Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all 2253 articles
Browse latest View live

Rendang Ayam Nur Qaseh

$
0
0






Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca blog Azie Kitchen tak kira di mana berada. Tahniah kerana telah menyempurnakan ibadah ibadah di bulan Ramadhan. Semoga Allah menerima ibadah saya dan ibadah anda semua. Sama sama doakan agar kita ditemukan dengan Ramadhan yang akan datang. Hari ini saya ke dapur untuk menyediakan hidangan buat berbuka puasa enam kerana suami dan anak anak semuanya mulai berpuasa enam. Banyak yang saya sediakan, antaranya rendang ayam untuk dimakan dengan lemang, kuah lodeh untuk dimakan dengan nasi impit yang masih bersisa serta kuah kacang dan sate. Tak lupa juga Kuih Apam Balik yang memang telah lama saya ingin nikmati. Kali ini saya ingin kongsikan resepi berkenaan dengan rendang ayam dahulu. Yang lain kena tunggu entri akan datang. 

Resepi rendang ayam yang saya gunakan pada hari ini adalah resepi pertama rendang ayam yang saya pelajari sejak berkahwin dan mula belajar memasak. Saya pun dah tak ingat dari siapa saya belajar resepi ini. Kiranya setiap kali memasak rendang, saya akan memasaknya tanpa perlu merujuk kepada resepi pun. Sukatan bahannya hanya perlu dicampak campak. Tapi untuk dirujuk oleh anak anak, hari ini saya letakkan sukatan bahan bahan yang digunakan. Kalau arwah Bonda Mertua, beliau akan menghiris bahan bahan seperti bawang, halia dan serai supaya lebih berserdak. Tapi hari ini, saya hanya kisarkan semuanya kerana memang tak larat. Maklumlah sejak balik dari mengerjakan umrah, saya masih dalam jetlag, tidur dan hanya bangun untuk solat sahaja. 





Mengerjakan ibadah umrah terutama di bulan Ramadhan memang memenatkan. Penat kerana terpaksa lama beriktikaf di masjid, penat kerana berasak asak di masjid dan juga di jalanan. Tapi bak kata Ustaz Ibrahim, penat yang berpahala, jadi saya kena banyak bersabar. Memanglah di usia sebegini, kepenatan memang tidak dapat dielakkan. Dapat dirasakan perbezaan ketara dengan setahun yang lalu. Itulah sebab kita kena pebanyakkan beribadah tat kala usia masih muda dan kuat. Malah Allah lebih suka orang muda yang beribadah. 

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...



Rendang Ayam Nur Qaseh

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 helai daun kunyit - hiris halus
1 paket kerisik
3 pek plastik kecil santan
Garam
Gula
1 keping asam keping

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
5 - 6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering - ikut pedas disukai
5 hiris lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3-4 batang serai

Cara cara:
Kisar semua bahan bahan di atas dan masukkan ke dalam kuali bersama ayam dan santan. 

Masak sehingga mendidih dan hampir kering. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping.

Bila dah hampir keluar minyak, taburkan daun kunyit yang telah dihiris. Kacau rata dan bolehlah tutup api. 





Meraikan Kunjungan Raya Dato Salehuddin dan Keluarga

$
0
0





Sebenarnya kerana terlalu kerap kami bertemu sehingga tidak menyedari yang Dato Salehuddin dan keluarga telah lama tidak mengunjungi rumah kami secara santai, selain dari hadir di majlis yang kami adakan. Beliau adalah sahabat yang paling rapat dengan kami. Kami mula bersahabat sejak di universiti sehingga lah sekarang. Saya sering mengunjungi rumah mereka di Casa Iman, Seksyen 7 Shah Alam. Malah nama anak anak kami juga seakan serupa, yang sering dijadikan gurauan hubby akan keakraban kami sehingga nama anak pun hampir sama. Begitu cepat masa berlalu, sedar atau tidak, persahabatan kami berkekalan lebih dari 30 tahun, dari bujang sehingga lah kini anak anak telah meningkat dewasa. Kami saling mengambil berat akan perihal anak anak masing masing. 





Oleh kerana saya masih bercuti selepas kembali dari mengerjakan umrah, saya begitu teruja apabila mendapat mesej dari Dato Saleh yang ingin singgah beraya di rumah kami. Kebetulan pula, saya memang teringin hendak memasak Gulai Kambing, jadi bolehlah sekali dimasak sebagai hidangan buat mereka. Selain itu, saya juga menghidangkan Ayam Masak Merah serta Kuah Kacang yang saya sediakan sehari sebelumnya. Gulai kambing ini digandingkan dengan Roti Jala yang disediakan Juita. Ini adalah kerana hubby berpendapat, nasi tidak sesuai dihidangkan untuk hidangan petang. Terus terang, saya belum pernah menyediakan sendiri roti jala. Selama ini, Nana dan Juita yang memang handal menjala roti jala di rumah ini. Nantikan resepi roti jala di entri akan datang... 




Sebagai menambah menu hidangan petang ini, hubby mencari lemang jagung untuk dicicah dengan Rendang Ayam yang saya sediakan sehari sebelumnya. Rasa sangat gembira apabila melihat mereka makan dengan menambah nambah juadah yang dihidangkan. 





Saya berdoa agar persahabatan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. Malahan saya secara bergurau memberitahu kot mana tahu satu hari kami boleh berbesan pulak. 


Gulai Kambing Kelantan

$
0
0





Setelah 2 hari balik dari mengerjakan umrah, baru berkesempatan menelefon bonda di kampung. Maklum disiang hari saya asyik tidur dan bila betul betul terjaga dah malam. Kakak saya pula tidur awal. Akhirnya setelah jet lag dah OK, saya dapat menelefon dan bercakap dengan Bonda. Masa tu lah Bonda memberitahu hidangan raya rumah kakak antaranya gulai kambing dan gulai itik serati. Aiseh man, kedua duanya lauk kegemaran saya. Terus teringin tahap gaban. Kak Nah mencadangkan saya memasak sendiri gulai kambing menggunakan daging kambing import. Terus saya menghantar mesej menanya kalau ada sesiapa dapat menemankan saya mencari daging kambing di Giant. Namun usaha tak berjaya kerana semua anak anak keluar beraya. Tinggal saya dan Aween sahaja di rumah.






Setelah mengetahui yang sahabat kami Dato Salehuddin dan keluarga akan datang beraya ke rumah, saya mula tercari cari menu untuk hidangan buat mereka. Klik di SINI untuk entri berkenaan. Masa tu, terfikir ada baiknya juga jika disediakan Gulai Kambing dicicah dengan lemang atau roti jala. Kiranya macam sekali jalan lah, dapat masak untuk makan sendiri juga buat hidangan tetamu. Maklumlah kat rumah ni, ada anak yang tak makan kambing macam Nana. Lagi pulak, di rumah memang sentiasa ada stok rempah gulai kawah dan gulai kerutuk. Tapi sebab dah teringin nak makan gulai kawah, maka bergulai kawah lah kita. 




Disebelah malam barulah hubby menemankan saya ke Giant mencari daging kambing import tapi yang tinggal hanya bahagian yang dah tak best. Hubby dicadangkan supaya datang awal pagi keesokannya kerana pasti ada stock baru. Haaa akhirnya dapat juga daging kambing import. Ada beza tau daging kambing local dan import dari segi rasa. Saya dah biasa makan daging kambing kampung tapi ada orang yang hanya boleh makan lamb, bukan mutton.

Memasak gulai kawah menggunakan rempah Gulai Kawah Kelantan sangat mudah kerana di dalamnya telah lengkap dengan rempah ratus yang diperlukan. Cuma perlu ditumis bawang dan halia serta dimasukkan garam gula sahaja. Saya ikut cara kakak saya yang kisarkan semua bahan bagi mempercepatkan kerja. Di samping Gulai Kambing, saya juga menyediakan Ayam Masak Merah dan Acar Masak Timun, atau dikenali juga sebagai Acar Rampai. 

Jom kita tengok resepi yang saya guna hari ini.... 

 

Gulai Kawah Kambing Kelantan

Bahan bahan:
1 1/2 kg daging kambing
2 1/2 sudu besar rempah gulai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawah putih
1/2 inci halia
1 batang kayu manis
3 pek kecil santan
1/2 keping gula Melaka
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Garam
Gula

Cara cara;
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia yang dikisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.

Masukkan rempah gulai dan kacau sehingga agak pecah minyak. Masukkan ubi kentang dan daging kambing yang telah direbus dengan pressure cooker serta sedikit air rebusan daging. Kacau rata.




Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan kerisik, gula Melaka, garam dan gula.






Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan pecah minyak. Akhir sekali, masukkan asam. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.



