Quantcast
Channel: Azie Kitchen
Viewing all 2250 articles
Browse latest View live

Asam Pedas Thai Ikan Pari

$
0
0




Lauk ini adalah lauk yang saya nikmati semasa ke Kuala Perlis dahulu. Klik di SINI. Lama tertangguh kerana hajat hati ingin memasaknya sendiri tapi nampak gaya, tak sempat untuk memasak dalam masa terdekat ini. Jadi saya ambik keputusan untuk kongsikan resepi yang sangat sedap ini. Ketika mula melihat ikan pari yang dihantar ke meja, saya macam tak puashati kerana saya tidak berapa gemar lauk berkuah. Saya lebih suka jika ikan pari kecil itu dibakar sahaja. Kalau di kampung, saya panggil ikan pari kecil ni sebagai ikan Tukko Tapi bila ikan dimasuk jer ke mulut, haaa sedap pulak. Ikan nya lembut dan kuahnya sedap macam bau tomyam sebab penuh dengan serai dan bawang putih di dalamnya. Mula lah saya sudukan kuahnya dan menghirup. Yooo sedap sangat giteww.

Keesokannya saya mahu pergi lagi tapi sayang kerana gerai dibuka pukul 5 sedang saya harus bertolak ke Alor Setar untuk flight malam ke KLIA. Akhirnya saya memberanikan diri menelefon meminta resepi. Alhamdulillah tuan punya gerai tak kedekut dan berjanji akan bertanya dengan tukang masak dan mesej pada saya resepinya. Seperti dijanjikan, malam tu juga saya mendapat resepinya. Alhamdulillah semoga perniagaan Shar' Nis Corner lebih maju dengan sikap pemurah mereka.

Jom kita tengok resepinya di bawah ini....


Asam Pedas Thai Ikan Pari

Bahan bahan:
2 ekor ikan pari kecik - potong 4
2 sudu besar sambal belacan - rujuk di bawah
3 gelas air
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit ajino moto
Garam
Bawang putih - ketuk
Serai - dititik

Cara cara:
Masakkan semua sekali bahan di atas sehingga mendidih dan nampak pekat sikit.


Sambal Belacan

Bahan bahan:
10 biji cili padi
10 biji cili merah
Belacan
Asam jawa
Garam
Gula
Ajino moto

Kisar semua bahan di atas. Digunakan jumlah tertentu untuk dimasukkan ke dalam kuah Asam Pedas Thai.

Selamat mencuba...



Sayur Putih Taugeh dan Sawi

$
0
0





Hari ini nak kongsikan masakan ringkas yang biasa biasa. Kebetulan mahu menghabiskan apa apa sayuran yang ada dalam peti sejuk. Sayur lemak putih macam ini sedap jika digandingkan dengan ayam goreng, daging goreng, sambal belacan atau telur masin. Memang serasi bersama. Kalau rasa kekeringan idea, layan jer resepi mudah mudah seperti ini. OK kita masuk sedikit bab resepi untuk santapan minda. Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Kenapa resah? Kerana dosa yang dibuat akan mengundang gelisah dalam jiwa. Rasulullullah S.A.W bersabda: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah gelisah dalam hatimu.”  Dosa itu apa, dosa itu ibarat “virus” yang menyebabkan hati sakit. Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan. Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan. Firman Allah SWT:

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ
sesungguhnya hawa nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu) (Surah Yusuf 12:53).

Seumpama penyakit zahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati. Ada virusnya yang tersendiri. Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa. “Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati kita tidak secara mendadak. Ia akan merosakkan hati kita secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat. Cuba kita lihat pertama kali kita berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa kita resah kerana diri menentang fitrah. Kerana Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri. Atas dasar ini pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali kita melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang rasa “guilty conscience” – rasa bersalah. Kesalnya bukan main. Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusia seolah olah berperang dengan dirinya sendiri. Ini adalah antara petikan yang saya ambil dari group WhatsApp Ustaz Rasyid. Mudah mudahan ianya dapat memberikan sedikit manafaat buat kita semua. Sekarang kita beralih pada topik resepi pula. Tak mau cerita banyak banyak, masakan ringkas sahaja. Hahaha sekadar menceriakan blog hari ini....



Sayur Putih Taugeh dan Sawi

Bahan bahan:
Taugeh
Sawi
Santan secukupnya
5 ulas bawang merah
Sedikit ikan bilis 
1 batang cili merah
Garam

Cara cara:
Tumbuk bawang merah sehingga hancur dan masukkan ikan bilis dan ditumbuk kasar. Satukan bahan tumbuk dengan santan dan dimasak sambil terus dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan batang sawi terlebih dahulu dan bila lembut baru dimasukkan daun sawi dan taugeh serta cili merah. 

Masukkan sedikit garam dan tutup api supaya taugeh tidak terlalu masak.



Ikan Percik Putih Kelantan

$
0
0



Ini adalah lauk yang dimasak di rumah kakak saya. Tapi sayang kerana gambar yang diambil yang tak dapat dibuka. Jadi guna jer gambar yang ada. Sedap ikan percik ni. Hahaha percik ori cara Kelantan. Sebelum layan resepi, kita citer bab ilmu yang saya ambik dari whatsApp Ustaz Abdul Rasyid, kalau tak silap. Setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah berbeza-beza, sama ada dari segi rupa paras, bangsa, keturunan, latar belakang pendidikan termasuk juga ada yang fakir, miskin, kaya, cerdik, kurang cerdik, cacat anggota dan sempurna anggota dan sebagainya. Allah tidak pandang pada fizikal manusia, yang Allah pandang adalah, yang bertakwa kepada-Nya. 


Firman Allah s.w.t 
 إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ 
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) (Surah al-Hujurat ayat 13)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersabda, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, tidak menjadi sia-sia kerana jaminan daripada Allah S.W.T bahawa akan dibalas dengan balasan yang lebih baik samaada di dunia atau pun di hari akhirat nanti. Ada empat jenis bantuan yang harus kita istiqomah demi mencari keredaan Allah S.W.T. iaitu:

Pertama : Bantuan berbentuk sedekah .
Memberi bantuan kewangan berbentuk sedekah kepada fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya, bantuan perubatan, bantuan pelajaran kepada pelajar miskin dan bantuan kepada musafir yang keputusan belanja.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”  (Hadis Riwayat al-Termizi)

Kedua : Bantuan berbentuk pinjaman kewangan.
Kehidupan di dunia ibarat roda ada masa di atas dan ada masa di bawah. Ada masa mudah darisegi kewangan dan ada kalanya sempit dengan masaalah kewangan. Kesusahan ini adalah lumrah kehidupan. Ketika kita senang usahlah bermegah  dengan kekayaan, lihatlah orang dibawah kita, manalah tahu jika ada saudara mara kita yang memerlukan pinjaman kewangan untuk menyelesaikan masaalah mereka, bantulah sekadar kemampuan kita kerana dengan bantuan itu akan meringankan beban yang ditanggung oleh saudara yang memerlukannya. Contoh ketika hari raya Aidil adha ini, mungkin ada (saudara kita yang mempunyai tanggungan anak yang ramai), atau sedang sakit perlukan kos rawatan dan sebagainya.

Nabi S.A.W. berwasiat kepada Sayidina Ali k.w. : "Wahai Ali! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta itu."nBerilah tempoh bayaran balik dengan masa yang berpatutan. Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W.  bersabda:  "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah S.W.T.  akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Ketiga : Bantuan berbentuk masa dan tenaga.
Diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. bahawa baginda ditanya Abu Dzar, "Bagaimana saya bersedekah sementara saya tidak berharta?". Maka baginda menjawab, "Pintu-pintu sedekah banyak, mengucapkan takbir (Allah Akbar), tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah), tahlil (Laailaha illah Allah), adalah sedekah, memohon ampun kepada Allah, memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran, adalah sedekah, menyingkirkan duri dari jalan, menunjuki orang yang buta, tuli dan bisu hingga ia mengerti, adalah sedekah, membantu orang yang memerlukan bantuan dengan susah payah, mengangkat beban yang berat untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan. Ini adalah pintu-pintu sedekahmu yang kamu boleh amalkan. Bahkan kamu berhubungan badan (menjima') dengan isteri juga terdapat pahala sedekah." Berdasarkan hadis diatas banyak cara dan jalan berbentuk bantuan dalam bentuk masa dan tenaga yang boleh kita berikan.

