Semalam ada kuliah bulanan Ustaz Abdullah Lutfi Al Fathani yang memang sentiasa saya nanti nantikan. Apa yang sangat merisaukan saya ialah berkenaan syirik tersembunyi. Malam sebelumnya Kuliah Ustaz Fauza juga menyentuh berkenaan syirik terkecil. Di mana Nabi Muhamad SAW memberitahu sahabat yang baginda paling takut akan berlaku pada kamu ialah penyakit syirik terkecil, iaitu syirik yang tersembunyi. Iaitu bila mana Allah tidak diletakkan sebagai matlamat. Contoh, bila dapat gaji, kita akan mengatakan hasil usaha aku, maka aku dapat gaji lebih bulan ini. Atau kerana makan panadol, demam aku telah baik. Satu lagi ialah bila kita riak, juga termasuk dalam penyakit hati. Kita kena tahu penyakit hati mazmumah yang ada pada kita. Sangat merbahaya penyakit riak ini kerana Allah akan menyuruh orang yang riak dalam beramal supaya berambus pada orang seperti ini di akhirat kelak. Allah berfirman yang Aku hias orang ini dengan amalan dia, sedangkan dia adalah musuh Aku. Pergilah cari pada orang yang kamu mahu tunjukkan amalan kamu dulu semasa di dunia dulu. Apakah dia boleh bagi kebaikan kepada kamu? Jadi kenapa buat sesuatu kerana orang dan bukan kerana Allah.
Tiada orang yang boleh mengatakan dia ikhlas kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui hati seseorang. Allah lah yang menjaga hati. Ikhlas ialah bersih hati dari sebarang matlamat selain keredhaan Allah. Barang siapa lari dari riak adalah orang yang riak. Kita tetap dapat pahala asal hati tidak terusik dengan pujian, sebaliknya pulangkan kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak dipuji. Berbalik kepada syirik tersembunyi, Ustaz Abdullah menghuraikan Surah Az Zumar ayat 53, berkenaan Allah yang Maha Pengampun dan Allah mengampunkan segala dosa kecuali dosa syirik. Surah An Nisa ayat 48 menyebut bahawa kita hanya memohon pertolongan Allah, jangan cari pertolongan selain dariNya. Allah akan mengampunkan semua dosa pada orang yang Allah kehendaki, kecuali dosa syirik. Yang paling menakutkan ialah apabila orang yang syirik telah sedar dan bertaubat, semua pahala dahulu terhapus dan dikira semula dari mula ianya insaf dan bertaubat. Berbeza dengan kes orang yang membuat dosa besar dan bertaubat, di mana dosa lalu masih ada. Cukup setakat ini dahulu, semoga ianya dapat menjadi peringatan kepada kita semua supaya meletakkan apa sahaja pada Allah. Sesungguhnya Allah lah yang Memiliki segalanya dan Allah lah yang Memberi rezeki kepada kita dan semua makhluk lain. Bayangkan betapa Allah memberi rezeki pada berapa ramai orang yang mendapat rezeki dalam satu masa, manusia, burung burung, ikan di lautan, tumbuhan dll. Semuanya menikmati rezeki dari Allah. Haa kita sekarang masuk pula sedikit bab masakan.
Syukur Alhamdulillah kerana rupanya masih ada lagi sisa daging qorban yang tersimpan di dalam freezer. Bila saya merebusnya, nampak dagingnya sangat lembuk dan senang dihiris. Fikir saya, ianya mungkin daging lembut seolah daging batang pinang. Saya pun terus menambahkan sedikit pewarna merah ke dalam air rebusan untuk dijadikan Daging Masak Merah. Lagi pulak, bahan bahannya sangat ringkas dan memasaknya sangat mudah dan pasti rasanya sangat sangat sedap. Haaa apa lagi, jom layan resepi di bawah ini. Kalau pesan di restoran, pasti sepinggan RM15 sedangkan dagingnya sangat sedikit sahaja.
Syukur Alhamdulillah kerana rupanya masih ada lagi sisa daging qorban yang tersimpan di dalam freezer. Bila saya merebusnya, nampak dagingnya sangat lembuk dan senang dihiris. Fikir saya, ianya mungkin daging lembut seolah daging batang pinang. Saya pun terus menambahkan sedikit pewarna merah ke dalam air rebusan untuk dijadikan Daging Masak Merah. Lagi pulak, bahan bahannya sangat ringkas dan memasaknya sangat mudah dan pasti rasanya sangat sangat sedap. Haaa apa lagi, jom layan resepi di bawah ini. Kalau pesan di restoran, pasti sepinggan RM15 sedangkan dagingnya sangat sedikit sahaja.
Daging Masak Merah Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
2 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Kacang panjang - jika suka
Daun sup/daun bawang
1 biji cili capsicum
1 cili merah
Cara-cara:
Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.
Nota:
Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.