Ayam Masak Merah Yang Paling Best

$
0
0




Saya memang suka mencuba resepi turun temurun atau resepi yang digunakan oleh mereka yang berniaga atau resepi yang digunakan oleh tukang tukang masak bagi majlis majlis kahwin. Kerana yang pasti, resepinya adalah proven and tested recipe. Resepi Ayam Masak Merah yang ini diambil dari blog Ana Suzana yang dipelajari dari ayahnya yang merupakan seorang tukang masak bagi majlis kenduri kawin yang tersohor di kampung beliau. Dah lama resepi ini disalin, cuma belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini.






Serius, sangat sedap Ayam Masak Merah ini dan pastinya ia akan menjadi a keeper recipe untuk masakan Ayam Masak Merah saya di masa masa hadapan. Bahan bahan yang digunakan pun sangat simple. Ada sesetengah resepi, menggunakan tomato puree yang agak mahal. Dan yang paling tak best, ianya digunakan sedikit sahaja dan bakinya jika tak digunakan akan terbuang begitu sahaja. Saya perhatikan resepi ini tidak menggunakan gula tapi saya menambah sedikit gula bagi melengkapkan rasanya mengikut citarasa kami.

Seronok melihat Dato Saleh dan anak anak menambah meratah ayam masak merah yang dihidangkan walaupun saya tidak menyediakan nasi. Klik di SINI untuk entri berkenaan. Sebenarnya saya boleh jer menyediakan nasi minyak atau nasi tomato kerana semua gandingan lauk sudah serasi seperti gulai kambing di SINI, ayam masak merah dan acar timun masak. Tapi memikirkan hidangan petang, pasti nasi tidak berapa sesuai. Jadi kami sediakan roti jala, nasi impit dan lemang sebagai ganti nasi.  

Jom kita tengok resepi di bawah ini. Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya, bolehlah cuba memasaknya sendiri. Pasti terpikat dengan sambalnya yang pekat melekat giteww...



Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan 
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 







Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.




Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.






Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.





Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.






Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

$
0
0





Resepi kuah kacang ini adalah resepi pilihan saya untuk menyediakan kuah kacang dan sate kerana bukan sahaja ianya sedap tapi juga sangat mudah dan menggunakan bahan bahan yang ringkas. Resepi dipelajari dari blog Kak Jee yang merupakan resepi turun termurun keluarga beliau yang berniaga sate suatu ketika dulu. Boleh klik di SINI untuk melihat entri berkenaan penyediaan kuah kacang menggunakan resepi ini yang saya sediakan dulu. 





Saya menyediakan kuah kacang ini pada hari raya ke4 iaitu selepas 2 hari saya kembali ke tanah air dari mengerjakan Umrah pada 10 akhir Ramadhan yang lalu. Bagi yang tak peka, ibadah umrah bukan lah satu percutian, tapi ianya adalah satu ibadah bagi orang Islam. Jadi tak perlu lah merungut yang saya bercuti panjang ke apa ke. OK kuah kacang ni lagi sedap dimakan selepas sehari dimasak. Baru semuanya mesra dan sebati. Memang sedap sehingga saya terpaksa meminta hubby melarang saya dari makan. Maklumlah ambil masa berbulan untuk menurunkan berat badan tapi perlu beberapa hari sahaja untuk naik semula. Cuma yang paling saya tak gemar dalam menyediakan Kuah Kacang ini ialah bab menyediakan kacang goreng. Memang memakan masa untuk menyiapkannya dari di sangai sehingga dikisar. Nasib baik Aween ringan tulang untuk membantu. Setakat ini belum cuba lagi cara menggoreng kacang tanah dengan sedikit minyak.

Jika anda tercari cari resepi Kuah Kacang dan Sate Goreng, bolehlah mencuba resepi ini. Jom layan resepi di bawah ini....




Satay Ayam Goreng

Bahan bahan:
600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam - guna 3/4 sudu besar jer
1 sudu besar serbuk kunyit

Cara cara:
Ayam dibersihkan atau daging dibersihkan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi ke dalam bekas. Gaul rata. 

Pastu masukkan ayam/daging tadi dan gaul sampai rata betul betul. Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.




Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sedikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus.

Nota:
Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap. Goreng dalam minyak terendam dan curahkan kuah diatasnya. Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah.

Boleh simpan dalam plastik dan bekukan. Jika ada satay lebih, masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer.



Kuah Kacang

Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar - mayang
½ cawan cili kering - 1/2 mangkuk cili kisar
1 cawan gula Melaka
1 sudu besar gula pasir
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa

Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air.

Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.





Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend dan 2 - 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam.

Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.




Nota:
Sedap dimakan dengan bawang dan hirisan timun.

Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh bubuh dalam bekas dan disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam kuali hingga garing
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.






Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang

$
0
0




Hari ini kami menyediakan Roti Jala untuk dimakan bersama Gulai Kambing di SINI yang saya masak untuk dihidangkan semasa kunjungan Dato Salehuddin dan keluarga di SINI. Juita yang menyediakan roti jala ini semasa saya dan hubby keluar ke rumah terbuka pertama tahun ini di Paramount Garden, PJ. Sekembali di rumah, tengok semuanya telah siap dan sedia terhidang. Masih menggunakan resepi sama yang disediakan sebelum ini di SINI. Memang terbaik resepi ini, kerana sehingga ke malam ianya masih kekal lembut sahaja.





Sejak akhir akhir ini, kami semua dah tak makan nasi lebih lebih lagi di malam hari. Kalau dimasak 1 pot pun, tak habis dan akan terbuang begitu sahaja. Sejak mengurangkan pengambilan nasi, berat badan saya lebih stabil dan kadar gula di dalam darah juga sudah berada di tahap normal. Jadi bila memasak lauk pauk yang dulunya dimakan dengan nasi terpaksalah digantikan dengan makanan lain seperti roti gandum, pau atau roti jala. Kalau ikutkan doktor pun, nasi bukan satu keperluan tapi lebih kepada kebiasaan masyarakat kita di Malaysia. Ini adalah kerana sumber kabohidrat yang diperlukan badan terdapat juga di dalam makanan lain seperti daging. Jadi kalau ke mana mana open house, roti jala lah yang akan saya cari sebagai alternatif. 





Jom tengok resepi jika ada yang mahu mencuba resepi roti jala yang sangat lembut ini. Memang banyak resepi roti jala tapi setakat ini, kami masih setia dengan resepi di bawah ini...



Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.





Acar Timun Masak

$
0
0





Acar masak adalah antara lauk pauk simple makanan Kelantan yang sering dihidangkan sewaktu majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Selain Acar Masak, juga disediakan Acar Mentah. Cara penyediaan keduanya hampir sama, yang berbeza hanyalah satu dimasak dan satu lagi dihidang tanpa perlu dimasak. Boleh klik di SINI untuk penyediaan Acar Mentah. Lauk ini juga adalah antara masakan yang saya belajar sejak zaman remaja lagi. Kalau di majlis kenduri, kami akan bergotong royong memasak dan saya kebiasaannya akan mengambil tugas menghiris timun untuk dibuat acar. 

Saya sangat suka dengan acar ini, apalagi bawang bawang yang dimasukkan sebiji sebiji ke dalamnya serta biji sawi. Berbunyi krup krap jika dikunyah, jadi bagi memastikan timunnya kekal rangup, saya akan memadamkan api terlebih dahulu sebelum dimasukkan timun. Acar Masak seperti ini lebih sesuai dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih walaupun sedap juga dimakan dengan nasi putih.

Jom layan resepi dulu....





Acar Timun Masak

Bahan bahan:
1 batang timun
1/2 batang karot
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit biji sawi
Serbuk kunyit
1/2 senduk cuka
1 senduk gula
Garam

Cara cara:
Hiris timun dan karot secara memanjang dan rendam dalam air garam. Masukkan juga beberapa ulas bawang merah yang diletak sebiji biji atau dipotong dua ke dalamnya.

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Masukkan biji sawi dan serbuk kunyit. Tumis sehingga bawang wangi.

Masukkan sedikit air, cuka, gula dan garam serta karot. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Padamkan api dan masukkan timun. Kacau sebati.





Jika suka, boleh juga masukkan cili merah yang dihiris memanjang bagi menambahkan warna.


Lontong Nur Qaseh Buat Hidangan Raya

$
0
0




Saya menyediakan Kuah Lodeh hari ini selepas melihat dalam peti ais ada santan dan banyak sayuran yang masih berbaki. Nana menyediakan Kuah Lodeh dan Nasi Impit untuk hidangan di pagi raya. Saya memang tak suka melihat ianya membazir dan terbuang begitu sahaja, jadi saya pun mulalah menyediakan bahan bahan yang diperlukan. Lagi pulak, masih ada banyak nasi impit yang telah direbus di dalam peti ais. Klik di SINI untuk melihat entri Kuah Lodeh yang saya sediakan sebelum ini. Saya masih setia dengan resepi ini yang telah berbelas tahun digunakan.