Keempat : Bantuan berbentuk nasihat yang baik dan ilmu yang bermanfaat. Ini adalah bantuan yang tidak memerlukan kewangan tetapi ianya berbentuk nasihat yang baik dan memberikan ilmu yang bermanfaat. Firman Allah S.W.T. maksudnya: ”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”. (Surah Al-Ashr ayat 1-3)

Ketika kita berada di hari akhirat nanti, tidak ada siapa yang dapat membantu dan menolong kita untuk meringankan beban dosa dan kesalahan yang kita lakukan ketika di dunia dahulu melainkan rahmat dan kasih sayang Allah ta'ala. Oleh itu berkasih sayanglah kita sesama kita ketika di dunia agar Allah berkasih sayang kepada kita semasa di akhirat nanti.

Terdapat 2 jenis ikan percik Kelantan iaitu yang putih dan yang merah. Begitu juga dengan Ayam Percik Kelantan. Jika dulu dulu, cara arwah Bonda saya menyediakan ikan percik merah ialah dengan terus melumur bahan percik terus ke atas ikan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu. Namun kebelakangan ini sahaja, kuah percik dimasak terlebih dahulu di atas dapur sebelum dilumur ke atas ikan yang sedang dibakar. Jom layan resepi dulu.....

Ikan Percik Putih

Bahan bahan:
5 ekor ikan kembung - kelar
5 - 7 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Garam
Santan pekat
1 batang serai ketuk - opsyenal utk ikan
1/2 keping Asam keping

Cara cara:
Ikan dilumur dengan garam yang ditumbuk dengan halia dan bawang putih. 

Kisar bawang dan halia dengan santan. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 






Lumur pada ikan yang yang sedang dibakar. 



Kerabu Kulat Gelam

$
0
0




Bila musim tengkujuh seperti sekarang ini, pasti banyak makanan eksotik yang dijual di Pekan Jelawat. Antaranya ialah Kulat Gelam, ikan keli lembut, ikan pekasam dan macam macam lagi. Masa ke Pekan Jelawat tempohari, terjumpa Kulat Gelam. Tinggal 1 tin sahaja lagi. Biasanya ia dijual dengan disukat menggunakan bekas tin susu. Terpaksalah juga beli sebab teringin nak makan kerabu Kulat Gelam yang menpunyai rasa sangat exotik. Rasanya pahit pahit kelat giteww. Jenuh jugalah kakak saya membersihkannya kerana banyak yang tak elok dari yang elok. 

Seperti biasa, kulat Gelam sedap dibuat kerabu. Saya memang suka makan kerabu Kelantan. Tak kiralah kerabu kulat Gelam, kerabu terung, kerabu timun, kerabu Bekko atau apa apa jer. Kalau kerabu Kelantan, bahan utama yang mesti ada ialah isi ikan rebus. Sambil menulis, sambil menelan air liur. Aduhaai bestnyer kalaulah semangkuk kerabu kulat gelam ni ada di hadapan saya sekarang. Sebelum layan resepi, ada sedikit pesanan buat kita semua. Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim“ (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim). 

Maknanya: 
1.SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA.
2.SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung. Jom sama sama amalkan dan sebarkan.... 

Sekarang kita layan resepi yang disediakan oleh kakak saya, Kak Hasnah di bawah ini....




Kerabu Kulat Gelam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin susu kulat Gelam - bersih, rebus dan tos
Santan pekat secukupnya
1 ekor ikan rebus - ambik isi
3 ulas bawang merah
Garam
1/2 biji kelapa parut - digoreng & tumbuk kasar
Beberapa biji buah limau nipis - jika tak guna mangga parut
1 biji mangga muda - diparut halus 

Cara cara:
Tumbuk bawang merah dengan sedikit garam dan masukkan isi ikan. Gaul sebati. Masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan pula kelapa parut goreng dan kacau rata. Kemudian baru dituangkan santan sedikit demi sedikit secukupnya sesuai dengan kuantiti bahan yang bergaul tadi. 

Masukkan pula, mangga parut (atau air perahan limau nipis). 

Akhir sekali, baru masukkan kulat gelam yang telah ditos. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Sup Cendawan Tiram

$
0
0





Setelah lama tidak membeli cendawan tiram yang satu masa dulu kegemaran saya, akhirnya hari ini tergerak hati untuk mengambil 2 paket cendawan di kedai runcit. Setiba di rumah, Juita mencadangkan supaya digoreng tepung. Dulu Sri Handayani Pembantu Rumah kami rajin membuat Cendawan goreng tepung. Saya memang tak larat nak menyediakan hidangan yang remeh, jadi saya hanya memasak Sup Cendawan sahaja. Sebab terlupa untuk membeli fish ball, saya hanya menggunakan ikan bilis yang halus dengan sedikit udang sahaja.

Sekiranya tiada idea untuk memasak, atau tiada selera untuk makan makanan berlemak, bolehlah kita mencuba resepi ringkas tetapi sedap ini. Lagi pulak, ianya lebih sihat kerana tidak menggunakan santan. Poket pun lebih jimat apabila bahan yang digunakan lebih mudah. Kalau nak lagi sedap, taburkan bawang goreng dan daun sup tapi sebab tak ada stok, saya tak letak. Kalau boleh, guna lada putih biji yang ditumbuk sendiri kerana ianya lebih fresh berbanding serbuk lada putih yang kita tak pasti bahan campuran yang digunakan di dalamnya.

Walaupun resepi ini mudah tapi saya tulis juga resepi di bawah ini. Ramai pelajar Malaysia di luar negara yang belajar memasak di sana dengan merujuk kepada blog masakan. Jadi ianya mungkin berguna untuk anak anak yang baru berjinak jinak dengan dapur. Yang dah pakar tu, tak payahlah tengok resepi, sekadar singgah untuk mengeratkan ukwah sahaja. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini...



Sup Cendawan Tiram

Bahan bahan:
2 paket cendawan - carik 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Fish ball atau ikan bilis atau udang
Garam
Sedikit lada putih - tumbuk
Sedikit cili merah hiris
Daun sup - tak letak
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dihiris. Setelah kekuningan masukkan ikan bilis atau udang atau apa apa yang disukai. Kemudian tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.

Setelah mendidih, masukkan cendawan, garam dan serbuk lada putih. Taburkan cili merah dan daun bawang. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Akhir sekali, tabur bawang goreng.



Sambal Kicap Sedap

$
0
0




Hari ini saya hendak kongsikan entri yang telah lama tertangguh. Insya Allah pagi ini, saya akan menyertai program teambuilding jabatan organisasi tempat saya bekerja ke Hot Spring Sungkai. Semoga perjalanan dan urusan dipermudahkan dan kami semua diberi perlindungan Allah. Ameen. Resepi yang saya ingin share hari ini adalah resepi sambal kicap. Saya menyediakan sambal kicap untuk dicicah dengan ikan Kerapu Bakar bersambal di SINIResepinya saya ambil di SINI. Sebenarnya ikan bakar tu sangat sedap walaupun dimakan begitu sahaja sebab isinya yang segar. Jarang sekali saya meratah ikan bakar kecuali ikan yang digoreng. Tapi kali ini, saya meratah ikan begitu sahaja.

Selain untuk dicicah dengan ikan bakar, sambal kicap ini juga sedap dihidang dengan pisang goreng atau dimakan bersama mee hoon soup. Memberi sedikit rasa pedas pada makanan yang sedang dinikmati. Sangat mudah menyediakannya. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri.  

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini....




Sambal Kicap Sedap

Bahan-bahan
5-10 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Perasa - Ajinomoto, kalau suka
Kicap manis
Sedikit jus limau

Cara cara:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.




Tumbuk cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir, garam dan serbuk perasa sehingga halus.  Kemudian bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.




Sedia untuk dihidang. Jika suka cair tambah, sedikit air.

