Sebelum kita masuk bab resepi, saya ingin menyentuh sedikit bab resepi. Sebenarnya ramai yang menghantar email kepada saya memohon untuk menyalin resepi. Saya memang mengalu alukan pembaca semuanya mencuba resepi resepi yang telah saya cuba. Saya ingin menekankan di sini yang saya tidak pernah mencipta resepi tapi semua resepi adalah dipelajari dari keluarga, dari kawan kawan dan diambil dari blog yang berkongsi resepi. Setelah dicuba, saya berkongsi pula dengan anda semua. Yang saya tegur adalah perbuatan mengambil gambar masakan saya tanpa kebenaran. Mengambil gambar pun tak ada masalah juga. Yang saya maksudkan ialah mengambil gambar dan dipublish dalam blog sendiri tanpa kebenaran. Kalau sekadar ambil resepi, tak perlulah minta kebenaran. Begitulah luahan blogger lain yang tidak senang dengan tindakan menciplak gambar masakan, bukan isu menyalin resepi. Apa guna ada blog berkongsi resepi jika tak mahu orang lain mengambil resepinya. Malahan itulah tujuan utama saya menpunyai blog sendiri supaya saya dapat berkongsi sedikit ilmu masakan yang saya pelajari dengan pembaca semua.
Semalam saya ada menghadiri kuliah maghrib yang diadakan di Surau Ad Dhuha di mana Ustaz ada dikongsikan amalan yang sangat digalakkan untuk bulan Rejab dan Syaaban sebagai latihan dan persediaan menghadapi bulan Ramadhan. Walaupun tiada amalan tertentu dalam bulan Rejab, tetapi kita boleh berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, mantapkan untuk bersolat Tahajjud, perbanyakkan berzikir serta bersedekah. Akhir sekali dipesan supaya kita sentiasa mengucapkan kalimah yang baik dan berpesan pada benda yang baik baik. Bercakap atau menulis pada benda yang memberi kebaikan pada dunia dan akhirat. Hindarilah kalimah yang tidak baik yang tidak memberi sebarang manafaat.
Sekali lagi Juita menyediakan Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes untuk dibawa ke Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Anak Anak Yatim dan Miskin di Sg Pinang Klang. Saya hanya membantu melorekkan sahaja. Entah kenapa sejak kebelakangan ini saya sangat kepenatan selepas balik dari pejabat. Di samping itu, disediakan juga Chocolate Cupcake kerana dikuatiri cupcake yang dibawa tidak mencukupi. Inilah kali pertama saya menggunakan resepi di SINI untuk membuat cupcake. Yang chocolate cupcake, terlupalah pulak nak snap gambarnya.
Jika ada yang berminat untuk mencuba sendiri atau mencari resepi untuk dibuat berniaga, memang saya galakkan mencuba resepi ini. Sangat sedap dan lembab kek nya....
Jika ada yang berminat untuk mencuba sendiri atau mencari resepi untuk dibuat berniaga, memang saya galakkan mencuba resepi ini. Sangat sedap dan lembab kek nya....
Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu segar)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda
Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Atau masukkan ke dalam paper cup untuk cupcake. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Untuk cupcake, bakar dalam 20 minit atau sehingga masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.
Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.
Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing.
Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak. Untuk cupcake, dibakar dalam 10 minit. Biarkan betul betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali kek dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan.
Lapisan Cheese
Bahan bahan:
350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A (saya guna gred B)
1 sb jus Lemon
Cara cara:
Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.
Nota:
1. Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Tepung kek boleh dibuat sendiri dengan mencampurkan bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.