Kali ini saya hidangkan Kuah Lodeh dengan Kuah Kacang sahaja kerana memang kebetulan hari ini, saya ada memyediakan Kuah Kacang untuk dimakan dengan sate ayam goreng. Boleh klik di SINI untuk resepi Kuah Kacang. Kebiasaannya saya akan gandingkan dengan Kuah Kacang goreng yang ringkas. 

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan sejak dahulu lagi bila menyediakan kuah lodeh. Jom layan.... 



Lontong dan Kuah Lodeh Nur Qaseh

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang - potong 8
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
1 genggam petai
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.

Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.





Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.






Laksa Johor Yang Sedap

$
0
0





Saya memang cukup gemar membaca dan mengikuti blog Kak Jee kerana beliau sangat ikhlas dalam perkongsian resepinya. Maklumlah tidak ramai orang yang berniaga mahu berkongsi resepi yang diguna dalam bisness mereka. Tapi tidak dengan Kak Jee. Saya akan membaca setiap baris dan perenggan dalam setiap entri yang ditulis. Resepi sekarang memang banyak terdapat bila di google lebih lebih lagi sejak kemunculan blog bagai cendawan tumbuh selepas hujan tapi agak susah untuk mencari "tested" resepi yang diguna untuk berniaga dan kalau boleh, resepi turun temurun.

Seronok membaca entri Kak Jee berkenaan entri laksa Johor ini yang digunakan untuk berniaga. Saya cuba untuk menghiris timun mengikut cara orang Johor tapi tak berjaya sebab ianya asyik terputus sahaja. Begitu juga orang Johor akan menyimpul spaghetti untuk mudah dihidangkan. Yang ni pun, memang tak belajar lagi. Memang betul la, menyediakan laksa Johor tak lah susah tapi renyah. Banyak bahan yang perlu disediakan.

Jom layan resepi Kak Jee di bawah ini....



Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang 
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.




Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan  kepekatan yang disukai.


Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.



Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh. 

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.







Apam Balik Lembut Dan Mudah

$
0
0





Entah kenapa sejak terpandang resepi Apam Balik yang dikongsikan dalam group masakan di facebook, saya jadi asyik teringatkan Apam Balik sahaja. Maklumlah kalau apam balik yang dibeli di pasar malam, memang tak sedap langsung dan bahan intinya sangat sedikit. Bila disediakan sendiri, memang puas kerana dapat dimasukkan inti banyak banyak. Pendek kata, sangat mewah lah. Saya pernah menyediakan kuih Apam Balik sebelum ini, boleh klik di SINI. Kali ini, ianya dibuat bersaiz kecil comey jer agar senang dimakan tanpa perlu dipotong.

Sebenarnya kuih ini disediakan Juita apabila saya menyediakan Kuah Kacang, Kuah Lodeh dan Rendang Ayam baru baru ini. Disiapkan sudah hampir waktu berbuka puasa, jadi saya biarkan Juita menyiapkannya. Walaupun rupanya tidaklah nampak cantik menawan tapi rasanya sangat sedap dan lembut sahaja. Memang terbaeekk gitu...

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ni, kot ada yang ingin cuba menyediakan sendiri buat hidangan petang keluarga masing masing. Lagi pulak, masih suasana raya, agak sukar untuk mencari makanan dan kuih muih. Kedai masih banyak ditutup, agaknya masih beraya di kampung.




Apam Balik Lembut dan Mudah

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Bahan tabur:
Kacang tanah yg telah di kisar
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega

Cara cara:
Blend telur dan gula hingga kembang. Masukkan baking powder, yis, minyak dan garam. Blend lagi dan masukkan air. Blend lagi.

Masukkan tepung, blend lagi dan akhir sekali, masukkan pewarna. Blend sebati. Perap selama 1 hingga 2 jam.

Dengan menggunakan kuali non stick, tak perlu letak minyak. Buat saiz kecil kecil, letak inti banyak banyak.






Bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan panas panas bersama teh O. Memang terbaik.



Perjalanan Mencari Malam Lailatul Qadr

$
0
0



Saya terharu membaca mesej whatsApp sahabat saya, Dr Sabariah yang menulis saya sebagai seorang yang bertuah kerana diberi rezeki untuk menunaikan umrah lagi tat kala ramai yang gagal mendapatkan visa. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan dan jemputan sebagai tetamuNya lagi pada tahun ini dari 17 - 28 Julai 2014. Berbeza dengan tahun lepas, di mana kali ini saya akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Masjidil Haram. Saya mengikuti pakej yang dikendalikan oleh Zahafiz Travel yang juga syarikat yang menguruskan pakej Haji saya pada November 2006 hingga Januari 2007 dahulu. Sebagai kenang kenangan, saya ingin membuat sedikit catatan perjalanan umrah saya yang mana tahu boleh dijadikan rujukan untuk pembaca blog Azie Kitchen yang ingin mengerjakan ibadah umrah Ramadhan di masa akan datang.

Kami menaiki penerbangan MAS MH150 dari KLIA jam 2.15 tengahari. Sampai di Terminal Haji Jeddah lebih kurang pukul 6.30 petang waktu tempatan. Sebelum itu, kami terpaksa menunggu di dalam airport shuttle hampir sejam dan menunggu lagi di terminal selama beberapa jam sebelum pemeriksaan imigresen. Kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak di luar terminal sementara menunggu ketibaan bas untuk membawa kami ke Madinah. Inilah pengalaman pertama saya menaiki bas dari Jeddah ke Madinah. Ketika berada di terminal, saya mendapat mesej dari hubby memaklumkan pesawat MAS MH17 telah terhempas di percayai ditembak berhampiran Ukraine dan Russia. Sungguh sedih dengan tragedi ini setelah misteri MH370 masih belum berjaya di rungkai. 





Setelah 2 jam perjalanan, bas singgah di satu tempat yang saya tak pasti namanya, untuk membolehkan jemaah ke bilik air atau untuk membeli makanan atau minuman untuk bersahur. Selepas ke bilik air, saya dan Roslina pergi ke satu restoran yang terdapat di situ untuk membeli lamb mandy dengan harga 30 rial. Lampu dalam bas dinyalakan hanya dalam pukul 3.45 pagi. Kami cepat cepat membuka bungkusan nasi mandy, ceduk ke dalam pinggan dan bersahur dengan nasi mandy berlaukkan kambing. Memang susah untuk makan dalam bas sedang bergerak apalagi untuk mengeluarkan lauknya yang berkuah dari dalam plastik. Sayang juga sebab tak dapat makan lauk sehingga habis sebab payah nak mengeluarkannya. Makan pula dengan sudu plastik. Boleh bayangkan macam mana susahnya kan. 





Sampai di hotel, telah kedengaran laungan azan Subuh. Kami hanya sempat mengangkat takbir apabila imam mula memberi salam. Namanya tak ada rezeki untuk menunaikan solat Subuh berjemaah bersama imam di Masjid Nabawi. Walaupun sedih, namun saya redha. Selepas selesai solat, kami masuk ke dalam masjid untuk menziarahi makam baginda Rasulullah di Raudhah. Saya memang berazam untuk menjaga tingkahlaku di sini supaya ianya tidak menyakiti jemaah lain. Alhamdulillah kerana kali ini, saya dapat bersolat di 3 tempat di dalam Raudhah di mana saya dan Roslina saling menjaga sewaktu salah seorang menunaikan solat. Maklumlah keadaan di dalamnya yang sangat padat di mana jemaah berasak asak untuk berada di tempat yang merupakan sebuah Taman Syurga di dunia. 






Kali ini, kami hanya berada di Madinah selama 2 hari sahaja. Pada hari akhir di Madinah, saya dan Roslina pergi ke Masjid Quba dengan teksi ditemani oleh Ibrahim, pekerja syarikat Zahafiz di Mekah dan Madinah. Berdasarkan hadis Rasulullah, kita akan memperolehi pahala mengerjakan 1 umrah dengan mengambil wudhu di hotel dan bersolat di Masjid Quba. Sudah pasti saya tidak mahu mensia siakan peluang ini begitu sahaja, lebih lebih lagi di bulan Ramadhan. Ia terjadi kerana salah faham apabila jadual ziarah dalam telah ditukar dengan jadual ziarah luar tanpa pengetahuan saya dan Roslina. Gambar di bawah adalah hari keberangkatan ke Madinah di mana kami akan singgah di Masjid Bir Ali untuk berniat umrah di miqat. Pesanan Ustaz Zawari supaya niat dibuat dengan betul di mana bagi jemaah yang telah mengerjakan umrah sebelum ini, hendaklah berniat Umrah Sunat.