Nota:
Sambal kicap ini juga boleh dijadikan sambal kicap pisang goreng dengan menambahkan sedikit air, supaya tidak terlalu pekat sangat sambal tu. Boleh juga dijadikan sambal kicap untuk mee hoon sup, mee hoon goreng dan mee goreng atau makan dengan ikan goreng.


Petua Menyimpan Petai

$
0
0




Pernah tak berdepan dengan masalah bila mana petai yang dibeli mula mengecut dan bertukar warna? Sedang kita pula tidak punya waktu untuk memasaknya. Maklumlah wanita bekerja macam saya, bukan boleh memasak setiap hari. Adakalanya, bila sampai rumah, hari telah senja terutama kala hari hujan yang menyebabkan jalan sesak di sana sini. Petai adalah antara jenis sayuran kegemaran saya dan Juita. Tapi saya hanya akan makan petai rebus waktu sedang bercuti kerana tidak mahu bau mulut menganggu saya waktu bekerja. Mengikut petua pembantu rumah Dato Zack sewaktu kami mengunjungi rumah mereka di Kemensah Height untuk makan malam, petai hendaklah digoreng supaya tidak berbau. Goreng dengan kulit kulitnya sekali. 

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana menyimpan lebihan petai supaya tahan lama. Caranya ialah dengan mengeluarkan biji petai dan basuh dan biarkan kering. Setelah itu susun di dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer sehingga ianya agak beku dan mengeras. Setelah itu, bolehlah dipindahkan ke dalam tupperware kerana setelah mengeras, petai tidak lagi akan melekat antara satu sama lain.




Bila tiba masa hendaklah digunakan, keluarkan dari peti dan biarkan sehingga ianya kembali pada suhu bilik. Sedia untuk digunakan seperti biasa. Petai masih kekal segar seperti biasa. Selamat mencuba...




Selamat mencuba...


Ikan Siakap Sweet Sour

$
0
0



Entah kenapa kebelakangan ini, saya selalu dalam keletihan. Kadang kadang saya terlena di dalam kuliah zohor sehingga terpaksa dikejutkan oleh rakan rakan. Saya ada mengambil vitamin dan supplemen tapi badan masih tetap lesu. Sebelum tidur, saya akan membaca buku buku tapi selepas habis satu muka, saya dah pun rasa mengantuk. Apa yang saya perhatikan adalah pergerakan masa yang terasa sangat pantas. Kalau dulu, selepas balik dari pejabat, saya masih punya waktu untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuklah memasak. Tapi kini, saya tiba di rumah telah lewat dan selepas duduk seketika, kena pula bersiap untuk solat Maghrib. Balik dari solat Isyak, telahpun pukul 9 malam. 

Mengikut apa yang saya baca dan dengar dalam youtube Ustaz Fawwaz bahawa salah satu tanda dunia akhir zaman ialah bila mana masa terasa sangat singkat. Manakala tanda sebelum matahari naik di sebelah Barat ialah berlaku malam yang panjang, iaitu kira kira 2 hingga 3 hari panjangnya. Jadi jika ada tanda ini, mulailah bertaubat atau memperbaharui taubat sebelum pintu taubat ditutup. Itulah pentingnya untuk kita mempunyai ilmu supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan. Contohnya kita perlu tahu berkenaan fitnah dajjal, macam mana mahu kenal dajjal dan apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan dajjal. Rasulullah telah mengajar semuanya ini. Sama samalah kita persiapkan diri kita dengan memperbanyakkan menuntut ilmu dengan menghadiri majlis majlis ilmu yang merupakan taman taman syurga. Jika taman syurga di dunia, tidak kita mahu kunjungi. Apakah kita layak untuk menghuni syurga yang sebenarnya?

Jom layan resepi mudah yang saya sediakan hari ini. Resepi seperti ini, boleh jer dibuat ikut citarasa sendiri atau mengikut bahan bahan yang ada dalam peti ais di rumah masing masing. Jom layaan...



Ikan Siakap Sweet Sour

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit 
1/2 biji bawang besar - mayang 
4 ulas bawang putih - ketul
1-2 inci halia - hiris halus panjang 
Sedikit cili kisar 
1 biji tomato buah - hiris bulat
1/2 cawan sos tomato
Sedikit sos ikan
Gula
Garam
Air tepung jagung

Hiasan:
8 biji cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar - hiris bulat
Daun bawang 
Daun sadri

Cara cara:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak. 

Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu. 





Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.



Sotong Berempah Hameediyah

$
0
0





Sabda Rasulullah SAW, Maksudnya: ”Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir). Hati kita, hanya kita dan Allah yang tahu akan keadaannya, jadi siapa yang boleh menyentuhnya? 

Tentulah kita dengan izin dari Allah S.W.T, tanpa keizinan Allah sudah tentu kita tidak dapat merawat hati kita. Sentuhlah ia, sentuhlah hati kita dengan penuh kasih sayang dan penuh pengharapan pada Allah S.W.T. kerana dari situlah akan lahir kelembutan hati untuk didekati. Seperti mana mudahnya raja rimba untuk didekati apabila ia jinak, dan bila ia jinak mudah pula untuk kita melatihnya dengan acuan yang kita mahu. Begitulah juga hati kita. Inilah petikan dari tazkirah Ustaz Abdul Rasyid dalam group WhatsApp beliau yang dibuat sebanyak 3 kali sehari yang mampu mendidik hati kami yang membacanya. OK cukup dulu setakat ini...

Hari ini saya ingin kongsikan entri lama tertangguh iaitu resepi telur sotong menggunakan rempah yang dibeli semasa ke Pulau Pinang dulu. Saya menanyakan cara cara untuk menyediakan Goreng Telur Sotong di mana akhirnya mereka mengesyorkan saya membeli rempah Hameediyah yang digunakan di dalam semua masakan yang terdapat di restorannya, termasuklah kurma, kari dan lain lain lagi.





Rasanya saya dah terlebih memasukkan rempah, jadi rasanya dah agak berempah walaupun masih sedap. Aduhaai kena cuba lagi sekali ni, sampai menjadi seperti gambar di atas. Jom layan resepi yang saya gunakan mengikut apa yang diajar oleh mereka.





Sotong Goreng Berempah

Bahan bahan:
Sotong
2 sudu besar Rempah Hameediyah - ikut sotong yang dimasak
1 biji bawang besar - hiris
4-5 ulas bawang putih - cincang
2 pelepah daun kari
Kunyit serbuk
Cili kisar - tak letak
1 sudu besar biji selasih
4-5 tangkai cili kering - gunting kecil

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih dan cili kering yang digunting.

Setelah bawang layu, masukkan rempah Hameediyah secukupnya. Terus tumis sehingga wangi. Masukkan pula biji sawi dan daun kari.

Akhir sekali, masukkan sotong yang digaul bersama serbuk kunyit. Sesuaikan rasa garam, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Team Building di Hot Spring Sg Klah

$
0
0




Program Team Building di Hot Spring Sg Klah kali ini memang sangat santai dan menyeronokkan. Tiada aktiviti classroom seperti kebiasaannya. Program bermula dengan aktiviti treasure hunt di beberapa check point seperti di Kuala Kubu Baru dan Tanjung Malim. Program diakhiri dengan jamuan makan malam secara barbeque. Selepas makan malam diadakan program persembahan antara kumpulan yang sangat menghiburkan dengan gelagat bersahaja staf yang mengambil bahagian. Persembahan yang mendapat tempat pertama ialah persembahan sketsa Bawang Putih Bawang Merah.





Pada malam itu juga, kami meraikan majlis persaraan seorang rakan sekerja dengan menyanyi lagu ucap selamat serta meniup lilin pada kek kecil comel. Majlis diakhiri dengan sessi bergambar sebagai kenang kenangan. Masing masing bergembira dan sporting menceriakan majlis dengan memakai pakaian mengikut tema colour block. Apa dia colour block? Pasti ramai yang tahu kan? Kalau zaman dulu, orang akan pakai warna sedondon dari kepala sampai kaki. Tapi sekarang trend colour blocking iaitu menggunakan kombinasi warna pakaian yang bertentangan dan contrast antara satu sama lain. Contoh, baju merah dan tudung biru. Ini lah fashion statement yang ramai belum berani mencubanya. Pada pendapat saya, objektif program telah tercapai apabila di majlis ini, staf berpeluang untuk bekerjasama dengan lebih erat antara satu sama lain dalam aktiviti aktiviti yang diadakan walaupun selama ini ada juga bekerjasama di dalam tugasan di pejabat tapi tidak melibatkan semua staf dalam satu masa.





