Hari ini saya ingin war warkan bahawa Azie Kitchen telah muncul dalam ruangan Dunia Maya majalah Harmoni bulan Julai iaitu keluaran khas sempena Hari Raya Aidil Fitri yang kini telah berada di pasaran. Majalah Harmoni adalah antara majalah kesukaan saya dari dulu lagi disebabkan kualiti kertas yang digunakan, kecantikan gambar gambar yang dipaparkan serta isi kandungannya yang padat serta bernas.
Saya dan Juita, puteri bongsu yang juga hebat dalam bab masak memasak dimake up dengan cantik sekali oleh Puan Elina di mana saya sangat berpuashati dengan hasil kerja beliau. Jadi jika ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau bagi majlis pertunangan, perkahwinan dsb, bolehlah hubungi beliau di telefon 013-6234363. Pasti anda akan berpuashati dengan make up yang beliau hasilkan.
Seronok bekerjasama dengan Huda dan Amir dari majalah Harmoni kerana mereka banyak membantu saya untuk mencari pos dan sudut sudut yang menarik. Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan senaskhah majalah Harmoni untuk koleksi masing masing bagi mengetahui cerita Azie dalam majalah tersebut.