Bertolak ke Mekah pada hari Sabtu jam 11.15 pagi. Kami singgah di satu tempat untuk bersolat Zohor dan Asar sementara memberi peluang kepada pemandu bas untuk tidur dan berehat seketika kerana beliau kelihatan sangat letih. Sampai di Mekah telah hampir masuk waktu solat maghrib. Selepas meletakkan bag di bilik, terus bergegas ke masjid bersama rakan sebilik iaitu Roslina dan Kak Aminah. Manakala Mar pula telah pergi lebih awal ke masjid. Namun begitu, hanya dapat bersolat dan berbuka  di dataran masjid dengan nugget Al Baik yang dihulurkan oleh keluarga Arab yang berbuka sebelah kami. Masih teringat ingat kesedapan nugget tersebut sehingga sekarang. 





Selepas selesai solat maghrib, kami balik ke hotel dan bersiap untuk melakukan umrah bersama sama dengan Ustaz Zawari dan jemaah lain. Kami berjaya menyempurnakan ibadah umrah dalam pukul 11.15 malam selepas terpisah dengan kumpulan jemaah lelaki apabila terpaksa menghabiskan pusingan akhir tawaf Umrah selepas selesai solat Isyak. Tawaf ketika ini sangat mencabar kerana apabila hampir waktu solat, polis akan merentang tali untuk menghalang jemaah wanita dari meneruskan tawaf. Mahu atau tidak, terpaksa merempuh kerana mahu meneruskan tawaf bersama jemaah lain dalam kumpulan kami. Salah satu perkara yang paling best bila menunaikan Sae di bulan Ramadhan ialah kita akan mendengar bacaan surah dari Imam Solat Terawih sepanjang melakukannya. Bacaan bergema sepanjang ulang alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menambahkan kekusyukan kita dalam beribadah.





Tidak seperti tahun lepas, saya tidak melakukan solat Tahajjud berjemaah bersama imam setiap malam kerana tidak mahu memberatkan diri sendiri selepas mengetahui cara ibadah yang lebih mudah tapi tetap memberikan ganjaran yang serupa. Itulah yang dipesan oleh Ustaz Adli berkenaan pentingnya menpunyai ilmu dalam beramal. Saya juga diingatkan bahawa kuantiti bukan ukuran tetapi sebaliknya ibadah yang berkualiti dan ikhlas kerana Allah Taala. Saya juga merujuk perkara ini kepada beberapa orang ustaz. Ustaz Ibrahim Muhamad memberi cadangan supaya mengikut sunnah Rasulullah dengan melakukan solat terawih dan witir. Jadi, ada hari hari di mana saya balik tidur di hotel selepas solat terawih dan kembali ke masjid untuk melakukan solat tahajjud dan solat witir secara bersendirian. Pada hari hari lain, selepas tidur beberapa jam, saya ke masjid seawal pukul 10.00 pagi untuk beriktikaf. Oleh kerana bilik kami berada di tingkat paling atas, apabila terasa rajin saya dan rakan sebilik akan membasuh baju dan menjemur di roof top yang hanya mengambil masa yang sangat cepat untuk kering. 






Hari khamis malam jumaat iaitu malam ke27, merupakan malam kemuncak yang dinanti nantikan sebagai malam Lailatul Qadr, saya berikitikaf di Masjidil Haram sepanjang hari. Pada hari tersebut, selepas Asar lagi Masjidil Haram dipenuhi oleh jutaan manusia yang mungkin melebihi jemaah musim Haji sehingga dalam dan dataran masjid dipenuhi lautan manusia sehingga tergambar gambaran Padang Masyhar di kepala saya ketika itu. Hari itu, lautan manusia membanjiri sehingga ke sepanjang jalan ke hotel. Bangga dan bersyukur menjadi seorang muslimin yang penyatuan ummah sangat jitu. Hari tersebut, saya terpaksa menahan diri dari ke bilik air kerana polis membuat sekatan jemaah dari memasuki masjid selepas solat Maghrib. 

Selain itu, masalah tempat duduk juga menyebabkan saya malas untuk keluar ke bilik air. Kadang kadang kesabaran tergugat dengan karenah mak Arab yang memang kasar, degil dan suka bergaduh kerana berebut tempat solat. Pernah seorang mak Arab menarik narik telekung saya kerana tidak mahu saya duduk di lorong hadapannya sementara menanti masuknya waktu solat. Namun begitu, ada juga mak Arab yang baik hati memberikan kami ruang untuk bersolat. Walaupun pergi awal ke masjid, tempat telah penuh kerana ianya adalah hari jumaat. Saya  cuba menahan diri dari marah dengan memberi senyuman. Akhirnya mak Arab tersebut kelihatan seolah menyesal dan mahu berbaik dengan menghulurkan sedikit roti untuk sewaktu hampir waktu berbuka. 






Di malam malam akhir Ramadhan, tempat duduk sangat sesak sehingga tak mampu untuk duduk bersila pun. Kaki hanya dapat dilunjurkan secara bersilang menyebabkan ianya terasa sangat kejang dan lenguh. Cabaran bertambah dengan tahap kepenatan diri kerana saya hanya berbuka dan bersahur dengan beberapa biji tamar dan air zam zam.  Saya sebenarnya ingin merasa kecukupan dengan rezeki yang diberi di tanah suci ini. Kalau berbuka di luar masjid, memang mewah dengan makanan yang disedekahkan oleh dermawan Arab termasuklah pelbagai jenis nasi. Hanya sekali sekala, kami curi curi membawa masuk roti ke dalam masjid. Memang pihak Arab mengamalkan sikap pilih kasih apabila orang Arab jer boleh membawa masuk pelbagai makanan ke dalam masjid samada untuk dimakan atau disedekahkan pada jemaah. 




Apa yang saya perhatikan, saat hampir waktu berbuka puasa adalah saat paling mengembirakan di kalangan jemaah. Masing masing berkongsi makanan dan saling membantu membahagikan air zam zam. Kurma akan dicampak dan dibaling kerana tidak dapat bergerak dalam masjid dek jemaah yang terlalu padat. Memang menepati hadis dari Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah saw bersabda: "Setiap amal anak Adam dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali (gandaan). Allah azzawajalla berfirman "Selain puasa kerana puasa itu untuk Ku. Aku akan beri pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makan kerana Ku. Dan bagi orang yang berpuasa ada 2 macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi" (Sahih Muslim 1118 ). Masya Allah, Tabarakallah....

OK setakat ini dahulu catatan untuk kali ini. Insya Allah, saya akan menyambung sedikit lagi catatan perjalanan Umrah Ramadhan kali ini di dalam entri berikutnya. Jangan lupa, nantikannya. Sekarang mahu menyambung tidur dahulu....



Menyambut Aidil Fitri 2014 Di Masjidil Haram

$
0
0




Seperti dijanjikan, ini adalah entri sambungan dari entri pertama di SINI. Setiap kali Ramadhan tiba, kita perlu berusaha untuk menjadikan ianya sebagai Ramadhan terbaik dalam hidup kerana kita tidak dapat memastikan apakah kita berpeluang berada di dalam bulan Ramadhan berikutnya. Begitu juga dengan saya yang berazam untuk membuat sehabis baik melebihi apa yang telah dibuat dalam Ramadhan sebelumnya. Saya membuat senarai semak berhubung apa yang ingin dilakukan. Umrah Ramadhan kali ini, lebih bermakna kerana setiap hari saya dan Roslina berjaya menjamu jemaah berbuka puasa dengan kek buah, buah anggur, roti bersama keju dan juga kuih samosa. Maklum bukan mudah untuk membawa masuk makanan untuk diberikan pada jemaah dalam Masjidil Haram kerana pemeriksaan ketat dibuat oleh pihak polis masjid. Saya gembira sekali kerana kek buah kukus yang saya sediakan sendiri berjaya dibawa masuk dan sangat laris di Madinah dan juga Masjidil Haram. Para jemaah berebut rebut untuk mendapatkannya. 






Setiap hari dalam perjalanan ke masjid, saya berdoa supaya makanan dapat dibawa masuk ke masjid tanpa diperiksa. Samosa pula dikirim melalui Salma, jemaah Saudi yang kami kenali semasa umrah Ramadhan tahun lepas. Seperti kita ketahui, pahala memberi makan orang berbuka puasa sangat besar dan ianya perlu direbut di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Hadis daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". 

