Hari ini sudah hampir sebulan saya mengalami bengkak di seluruh badan disebabkan allergik yang kronik. Walaupun ianya telah disedari sejak Julai, tetapi ianya tidak serius seperti sekarang. Saya redha dengan ujian ini dan mula mengambil langkah perlu untuk mengurangkan masalah allegik yang dialami. Saya telah pun menjaga pemakanan dan mengelakkan pemakanan yang mempunyai positive allergy reactions. Selain dari menjaga pemakanan, saya juga telah membuat spring cleaning rumah terutama bilik tidur saya dengan membasuh langsir. My boss pulak telah bermurah hati memberi saya pinjam mattress vacuum cleaner untuk saya membersihkan tilam dari sebarang habuk yang tersembunyi. Inilah kali pertama saya melihat mattress vacuum cleaner. Keesokannya kedua tangan menjadi bengkak yang mungkin disebabkan terdedah dengan habuk semasa membersihkannya. Hmm tengok banyaknya habuk yang tersembunyi di dalam karpet di rumah saya walaupun ianya kerap di vacuum.
Selain dari itu, saya juga membeli spray untuk disembur ke semua tilam, bantal, sofa dan fabric cushions di rumah. Ianya boleh membunuh dust mites yang terkena dengan permukaan yang disembur. Selain spray, saya juga membeli Demitze Allergicover seperti yang dicadangkan oleh Dr Yadaz, Pakar Allergy di Pantai Medical Centre untuk melindungi tilam dan bantal yang mengandungi dust mites dari keluar dan mengenai badan kita sewaktu tidur. Sarung tilam atau bantal ini dipasang selepas tilam di spray dan diletak mattress cover. Kalau tilam baru, boleh terus diletakkan allergicover tanpa perlu dispray.
Mengikut Dr Yadaz, ianya tidak perlu dibuka sampai bila bila pun, kecualilah ianya kotor atau tilam rosak. Jika mahu membukanya, ia haruslah dibuat di luar rumah. Aduhaai seram mendengar yang tilam baru yang digunakan selama 3 hari sahaja, boleh membekalkan makanan untuk dust mites selama 6 bulan. Wow lama tu. Bayangkan kalau kita menggunakan tilam tersebut untuk tidur setiap hari, huhuhu maknanya dust mites akan kekal selamanya di celah tilam kita. Ianya akan keluar ke permukaan di sebelah malam. Walaupun dust mite hidup tidak memberi apa apa mudarat tetapi najis yang dibuang itu boleh memberi kesan allergy seperti bersin, rashes dsb kepada mereka yang mengalami alahan. Saya sebenarnya tidak banyak knowledge mengenai dust mites sebelum ini. Mengambil langkah pencegahan adalah lebih baik dengan melindungi tilam dan bantal di kediaman kita dengan Demitze Allergicover.