Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Stew Ayam Cara Tengku Puan Pahang

$
0
0





Resepi ini saya salin dari resepi Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan idola saya semasa beliau menunjukkan cara memasak stew ayam di sebuah rancangan masakan di TV lama dahulu. Pada masa itu, anak anak baginda juga turut serta dalam rancangan berkenaan. Saya cepat cepat menyalin resepi tersebut dan telah menjadi resepi kami sekeluarga sejak berbelas tahun. 




Malahan bekas pembantu rumah saya sudah handal memasak stew ayam Tunku Azizah. Sedap di makan bersama nasi putih panas panas atau roti gardenia. Kalau tak silap saya, Tunku Azizah juga ada mencadangkan supaya stew ayam diguna sebagai inti untuk pai ayam tapi mesti dipekatkan kuahnya. 

Lauk ini juga sedap dihidangkan untuk dimakan waktu sahur kerana ianya tidaklah berlemak. Jadi bolehlah kita semua memasaknya di bulan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi. Juga jangan lepaskan peluang untuk mendapat tawaran pahala berganda di bulan Ramadhan ini. Amatlah rugi jika peluang ini disia siakan. Rasulullah mengaminkan doa Malaikat Jibril yang mengatakan Celaka lah sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan tapi Allah tidak mengampunkan dosanya dan menjauhkan darinya. Orang ini akan dimasukkan ke dalam neraka.  

Jom layan resepi yang menjadi kegemaran keluarga kami. Sila share dan panjang panjangkan kepada sahabat sahabat yang lain supaya kita semua mendapat manafaatnya..... 




Stew Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa
1 biji ubi kentang - dipotong 4
1 batang karot - potong besar
1 biji bawang besar - potong 4

Cara cara:
Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.





Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. 





Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.





Nota:
Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>