Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246

Sambal Tumis Udang Sedap

$
0
0




Kata ustaz semasa tazkirah malam tadi, senyuman adalah cara paling mudah untuk kita perolehi pahala. Senyuman ke arah saudara kamu adalah satu sedekah. Bersalaman dengan saudara kamu adalah seolah pokok gugurkan daunnya dengan dosa diampunkan Allah. Jadi belajarlah untuk senyum. Ramadhan adalah satu bulan untuk melakukan perlumbaan. Namun ada yang berlari beberapa meter telah patah dan terkeluar dari perlumbaan kerana mereka tidak nampak apa yang ada selepas garisan penamat. Kefahaman kita perlu diperbetulkan. Ada yang siang hari berpuasa tetapi tidak ada nilai pada puasa mereka di sisi Allah melainkan mendapat lapar dan dahaga. Tidak ada nilai di sisi Allah melainkan sia sia sahaja. Mungkin kerana tiada keikhlasan. Sebagai contoh, kita cuba membuat muhasabah diri apa tujuan kita datang ke masjid. Ianya mesti kerana Allah Taala. 





Mengenai pemakanan kita di bulan Ramadhan. Kita akan penuhkan perut kita bila kita makan. Dengan makan sikit sahaja, ianya boleh menguatkan badan kita. Pastikan kantung perut kita 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara pernafasan. Jadi jangan makan banyak sampai tak boleh bernafas. Cara pemakanan terbaik ialah makan atau minum tidak melebihi 3 unsur seperti air, limau dan madu. 

Selain itu disebutkan bahawa apabila kita menunaikan solat bersama imam sehingga imam selesai ditulis mereka mendirikan malam. Digambarkan oleh Rasulullah seolah olah mendirikan malam itu dengan qiamullail penuh. Itulah kelebihannya selesaikan solat dengan imam. Persoalannya adakah kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Sihat tidak menjanjikan yang kita akan bertemu Ramadhan. Pintu syurga akan terbuka dan pintu neraka tertutup sepanjang bulan Ramadhan. Di akhir bulan Ramadhan pula, ada pembebasan dari api neraka. 

Sebelum melihat resepi, kita bercerita sedikit bab Sambal Tumis Udang yang merupakan antara lauk feveret di rumah kami kerana hubby dan anak anak memang menggemarinya sejak dulu. Walaupun telah biasa memasaknya tetapi kali ini saya cuba membuat sambal mengikut petua petua yang dikongsikan oleh Azlita dari blog Masam Manis setelah tertarik membaca penerangan yang panjang lebar oleh Ita. Ita memang sangat ikhlas dalam setiap perkongsian yang dibuat di dalam blog beliau. Kita boleh merasakannya. Semoga Allah sahaja yang boleh membalas keikhlasan Ita mengajar ramai orang resepi dengan pelbagai petua. Terima kasih Ita. Saya sangat kagum dengan bakat yang ada pada Ita. 

Jom layan resepi yang dikongsikan di bawah ini. Layaaann...




Sambal Tumis Udang

Bahan bahan:
1 kg udang ~  gunting separuh dari kepala 
2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus - guna 1 sudu kecil pes asam jawa 
1 - 2 sudu kecil garam halus
6 ~ 7 sudu besar gula - guna 7

Bahan Kisar:
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan - kisar dengan cili - tak guna 
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.





Kisar cili dan belacan. Kemudian kisar pula bawang merah dan bawang putih.

Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis dapat ditumis garing supaya sambal tahan lama. Boleh guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu semula hingga hilang air udang.

Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan cili dan belacan yang dikisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak.

Bila cili dah garing masukkan air asam jawa. Lepas tu perasakan dengan garam. Kemudian masukkan gula. Gula ni letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.





Biar merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang dah digoreng tadi. Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 2246


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>