Hari jumaat malam Sabtu masih sesak walaupun ianya bukan malam ganjil. Saya pada mulanya memikirkan keadaan di Masjidil Haram akan lebih lengang. Namun sangkaan saya meleset. Hari Ahad, yang merupakan hari terakhir bulan Ramadhan, saya melakukan tawaf sunat sebanyak 2 kali. Lepas solat Zohor di ruang berhadapan Multazam, saya balik ke bilik kerana terlalu penat dan sambil itu sambung mengemas barang barang ke dalam bag. Saya sangat bersyukur kerana roomate saya, Kak Min banyak membantu mengemas barang saya ke dalam bag. Hubby dan anak anak berpesan supaya saya tidak bershopping apa apa kerana bag memang telah ngam 15 kilo. Mereka kuatir jika ianya membebankan saya untuk menguruskan bag sendiri.






Saya ke masjid untuk melakukan solat  Asar dan Maghrib. Kali ini kami bersolat di kawasan terbuka berhampiran Bukit Safa. Selepas solat Maghrib, kami balik ke hotel untuk makan malam di hotel. Setelah beberapa hari di Madinah dan Mekah, itulah kali pertama kami makan di dewan makan hotel. Memang sedap makanan yang dimasak oleh tukang Masak Melayu yang digaji khas oleh pihak hotel. Kebetulan hari itu, ada lauk Ketam masak manis, ayam celup tepung berempah, ikan kering kecil, sup daging berkentang, ulaman serta pelbagai kuih muih seperti jemput jemput jagung, puding serta buah buahan. 

Selepas makan, kami ke masjid lagi untuk menunaikan solat Isyak. Memang terkejar kejar kalau mahu balik makan di hotel. Itu yang menyebabkan saya tidak balik makan. Yang best bila balik hotel adalah, berpeluang untuk mendapat nasi sabil yang masih panas panas. Saya bawa masuk ke masjid untuk bersahur tapi di tahan, jadi saya keluar dan masuk pula ke pintu lain. Alhamdulillah dapat lah bersahur dengan nasi mandy berlaukkan ayam bakar.  Ketika itu, ramai jemaah Indon juga sedang bersahur dengan nasi. Mereka memberitahu saya supaya meletak nasi di bawah sekali dalam bag dan di atas diletakkan Al Quran. Ohh begitu ya...





Tengah malam iaitu menjelang pagi hari Isnin, pancaran laser hijau dipancarkan ke langit dari Zam zam Tower menandakan kedatangan 1 Syawal keesokannya pada warga Mekah dan Saudi.  Sangat cantik pancaran laser tersebut.





Kami ke Masjidil Haram dalam pukul 3.00 pagi untuk menunaikan solat tahajjud, solat witir, solat subuh dan juga solat sunat Eid Fitri. Takbir Raya di Masjidil Haram dimulai selepas solat Subuh dan ianya tidaklah semerdu takbir yang biasa kita dengar di negara kita. Hari Raya adalah hari kemenangan di mana kita perlu mengucapkan tahniah antara satu sama lain sambil mendoakan agar amalan kita dan sahabat kita akan diterima. Hmmm rasa seperti tidak percaya, saya akhirnya menyambut Hari Raya Eid Fitri di Masjidil Haram sendirian tanpa mereka yang saya kasihi di sisi. Dalam hati saya berdoa semoga Allah memberikan rezeki untuk kami sekeluarga dapat mengerjakan ibadah umrah bersama sama. 





Balik dari solat sunat Hari Raya, kami terus ke dewan makan. Pihak hotel menyediakan hidangan lontong sebagai menu utama hidangan pagi raya kami. Selepas makan, terus masuk bilik untuk membuat final packing dan keluarkan bag di ruang lobi tingkat 13 di mana bilik kami 1306 berada. Pukul 10.00 pagi barulah kami keluar ke masjidil haram untuk melakukan solat Dhuha dan Tawaf Wada. Alhamdulillah kerana orang tak ramai, jadi tawaf dapat disiapkan dengan cepat. Ruang tempat solat juga kosong dengan beberapa orang jemaah sahaja di dalamnya. Selepas tawaf, solat sunat tawaf, saya beredar ke tempat air zam zam. Puas dapat menikmati air zam zam sejuk di siang hari. 





Selepas itu, naik ke bilik mengambil barang barang peribadi dan terus turun menaiki bas yang telah sedia menunggu untuk berangkat ke Terminal Haji Jeddah. Kami makan tengahari dengan makanan yang disediakan di kawasan tempat duduk terminal sahaja. Oleh kerana penerbangan kami adalah pukul 10 malam, kami duduk melepak di lantai di dalam kawasan terminal sementara menunggu waktu pendaftaran masuk. 







Selepas melalui pemeriksaan imigresen, kami cepat cepat mengambil wudhu dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Kemudian masing masing membasahkan tekak dengan membeli minuman panas. Saya memesan Teh dengan susu. Masih teringat teh susu yang sangat sedap yang dibahagi kepada jemaah sewaktu berbuka puasa. Kami juga mengambil gambar secara berkumpulan dengan Ustaz Zawari sebagai kenang kenangan.





Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menunaikan ibadah umrah dengan lancar. Kali ini saya juga melakukan ibadah umrah ulangan dengan bermiqat di Hudaibiah sebagai hadiah untuk kedua dua ibubapa yang telah membesar dan mendidik saya. Bercakap sedikit berkenaan didikan, saya sangat sangat teruja melihat anak anak Arab yang dibawa bersolat sejak kecil. Mereka akan sama sama berdiri di sebelah ibu masing masing untuk sama sama bersolat. Kalau yang masih bayi, akan diletakkan di hadapan. Setelah penat, anak anak tersebut akan berbaring di ruang antara 2 karpet. Dalam hati terdetik, alangkah baiknya jika saya berpeluang melakukannya kepada anak anak sendiri. Rasulullah sendiri mendokong cucunya sewaktu bersolat. Pergerakan sebegini tidak membatalkan solat seperti yang kita kuatiri selama ini. Anak Arab di dalam gambar di bawah namanya adalah Abdul Rahman yang diletakkan ibunya wanita Arab cantik berumur 18 tahun di hadapan sewaktu solat.





Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah diberikan roommate yang saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Ianya sangat penting dalam memastikan kita dapat beribadah tanpa gangguan. Roslina, Mar dan Kak Min merupakan roomate yang terbaeek. Pastinya ia adalah takdir dan hadiah Allah yang menemukan kami dalam satu bilik di Mekah. 





Kami tiba di KLIA pada 29 Julai 2014 iaitu hari raya kedua dalam pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah kerana akhirnya dapat bertemu semula dengan insan insan yang saya kasihi di dunia dan akhirat. Mereka menyambut kepulangan saya dengan memakai baju raya sedondon berwarna biru. 





Sesampai di rumah, saya menukar baju untuk sessi bergambar raya, kemudian menikmati hidangan raya yang dimasak oleh anak anak sebelum masuk bilik dan akhirnya zzzzz





Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Mu, YaAllah, maka yang mana satu nikmat nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? - Surag Ar Rahman. Kuatkan kesabaran ku untuk menghadapi segala ujian dan untuk menentang orang orang kafir yang memusuhi ku dalam beribadat kepada Mu. Semoga saya dijemput lagi sebagai tetamu di Masjidil Haram pada setiap tahun. Ameen...


Majlis Rumah Terbuka Villa Nur Qaseh 10 Ogos 2014

$
0
0




Alhamdulillah selesai sudah majlis jamuan rumah terbuka Villa Nur Qaseh pada 10 Ogos 2014. Majlis ini dirancang oleh suami dan anak anak. Boleh dikatakan semua sekali dari penetapan tarikh, menu, jemputan dsb. Kiranya majlis ini majlis mereka untuk bertemu dan beramah mesra dengan kawan kawan. Jemputan saya sendiri hanya lah beberapa orang kawan rapat sahaja. Jadi harap jangan ada yang berkecil hati jika tidak mendapat jemputan dari saya. Maklumlah majlis ini adalah majlis kecil kecilan sahaja. Alhamdulillah kerana percubaan mengambil caterer yang dikenali di rumah Dato' Karim Shah Alam sangat memuaskan hati dan rata rata maklumbalas yang diterima sangat positif. Rata rata memuji nasi dan lauk pauk, kue teow, sate, laksa dan kuah kacang, lemang serta rendang yang dihidangkan. Tidak lupa juga air cendol dan air mata kucing yang disediakan yang sangat sedap. 






Satu perkara yang sangat mengembirakan bila mengadakan majlis rumah terbuka adalah peluang untuk beramah mesra dengan jiran jiran dan sahabat handai yang telah lama tak bersua. Kalau bukan di majlis seperti ini, pastinya setahun sekali pun susah untuk bersua muka. 

Jom kita layan photo photo sebahagian tetamu yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka kami pada hari ini. Boleh dikatakan semua jiran datang. Sesungguhnya semangat kejiranan di KD8 sangat rapat dan kami saling mengunjungi. Tidak lupa juga kepada Dato' Razali, Dato' Hong dan  Haji Asnan bersama keluarga yang tiada di dalam gambar di bawah....



