Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Mee Hoon Goreng Untuk Tetamu Dari Cardiff

$
0
0


Saya melihat satu video berkenaan kelebihan selawat di mana ianya diumpamakan seperti seorang makan siakap tiga rasa yang sedap. Orang lain yang mendengar hanya tahu sedap tapi tak merasai kesedapannya. Begitu juga dengan selawat. 

Hanya mereka yang berselawat, akan merasai nikmatnya dan kelebihannya. Dengan berselawat semua urusan hidup akan dipermudahkan. Hutang sejuta pun boleh terhapus dengan tidak disangka sangka, melalui orang lain. Kita tak perlu bayar. Allah akan datangkan orang macam macam untuk membayarnya. Bukan setakat hutang tapi semua masalah dalam hidup akan selesai. 

Itu sebab semasa berdoa sebelum dan selepas, kita diajar berselawat supaya doa dimakbul. Pintu langit terbuka dengan selawat. Doa tanpa selawat tak akan terbuka.  Dalam solat juga kita berselawat. Dalam kutbah Jumaat ada selawat. Dalam solat jenazah ada selawat. Kenapa? 

Allah beritahu adanya 10 rahmat dalam 1 kali selawat. Bayangkan kalau kita berselawat 1000 kali sehari. Jadi kalau nak hidup kita bagus, nak Allah bantu hidup kita. Pastikan kita berselawat dahulu. 



Bila Umi yang balik bercuti ke Malaysia beritahu nak datang ke rumah saya, saya terus masuk dapur melihat apa bahan yang boleh dimasak. Bila melihat ada mee hoon, terus dapat idea untuk memasak mee hoon. Lagi pun mee hoon juga sesuai untuk sarapan pagi. 

Saya memang suka mee hoon yang digoreng dengan bahan yang simple jer. Tak suka mee hoon yang ada banyak bahan sos dan kicap. 

Serious mee hoon seperti ini, boleh buat saya makan menambah nambah. Rasa kesedapannya lebih menyerlah dengan adanya rasa ikan bilis. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Mee Hoon Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek mee hoon - rendam air sejuk seketika
2 sayur bokchoi
3 keping fish cake
2 biji telur
Garam
1-2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 genggam bawang putih
1 genggam ikan bilis

Cara cara:
Mee hoon direndam dengan air sejuk seketika. Tos dan ketepikan. 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak dan masukkan cili kering kisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak dan cili benar benar masak. 

Masukkan sos tiram. Kacau rata. 

Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam masak. Masukkan fishcake. 

Masukkan batang sayuran terlebih dahulu. 

Masukkan telur. Setelah telur hampir masak, masukkan 1 gelas air panas. Masak sehingga mendidih. 

Masukkan mee hoon dan kacau rata. Akhir sekali masukkan daun sayuran dan buah tomato. Kacau sehingga mee hoon kelihatan berkilat. Tutup api. 

Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang dan bawang goreng. 

 







Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>