Hari kedua, adalah hari aktiviti bebas di mana ramai staf mengambil peluang untuk mandi dan berendam di dalam kolam air panas yang suhunya melebihi 40 degree. Sambil berendam kaki, masing masing mencuba scrub badan dengan algae yang memberi rasa segar dan bersih. Saya pernah ke sini bersama keluarga atas jemputan sahabat baik kami, Raja Zul. Ketika itu, kami mengambil private jacuzzi.

Semasa dalam perjalanan balik, singgah makan di Gerai Nasi Bamboo yang menjual nasi yang dimasak dalam bamboo dengan pelbagai lauk pauk yang semuanya sedap sedap. Ikan baung yang dimasak asam pedas atau dimasak lemak memang tidak berbau hanyir langsung. Selepas makan, masing masing bertolak balik dengan perasaan gembira. Dengan itu, berakhirnya program Team Building terbaik yang saya rasakan setakat ini.

Projek Asyura Mengeratkan Jemaah Surau Ad Dhuha

$
0
0




Entah macam mana tiba tiba teringin nak makan asyura. Terus menghantar mesej pada Kak Son, kakak ipar saya untuk hantar rempah asyura. Saya menanya nanya anak anak buah kalau ada yang boleh datang untuk sama sama mengacau asyura. Maklumlah proses membuat asyura memakan masa yang lama. Dari pagi hingga ke petang juga. Tapi bila tiada sambutan, saya menanyakan pula dengan Dato Seri Dr Mohammad Isa, dan Haji Shukri, rakan jemaah surau Ad Dhuha. Haji Shukri bersetuju untuk sponsor dan membawa sekali orang yang pakar untuk memasak tetapi beliau meminta saya mengetuai jemaah dalam menyediakan asyura. Oleh kerana ada jemaah yang tidak menyukai asyura Kelantan, maka keputusan dibuat untuk memasak 2 kawah iaitu asyura Kelantan dan asyura utara. Dato Seri pula mengetuai asyura Utara.

Oleh kerana tukang masak yang dicadangkan oleh Haji Shukri tidak dapat datang atas sebab sebab tertentu, maka saya terpaksa mencari orang yang berpengalaman untuk membantu saya. Alhamdulillah kerana Kak Yah dan Shikin sudi menolong. Saya mengambil cuti separuh hari sehari sebelumnya untuk membeli bahan bahan yang diperlukan dan bagi menyiapkan persiapan bahan bahan. Saya memesan daging segar dari pasar basah Subang Jaya dan ubi dipesan dari Pasar Borong Selayang.




Petang Jumaat saya bersama Shikin dan beberapa orang kawan yang diatur oleh Hajah Saadiah telah membuat persiapan awal seperti memotong ubi, mengupas bawang dan merebus serta menyiat halus daging. Bila semuanya disediakan awal, kerja kerja pada hari Sabtu menjadi lebih mudah dan cepat.




Pagi Sabtu kami menggoreng bahan yang diguna, mengisar dan menumis bahan kisar bersama rempah asyura. Manakala jemaah lelaki pula mengacau beras yang dimasak di dalam kawah. Mereka bergilir gilir mengacau kedua dua kawah.








Asyura utara memakan masa lebih kurang 2 jam sahaja. Ianya adalah asyura versi sunnah dengan banyak penggunaan bahan bahan makanan sunnah seperti habatussauda, buah tin, kismis, kurma, kacang badam dan macam macam lagi. Saya akan membuat entri untuk resepi dan cara menyediakannya kedua dua asyura tersebut di dalam entri akan datang sebagai rujukan anak anak dan generasi akan datang. Memang sedap asyura utara ini, rasanya manis seperti kuah koleh, lebih lebih lagi dimakan di kala masih panas dengan ditabur bawang goreng ranggup.






Asyura Kelantan pula masak sebelum solat Asar. Ramai yang menceduk sewaktu masih lembik kerana menyukai asyura yang berupa seperti bubur lambuk. Selepas asyura benar benar masak dan pekat, diangkat untuk dimasukkan ke dalam bekas kecik berlapik daun pisang untuk diagih agihkan. Jemaah lelaki yang tidak biasa makan asyura Kelantan secara melawak mengatakan asyuranya berasa seperti maajum.






Alhamdulillah selesai juga projek yang dirancang beberapa minggu lalu. Bukanlah asyura yang penting tapi yang lebih utama adalah ukhwah sesama jemaah surau Ad Dhuha. Semoga ianya kekal berpanjangan selamanya. 








Tahniah Hafez

$
0
0






Tahniah buat anakanda Muhamad Hafez atas penganugerahan Diploma di majlis Konvokesyen yang ke81 UiTM Shah Alam pada 25 November seminggu selepas beliau menyambut hari jadi yang ke21. Perjalanan masih panjang kerana Hafez atau dipanggil Boy akan mengikuti pengajian peringkat ijazah pula.





Saya dan Nelly telah memohon cuti tapi sayang kerana Nana tidak dapat bersama meraikan hari gembira ini kerana tidak dapat mengambil cuti. Tiada yang mengembira dan membanggakan bagi ibubapa selain melihat anak anak berjaya dalam pengajian. Dan pastinya juga cemerlang di akhirat. Di zaman yang serba kompetitif ini, anak anak berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.





Tahniah dan semoga terus menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Bangga melihat anak di atas stage menerima diploma dari Pro Canselor. Saya rasa semua ibubapa akan berkongsi perasaan yang sama dengan apa yang saya alami hari ini. Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Illahi atas apa jua kurniaanNya.



Asyura Utara Di Surau Ad Dhuha

$
0
0




Sambungan dari entri berkenaan projek asyura di SINI di Surau Ad Dhuha. Kali ini saya ingin kongsikan resepi bubur asyura sunnah ala utara. Bubur ini diolah dan disediakan di bawah penyeliaan Dato Seri Dr Mohammad Isa sebagai ketua dengan menggunakan bahan bahan sunnah demi kesihatan dan kesucian tubuh badan. Ianya menggunakan bahan bahan kesukaan Rasulullah, isteri isteri, para sahabat dan kaum keluarga Rasulullah. Di samping itu, kita mencari keredhaan Allah dan meneruskan Sunnah Rasulullah. Semoga pahala menjadi milik kita di setiap pemakanan kita halalantoiiba....

Ini adalah kali kedua saya makan asyura versi luar dari Kelantan. Asyuranya kelihatan dan rasa seperti kuih koleh sahaja kerana ianya menggunakan tepung beras dan dimasukkan santan serta pelbagai buahan, sayuran dan juga kacang kacang mengikut pilihan dan kesukaan masing masing. Ianya amat berbeza dengan asyura Kelantan yang menggunakan rempah asyura khas di ke dalam beras yang dimasak dan dikacau hampir setengah hari. Ia dikacau sehingga menjadi "sering", iaitu istilah orang belah Pantai Timur untuk menggambarkan kuih yang telah benar benar kering sehingganya ianya meletup letup kecil di permukaan kuih. Tunggukan entri Asyura Kelantan di dalam entri akan datang.

Setelah makan semasa masih panas panas, saya terus menyukai rasanya. Apalagi di makan dengan bawang goreng jenama Ustazah yang memang garing ranggup. Memang sedap sangat sangat lah. Lagi pulak, kami pun dah lapar kerana belum makan tengahari. Asyura Kelantan pula lambat lagi untuk masak. Insya Allah lain kali, bolehlah mengacau Asyura Utara ini sendiri di rumah kerana ianya tidak seremeh asyura Kelantan. Resepi dari Dati Seri ini saya olahkan sedikit bahasa dan gayanya supaya lebih mudah diikuti. Apakata anda mencubanya sendiri di rumah. Memang sedap dan yang penting berkhasiat. Masih terasa keranggupan sayuran dan kekacang sewaktu menggigitnya....