Dr Roslan dan Dr Ibtisan bersama anak antara tetamu terawal

Encik Khizani dan keluarga

Rozana jiran terdekat

Dato Seri Ahmad Said dan Dato Seri Mohamad Isa bersama tetamu lain

Dato' Rahim dan Dato' Abu bersama isteri masing masing

Dato Shuib bersama isteri dan cucu cucu

Hubby bersama Dato' Abu dan Dato' Rahim

Apa yang diperkatakan sehingga Dato' Zul dan Dato' Abu  tergelak....

Dato' Khalil, Dato' Puteh Rukiah bersama Dr Rogayah, 

Bersama Dato' Zul dan Datin Azlinda serta anak anak

Boss Pusat Rawatan Islam Haji Shukri dan Puan Saadiah


Rakan rakan dari zaman kolej juga hadir untuk memeriahkan majlis rumah terbuka kami. Alhamdulillah setelah lebih dari 30 tahun, persahabatan tetap kekal sehingga kini.....



Antara rakan rakan kolej yang hadir ialah Dato' Mohd Shafie Abdullah, Haji Abd Nasir Janaro, Dr Sabariah, Tuan Halim, Tuan Haji Kamaruddin, Dr Hamidah, Tuan Hairani dan Puan Zanariah

Bersama Datin Rozita

Puan Yasmin hadir bersama anak anak

Bersama keluarga Haji Abd Nasir dan keluarga Haji Fauzi

Tuan Yusran, Setiausaha Sulit TPM yang sangat down to earth

Bersama Dato Alias dan Tuan Shahrol

Puan Zanariah yang sentiasa anggun

Bersama Datin Tengku Nurzaheran, Dato' Zack, Tuan Suhaimi, Dato' Salehuddin Saidin dan Datin Nursinah Adzmi


Di bawah ini pula, adalah rakan rakan sekerja dan rakan anak anak yang telah memeriahkan majlis ini. Saya sangat gembira melihat mereka bergembira di majlis ini kerana majlis ini diadakah untuk mereka...



Antara rakan rakan Juita dari Subang Jaya yang hadir

Nellisa bersama rakan sepejabat

Rakan rakan Juita dari Subang Jaya

Rakan rakan sekolah Dr Nana Ain

Rakan rakan Aween dari Subang Jaya


Manakala di bawah ini adalah rakan rakan sekerja suami yang turut hadir serta beberapa orang rakan rapat saya sendiri...


Antara rakan rakan dari Prudential Assurance Berhad

Bersama Tuan Haji Zainal Yusoff dan isteri

Puan Fauziah dari Prudential
 
Bersama Encik Ramli dan Puan Farilah

My BFF Puan Ismati dan Puan Sarina Said

Lagi rakan rakan dari Prudential

Saudara Anuar Yaccob dan Encik Sani Abd Hamid

Antara kawan rapat saya Ecik Haszeri dan Puan Zalina

Encik Hizzad dan Puan Kamariah adalah tetamu paling awal 



Ini pula adalah geng geng jemaah surau Ad Dhuha yang sangat saya hormati dan sayangi. Di surau ini lah, kami sama sama menuntut ilmu selain dari kami berjemaah...



Bersama Pengerusi dan AJK Surau Ad Dhuha

Dato' Seri Mohamad Isa dan Ustaz Abdullah, Imam Surau Ad Dhuha



Saudara mara dan sahabat handai yang sentiasa menemani di saat suka dan duka kehidupan juga tidak dilupakan....



Sahabat semasa mengerjakan Fardhu Haji, Tuan Haji Roslan dan Puan Sabariah

Terima kasih Raja Shah, Fiza dan anak anak yang hadir

Roshada dan Aswana

Bersama Intan dan keluarga

Bersama Yatie, Sabariah dan Shikin 

Anak anak buah, Farhan dan Nur Farhana

Lagi anak anak buah Farah Aimi, Farah Anis dan Mohd Hariri 


Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir walaupun memang banyak majlis rumah terbuka di adakan pada hari hari minggu seperti ini....


Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Paling Sedap

$
0
0




Hati sangat gembira bila berpeluang bercakap dengan Kak Sharifah Lok. Saya pernah order kuih dari beliau sewaktu anak anak masih kecil. Ianya bermula dengan pujian yang diberi sahabat saya, Dr Sabariah akan keenakan kuih kuih yang dibuat oleh Kak Lok. Malahan Dr Sabariah pernah memesan dan membawanya ke rumah saya di USJ ketika itu. Dr Sabariah memang sangat gemarkan kuih kuih tradisional yang sedap. Masih ingat lagi di mana saya akan ke kuarters Kastam di Kelana Jaya untuk mengambil kuih yang dipesan. Bayangkan dah 25 tahun rasanya. Keenakan kuihnya memang tiada tandingan. Tapi kami seolah terputus hubungan bila dia berpindah dari Kelana Jaya. 

Entah macam mana semasa majlis pertunangan Faiq baru baru ini, terbuka hati untuk bertanya Kak Sidah resepi dari kakaknya. Dengan nombor hp yang diberi, saya memberanikan diri menelefon Kak Lok. Alhamdulilah kerana dia masih ingat saya dan sudi berkongsikan resepi. Dari apa yang diajar, saya menyalin di kertas satu persatu dan menaip dan menyusun dalam format resepi untuk memudahkan ianya dirujuk. Selepas siap ditulis, saya menelefon lagi bagi mengesahkan apa yang dirasakan tak pasti atau kot ada yang tertinggal. Maklumlah, beliau hanya memberi resepi tanpa merujuk kepada resepi bertulis, semua dihafal berdasarkan ingatan beliau. Kot lah ada yang Kak Lok terlupa cakap. 

Resepi kuih kuih tradisional ini adalah resepi turun temurun keluarga beliau. Ada juga resepi sendiri yang beliau olah berdasarkan berpuluh tahun percubaan demi percubaan. Maklumlah dulu Kak Lok mengambil tempahan kuih muih setiap hari. Cuma kini tempahan yang mudah sahaja akan diambil. Patutlah kuih sedap sedap kerana bahan yang digunakan memang mewah dan penyediaannya memang teliti. Pendek kata tiada short cut. Mesti ikut cara cara yang diberi, barulah menghasilkan kuih bakar yang sangat sedap.

Tercapai juga cita cita saya untuk mengumpul resepi turun temurun. Yang sebenarnya Bonda saya juga sangat pakar dalam membuat kuih muih tradisional tapi sayang kerana tak banyak yang sempat saya pelajari kerana resepi orang dulu, semua tidak mempunyai sukatan. Cara belajar ialah dengan melihat sendiri tapi oleh kerana Bonda telah uzur, tak adalah peluang untuk belajar. 

Ada beberapa resepi yang dikongsikan oleh Kak Lok. Antaranya ialah Kuih Bakar, Kuih Seri Muka, Kuih Talam Suji dan Kuih Kaswi. Hari ini, saya ingin kongsikan gambar Kuih Bakar yang saya namakan Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen. Hmm pasti ada yang tertanya tanya, mana resepinya? Haaa kena sabar.... Saya akan kongsikan resepinya di dalam entri akan datang. Saya diberitahu yang resepinya kini banyak digunakan oleh isteri isteri pegawai Kastam untuk dibuat berniaga.


Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Yang Paling Sedap

$
0
0




Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini di SINI, saya kongsikan resepi Kuih Bakar Istimewa yang paling sedap pernah saya nikmati seumur hidup. Oops ter over ke? Hahaha selera dan citarasa masing masing kan? Tapi apa apa pun, inilah kuih yang saya ingati sekian lama dek keenakannya yang menambat selera saya suatu ketika dulu. Kuih yang telah lebih 20 tahun saya idamkan. Walaupun, kuih bakar kali ini, bukan hasil tangan Kak Sharifah Lok tapi ianya adalah resepi original yang diberikan Kak Lok pada saya, siap dengan cara penyediaan yang detail. Kuih bakar resepi Kak Lok ini saya namakan sebagai Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen untuk memudahkan rujukan saya sendiri. Yang pasti, resepi ini akan menjadi "a keeper recipe" untuk saya dalam menyediakan kuih bakar dan diharap anak anak saya juga akan menggunakannya di masa masa depan.....

Memang patut lah kuihnya sedap kerana ianya dihasilkan dengan teliti dan menggunakan bahan yang asli. Kata Kak Lok, mesti guna santan pekat yang diperah sendiri. Mesti juga gunakan daun pandan yang banyak untuk menghasilkan kuih yang berbau harum wangi. Mesti dibakar dengan lama. Haa ada lagi petua. Santan mesti diperah dan ditapis dan tapis lagi sekali sebelum dituang ke dalam adunan telur. Adunan juga perlu ditapis sebelum dimasukkan ke dalam loyang supaya tiada adunan bergentel. Jadi kalau ada yang nak guna resepi ini, janganlah cuba nak derhaka ya.... 





