Entah kenapa hari ini tiba tiba jer terasa nak membuat Kek Buah Kukus lebih lebih lagi memikirkan mixed fruits yang dibeli sudah hampir tarikh luput. Balik dari klinik di USJ kerana serangan gastrik, terus ajak Boy singgah di Bake With Yen yang baru dibuka di seksyen 8. Seperti yang saya tulis dalam entri Kek Buah Campuran Kak Leen di SINI, saya amat menggemari Kek Buah Kukus yang di buat oleh kakak ipar saya, Norazleen yang saya panggil Kak Leen terutama di musim perayaan. Kalau tak silap resepi dipelajari dari kelas masakan. Saya memang suka Kek Buah Kukus yang dibuatnya kerana secukup rasa jer kemanisannya serta moist. Ketika beraya ke rumah Kak Leen beberapa tahun dulu, saya berkesempatan membelek belek buku resepi beliau, apalagi saya terus menyalin resepi Kek Buah yang menjadi kegemaran saya ini. Kek ini bersaiz agak besar dan masa mengukusnya adalah minimum 4 jam tetapi kalau hendak betul betul sedap, bolehlah dikukus sehingga 6 jam. Saya hanya mengukus selama 5 1/2 jam sahaja.
Saya pernah membuat Kek Buah Kukus di SINI tapi saya rasa ianya terlalu lembab dan agak manis. Kalau diperhatikan resepi Kak Leen ni sama sahaja dengan resepi yang saya gunakan di atas. Yang berbeza hanyalah sukatan mentega, gula dan telur yang digunakan sahaja. Resepi kek Buah Kukus saya yang kedua di SINI, pun juga sedap. Kalau diperhatikan resepi antara kek dengan kek yang lain tak banyak berbeza. Selain Kek Buah Kukus, saya juga mencuba resepi Kek Buah versi Bakar dari Kak Leen, boleh dirujuk di SINI. Resepi Kek Buah Versi Bakar ini adalah salah satu dari "a keeper recipe" untuk penyediaan kek Buah saya di masa akan datang. Hahaha saya suka Kek Buah yang ringkas dan cepat disiapkan, berbanding dengan dikukus yang mengambil masa yang lama.
Kek Buah Kak Leen versi Kukus kali ini sangat lembab, sedap dan tahan lama walaupun hanya dibiarkan di atas meja. Semasa adunan gula sedang disejukkan, saya merasa sedikit air gulanya, memang sangat sedap dengan rasa karamel. Jika suka manis, bolehlah menggunakan gula sebanyak 700 gram. Saya sangat berpuashati kerana akhirnya berjaya menghasilkan Kek Buah yang menepati citarasa saya yang setanding dengan Kek Buah yang dibeli di The Coffee Bean suatu ketika dulu.
Jom layan resepi dulu....
Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz: 10"
Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
2 sk esen ros - tak letak
Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream of tartar
1 sk serbuk buah pala - opsyenal, tak letak
Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 600 gm
1/2 cawan air sejuk
Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.
Masukkan adunan ke dalam bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.
Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum dipotong.
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.
Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.
Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atau epal atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat. Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan - 1 tahun. Terima kasih pada Datin Naini Drahman atas petua ini.
Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan simpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.
Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan simpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.