Dengan bahan bahan diatas saya dapat menyediakan 100 bekas kecil dan 10 bekas besar.




Dengan bahan bahan diatas saya dapat menyediakan 100 bekas kecil dan 10 bekas besar. Harga membeli barangan semua adalah RM700.00. Bahan bahan yg digunakan adalah berkualiti, segar dan sedikit mahal seperti kacang badam, buah teen,buah kurma keras dan lain lainnya.

Jom kita semak resepi dan cara cara penyediaannya seperti di bawah.....



Asyura Manis Utara
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 kg tepung beras                                                      
10 kg santan
1.5 kg gula pasir
3 ketul gula kabung                            
12 keping gula Melaka                      
1 bungkus kecil gula batu                  
15 batang jagung mentah - ambik isi                
4 ketul ubi keledek putih            
4 ketul ubi keledek merah - potong dadu, rebus dan jangan buang air          
1 biji ubi sengkuang  - potong dadu                    
1.5 kg kacang hijau - rebus dan jangan buang air                   
Segenggam daun pandan                  
1 kotak Habatus sauda biji                  
2 bekas kacang campuran - gajus, badam dan - potong kecil
2 bekas buah campuran buah teen, kurma, kismis manis - potong kecil
1 balang besar bawang Goreng Ustazah
1 senduk garam halus
1 botol minyak zaitun                        
Pisang emas setengah masak - jika suka
20 liter air

Cara cara:
Gula kabung, gula melaka dan gula batu dimasak dan di cairkan terlebih dahulu.

Ubi keledek putih dan merah itu dibuangkan kulitnya, di potong dadu kecil dan direbus 10 minit.  Jangan  dibuang air rebusannya.

Kacang hijau direbus dalam masa 30 minit. Jangan dibuang air rebusannya.

Kekacang, buah teen, buah kurma dan lain lainnya di potong kecil kecil dan disatukan di dalam satu bekas. Jagung diasingkan dari batangnya dan tidak perlu direbus. 

Jika suka, tepung beras ditapis terlebih dahulu dan digoreng 30 minit untuk mendapatkan tepung yang masak, wangi dan berkualiti. Kemudian masukkan tepung ke dalam bekas dan masukkan air sejuk dan kacau hingga ianya pekat.

Panaskan kuali besar atau kawah dengan memasukkan air sebanyak 20 liter sehingga air mendidih. Guna air suling atau tapisan yang bersih. Bukan air yang dimasak atau air paip.

Setelah air mendidih masukkan santan ke dalam kawah. Kacau hingga sebati dan ianya mendidih.

Setelah santannya mendidih, masukkan tepung beras yang dicampurkan dengan air ke dalam santan. Kacau tanpa berhenti hingga tepung beras yang berbiji itu hilang dan masukkan daun pandan.




Setelah itu dimasukkan gula pasir, gula Melaka, gula kabung dan gula batu yang sudah dimasak dan dicairkan.

Dikacau hingga ianya pekat terus dimasukkan jagung yang telah diasing bijinya, masukkan ke dalam kawah dalam keadaan mentah kerana kita inginkan kemanisan jagung dan kewangiannya itu kekal di dalam tepung.




Setelah itu dimasukkan kacang hijau, ubi keledek bersama air rebusannya. kemanisan air ubi dan kacang akan membuat kita merasa keasliannya.





Dimasukkan biji habatussauda, masukkan garam secukup rasa. Setelah itu dikacau sehingga ianya hampir masak sebelum dimasukkan kacang badam, gajus, buah buahan teen, kurma dan lain lainnya tadi.





Sesuaikan rasa, apakah garam gula sudah mencukupi dan semua ubi keledek, jagung, kacang hijau dan lain lain masak atau lembut. Setelah ianya masak  baru dimasukkan ubi sengkuang yang di potong dadu.

Setelah masuk ubi sengkuang dalam 10 minit terus dimasukkan minyak zaitun sebotol dan bolehlah di angkat sedikit demi sedikit dan dimasukkan ke dalam bekas kecil yang dilapik daun pisang. 



Ditaburkan bawang goreng ustazah di atasnya. Jangan terus tutup bekas. Biarkan seketika sehingga asyura sejuk baru ditutup tudungnya.




Sekian selamat mencuba.





Asyura Kelantan Yang Sentiasa Di Hati

$
0
0




Sebelum masuk bab Asyura, saya kongsikan tazkirah Ustaz Abdul Rasyid berkenaan kematian tiba tiba. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "Siapakah yang dapat menyembuhkan. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Tuhanmu lah pada hari itu kamu dikembalikan." (QS. Al-Qiyamah : 26-30). Berkaitan kematian mengejut ini, selain kematian akibat strok sakit jantung, darah tinggi dan kemalangan jalanraya yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Alangkah moleknya sekiranya kita dapat melakukan persedian sebelum menghadapi kematian. Antara amalan yang boleh kita jaga mulai sekarang untuk dilakukan sebelum ajal menjelang tiba pada bila-bila masa ialah:

1) Bertaubat dan Beristighfarlah Setiap Hari. Baginda Nabi kesayangan kita Rasulullah SAW sendiri walaupun seorang nabi yang maksum (terpelihara dari dosa kecil mahupun dosa besar) tetap beristigfar lebih 70 kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah. Firman Allah SWT: 

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُون

“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar).” (QS. Al-Anfal : 33)

2) Jagalah Solat kita. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardhu sesuatu. Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardhu. Demikianlah keadaan amalan lain." (HR : At-Tirmidzi)

3) Melunaskan Semua Hutang-piutang. Bila mana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak, isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati. AllahurmRabbi, takut sangat..   "Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (HR : At-Tarmidzi)

4) Banyakkan berSedekah Jariah.
Amalan mewaqafkan harta pada jalan Allah SWT adalah termasuk sedekah jariah. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka pewakaf akan mendapat pahala yang berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia meninggal dunia. 

5) Menyebarkan Ilmu Yang Bermanfaat. Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan kebaikan, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan kejahatan, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun." (HR : Muslim)

6) Pastikan Anak-anak menjadi Soleh dan sokehah. Kerana mereka inilah yang akan Sentiasa Mendoakan Kita. Doa seperti :

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا. "

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dan menjagaku sejak kecil dahulu."

Di dalam syurga nanti, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah SWT lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”. Allah SWT menjawab : “Ini disebabkan doa dari anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (HR : Ahmad - Kitab Mustika Hadis)

7) 'Kosong-kosong' Kepada Semua Orang. Kita hendaklah mendapatkan kemaafan daripada semua saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan kesalahan dan dosa. Sekiranya berkaitan wang ringgit ataupun harta-benda, hendaklah kita pulangkan semula atau kita gantikan dengan senilai dengannya.

Sediakan payung sebelum hujan, check tekanan darah, buatlah persiapan. sediakan amalan sebelum kematian. OK sekarang kita bercerita pula bab Asyura. Seperti yang dijanjikan dalam entri projek Asyura di Surau Ad Dhuha di SINI, hari ini, saya akan kongsikan resepi serta cara penyediaan asyura Kelantan yang memang terkenal dengan tempoh memasak yang lama. Oleh itu, penyediaan asyura di belah Pantai Timur dibuat secara bergotong royong bagi membolehkan ianya dikacau secara bergilir gilir. Sekarang ini pun, agak sukar untuk mencari majlis membuat asyura. Mungkinkah kerana kebanyakan anak anak muda telah berhijrah dan bekerja di ibukota. 

Selain dari ubi dan kekacang, asyura Kelantan menggunakan bahan utamanya iaitu rempah asyura yang dikatakan oleh jemaah jemaah Ad Dhuha sebagai berbau seperti makjum. Selain itu dimasukkan juga daging atau ayam yang telah direbus dan disiat halus seperti membuat serunding daging. Kali ini, ianya juga dimasukkan telur. Rasanya ini adalah penambahbaikan kerana saya tak ingat kalau telur dimasukkan di masa dahulu. 