Penyediaan kuih tradisional ini tidaklah susah mana. Sekejap sahaja penyediaannya dan sesuai untuk dihidang sebagai sarapan pagi atau sebagai hidangan petang. Kuih ini sangat sedap dengan rasa lemak, manis dan masin. Pendek kata sangat sesuai dengan selera saya yang memang gemarkan kuih tradisional berbanding kuih moden.

Jom kita tengok resepinya di bawah ini. Semoga Kak Lok diberikan ganjaran pahala yang banyak dari perkongsian ilmu yang pastinya akan kekal bertahun tahun hatta beratus tahun sekali pun...



Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen
2 loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
14 cawan santan – guna 4 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan dari 12 helai
7 biji telur saiz B
3 ½ cawan gula pasir – boleh tambah/kurangkan
800 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam - tambah secubit lagi
Sedikit pewarna hijau

Cara cara:
Kisar 10-12 helai daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan sukatan santan yang diperlukan.

Blend telur dengan gula seketika agak agak gula sedikit hancur sahaja. Tak perlu betul betul hancur. Masukkan 7 cawan santan dulu dan blend seketika. Saya guna whisk sahaja.





Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kemudian masukkan baki santan. Jika suka masukkan sedikit pewarna hijau.




Lumur butter di sekeliling loyang dan tabur tepung gandum digoyang supaya tepung rata.




Tapis adunan sebelum dituang ke dalam loyang. Bakar dalam oven dengan suhu antara 180-200C lebih kurang 1-2 jam. Saya guna suhu 200C dulu, kemudian diturunkan ke 180C. Jika dibakar 2 loyang sekali, perlu ditukar kedudukan loyang. Bakar sehingga permukaan atas berwarna coklat kekuningan.  




Keluarkan dari oven dan lalukan pisau sekeliling loyang. Biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.  

Nota:
Kalau buat separuh, boleh guna samada 4 atau 3 biji telur.

Jika suka, boleh juga tabur bijan sebelum dibakar.

Jika hendak dimakan sebagai hidangan petang, bolehlah dibakar dalam pukul 9 pagi. Kata Kak Lok, kuih boleh tahan sehingga 2 hari di bawah tudung saji. 





Majlis Rumah Terbuka Di Sana Sini

$
0
0




Saya ingin kongsikan beberapa majlis rumah terbuka yang kami kunjungi setakat ini. Rumah terbuka pertama yang kami hadiri pada tahun ini ialah rumah Bob di Paramount Garden. Kebetulan ketika itu, ramai yang masih beraya di kampung dan saya pula baru balik dari mengerjakan umrah. Makanan yang dihidangkan semuanya enak enak belaka. Malahan saya dimaklumkan kos atas setiap kepala adalah sangat lumayan. Memang berbaloi dengan makanan yang dihidangkan terutama rendang yang sangat sedap ... 

Rumah terbuka kedua yang kami hadiri adalah di rumah Dato Karim di Seksyen 7 Shah Alam yang juga merupakan saudara belah my hubby tapi tiada gambar yang diambil pada malam itu. Di majlis itulah, kami berpeluang mengenali katerer untuk majlis rumah terbuka kami. Keesokannya pula adalah majlis rumah terbuka di rumah sahabat baik kami, Dato Salehuddin di Casa Iman yang sangat meriah dan dikunjungi oleh ramai tetamu. 




 

Pada hari yang sama, saya dan anak anak mengunjungi rumah terbuka Datin Seri Nasimah di Persiaran Duta yang sangat grand dengan persembahan live band yang sangat menghiburkan, hidangan makanan dan buah buahan yang sangat mewah. Majlis rumah terbuka yang paling grand saya pernah hadiri setakat ini. Kebetulan hari itu, juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka. Tetamu juga diberikan buah tangan berupa kuih bahulu dan lain lain makanan. Datin Seri sempat menghulurkan 2 pek nasi manis aka wajik untuk dibawa balik. Keramahan Datin Seri melayan kami, sangat sangat saya hargai walaupun mempunyai tetamu yang ramai. Yang paling membuatkan saya terharu ialah apabila Datin Seri masih ingat yang saya sangat meminati dan mengkagumi Vivy Sofinas, usahawan berjaya yang juga merupakan menantu beliau. Hati gembira bila berpeluang bertemu muka dengan Vivy. Terasa macam tak percaya pula. Vivy juga seorang yang sangat humble. Kebetulan Nelly dan Juita juga suka mengikuti fesyen fesyen yang terdapat di fashionvalet.com dan blog Proudduck di mana Vivy dan suaminya Fadza adalah pengasas dan penerajuinya. 

Di sebelah malam pula, 2 orang jiran kami mengadakan rumah terbuka iaitu Encik Zambri dan Dato Razali. Tidak ada gambar kerana kami hadir di kala majlis hampir berakhir. Pendek kata majlis rumah terbuka pada hari itu sangat memenatkan. Maklum termasuk majlis pertunangan Faiq, kami menghadiri 5 majlis rumah terbuka dalam satu hari. Belum dikira waktu dalam perjalanan yang berjam jam dek kesesakan jalanraya di mana mana sahaja...








Pada minggu kedua pula, saya mengunjungi rumah terbuka Dato Mohd Shafie Abdullah dan Datin Rozita yang merupakan sahabat kami sejak di kampus lagi. Hidangan istimewa mereka ialah Nasi Briyani gam yang dibawa dari Batu Pahat. Selain itu, pelbagai jenis buah buahan seperti durian, manggis, dokong dan tembikai juga dihidangkan. 






 

Pada hari yang sama di sebelah petangnya, kami mengunjungi rumah terbuka jiran kami Dato Zul dan Datin Linda yang juga sangat meriah, lebih lebih lagi jiran jiran seperti Dato Abu, Dato Rahim, Dato Shuib dan Dr Roslan juga datang pada masa yang sama. Dapat lah bersembang dan beramah mesra. Jika sebelumnya kami menjamu selera dengan nasi briyani gam, di rumah Datin Linda pula, hidangan utama ialah Nasi Arab dari Restoran Tarbush.
 

 

 

Saya sebenarnya agak risau bila menghadiri rumah terbuka kerana saya kadang kadang tak dapat mengawal diri dan keinginan untuk makan bila melihat pelbagai makanan kegemaran. Saya akan cuba makan sekadar untuk merasa walaupun di kebanyakan masa, makan berlebihan juga yang membuatkan diri rasa bersalah selepas itu. Masih ingat lagi bila saya makan lepas seulas seulas durian di rumah Datin Seri Nasimah dan Datin Rozita. Hmm harap saya dapat mengawal diri bila makan hidangan rumah Dato Zack malam esok. Sayanglah kerana nak menurun berat badan memakan masa berbulan tapi nak naik hanya mengambil masa beberapa hari sahaja. Insya Allah....


Majlis Rumah Terbuka Dato Zack Yang Eksklusif

$
0
0




Memang lama betul kami tak berkunjung ke rumah Dato Zakaria yang kami panggil sebagai Zack. Kali terakhir ialah sewaktu kami ke sana bersama Raja Zul dan Robi untuk makan malam. Yang istimewa, hidangan untuk majlis makan malam secara kecilan dan eksklusif, hanya dimasak oleh Datin Tengku Nur dan pembantu rumah mereka yang sangat berkebolehan dalam memasak apa apa sahaja masakan termasuk kek dan kuih muih. Memang susah untuk mencari orang yang pandai meniru masakan dengan hanya merasa sesuatu masakan. Itulah antara kelebihan pembantu rumah mereka.





Saya memang sangat menyukai deko rumah Zack yang sangat cozy and elegance. Sepadanlah dengan mahligainya yang terletak dalam kawasan perumahan elit Kemensah Height di pinggir ibukota. 




Sejak mengenali Zack, beliau memang suka meraikan tetamu dengan mengadakan majlis makan kecil kecilan tetapi sangat ekslusif yang dihadiri oleh teman teman rapat Zack dan Ku Nur. Seperti biasa, teman teman Zack semuanya orang bergelar, VIPs dan mereka yang berjaya dalam bidang masing masing. Namun Zack sangat sangat humble dan seorang sahabat baik yang amat menyenangkan. 





Oleh kerana lama tak ke mari, hubby berulang kali mengingatkan saya tentang undangan makan malam ini kerana biasanya saya tak suka keluar malam jika bukan di malam minggu. Hidangan yang dihidangkan semua sedap sedap belaka. Hidangan utama adalah nasi dagang Kelantan dengan pelbagai jenis lauk gulai ayam, ikan tongkol dan udang. Memang semuanya lauk kegemaran saya. Disediakan juga makanan pencuci mulut seperti kuih lompat tikam dan juga puding karamel selain dari buah buahan dan biskut raya.





