikmati. 


Nota:

Basuh dan rendam ikan bilis dengan air panas dan tos. 


Sedap dimakan bersama lontong dan nasi impit. 






Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>