Jemaah lelaki secara bergilir gilir mengacau asyura untuk kedua dua kawah. Bila sepakat, ianya membawa berkat. Kerja berat juga akan menjadi ringan. Selepas penat mengacau, jemaah bergilir untuk menunaikan solat Zohor dan disambung balik selepas solat. Asyura masak sepenuhnya sebelum masuk waktu solat Asar. Hmm bayangkan dari pagi sehingga waktu Asar. Lama kan? 






Ramai jemaah yang menyukai asyura yang lembik. Jadi ianya telah diceduk dan bakinya terus dikacau sehingga ianya sering, iaitu masak pekat dan meletup letup kecil. Asyura kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik yang dilapik dengan daun pisang untuk diagih agihkan. Kali ini, dimasukkan juga kambu, iaitu beras yang digoreng tanpa minyak sehingga garing dan dikisar halus. Banyak juga kuih yang menggunakan kambu seperti kuih Bronok.






Jom kita layan resepi dan cara penyediaannya seperti di bawah ini....




Asyura Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 kg beras 
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah

Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas

Cara cara:
Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.









Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus dikacau.







Masukkan santan, kacang kacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.

Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat. 




Bolehlah tutup api. Ceduk ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. 





Nota:
Jika mahu dipotong, tunggu sehingga sejuk. Jika dimakan panas panas, boleh makan menggunakan sudu.





Memasak asyura ini tidak perlu ikut aturan pun, boleh sahaja dimasukkan dahulu apa sahaja bahan yang disukai kerana proses memasaknya yang berjam jam lamanya.



Kuih Lopes Buat Hidangan Petang

$
0
0




Saya sebenarnya bukan lah penggemar kuih lopes tapi entah macam mana tiba tiba jer teringin untuk memasak kuih lopes. Lebih lebih lagi kerana masih ada Manisan Cair dalam peti yang memang lebih ori dari Kelantan dan lebih sedap dari air gula Melaka yang dimasak sendiri. Saya pun membelek belek melihat terdapat pelbagai resepi dan cara penyediaannya. Saya memilih resepi dari blog Yatie tapi menyediakan mengikut cara penyediaan pulut yang biasa saya buat. Boleh juga jika mahu ditanak seperti menanak nasi. Atau dikukus kering tanpa air sehingga separuh masak, angkat dan dituang santan dan kukus lagi. Mana mana pun boleh tapi saya memilih cara yang paling mudah. Maklumlah dah lama saya tak ke dapur kerana setiap minggu ada sahaja aktiviti dari hari keluarga di Sunway Lagoon, program teambuilding di Hotspring dan projek asyura di surau dsb. Hihihi sibuknya saya.... Siapakah orang yang paling sibuk? Siapakah orang yang paling baik? Orang yang paling baik adalah orang yang baik akhlaknya dan tinggi ilmunya. Siapakah orang yang paling bijak? Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.





Oleh kerana dah menyentuh sedikit bab ilmu, jadi saya nak kongsikan tazkirah tafsir Tuan Guru Ustaz Abdullah Lutfi Al Fatani berkenaan banyak perumpamaan yang Allah sebut di dalam Al Quran menggunakan haiwan yang kecil dan lemah. Contoh dalam surah Al Baqarah ayat 26 berkenaan Allah tidak segan segan untuk menggunakan nyamuk sebagai perumpamaan. Ramai orang yang sesat dan ramai juga yang mendapat petunjuk dengan perumpamaan ini. Kenapa nyamuk? Kerana nyamuk bila lapar akan mencari mangsa dan makan sehingga kenyang dan mati. Begitu juga manusia yang makan sehingga terlalu kenyang yang boleh membawa mati atau mati akal dan fikirannya. Itu sebab kita disuruh berpuasa supaya sedikit merasa kelaparan untuk mengekang nafsu, bukan seperti nyamuk. Perumpamaan seterusnya ialah dalam surah Al Hajj ayat 73 berkenaan lalat. Dikatakan bahawa mereka yang menyembah selain dari Allah yang tidak sekali kali dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai ramai untuk menciptanya. Jika lalat mengambil sesuatu dari benda yang disembah, ianya tidak dapat mengambilnya balik dari lalat tersebut. Jadi alangkah lemahnya yang menyembah dan yang disembah. Jadi janganlah sesekali syirik dengan Allah. Nabi Muhamad SAW mengajar Asma, isteri Abu Bakar doa untuk menjauhi syirik iaitu doa 7 kalimah yang elok dibaca setiap hari samada saat diuji dengan kesusahan atau kesenangan. Doanya ialah, "Allah Allahu Robbi La Usriku Bihi Syai Aa". Ertinya ialah Allah lah Tuhan aku dan aku tidak syirik Allah dengan sesuatu.




Sekarang sambung sikit lagi berkenaan perumpamaan seterusnya iaitu berkenaan Labah labah dalam surah Al Ankabut ayat 41-43. Labah labah membuat sarang yang sehabis reput sebagai tempat perlindungan. Sangat mudah rosak. Begitulah rapuhnya perumpamaan orang yang mencari perlindungan selain dari Allah. Ianya boleh difikir oleh orang yang berilmu sahaja. Manakala perumpamaan seterusnya ialah surah Al Jumu'ah ayat 5 berkenaan perumpamaan keldai bagi orang yang diberi tanggungjawab memikul kitab Taurat. Di dalam kitab Taurat telah disebut berkenaan sifat sifat Nabi Muhamad SAW dan kehadiran baginda. Mereka yang diberi tanggungjawab itu umpama keldai yang tidak tahu apa kandungannya. Buruk sungguh bandingan orang yang mendusta ayat Allah umpama keldai yang jika diletak apa pun diatas belakangnya, ia tidak akan tahu apa apa. Haa sangat mudah difahamikan jika kita berguru, sedangkan jika membacanya sendiri pasti kita tidak memahami apa maksudnya Allah membuat perumpamaan seumpama itu. Kita perlu berguru dan perlu berada di majlis majlis ilmu untuk belajar dari mereka yang pakar dalam bidang ini.




OK sekarang kita tengok resepi lah pulak. Tak perlu citer panjang panjang pasal kuih lopes kerana semua orang kenal dan pernah makan kuih lopes tapi rasanya tak semua orang pernah menyediakannya sendiri. Jadi apakata anda cuba menyediakannya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga....



Kuih Lopes

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan - dikisar beberapa helai daun pandan
1/2 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
Beberapa titis pewarna hijau
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam

Cara-cara:
Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama 1/2 jam. Sementara itu, kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan dulu.

Kemudian toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Lepas tu, masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul rata. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus sehingga masak atau 3/4 masak pun tak apa sebab akan dikukus lagi.





Bila santan kering, kacau rata supaya pulut masak rata. Kukus seketika lagi sebelum diangkat. Sejukkan seketika.

Ambil daun pisang yang dipotong panjang dan layur sekejap atas api. Bentangkan daun pisang, bubuh pulut ikut kadar yang dikehendaki dan gulungkan daun tersebut dua atau tiga lapis. Punjutkan bahagian kiri dan kanan sambil dipadatkan. Ikat dengan benang atau tali rapia.




Susun di atas periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit atau lebih. Sejukkan dan potong dengan menggunakan benang yang ditegangkan dikedua dua belah atau menggunakan pisau sahaja. Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.




Sedia untuk dihidangkan bersama air gula Melaka yang telah disejukkan.




Nota:
Boleh juga dimasukkan pulut yang telah masak ke dalam bekas 4 persegi dengan plastik/daun pisang. Tuang pulut ke dalamnya dan ditekan padat padat dengan plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai.

Sementara pulut dikukus, bolehlah disediakan air gula. Hidangkan kuih lopes dengan air gula yang disejukkan.


Air Gula Melaka

Bahan bahan:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan- disimpul

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

Nota:
Lebih sedap jika air gula Melaka disejukkan dalam peti ais seketika sebelum dihidangkan.





Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

$
0
0




Sejak beberapa tahun kebelakangan, kami hanya meraikan hari ulang tahun perkahwinan dengan keluar makan malam bersama anak anak. Tiada lagi kad ucapan mahu pun hadiah. Hanya ucapan diberi melalui whatsApp sahaja. Entah kenapa semua itu tidak lagi menjadi satu keutamaan kepada saya. Hubby memberitahu saya yang anak anak membeli makan malam untuk dibawa balik makan di rumah. Sementara menunggu mereka balik, saya hanya lepak di depan TV. Nana juga baru sampai di rumah. Tiba tiba jer anak anak membawa keluar kek ice cream Baskin Robin dari dapur yang telah dinyalakan lilin. Ianya adalah satu kejutan yang diberikan oleh anak anak kepada kami. Sangat terharu dengan ingatan mereka. Bukan besar atau kecil, mahal atau murah yang menjadi ukuran. Terima kasih kepada semua anak anak. 


Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong Dengan Rempah Awang

$
0
0




Selepas balik dari mengaji pada hari Sabtu lepas, saya terus ke dapur. Setelah lama tidak ke dapur, mulalah terasa sedikit malas. Tapi selepas membaca whatsApp geng semasa di kolej dulu yang masing masing telah siap memasak, hati menjadi sangat teruja untuk ke dapur. Selepas menamatkan pengajian, kami terputus hubungan. Masing masing membawa haluan sendiri. Saya tiba tiba terfikir untuk mewujudkan whatsApp sahabat UM untuk membolehkan kami kembali menjalin persahabatan dan mengimbau kenangan zaman kampus yang terindah di dalam hidup Terima kasih kepada teknologi yang telah menghubungkan kami semula. Sekarang ini sesiapa pun boleh memasak dengan cepat dengan bantuan peralatan memasak seperti pressure cooker, food processer dan bahan bahan masakan ready made. Keluaran terbaru adalah produk jenama Awang yang sangat sangat membantu samada wanita bekerja atau suri rumah untuk memasak dengan cepat. Terdapat pelbagai jenis bahan masakan seperti bawang merah, bawang putih, cili kering, cili padi, serai dan lain lain bahan yang telah dikisar menjadi pes. Ianya menggunakan bahan asli yang tidak dicampur dengan mana mana bahan pengawet.





Hari ini saya menyediakan Asam Pedas Telur Ikan Mayong dengan menggunakan rempah masakan jenama Awang. Sangat mudah, hanya perlukan sudukan sebanyak mana bahan yang diperlukan ke dalam mangkuk, gaul rata dan tumislah. Jadi tak perlu nak mengupas, menumbuk dsb, tapi hanya perlu sudukan sahaja. Sangatlah mudah dan cepat memasak dengan Awang. Produk jenama Awang boleh di dapati di kedai kedai runcit, juga di pasaraya seperti Pasaraya Giant. Haa jangan lupa, dapatkan pelbagai bahan masakan jenama Awang dan cuba sendiri. Boleh digunakan di saat kita perlu memasak dengan cepat. OK sekarang kita berbalik pula pada kisah ikan duri.




Teringat masa kecik kecik dulu, memang suka makan lauk ikan duri yang dimasak oleh arwah Bonda. Sekarang ini, barulah saya tahu yang ikan duri dipanggil sebagai ikan mayong. Apa yang saya ingat Bonda akan memerap ikan dengan garam dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak gulai lemak. Kali terakhir saya makan lauk ini ialah bila saya memasak sendiri gulai ikan duri selepas berkahwin. Walaupun hubby masa tu tak komplen tapi saya dapat merasakan dia tak berapa gemar lauk yang dimasak seperti itu. Ini adalah kerana hubby dah terbiasa makan ikan segar. Saya dulu macam ada kejutan juga bila melihat hubby selepas melumur garam kunyit pada ikan, terus digoreng. Sedang kami pula, selepas dilumur garam kunyit, ikan akan dibiar beberapa jam sebelum digoreng. 




Berbalik kepada telur ikan mayong ini, saya memang suka makan telur ikan lebih lebih lagi telur ikan mayong. Lama juga mencari di pasar pasar dan pasar tani tapi tak ditemui. Akhirnya minta tolong Zah, tuanpunya Restoran Lekor untuk membelinya di pasar borong. Itupun agak lama juga, kena tunggu kerana ikan mayong yang dijual tidak bertelur. Hati gembira bila dapat telur ini walaupun sedikit. Cukuplah untuk melepas keinginan untuk makan telur ikan mayong.

Jom layan resepi dulu....



Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Bahan bahan:
Telur ikan mayong
3 ulas bawang putih - guna 1 sudu kecil
1 labu bawang besar - guna 2 sudu besar
1 inci halia - guna 1/2 sudu kecil halia
1 senduk cili giling - 3-4 sudu besar
Sebesar ibu jari belacan
1 bunga kantan dibelah - tak letak
1 pelepah daun kari
1 sudu besar pes asam jawa adabi
Garam dan serbuk perasa

Cara cara:
Satukan pes bawang bawang, halia dan belacan. Tumis pes ini sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.




Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, masukkan ikan dan asam jawa. Renih atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.

Jika terlebih masam, masuk air.  Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.




Nota:
Cara memasak agar telur ikan mayong menjadi betul-betul enak. Semasa dibasuh telur ikan, jangan leraikan kulit yang ada, sebab kulit tu akan pecah semasa kita memasaknya. Gunakan api sederhana dan ditutup periuk semasa dimasak. Jangan dimasak terlalu lama bagi mengelakkan telur ikan mayong akan menjadi keras.


Mee Sup Tulang Istimewa Yang Sangat Sedap

$
0
0





Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tazkirah yang saya salin dari whatsApp yang dihantar oleh kawan kawan yang sangat berguna buat peringatan saya sendiri dalam bab rezeki. Ianya meneguhkan keyakinan saya supaya jangan meminta merayu rezeki selain dari Allah, apa lagi mahu membodek dan merayu dengan manusia yang sangat lemah kerana rezeki mereka sendiri juga ditentukan Allah. Saya ingin menyerah bulat bulat segalanya pada Allah setelah saya bekerja dan berusaha menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. “Alangkah banyaknya sesuatu yang tersembunyi dalam diri kita! Jika kita mahu mengamati dengan saksama maka pasti akan nampak. Dan, hal yang paling berbahaya adalah dosa keraguan kepada Allah SWT. Sebab, ragu terhadap rezeki bererti ragu terhadap Zat Sang Pemberi rezeki. Dan sesungguhnya, dunia ini terlalu hina untuk kita risaukan". 





Jika kita mempunyai perhatian yang tinggi pastilah kita akan risaukan sesuatu yang lebih besar, iaitu risau tentang akhirat. Orang yang merisaukan hal-hal yang kecil, lalu melupakan sesuatu yang lebih besar, maka bererti dia adalah orang yang paling tidak cerdik. Kerana itu, kerjakanlah kewajiban untuk melaksanakan ibadah dan semua perintah Allah. Allah pun akan menjalankan apa yang menjadi kewajiban-Nya untukmu. Jika kumbang, cicak-tokek, dan cacing saja diberi rezeki oleh Allah, apa mungkin kita akan dilupakan?

Allah SWT berfirman, “Suruhlah keluargamu untuk Solat dan sabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak menuntut rezeki darimu. Kamilah yang memberi rezeki. Balasan yang baik akan diberikan kepada orang yang bertakwa.” (QS Tha Ha: 132).

Jika kita melihat ada orang yang risau tentang rezeki, maka ketahuilah bahawa sebenarnya dia sangat jauh dari Allah. Seandainya ada yang berkata kepada kita, “Besok kamu tak perlu kerja! Cukup kamu kerjakan ini saja! Saya akan memberimu RM20 ribu,” pastilah kita akan percaya dan sangat gembira sambil mematuhi segala perintahnya. Padahal, dia itu makhluk yang fakir, yang tidak boleh memberi manfaat atau mudharat. Lalu, mengapa kita merasa masih tidak cukup dengan Allah Yang Maha Kaya (Al Ghani) dan Maha Mulia (Al Jalil), yang menjamin rezeki kita sepanjang hidup? Allah SWT berfirman, “Tidak ada makhluk yang melata di muka bumi ini kecuali Allah-lah yang menjamin rezekinya. Dia mengetahui tempat tinggal binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semua tertulis dalam Kitab yang nyata (Lawh Mahfuzh).” (QS Hud [11]: 6)






Jika sebelum ini saya membuat Mee Sup Istimewa menggunakan ayam di SINI tapi kali ini saya menggunakan tulang daging Qorban yang masih sangat sangat segar. Resepi sup Hotel Shangri La yang saya belajar dari Kak Kamariah ni memang sangat sedap dan langsung tak menggunakan rempah sup atau sup bunjut. Sebaliknya menggunakan belacan dan asam jawa. Haaa jangan terkejut bila mendengar sup menggunakan belacan. Kalau nak tahu bagaimana sedapnya, kenalah cuba sediakan sendiri di rumah. Sedap sungguh kuah sup dihirup. Selain dimakan dengan mee, hubby juga makan dengan nasi lembik ala ala bubur sup daging gitu. Saya tidak menyediakan sambal cili kicap kerana memang tidak ada yang sukakan pedas. Saya pula, kalau ada memang saya makan tapi kalau untuk dibuat untuk saya seorang, macam tak berbaloi. Tulang yang dibawa dari Kelantan memang banyak isinya tidak seperti di sini yang tulangnya boleh dikatakan betul betul tulang. 