Terima kasih tidak terhingga kepada Dato Zack dan isteri yang sangat mesra melayan tetamu yang datang berkunjung. Inilah kelebihan jika majlis makan makan dibuat secara eksklusif di mana tuan rumah dapat meluangkan masa bermesra dengan tetamu.


Majlis Rumah Terbuka Lagi

$
0
0



Seperti biasa, jadual dan aktiviti di hari minggu sangat padat dengan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka di sana sini. Saya menghargai setiap undangan yang diterima dan akan cuba sedaya upaya menghadirinya. Jika betul betul tak larat, barulah hubby akan pergi sendiri. Memenuhi hajat orang adalah wajib demi persahabatan dan silaturrahim. Nawaitu mestilah kerana ukhwah bukan kerana hendak makan dsb. Itulah antara pesanan Ustazah Aishah dalam kuliah Zohor pada hari jumaat lepas. Jadi saya gagahkan diri untuk memenuhinya walaupun kalau diikutkan hati saya memang tidak ada mood untuk beraya kerana terkenangkan bonda yang sedang uzur di kampung.

Jom kita layan gambar gambar majlis yang hadiri sepanjang hari minggu ini. Pagi pagi lagi kami ke rumah anak buah kami di Sepang. Saya memang menyayangi semua cucu cucu saudara saya, seperti mana saya menyayangi anak anak saudara semasa mereka kecil dulu...




Selepas itu, kami menghadiri majlis perkahwinan anakanda Pengetua Kolej Ketiga di dewan makan Kolej Ketiga Universiti Malaya. Turut hadir bersama ialah Dr Abdol Aziz Sahat bersama isteri. Sewaktu makan di dewan makan, teringatlah kenangan 30 tahun yang lalu di mana di sini lah, saya dan suami berkenalan dan ada masanya kami makan bersama sama terutama di hari minggu. Pada masa dulu, makanan diwajibkan kepada semua penghuni kolej. Tidak seperti sekarang di mana makan tidak lagi disediakan di asrama. Selepas makan di dewan makan, kami beredar ke khemah luar untuk menikmati laksa dan ABC.





Kemudian kami beredar ke Bukit Bandaraya menghadiri majlis rumah terbuka sahabat saya Encik Mohd Nor dan Roshada. Memang sangat meriah majlis yang dikongsi bersama jiran jiran beliau. Di sini berpeluang bertemu dengan sahabat sahabat lama seperti Encik Mahdi dan isteri yang memang telah lama tidak bertemu. 






Yang paling seronok ialah bila Shada menyediakan Kek Butter yang sangat moist menggunakan resepi dari blog Azie Kitchen. Serius sangat sedap sehingga kan saya terkenang kenang sehingga sampai ke rumah. Memang dah lama saya tak menyediakan kek sejak saya disahkan allegik dengan tepung gandum. Tapi saya makan jugalah seketul dua sekadar melepaskan keinginan untuk makan kek. Alhamdulillah kerana allergik sudah tiada lagi. Shada juga menghidangkan buah ceri yang sangat sedap untuk tetamu yang berkunjung.






Selepas itu, kami bertolak ke Putra Jaya rumah Azman dan Ita. Di sini, saya sangat gembira melihatkan Ita menyediakan Mee Sup Tulang yang merupakan kegemaran saya. Sup nya sangat sedap kerana daging segar digunakan. Sempat lagi menyalin resepi di sebalik kesibukan Ita melayan tetamu. Tunggukan resepinya di blog tidak lama lagi. Kebetulan Bad dan isteri juga ada bersama. Sempatlah bersembang sembang dengan isteri Bad, Tunku Norhamidah sementara menanti hujan sedikit reda sebelum beredar...







Sebetulnya kami masih mempunyai 2 lagi undangan majlis rumah terbuka yang tak sempat dihadiri kerana sampai rumah telah pun malam. Maklumlah di hujung minggu seperti ini, jalan raya memang sesak di mana mana sahaja. Lebih lebih lagi hari hujan seperti hari ini.....



Majlis Rumah Terbuka Di Minggu Terakhir Syawal

$
0
0





Hari ini adalah hari minggu terakhir dalam bulan Syawal bermakna tiada lagi aktiviti majlis rumah terbuka dan makan makan raya di minggu hadapan. Saya belum berkesempatan untuk memasak kerana setiap hari minggu pasti ada sahaja undangan ke majlis perkahwinan dan rumah terbuka. Telah beberapa hujung minggu juga kami tidak menghabiskan masa di rumah dengan anak anak. Rasa bersalah pula bila tak dapat membawa Aween shopping seperti yang saya janjikan. Hari ini pagi pagi lagi selepas menghantar Aween ke Subang Parade, saya dan hubby terus ke De Palma Hotel Shah Alam menghadiri majlis perkahwinan anakanda Puan Kamariah dan Encik Hizzad. Di majlis ini, berpeluang bersembang dengan Datuk Azizan Abd Rahman yang merupakan rakan sekerja yang telah bersara dari perkhidmatan dan juga pernah tinggal dalam satu kejiranan semasa kami di USJ dulu. Kebetulan anak anak kami, Nana dan Nellisa juga berkawan dengan anak mereka. 




Selepas itu, kami ke Taman Keramat menghadiri majlis rumah terbuka Tuan Haji Zainal. Di sini saya ingin kongsikan sedikit berkenaan daging kambing panggang. Serius... seumur hidup saya tak pernah makan daging batang pinang kambing. Kali pertama menikmatinya semasa majlis Tuan Haji Zainal di Ampang. Memang sangat sedap dan dagingnya sangat lembut. Semasa majlis rumah terbuka di rumah kami, saya minta hubby memberitahu katerer supaya memotong daging batang pinang untuk saya tapi rasanya macam bahagian daging biasa sahaja, bukan daging batang pinang. Untuk nak mengambil daging batang pinang, ada cara caranya dalam memotong. Jadi kalau tak pandai, ianya tak akan menjadi seketul daging yang sangat sedap. Jadi di sini, hubby telah meminta pekerja yang memanggang kambing untuk memotong daging batang pinang untuk saya. Hmmm memang puas hati sangat sangat kerana akhirnya hasrat untuk menikmati daging batang pinang kambing panggang tercapai. Juga tidak lupa Selamat Hari Lahir pada Nor yang diraikan oleh anak anak di majlis ini. Semoga berbahagia selalu.





Selepas itu, kami beredar pula ke Puchong Perdana untuk majlis terbuka rumah Mus. Di sini, kue teow goreng ala Chinese style yang menjadi pilihan. Saya agak kurang menggemari Char Kue Teow yang banjir berkuah. Sangat sedap Kue Teow ini sehinggakan saya masih makan walaupun telah kekenyangan. Lebih seronok bila makan bersama kawan kawan yang tiba dalam masa yang sama dengan kami seperti Rusdi, Ezza dan Radzi. Oleh kerana hari mendung dan hujan mulai turun, kami minta diri kerana terpaksa ke Subang Parade untuk mengambil Aween. 





Hmm walaupun beberapa buah rumah sahaja namun ianya cukup memenatkan dek banyak masa dihabiskan di atas jalan raya. Lagi pulak, hampir seharian juga kami keluar rumah dari pagi sehingga petang.  Tentulah penat sekali...



Kuih Kaswi Mabeless

$
0
0




Dah banyak versi resepi Kuih Kaswi yang saya telah cuba tapi yang ini juga yang paling sedap pada saya. Semuanya secukup rasa dan lembutnya juga sangat sangat menepati kuih kaswi yang saya inginkan. Haaa inilah salah satu dari kuih tradisional yang saya dapat resepinya dari kak Sharifah Lok. Setakat ini kedua dua resepi yang saya cuba iaitu Kuih Bakar Pandan di SINI dan Kuih Kaswi sangat sangat sedap. Lepas ini, saya akan cuba pula resepi seterusnya yang dikongsikan oleh Kak Lok. Memang dah tak sabar untuk mencubanya. Tapi itulah, nak memasak kuih tradisional kena tengok hari juga kerana anak anak tak menggemari kuih tradisional. Saya pula sekadar makan beberapa ketul sahaja kerana nak menjaga berat badan. Jadi setiap kali membuatnya, saya kenalah samada bawa ke pejabat atau dihantar ke surau atau hulur ke rumah rumah jiran.

Apa dia? Ohh tahu tahu, nak resepinya ya? Hahaha kenalah sabar dan tunggukan dalam entri akan datang. Yang ini kiranya macam entri pengenalan sahaja. Hingga jumpa lagi....



Viewing all 2253 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>