OK sekarang masa untuk melayan resepi pula, jika mahu tengok cara penyediaan mee sup sebelum ini boleh klik link di atas. Jom layan resepi di bawah ini...



Mee Sup Tulang Istimewa

Bahan bahan:
1.5 kg tulang
2 bawang besar kuning - cincang dan tumbuk
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar.
2 kiub stok daging
1 blender air
3-4 sudu kecil garam atau secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
Mee kuning/mee hoon - celur
Sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau lagi. Angkat dan ketepikan.

Saya rebus tulang berasingan menggunakan pressure cooker selama 17 minit. Setelah tulang dan daging empuk, saya pindahkan ke dalam periuk bersama air rebusan. Masukkan bahan bahan yang ditumis tadi. Setelah mendidih masukkan air asam jawa yang telah ditapis.

Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.

Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain. Atau dimakan dengan nasi lembik umpama nasi bubur. 


Cili Kicap

Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji merah & hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi
Sedikit cuka
Kicap manis
Garam
Gula

Cara cara:
Sangai bawang putih dan cili padi. Tumbuk bawang putih dan cili padi. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula.



Kek Marble Lembab

$
0
0




Saya memang berazam ingin menjadi seorang yang sabar kerana yakin akan janji Allah. Biar apapun umpatan, cercaan dan tohmahan yang dilemparkan. Semuanya kerana Allah sahaja Yang Maha Mengetahui atas apa yang berlaku. Sedang pengetahuan manusia amatlah terbatas. Allah tidak memandang harta dan pangkat tapi ketaqwaan hambaNya. Orang yang paling baik adalah orang yang tinggi ilmunya dan baik akhlaknya. Jadi seorang perlulah menjaga hubungan sesama manusia, bukan hanya hubungan dengan Allah semata. Kerana bila disebut akhlak, tentulah merujuk kepada hubungan sesama makhluk terutama manusia. Sesungguhnya dosa dengan manusia hanya boleh diselesaikan dengan manusia sahaja. Jadi perlulah menjaga adat dan susila dalam berkata kata sepanjang masa. Yang pasti mati boleh datang bila bila masa sahaja. Jangan nyawa diambil dalam keadaan diri terpalit berdosa dengan manusia kerana apa yang akan dituntut sebagai ganti rugi di akhirat adalah pahala, yang sangat berharga. Kadang kadang saya tertanya tanya sendirian kenapa orang yang kelihatan tinggi ilmu agamanya tapi mempamerkan akhlak yang rendah. Pesan Ustaz Ibrahim Muhammad, jika berhadapan dengan orang seperti ini, eloklah kita bersabar kerana ganjaran sabar adalah pahala yang sangat besar seperti yang disebut di dalam surah Az Zumar ayat 10. 

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".





Kita tinggalkan dulu bab akhlak manusia dan masuk bab kek pula. Saya memang peminat kek butter atau kek marble atau apa apa kek yang lembab dan padat. Saya paling tak suka kek sponge. Memang dah lama tak membaking sebab saya kini lebih berhati hati dengan pengambilan tepung walaupun allergik dah hilang. Bukan apa, takutlah kalau ianya berulang kembali kerana dilihat dari ujian allergik menunjukkan saya allergik dengan tepung gandum atau apa apa bahan yang diperbuat dari tepung dan yis. Namun bila terpandang kek marble dari blog Zila yang sungguh menggoda, saya menjadi sangat teruja untuk membuat kek marble. Lebih lebih lagi membaca apa yang Zila tulis yang dia juga sukakan kek yang lembab dan berminyak seperti saya. Menelan nelan air liur saya bila melihat gambar kek Zila. Walaupun saya mempunyai banyak tested resepi Kek Butter, Kek Marble dan Kek Vanilla yang lembab dan gebu serta menepati selera saya, namun ianya tidak bermakna yang saya tidak perlu mencuba lain lain resepi. 





Kek ini disediakan oleh anakanda saya, Juita yang kini sedang bercuti persekolahan yang panjang. Ini juga kali pertama merasmikan bundt jenama Wilton yang dikirim pada Tuan Shahrol dan isteri semasa mereka bertugas di US. Terima kasih pada mereka kerana sudi membelikan bundt yang telah lama menjadi idaman hati. Bagi menambahkan kecantikan kek marble ini, saya meletakkan pewarna pink pada warna asas kek. Bukan sahaja indah pada rupa dan penampilan tetapi juga rasanya yang sangat gebu dan lembab yang sangat memenuhi citarasa saya untuk sekeping kek butter atau kek marble. Wallaaa.... Bestnyer. Syukur kepada Allah kerana masih memberi saya peluang untuk menikmati kek kegemaran. Alhamdulillah.

Jom layan resepi di bawah ini....



Kek Marble Lembab

Bahan bahan:
250 gram butter jenama Anchor
2 cawan tepung naik sendiri
220 gram gula kaster
4 biji telur gred A - saya guna saiz sederhana
1 sudu besar ovellate
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar choc emulco
1 sudu besar serbuk koko
Sedikit pewarna pink

Cara cara:
Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan ovallate putar lagi.

Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan tepung sikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan semua sebati.

Bahagikan  kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan pewarna pink. Boleh juga jika ingin menggunakan warna hijau atau apa apa warna yang disukai. Manakala untuk bahagian coklat, masukkan emulco dan serbuk koko, kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser butter secara berselang seli antara warna pink dan warna coklat. 

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak, boleh terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya. 





Selamat mencuba.... Haa cer tengok gambar di bawah ini. Gebu dan moist. Selepas sehari kek akan lebih moist.





Jom Dapatkan Produk Ustazah Yang Berkualiti Tinggi

$
0
0



Saya diperkenalkan dengan produk jenama Ustazah apabila rakan jemaah Surau Ad Dhuha, Dato Seri Mohammad Isa memberikan beberapa jenis produk Ustazah kepada kami. Ianya adalah berupa bawang goreng yang sangat sedap dan rangup sehingga saya leka meratahnya begitu sahaja, Acar Buah Campuran dan juga Agar agar Kering yang sangat sedap. Comey sekali agar agarnya yang dibuat menggunakan acuan bunga bersaiz kecil. Sekejap sahaja habis dimakan. Bawang goreng jenama Ustazah menggunakan bawang yang dipilih dari anak bawang yang segar, dipotong sendiri menggunakan pisau, bukan menggunakan mesin sebab nak mengawal saiznya dan kenipisannya. Ia kemudiannya digoreng tanpa dicampur tepung serta menggunakan minyak kelapa muda supaya bawang goreng lebih manis dan rangup  serta tahan lama. Haa kehalusan dan ketelitian dalam pembuatannya memang dapat dibuktikan dengan rasanya yang enak.

Selain produk di atas, banyak lagi produk produk lain keluaran Ustazah seperti  Acar Buah, Agar agar Kering dan banyak lagi. 




Ini adalah gambar bawang goreng Ustazah yang ditabur atas Asyura Utara yang memang sangat sedap. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan stok produk produk Ustazah, bolehlah hubungi Dato Seri Mohammad Isa di nombor telefon 0176125663. 





Viewing all 2250 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>